Sunday, November 21, 2010

Kutipan untuk Bantuan mangsa banjir Kedah dan Perlis


SABTU 20 November 2010


Hari ni ada acara mengumpulkan barang barang yang akan di serahkan kepada mangsa banjir yang sedang berlaku di negara kita, terutama sekali yang di sebelah utara. Pagi pagi lagi Adi dah mencari baju baju yang dah tak pakai untuk diserahkan, tetapi tak dapat kumpul banyak lah, sebab banyak baju baju Adi dan pakaian yang lain dah Adi sedekahkan atau berikan kepada orang lain , termasuklah kat kawan kawan. Lagi pun nak kumpul baju baju yang dah tak pakai tu nak buat apa pun..ada juga yang dah mengecut pun baju tu...(err actually badan Adi yang dah makin mengembang! hehehe)



Acara bermula pada pukul 10 pagi, ramai juga penyampai penyampai radio AMP dah samapai termasuklah penyampai radio Era seperti Hanif, Ray dan Dina...diarang pun bawak barang barang yang ingin di dermakan...

Oh yer acara ini telah dianjurkan oleh AMP Radio Network dan mendapat sokongan daripada Persatuan Bulan Sabit Selangor, di mana barangan bantuan ini akan di hantar oleh mereka dan akan diagih agihkan, terima kasih kepada pendengar pendengar yang baik hati mendermakan barangan keperluan ini..



Salah seorang pendengar Era iaitu Kak Lela dari Klang telah sanggup datang ke The Curve dan menyerahkan 5 kotak besar barang barang keperluan untuk mangsa banjir ini, terima kasih banyak banyak Kak Lela...ada juga yang datang tak bawak apa-apa..pastu diarang masuk ke dalam Tesco dan membeli belah untuk didermakan kepada mangsa mangsa banjir ni...sungguh baik hati!!!



Alhamdulillah, hasil sumbangan semua, kita dapat mengumpulkan hampir dua lori barang barang yang ingin diberikan kepada mangsa mangsa banjir nanti!


Selepas habis memasukkan barang barang ke dalam lori, ada juga acara demo untuk membuat bantuan pernafasan ..satu demo yang menarik!! Apa apa pun syabas untuk semua yang menjayakan acara pada hari ini!!



No comments: