Thursday, April 28, 2011

Justin Bieber Live in Malaysia 2011

Khamis 21 April 2011

Setelah berbulan bulan kecoh dengan kehadiran Justin Bieber, akhirnya penyanyi remaja ini menjejakkan kaki ke KL....ramai juga yang nak dapatkan tiket last minit untuk menyaksikan penyanyi ni . tipikal orang kita , suka tunggu last minit ...samalah dengan Adi ni......




Adi takdela minat sangat kat JB ni, tapi mengikuti perkembangannya jugak la. ...yerla sebab peminatnya ramai.

Konsert berlangsung kat Stadium Merdeka......kurang jelas lak, kenapa pilih Stadium Merdeka, Adi ingatkan stadium tertutup lebih bagus kot. Tapi mungkin sebab terlalu ramai yang nak menyaksikan JB, maka takde alternatif lain kot...

Adi pergi dengan menaiki LRT, Parking kereta kat Bukit Jalil, pastu terus ke hentian Hang Tuah. Malas nak drive sebab hari ni hujan , dan jem merata rata...

Pic: Keadaan sebelum JB muncul...peminat dah berdiri sejak awal....

Sampai kat Stadium Merdeka dalam pukul 830pm , Mizz Nina sedang membuat persembahan pembukaan. Peminat memang penuh kat dalam stadium ni. Memang peminat JB ni giler ahh...
Rasanya inilah konsert yang paling gegak gempita dengan jeritan remaja yang gilakan JB.

Pic: Me with Linda Jasmine...cikgu tarian AF ku dulu...:) cantik selalu...

Masa nak masuk ke padang stadium, terserempak Que Haidar yang tengah menunggu isterinya iaitu Linda Jasmine...Hajat hati nak masuk ke padang terbantut, bila mengenangkan lecak atau tanah lembik yang melekit kat kasut....oh no....ternampak jugak Fasha Sandha yang berjalan kat padang dengan berkaki ayam...sambil menjinjing kasut tumit dia...hahaha...sempoi la ...

Pic: Not for my shoe......lecak weiii...

Konsert bermula dalam pukul 9mlm.....JB muncul dengan serba putih dengan tshirt ungunya....(warna rasmi JB) ....dia takdelah banyak cakap...cuma apa yang dikatakan semuanya tu macam "scripted" lak.....yang paling jelas dia kata...

"So hot here man!!!"

hahaha....Adi berkata dalam hati.."Welcome to Khatulistiwa JB!!" hahahha..


Pic: Kemunculan awal JB dengan pakaian berwarna putih...

Pic: Peminat JB menggila...





Pic: Seronoknya peminat JB...

Mana tak panasnya..dia berjeket sakan masa membuat persembahan. hahaha...

Peminat memang tak henti nyanyi sama sama dengan JB. Adi cuma tahu lagu lagu popular dia la..seperti Pray...Baby....Somebody To Love....Juga di tunjukkan video JB sejak daripada kecil sehinggalah dia berjaya sekarang....budak ni memang talented la...dia juga menunjukkan kemahirannya bermain gitar dan juga bermain drum..



Pic: JB serba hitam untuk set kedua konsertnya...


Pic: Penuh giler Stadium Merdeka...

Penat jugalah berdiri...pastu masa lagu terakhir iaitu "Baby"....Adi dah berada di luar stadium dah..bergerak ke stesyen LRT sebelum ia penuh dengan peminat fanatik JB....dalam pukul 1030pm Adi dah sampai kat Bukit jalil semula....hahaha

Keseluruhan konsert biasa biasa shj...Persembahan JB ok ok jer la....cuma dia kena pandai lagi berkomunikasi....apa apa pun ini merupakan konsert yang paling riuh di Malaysia.....

Pic: LRT masa balik ke Bukit Jalil....kosong la...



P/s: Terjumpa seorang anggota band underground yg agak terkenal dengan lagu lagu emonya......katanya tgh tunggu awek dia.......sudahnya dari awal konsert sampai nak habis , dia tercongok sorang diri....awek dia mana la?...hehehe....minat JB jugak yer?....:P





2 comments:

edzlin007 said...

haha lawak yg ayat akhir tu. awek dia mesti fikir, bf leh tgk ari2, JB bila lg ada peluang,

ADIFASHLA said...

wakaka...awek dia berpaling tadah rupanya...hahaha