Thursday, April 15, 2010


AHAD 11 APRIL 2010 ( Hari Kedua Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang)

Hari ni Adi dikhendaki melepaskan peserta peserta untuk larian merentas TNPP menuju Pantai Kerachut ...peserta lelaki akan berlari sejauh 5km , manakala peserta wanita akan berlari 3km.


Pic: Tak Sabor sabor nak tekan horn!! Hehehe

Bagi kita 5km tu mcm tak jauh, tapi memandangkan treknya agak mencabar..iatu perlu mendaki dan turun bukit..bukan sesuatu yang mudah utk dilakukan....

Pic: Ready!!! Set!!! Goooo!!!!!!!

Larian ini terbahagi kepada 2 kategori sahaja iaitu Kategori lelaki dan wanita...Adi melepaskan kedua dua acara pagi ini yang bermula jam 8 pagi.

Pic: Peserta lelaki dilepaskan dulu...Chaiyok! Chaiyok!!

Ada juga peserta luar negara yang turut serta dalam perlumbaan pagi ini...memang meriah la...

Pic: Bersedia untuk berlepas!!! THOORRRRRRRNNNN!!

Pic: Peserta wanita berlepas....

Acara lumba lari ni tamat dalam pukul 930 pagi....tak la lama sangat sebab ada yang memang betul betul pantas patah balik ke garisan penamat....

Pic: Bersama En Adib , Pn Misliah and me

Dalam jam 11pagi upacara penutupan Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang telah diadakan dan juga di selitkan dengan penyampaian hadiah untuk beberapa acara yang telah dijalankan sepanjang 2 hari karnival ini berjalan. Majlis ini turut dihadiri oleh ADUN Teluk Bahang iaitu Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya, Pn Misliah Mohamad Basir (Timbalan Ketua Pengarah 1 Perhilitan) dan juga En Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh (Penguasa TNPP)

Pic: Berborak dengan Datuk Seri Dr Hilmi

Dalam majlis ini juga kami memotong kek ulangtahun ke-7 TNPP. Kiranya TNPP ni adalah yang paling muda antara taman negara yang ada di Malaysia.

Pic: Selamat Ulangtahun TNPP ke-7


Pic: Peserta wanita paling pantas , Johan pertandingan Larian Kerachut 2010!


Pic: Pose..pose..pose!!

Adi juga berkesempatan menyampaikan hadiah untuk Acara larian Kerachut bagi peserta wanita...tahniah pada yang menang!! Ada yang dapat percutian, dapat telefon, hamper,piala dan macam macam lagi la...memang meriah. Selepas acara penyampaian hadiah , para tetamu vip berkunjung ke gerai dan juga ke pameran yang ada di sekitar karnival ini. Acara tamat dalam pukul 1ptg, Adi terpaksa bergegas pulang sebab flight awal ...iaitu pukul 4ptg...

Pic: Antara bahan pameran utk pendidikan yang dipersembahkan.

Di sini Adi ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Taman Negara P.Pinang, terutama sekali kepada En Adib, penguasa TNPP dan juga staff staff TNPP yang banyak melayan Adi semasa kat sana ..:) Juga nak ucapkan terima kasih kepada PERHILITAN yang menjemput Adi untuk memeriahkan karnival ini. Diharapkan serba sedikit boleh mempromosikan TNPP ini di mata umum!!.Jadi kepada yang berminat, jangan segan segan, berkunjunglah ke Taman Negara Pulau Pinang, mudah dikunjungi, mudah didekati!!!

Untuk maklumat lanjut layari

www.wildlife.gov.my

4 comments:

Edzlin said...

Cayalah abang adi.

ADIFASHLA said...

Hehehe..apa yang caya Edzlin?..kata nak dtg hari tu?..dtg tak?..

Cik Miza said...

sebenarnye agak x puas hati, kenapa xtahu pn tempat pasal turty tu?? tempat tu open untuk semua atupn private kene wat temu janji atwpn untuk public figure je??

ADIFASHLA said...

itu kkena tanya Pihak TNPP..rasanaya public boleh tengok penyu tu dengan kebenaran pihak TNPP