Sunday, March 27, 2011

Poco - Poco sempena Ulang Tahun ke 20 Harian Metro




AHAD 27 Mac 2011

Hari ni Adi menyertai acara poco poco sempena ulang tahun ke 20 surat khabar Harian Metro yang berlangsung di Dataran Merdeka KL. Haha..lama tak berpoco poco lak. Adi bukannya pandai sangat, tapi poco poco ni takde la susah sangat....korang pun mesti terer lagi dari Adi..hahaha

Pic: Orang ramai beratur untuk t-shirt ERA!


Pic: Warm up utk poco poco!!



Pic: Me with Nila Kurnia and Dina

Sampai kat Dataran Merdeka dlm pukul 830pg. Adi tengok orang ramai sedang beratur panjang untuk mengambil t-shirt ERA. Wow..memang semua berebut nak ambit t-shirt ERA!!! Tapi sayangnya kami hanya sediakan dalam 200 Tshirt shj...yang terbanyak antara stesyen radio lain..:)



Oh yer, poco Poco pagi ini akan disertai oleh penyampai penyampai radio kat Malaysia ni iaitu Era Sinar, Hot FM, KL FM dan Suria FM juga disertai oleh Diana Daniel dan juga Vaneeda Imran. Acara bermula dlm jam 915 pagi. Rasanya ada lebih kurang 3ooo (anggaran) org lain yang turut berpoco poco .Nasib baik hari ini tak panas sangat , awan agak banyak .



Lepas berpoco poco bergambar dengan pengunjung!!

Para penyampai radio dan artis undangan semuanya naik ke atas pentas bersama sama dengan pengendali acara pada hari ini iaitu "Papa Jay" yang pernah menyertai Sehati Berdansa!! Lebih kurang 30 minit acara berlangsung, akhirnya acara poco poco ni tamat lebih kurang dalam pukul 1030 pagi!! Selamat Ulangtahun ke 20 Harian Metro.

Pic: Antara penyampai penyampai radio yang berpoco poco...






No comments: