Sunday, March 20, 2011

Marathon makan sempena hari jadi...:)

Khamis 17 Mac 2011

Hari keramat untuk diri Adi ini datang lagi, hari ni ulangtahun Adi yang ke 33...Alhamdulillah masih mampu menjadi khalifah di bumi tuhan ini!
Mak Adi awal awal dah ucapkan birtday awal awal pagi tadi..Biasanya Adi akan sambut birthday sendiri , bukan apa, suka mengenang kembali apa yang dah kita buat selama ni ..hahaha...Adi lebih suka menyorokkan diri daripada diraikan oleh kawan kawan. Pelik! tapi itulah yang Adi lakukan setiap tahun...hahaha...

Pic: Hasil tawaf pertama..:)

Tapi sebelah malamnya , Adi telah keluar makan kat Jogoya. Restoren Jogoya ini menampilkan makanan dari Jepun dan juga campuran makanan barat dan tempatan. Haha, dah lama Adi baca pasal Jogoya ni, akhirnya sampai jugak..:)


Pic: Kelapa mawar dan juga air teh limau madu....sedap!!!


Jogoya ni terletak kat StarHill kat Bukit Bintang, KL. Terletak kat tingkat paling atas sekali kat StarHill ni. Masa Adi sampai kat Starhill ni memang agak sunyi sikit...malah macam takde orang lak...Tapi bila dah sampai kat tingkat atas kat pintu masuk Jogoya ni, Ya Ampun..ramainya orang yang beratur...wahhh ambik masa jugak nak beratur ni...

Pic: Sushi ler..

Nasib baik kebanyakkan mereka yang datang ke sini makan secara berkumpulan, maka cepat jugaklah barisan untuk masuk ke Jogoya ni berlalu..hahaha..Bayaran masuknya adalah RM 78 sekepala. harga berbeza beza bergantung kepada waktu makan juga..hahaha

Pic: Stik yang sedap...repeat order..hahaha

Tempatnya memang besar, boleh memuatkan dalam 200 orang pelanggan dalam satu satu masa...dan malam ni agak ramai juga yang makan malam kat sini. Sejujurnya malam ni memang Adi merancang untuk makan dengan agak banyak, sebab nak merasa apa yang ada kat Jogoya ni...hahaha...tapi jangan risau, Adi bukan makan sekaligus, tapi Adi meluangkan masa hampir 3 jam untuk makan di sini...slow slow...atau "alon - alon" kata org jawa..hahaha

Pic: Lupalak nama sushi ni..tapi sedap!!

Mula - mula tawaf dulu la dalam restaurant ni, makanan disediakan secara buffet... So kalau kita nak sesuatu , kita boleh main ambik jer kat kaunter yang menyediakan makanan tersebut...kalau makanan tersebut dah habis kat kaunter atau tak tersedia lagi...kita boleh tinggalkan no meja kita kat kaunter makanan tu, kemudian diarang akan hantarkan kemudian....konsep yg menarik.

Pic: Lagi seafoods

Oh yer, kebanyakkaan makanannya dalam kuantiti yang kecil sahaja, supaya tak membazir..jadi kalau nak lagi boleh ambik lagi. Sebab tu Adi boleh merasa banyak makanan kat sini. Kalau tak, makan 2-3 hidangan dah penuh dah!!! hahaha...maklumlah kat sini ada lebih 200 hidangan.



Pic: Ikan Kod..


Pic: Ni ikan...err....err...ikan apa yer?..

Antara yang menarik perhatian Adi ialah, dapat minum air kelapa mawar yang sedap giler...perghhh tak pernah dapat minum air kelapa yang sedap sekali cam ni, pastu Adi minum teh limau madu...best giler...:) Adi minum 3 biji kelapa mawar tersebut.

Lagi satu Adi suka dengan Stik dia yang memang sedap, walaupun terpaksa ambil 2 kali, sebab saiz stiknya kecil saja...hehehe..sos bbq dia memang terbaik la...

Pic: Stik daging, ikan salai dan sotong


Pic: Cendawan Jepun yg digoreng....sedap !!

Kat Jogoya ni memang syurga Sushi la..hahaha..oh yer..mulai sekarang Adi mengistiharkan bahawa Adi adalah salah seorang peminat giler sushi..hahaha...so sekarang senang jer..sapa nak belanja Adi..boleh belanja makan sushi yer..haahaha


Pic: Abalon...besar sgt weiii!!

Pastu, Adi makan lah juga seafood yang ada, antaranya ketam kulit lembut, ikan salai, juga ikan kod yang di kukus....fuhh...

Pic : Hageen Dazs

Kebanyakkan yang datang ke sini memang pencinta makanan, ada yang Adi tengok bertimbun timbun makanan kat meja diarang..perghhh..sekali ambik tu..hahaha...macam mana la agaknya diarang habiskan tu. Macam Adi lak , Adi ambik sikit sikit, pastu tawaf balik cari makanan yang lain la...terkawal ok!! huhu

Pic: steamboat!!


Pic: Sup ayam campur sayur..

So kalau korang nak datang sini, better bawak keluarga atau kawan kawan, kalau tak nanti rasa boring lak....tapi bagi Adi, just makan jer la..hahaha...agak mahal sikit makan kat sini, tapi memang puas hati la...hahaha...betul!!! Memang puas hati!!!

Pic: Manisan...

Sebelum balik sempat layan aiskrim yang tersedia kat sini, makan lah sebanyak mana yang korang nak makan...so selamat menjamu selera lepas ni kat korang...so lepas ni Adi tahulah mana nak pergi kalau nak lepaskan stress...hahahaha...

Pic: Muka puas hati!!

Pic: Waktu meninggalkan Jogoya...


Well kalau korang tengok Adi makin bulat, so tak heran la yer..hahaha..apa apa pun terima kasih pada semua yang ucapkan selamat hari jadi pada Adi, dan mungkin juga ada yang tak terbalas lagi...hahaha...thanks semua.

p/s :masa tengah update entri ni...perut ku bergendang....kencang!! ....ahhh...






8 comments:

edzlin007 said...

pergh!!! tiga jam makan srg2... haha hebatlah abg adi ni. saya kalau mcm tu, cepat boring duduk lama2 kat meja makan.

ADIFASHLA said...

enjoy jer..lagi pun food dia sedap..huhuhu

cekkeya said...

aisey, rasa macam terliur plak nih. rasa cam nak g je serbu kedai tu skang. ahahhaha

dia ada limit masa tak kita duduk situ makan berapa lama?

Aety Teja said...

ini bleh masuk dalam list jalan2 cari makan nih.. hehehehhh... btw, happy belated abg adi.. may success dalam apa jua bidang yg diceburi.. ^_^

gadiscomey said...

RM78 sorang ke? or RM78 1 group?

ADIFASHLA said...

RM78 seorang....korang boleh google cari jer "Jogoya StarHill" ok..selamat mencuba!!

ADIFASHLA said...

Thanks Teja..:)

amniey91 said...

adi...belanja la cik Am kat sini..cm sedap jek..huhu...