Me and Nana di hari terakhir dia di AMP Radio
RABU 11 Mei 2011
Hari ni merupakan hari terakhir Nana bersama AMP Radio . Selama 6 tahun bersama Era FM dan seterusnya 2 tahun di XFM.
Katanya dia bersara dari radio sebab nak menjaga anaknya iaitu Althea...yerla, dia lebih suka membesarkan anaknya sendiri berbanding mengambil orang gaji.
Pic: Billboard Adi dan Nana
Adi dan Nana pernah bertugas bersama di Era dan menjaga segmen Pagi Era bersama Kieran. Nana memang seorang yang kuat bekerja dan seorang yang cekal hati sebab itu dia boleh buat pelbagai kerja hasil dedikasinya itu...Adi memang dah masak dengan perangai Nana ni sejak AF1 lagi..sebab tu kitarang senang lepak sama sama...hahaha....
Pic: Masa Jelajah Era bersama Aie (Promosi Era)
Apa apa pun , Adi ucapkan selamat maju jaya kepada dia selepas ini , mungkin dia akan kembali membuat kerja kerja tv dan juga mungkin kembali ke dunia radio....tapi tak tahu bila dan di mana?. All the best to u Nana......:)
P/s: Aku pasti akan rindu gelak mengilai ko Nana....hehehhe....