Thursday, April 29, 2010

Perlawanan Simulasi Piala Thomas 2010


Rabu 28 April 2010

Memandangkan team Arsenal ku dah bungkus musim ni, baik fokus kat badminton lak buat masa ini...yeah....sorry la kalau bosan ngan citer badminton..but i really into it now...!!!! hahaha

Hari ni ada perlawanan simulasi utk pasukan badminton Piala Thomas kita menentang pasukan Malaysia B. Memandangkan hari ni Adi tak buat apa apa sangat so , berkesempatan juga menonton 3 perlawanan membabitkan Datuk Lee Chong Wei, pasangan beregu pertama negara , Koo Kien Keat/Tan Boon Heong dan single kedua negara iaitu Wong Choong Hann.


Pic: Lee Chong Wei sedang beraksi..

Adi tak dapat layan semua perlawanan di sebabkan ada premier "IRONMAN2" akan diadakan di The Curve, so kiranya on d way jugak la Stadium Juara ni.


Pic: Boleh tahan ramai gak yang datang!!

Perlawanan simulasi ini adalah perlawanan untuk membiasakan pemain negara dengan suasana pertandingan sebenar...di mana ada pihak lawan dan juga sokongan penonton..walaupun perlawanan bermula jam 6ptg..tapi dah ramai yg datang awal untuk menyaksikan perlawanan simulasi ini. Pasukan Piala Thomas beraksi di gelanggan A, manakala pasukan Piala Uber negara beraksi di padang B. Tapi nampak gayanya yang menjadi tumpuan adalah padang A saja...kesian lak kat palyer player Piala Uber...

Pic: Beregu utama negara mendapat tentangan hebat dari pasukan Malaysia B!!


Berikut adalah keputusan pada petang itu...

Keputusan latihan simulasi:

Skuad Piala Thomas

Datuk Lee Chong Wei mn Liew Darren 21-11, 21-14;

Wong Choong Hann mn Tan Chun Seang 21-15, 23-21;

Muhammad Hafiz Hashim mn Chan Kwong Beng 21-9, 21-17;

Koo Kien Keat/Tan Boon Heong mn Ong Soon Hock/Hoon Thien How 21-16, 23-21;

Mak Hee Chun/Tan Wee Kiong mn Mohd Fairuzizuan Tazari/Mohd Zakry Abdul Latif 18-21, 21-15, 21-17.

Skuad Piala Uber

Wong Mew Choo mn Florah Ng 21-14, 21-8;

Tee Jing Yi mn Ng Sin Er 21-12, 21-16;

Sannatasah Saniru mn Nurhani Abd Aziz 21-13, 21-11;

Wong Pei Tty/Lim Yin Loo mn Nairul Shuhada Abd Latif/Ng Paou Leng 21-19, 21-14;

Vivian Khoo/Woon Khe Wei mn Ng Hui Lin/Goh Liu Ying 21-19, 21-14.

Pic: Wong Choong Hann beraksi untuk 2nd single

Pasukan Piala Thomas menang 4-1 ka atas Team Malaysia B....cuma yg agak merisaukan ialah beregu kedua negara yang agak kurang konsisten prestasinya...hmmm...harap harap Fairuzzizuan dan juga Zakry akan buat sesuatu atau magis masa pusingan akhir nanti....im sure!! Team Malaysia ada peluang utk menang piala Thomas kali ni..Pasukan Piala Uber tiada masalah untuk menyapu semua permainan dengan kemenangan 5-0 ke atas pasukan wanita Malaysia B

Teringat masa tahun 1992 dulu..kali terakhir Malaysia menang Piala Thomas, dulu Adi tengok depan TV jer.. terjerit jerit ...terlompat lompat...macam monyet bila Malaysia menang...hahaha.....tapi kali ni Adi make sure akan jerit dlm stadium punyer la...hahaha..sama - sama dengan peminat badminton hardcore malaysia .....yeah!!!

Malaysia Boleh!!!!!

P/s: Adi ternampak beberapa org artis pun hadir sama menyaksikan perlawanan ini...perghhh diarang pun hardcore badminton rupanya....tak sangka...

6 comments:

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Dah lama tak masuk baca blog Adi. Dah lama gak tak main badminton.. Hmm.. Tak ada kes cuci kain pakai sabun cuci pinggan lagi? Hahaha...

Ok. Sambung study nak final.. Minggu depan balik rumah boleh dengar Era lagi!! Daa..

SYAH said...

sape artis yg Adi maksudkan tu..

ADIFASHLA said...

Antaranya Khir Rahman, pastu ada beberapa pelakon drama yang Adi tak ingat namanya...hahaha..

SYAH said...

Razak Ahmad dan Shah Slam ada tak dorg ni pun kaki bdmtn gak ni..

ADIFASHLA said...

Selalu main badminton ngan Razak Ahmad kat Bukit Damansara, tapi sejak akhir akhir ni dia sibuk kot...Adi pernah 2 kali beregu dengan Syah Slam...dia memang terer...maklumlah dulu katanya dia pemain N.Sembilan...ganas tu!!

SYAH said...

oic..sy pun slalu main ngan Razak and Shah Slam ni..tapi kat tmpt lain le..penah satu team ngan Shah Slam dpt tmpt ke 3 anjuran Mawi World kat wangsamaju..so Adi ada bran nak lwn my team...hahaha..