Saturday, January 3, 2009

Selamat Tahun baru Maal Hijrah 1430H dan Tahun Baru 2009

Assalamualaikum,

Adi ucapkan selamat tahun baru 1430H dan juga 2009. Nah, tahun baru ni takde la buat apa sangat. Masa sambutan kedua-dua tahun baru ni Adi duduk kat rumah jer..nak keluar, tapi mengenangkan jam kat mana - mana, so duduk jer la kat rumah..dari rumah Adi boleh nampak bunga api kat KLCC dan juga Genting.

Tahun 2008 dah berlalu..antara peristiwa yang menarik dan yang akan Adi kenang berlaku pada Adi sepanjang tahun 2008 ialah


1. Dapat anak buah yang pertama, seronok tak terkata..hehehe..dah jadi "Pak Long" dah Adi, Farah Aulia lahir pada 12 Feb 2008.Maklumlah anak buah yang pertama ..so excited sikit la..huhuhu...





Pic: Farah Aulia dah nak setahun dah!!

2. Pada 12 Feb 2008 juga hari terakhir Adi keudara bersama Xfresh FM. Setelah hampir 3 tahun lebih bersama Xfresh dan 2 tahun mengendalikan segmen "Planet Xfresh" bersama Julia, dan selepas itu "Beyoncet" . Akhirnya hari ini Adi terpaksa mengundurkan diri dari Xfresh FM. Sayang memang lah sayang, sebab Xfresh FM ni lah yang mengasah Adi untuk jadi penyampai radio..dan banyak juga kenangan yang Adi lalui masa kat Xfresh FM. Walau pun Xfresh FM ni "kecil" sahaja...tapi semangat kerja kat sini memang menyeronokkan..kitarang macam adik beradik kat sini...hmmTak ramai yang tahu Adi akan meninggalkan Xfresh..malah Adi juga tak boleh ucapkan bye bye kat pendengar setia Adi..:(...arahan orang atasan..harap pendengar "Planet Xfresh" faham..dan kenangan dengan korang memang best giler!!!


Pic: Gambar masa hari terakhir kat Xfresh FM!!


Pic: Dengan Beyoncet dan Dina yang ucapkan bye bye kat Adi pada malam last kat Xfresh FM!

3. 13 Feb 2008. Hari ni Adi menyertai keluarga ERA. yup..tawaran ini di berikan oleh pihak Era dan memang Adi teruja untuk bersama ERA dan Adi diletakkan bersama Kieran dan Nana untuk segmen Pagi@Era. Sesuatu yang berbeza tapi sesuatu yang menarik juga Adi lakukan.


Pic: Kieran, Nana dan Adi ...Pagi@Era 2008


Pic: Team ERA masa lepak kat PD!!

4. Satu hari Adi berjalan - jalan drive kereta...tiba tiba ternampak iklan kat tiang lampu..Iklan pasal rumah, Adi pergi lah ke pusat pameran rumah tersebut...entah kenapa terus minat kat rumah tu selepas melihat rumah contohnya..dan terus booking...hmm am i crazy?...satu pelaburan yang memerlukan komitmen yang agak berat untuk Adi..takper la, dari duit tu berbelanja utk entah apa-apa nanti..baik beli rumah..alhamdulillah ..ni tak sabar nak tunggu rumah siap la..tapi banyak jugak kena buat..nak cari duit lagi...untuk renovation la..


5. Seronok sangat dapat menyertai Konsert Jelajah Era keseluruh negara! Selama 5 minggu tanpa henti...penat memang la penat ..tapi best!!



6. Dapat meminjamkan suara untuk Filem "CAMP ROCK"....Adi memegang watak suara yang di bawa atau dilakonkan oleh Kevin Jonas..dari kumpulan Jonas Brother...Terima kasih Disney's Movie yang memberikan peluang ni pada Adi




7. Pertama kali dalam hidup Adi, bertugas di hari raya ..Selalunya sebelum ini Adi biasa cuti seminggu atau 2 minggu..tapi raya kali ni kena kerja..so ..sedikit sebanyak raya tahun 2008 tak berapa seronok sangat la..:P


8. Mengembara seorang diri ke Singapore..hahaha..dah lama nak cuba mengembara seorang diri ni..so pilih la Singapore dulu, sebab rasanya kat sana selamat sikit...3 hari kat sana berjalan sakan la..mana tahu future nanti boleh backpack sensorang atau dengan kawan la ke tempat yang jauh sikit.



9. Pertama kali berat badan Adi mencecah 70kg..cess dan rasa cam dah gemuk!! dulu 64kg jer..hahaha...tahap metabolisma dah jatuh dah ni..hahaha..nak kena jaga kesihatan dan pemakanan la...boss pun dah bising dah...hahaha..


10. Adik Adi yang ke-3 berkahwin pada 2 Nov 2008. Dapat adik ipar lagi..hehehe..


Untuk tahun 2009 ni...

Azam Adi nak kerja lebih baik, nak stabilkan ekonomi ..dan nak happy selalu!! tak nak dah stress stress...orang cuma tengok luaran jer..dalam hati..haha..tak siapa yang tahu..betul tak?..actually tahun 2008 adalah tahun yang agak stress bagi Adi...harap-harap tahun 2009 ni akan lebih baik la..AMIN!! Selamat tahun baru semua!!

11 comments:

DramaQueen said...

Adi,
smoga tercapai azam dan impian. smua org pun cam tu adi.. luar happy.. dalam, tuhan jer yg tahu..any how.. tak pe.. biarkan semalam berlalu.. hadapi hari ni dan seterusnya dengan senyuman...

take care! n happy new year!

PINATBATE said...

Good luck..!

Fizah said...

gud luck Adi.. tp fiza sambut tahun baru dengan demam. ni dah 4 hari demam tak ok lagi.. huuhuhuhh

Anonymous said...

kenangan bersama abg adi di xfreshfm tetap di hati.. wlpn xfresh kini mengalami byk perubahan.jgn abg adi lupakan kami semua.

faRah said...

chaiyok chaiyok abg adi dlm apa jua abg adi lakukan......

Edzlin said...

yeahh...abg adi, semoga thn 2009 lebih bermakna dalam hidup abg adi. chaiyok2. usaha tangga kejayaan :D thn ni nak merantau sorang diri lagi?

ADIFASHLA said...

Terima kasih korang, sian si Fizah demam..hmm hati - hati now..banyak kes Chikukunya ( kalau salah ejaan sorry)..kat kampung ADi banyak org kena ..adalah lebih dari 5 orang..

Tepi Sungai Batu said...

Salam kenal dari Pak Man,
Pak Man doakan semoga Adi akan lebih sukses lagi di tahun 2009 ni.
Sukses! Sukses!

Fizah said...

Adi, doc cakap ni demam biasa. Skrg ni dah pulih sket, tp kepala pening-pening lalat. doc cakap ni simpton biasa utk pulih sepenuhnya nya.. ni bukan Chikukunya, tp kena kunyah. hihihihih. Gud luck Adi!

ADIFASHLA said...

terima kasih semua..Pak Man, selamat datang..terima kasih sebab singgah ke sini..

kuizikel said...

adi oh adi... sy sgt suka sore adi.. sgt chomel n unik (oh tringat lagu apa tu.. dewa.. hehe.. i like)

all d best.. v(^_^)