Sunday, November 21, 2010

Kutipan untuk Bantuan mangsa banjir Kedah dan Perlis


SABTU 20 November 2010


Hari ni ada acara mengumpulkan barang barang yang akan di serahkan kepada mangsa banjir yang sedang berlaku di negara kita, terutama sekali yang di sebelah utara. Pagi pagi lagi Adi dah mencari baju baju yang dah tak pakai untuk diserahkan, tetapi tak dapat kumpul banyak lah, sebab banyak baju baju Adi dan pakaian yang lain dah Adi sedekahkan atau berikan kepada orang lain , termasuklah kat kawan kawan. Lagi pun nak kumpul baju baju yang dah tak pakai tu nak buat apa pun..ada juga yang dah mengecut pun baju tu...(err actually badan Adi yang dah makin mengembang! hehehe)



Acara bermula pada pukul 10 pagi, ramai juga penyampai penyampai radio AMP dah samapai termasuklah penyampai radio Era seperti Hanif, Ray dan Dina...diarang pun bawak barang barang yang ingin di dermakan...

Oh yer acara ini telah dianjurkan oleh AMP Radio Network dan mendapat sokongan daripada Persatuan Bulan Sabit Selangor, di mana barangan bantuan ini akan di hantar oleh mereka dan akan diagih agihkan, terima kasih kepada pendengar pendengar yang baik hati mendermakan barangan keperluan ini..



Salah seorang pendengar Era iaitu Kak Lela dari Klang telah sanggup datang ke The Curve dan menyerahkan 5 kotak besar barang barang keperluan untuk mangsa banjir ini, terima kasih banyak banyak Kak Lela...ada juga yang datang tak bawak apa-apa..pastu diarang masuk ke dalam Tesco dan membeli belah untuk didermakan kepada mangsa mangsa banjir ni...sungguh baik hati!!!



Alhamdulillah, hasil sumbangan semua, kita dapat mengumpulkan hampir dua lori barang barang yang ingin diberikan kepada mangsa mangsa banjir nanti!


Selepas habis memasukkan barang barang ke dalam lori, ada juga acara demo untuk membuat bantuan pernafasan ..satu demo yang menarik!! Apa apa pun syabas untuk semua yang menjayakan acara pada hari ini!!



Kakitangan PERHILITAN tunjuk bakat!!!


Pic: Wakil Kelantan - Naib Johan
AHAD 21 Nov 2010

Hari ni Adi dijemput untuk menjadi juri bagi pertandingan "Akustika"" melibatkan cawangan Jabatan Perhilitan seluruh Malaysia. Perhilitan hanya merangkumi semenanjung Malaysia sahaja. Sepatutnya ada 12 wakil..tapi hari ni cuma ada 10 wakil sahaja...


Pic: Wakil Taman Negara Pahang - Juara!!


Pic: Poco - poco pun ada..


Pic: Wakil Ibu Pejabat - Lag Zainal Abidin.


Pic: Persembahan sajak dengan petikan gitar.



Pada mulanya , Adi ingatkan semuanya persembahan nyanyian sahaja..tetapi rupanya ada pelbagai bentuk persembahan..so tak tahu nak bagi markah macam mana la...bukan sahaja persembanan akustik nyanyian, tapi juga ada yang buat benda benda lain, seperti poco - poco, sketsa, sajak, dan lain lain...

Pic: Persembahan nyanyian dengan sajak



Pic: Persembahan sketsa

Pic: Persembahan lagu "Kalau Berpacaran" , siap dengan sketsa lagi!!! Huhuhu


Pic: Nama band ini "Last Minute Band"!!!

Apa apa pun syabas kepada semua warga Perhilitan yang bersungguh sungguh menjayakan acara ini. Walaupun ada yang lari konsep yang di tetapkan....heheheh...








Kereta ku di hempap pokok?!! Oh No!!!!

Pic:gambar dari dalam kereta Abg Kurus!!

ISNIN 15 Nov 2010

Petang ni Adi on air seorang diri.. hujan mencurah curah kat luar dengan angin yang kuat..memang keadaan gelap gumpita...lepas tu dapat call dari penerbit Riuh Pagi Era iaitu "Abg Kurus"

Abg Kurus: Adi!! Kereta ko kena hempap pokok!!!

Adi: Ok!! Tq!!

Hahaha..Adi cakap TQ lak...tapi dalam hati memang cuak la ...memandangkan tgh kerja..jadi Adi lepak dulu la...

tapi sempat juga jenguk jenguk kat tingkap studio...hahaha.. bila habis kerja jam 8 mlm , baru dapat tengok kereta...alhamdulillah...nasib baik bukan batang pokok...cuma dahan yang agak besar juga jatuh....rasanya rimbunan daun jer yang kena kereta Adi....dahannya maybe kena kereta sebelah...takde apa apa...cuma banyak daun jer atas kereta...syukurr!!! Kalau tak kopak la poket!!! mana taknya.. tak boleh nak claim insurans lor....ketegori bencana alam ni!!


P/s: Parking elok elok kereta korang ok!! Jadikan tauladan!!! :)






Sunday, November 14, 2010

Panjat Dinding ...pengalaman sukan baru bagi Adi!!


Sabtu 13 Nov 2010

Hari ni Adi menyertai acara Do The Dew kat Taman Ekstrim Shah Alam , selain memberi peluang kepada pendengar Era untuk memanjat dinding, acara ni juga bertujuan mendermakan RM5000 kepada badan amal terpilih. Ada 4 kumpulan yang mneyertai acara pada hari ini iaitu Era.FM, Hitz.FM, MyFM, dan THR FM.
Pic: Bersama Hanif Riuh Pagi Era dan rakan rakan dari AMP dan Mountain Dew!



Senang jer rupanya nak cari Taman Ekstrim ni...betul betul; sebelah Stadium Shah Alam. Adi tak pernah panjat dinding, rasa macam kurang mencabar pulak (pada mulanya...) Tapi disebabkan ini ada kaitan dengan kerja amal dan juga satu pengalaman baru bagi Adi, jadi Adi teruja nak sertai acara pada hari ini.

Pic: Tinggi wooo...gayat jugak ni!!

Ok, disebabkan Adi baru nak belajar memanjat, memang agak tinggi dinding yang nak di panjat ni..hmmm adalah dalam ketinggian bangunan 7 tingkat kot! Memang tinggi la...

Pic: Teknik memanaskan badan yang terkini !! sebelum panjat dinding!!


Pic: Lepas warm up badan, terus warm up perut pulak!! Yum ! Yum!! Aiskrim 2 ringgit yang best! Hehehe...

Peluang untuk memanjat pun tiba, bila dah pakai abah abah...baru lah Adi siap sedia utk menaiki dinding ini, sambil seorang pegawai akan menjaga tali Adi , supaya Adi tidak jatuh!!
Pic: Peserta yang tak sabar nak memanjat!!

Oh yer, laluan yang di berikan oleh penganjur kepada Adi adalah lauan untuk mereka yang dah expert...so jangan haraplah Adi akan sampai ke atas sekali...ketika mula memanjat , dah dapat rasakan otot tangan yang kuat di perlukan, lepas tu Adi banyak buang masa sebab tercari cari tempat nak memijat kaki....perghhhhh....sakit giler rupanya bila mula sertai sukan ni...Adi cuma dapat sampai setengah sahaja...lepas tu terjatuh dah....

Pic: Woohooo!! Tak sabar nak panjat!!

Tengoklah aksi aksi Adi memanjat...amacam!?? ada macam pro tak?...hehehe





Ok..awal tadi Adi kata sukan ni macam senang jer...tapi kali ni Adi tarik balik....sebab sukan ni , actually memang memerlukan tenaga tangan yang kuat...cukup kuat....bila dah sampai kat bawah baru lah terasa otot tangan terasa sakit sekali...wowww....rasa yang pelik...

Pic: Tangan dah tak tahan, akhirnya terjatuh juga!! Berayun macam tarzan!!!

Adi perhatikan peserta peserta yang mahir...memerlukan masa kurang dari 20 saaat utk sampai ke atas...malah ada yang kurang daripada itu...pergh..bayangkan mereka seperti terbang ketika memanjat dinding ini....mereka tidak memijak atau berhenti lama pada satu satu tempat...kalau tak, mereka akan menggunakan tenaga yang banyak untuk berpaut...


Walaupun Adi adalah penyampai radio yang paling tinggi memanjat, tetapi rasanya untuk pusingan kedua nanti , mesti susah untuk Adi...
Pic: Me with announcer from Hitz.FM and THR Raga

Sementara menunggu pusingan kedua untuk merebut RM5000, Adi dan kawan kawan yang lain tengok acara skate boeard...menarik jugak sukan ni..haha..tapi tak sesuai untuk Adi la....mahunya tergolek nanti!! Hahaha....

Pic: Skuad Era tengah bagi hadiah!!

Ketika acara pusingan kedua untuk memanjat dinding ni...Adi rasa teruja , memandangkan Adi berjaya memanjat paling tinggi pada pusingan pertama tadi, malahan kali ni, kami diberikan dinding yang tak curam sangat...90 darjah !!! hehehe...Selepas penyampai radio My FM, Jason selesai memanjat...maka giliran Adi pula untuk memanjat dan mencatatkan masa terpantas....tetapi....yang terjadi.................

Pic: Ada juga acara Skate board!! Salah satu sukan yang paling Adi takut nak sertai!!! Sayang kaki beb!!

Pic: Dina pun datang jugak!! Thanks Dina...


ADI TAK BOLEH MEMANJAT LANGSUNG!!!

What happen to me?!! nak tahu apa yang terjadi?


Pic: Contoh peserta pro yang sedang beraksi!! laju giler dia panjat!!

Semasa Adi nak mula naik, bila Adi memegang tapak pertama yang hendak dipanjat, Adi tak dapat memegang dengan kuat....malah terus jatuh ke bawah!! Memang takde deria memegang langsung!!! Orang ramai dah bersorak ni...Adi teruskan usaha utk memanjat...tapi still tak boleh naik jugak..sebab Adi tak dapat memegang dengan kuah pemegang pada dinding tersebut....alamak!!! panik jugak...apasal lak ni kan?...

Pic: Inilah Team Era, nampak diarang mcm rockers..tapi diaorang memang dasyat masa memanjat!! Hebat!! Thanks kat korang yang seret Adi sampai ke atas!! hahahha

Tetiba Adi rasa macam terangkat ke atas ..aik...macam ada kuasa luar biasa lak...rupa rupanya diarang yang kat bawah dah tarik tali keselamatan dan menyebabkan Aditerangkat ke atas...hahaha...kiranya macam terbang la...hahaha....walau macam mana pun Adi tak putus asa...tetap memanjat dengan kuderat yang tak berapa nak kuat ..hahaha...sampai luka luka siku dan lutut Adi disebabkan diseret ke atas...hehehehe...
Pic: Im flying!!! err..actually kena seret sampai ke atas ni...hehehe..see, kaki pun tak jejak dinding! hahaha

Pic: Akhirnya sampai kat atas jugak!! Yippi!!!

Apa - apa pun team MyFM telah memenangi cabaran ini dan mereka mendermakan RM5000 yg di menangi utk mangsa banjir di Kedah dan Perlis....terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini terutama sekali peserta yang mengambil bahagian!! It was fun event!!!..InsyaAllah lain kali kita buat lagi ok!!! Terima kasih Mountain Dew!!!!


Pic: Pemenang terbuka lelaki!! RM1000 tu!!


Pic: Pemenang Terbuka wanita!! RM1000 gak! ( dia ni pernah sama sama kerja dengan Adi dulu masa kat Chipsmoreland...memang terer giler dia ni!! )


P/s: Lepas panjat dinding ni..tangan Adi jadi makin kuat! Main badminton mcm senang pulak!! Perghhh!!






Friday, November 12, 2010

Detox....nak buang toksid dlm badan..


Sejak akhir akhir ni, rasa cam badan ni kurang tenaga...perut selalu kembung, and kulit makin kasar...hmmm makin berusia ni..makin merosotlah fizikal kita..but takleh la mengalah la...selain daripada ambik makanan tambahan, pil pil suplement..now Adi nak cuba pulak detox lak.!!!

Detox ni dapat membuang sisa toksid yang ada dalam badan yang menjadi punca penyakit...so Adi pun beli lah minuman detox ni , kawan yang cadangkan...bila balik rumah, Adi bacala manualnya...rupanya, kalau nak buat detox ni, kenalah pilih hari dan minggu yang sesuai, kerana ianya akan menggangu keadaan fizikal dan mental badan...

Antara kesan kesan semasa buat detox ialah...selalu ke tandas, moody, badan rasa letih, rasa macam nak marah selalu..dan sebagainya. Actually bukan senang nak buat detox ni..hahaha...ingatkanminum macam tu jer...hehehe...mereka sarankan untuk duduk kat rumah 2-3 hari pertama buat detox ni...well sekarang ni Adi tgh cari minggu yang sesuai, di mana minggu yang agak relaks utk Adi , dan tak perlu buat event atau outstation...but bulan ni...mcm takleh buat jer...so terpaksalah tunggu bulan depan kot....so nanti Adi akan cerita apa yang berlaku bila Adi buat detox ni yer....:)

p/s: nak sihat...kenalah berkorban sikit...tul tak?..




Thursday, November 11, 2010

BBQ bersama keluarga

SABTU 6 Nov 2010

Selang 5 hari selepas tarikh harijadi mak dan abah Adi, so hari ni kitarang plan buat BBQ! hehehe...actually selalu jugak kitarang buat BBQ kat rumah kampung ni bila semua adik beradik beradik berkumpul semua...Jadi kitarang makan la ramai ramai.

Pic: Dina dengan Mak dan Abah...

Kali ni paling istimewa sebab Dina ada kat Tg Karang , sebab dia sedang menjalani penggambaran filem "HELLO" arahan Mr Badul! Dia dah beberapa hari shoot kat Tg Katang
( kat rumah Herman Tino ). Actually rumah Adi dan rumah Herman Tino takde la jauh mana..cuma dalam 2 km jer..hahaha..

Adi sampai ke kampung dari KL dalam pukul 630ptg, hantar makanan dulu kat rumah , lepas tu baru ambik Dina kat lokasi shooting dia...nak dekat maghrib jugak la...Adi ambik dia dan terus bawak rumah Adi...

Pic: Azmi..tukang BBQ utama ..hahaha (adik ipar Adi)

Malam ni Adi beli banyak makanan yang hendak di BBQ!. Biasalah...time membeli memang nafsu tak ingat alam...tapi bila makan, Adi yang paling sikit makan ....kot?!! hahaha...

Pic: Potong kek!! Hahaha..sorry la gambar gelap sebab pakai phone jer..

Antaranya kitarang bakar ikan kembung, ikan pari, ayam bbq, jagung , satay , sosej, sosej ketam, kerang, daging berger...hahaha...perghhh banyak jugak la...memang tak habis la ni...

Mak dan Abah tak sampai rumah, diarang pergi Sepang, majlis orang kawin ....

Pic: Makan time!!

Dina dah memulaka majlis BBQ dengan memulakan marathon makan malam hari ni..haha...semua kitarang jamah, selagi mampu la...hahaha...tengah tengah kitarang makan , dalam pukul 9 , mak dan abah baru balik.... apa lagu upacara potong kek hari jadi dan buka hadiah harijadi pun berlangsung!!! Masa mak dan abah sampai, kitarang dah kekenyangan...tapi still tetap belasah kek harijadi jugak....

Pic: Kek Harijadi....sedap ooo


Pic: Dina dan Ibart berborak sambil makan!!

Thanks Dina sebab join kitarang hari ni, haha...kitarang borak borak la, sementara tunggu pengurus Dina iaitu Ibart sampai utk mengambil Dina. Ibart sampai dalam pukul 10 malam, kitarang sambung lagi borak sambil makan lagi...hahaha...Dina bertolak balik ke KL dalam pukul 11mlm...esok dia nak ke Langkawi lak...shooting kat sana lak..hehehe

Pic: Anak buah ku say bye bye sebab Pak Long nak balik KL ...aloo loo looo..