Thursday, June 30, 2011

Jemputan Kahwin dari Tomok



Khamis 30 Jun 2011

Sampai kat ofis hari ni dapat kad jemputan kahwin yang unik la....daripada Tomok rupanya...cantik kad jemputannya , siap ada macam ada bekas baldu lagi tu...perghhh....




Pic Ada lirik dan skor muzik lagu "Bagaikan Bidadari"



Ni jemputan kahwin yang akan berlangsung kat rumah Tomok pada 9 Julai ni kat Cheras...mahai ni... Tahniah la Tomok dan juga pilihan hatinya Ayu....semoga berbahagia selalu .

p/s : dalam hati berkata...." Ko bila lagi???!!! ....hmmm







Wednesday, June 29, 2011

Futsal ALUMTEK 2011



AHAD 26 JUN 2011

Hari ni berlangsungnya acara futsal tahunan bekas sekolah Adi (Sekolah Teknik KL) atau lebih dikenali dengan TIKL. Ini kali ke4 acara ini dilakukan, tahun lepas team Adi tak masuk sebab tak cukup ahli. Team Adi ini merupakan wakil batch tahun 1994/1995. Dah 16 tahun dah sejak meninggalkan zaman persekolahan rupanya...hahaha



Pertandingan futsal Alumni Teknik KL (ALUMTEK) ini berlangsung di pusat futsal Triways , kat Padang Jawa Klang, betul betul depan JPJ Padang Jawa.

Pic : Berdiri: Hazel,Apai,Kuyen, Sani, Adi
Duduk: Tom, Faizal,Kelly, Kechik

Dulu masa kat sekolah , Adi jadi salah seorang keeper sekolah, tapi bila lepas sekolah Adi bermain posisi lain iaitu sayap kanan....tapi hari ni , Adi bermain tengah, satu posisi yang agak susah jugak la, sebab kaki Adi ni bukan kuat sangat dah. Takut kena attack jer nanti. So lebih suka jadi tukang feed jer....


Tujuan join tournament ni , hanya untuk suka suka jer, takdelah nak fikir menang sangat pun, memandangkan batch Adi baru pertama kali menyertai futsal tahunan ini. Ada 10 pasukan yang bertanding pada hari ini mewakili batch masing masing la. So kat sini jumpa la senior senior sekolah Adi dan juga junior junior.....walaupun tak kenal satu sama lain, tapi kitarang tetap cam satu family....hehehe

Pic: Terbongkang sebab perut krem...sakit ooo...

Perlawanan peringkat kumpulan , team Adi bertemu dengan juara tahun lalu, alamak nampak macam fit jer diarang, tetapi akhirnya team Adi menang 4-0...wahhh satu permulaan yang baik....

Perlawanan kedua pulak, team Adi seri 0-0 dengan team junior yang juga merangkap naib juara tahun lepas....budak muda..angin banyak la....kitarang ni jugak yang kembang kempis....haha

Manakala perlawanan ke-3 dalam kumpulan, team Adi menewaskan team senior kitarang dengan 3-1....Adi berjaya menjaringkan satu gol kat perlawanan ini....perghhhh...so kiranya team Adi jadi juara kumpulan la....masuk separuh akhir...


Pic: Pasukan kompang berirama TIKL.

Sementara menantikan pusingan separuh akhir, ada persembahan kompang berirama yang dipersembahkan oleh pelajar pelajar TIKL yang menarik dan kreatif..Zaman Adi dulu takde benda benda cam ni, semua kena belajar jer.


Pic: Menarik sekali gerakan kompang berirama ni...


Pic: Perlawanan separuh akhir , Mandrem FC VS United Rovers 9495

Sebelum bermula peringkat separuh akhir, Adi kena krem kat perut...alamak...tak pernah kena sebelum ini...memang sakit sangat sangat....maybe sebab tak sarapan pagi tadi..sampailah acara separuh akhir ni dalam jam 1tgh perut Adi cuma berbekalkan sepotong roti jagung sahaja....memang taubat takkan buat lagi la...jangan biarkan perut kosong ok!!! Sapu minyak kat perut....nasib baik ok sikit, walaupun masih sakit sedikit...

Pic: No9 itu adalah aku..hehe

Perlawanan separuh akhir ni menemukan pasukan Adi dengan pasukan gabungan batch 91/92 dan 92/93 atau nama glamer team diarang "Mandrem FC"...hehehe.....tak tahu la sama ada diarang pakai mandrem atau tak...tapi perlawanan ini berpihak kepada team Adi dengan jaringan 3-1....hehehe..Adi cuma bermain separuh masa kedua sebab perut masih sakit....tapi still maintain..dapat jugak score sebijik.....hehehe


Pic: Perlawanan Akhir Superstar Radjnikhan vs United Rovers ...

Perlawanan akhir menemukan team Adi dengan Junior satu tahun kitarang iaitu batch 95/96 yang turut jadi naib juara untuk 2 tahun sebelum ini. Peringkat kumpulan tadi , kitarang dah seri ....so final ini akan menentukan siapa yang lebih hebat....:)

Perlawanan memang sengit, team lawan mendahului kami dengan gol solo yang cantik..namun tinggal satu minit sebelum masa kesuluruhan tamat...team Adi berjaya menyamakan jaringan...habis waktu, kami seri 1-1.

Pic: Alamak...tak masuk...aishhh...

Makanya tendangan penalti terpaksa dilakukan untuk menentukan kejuaraan. Setiap team kena hantar 3 pemain untuk melakukan penalti...Adi merupakan pemain pertama yang akan membuat sepakan....

Bila dah bersedia, reff pun meniup wisel.....Adi menyepak, namun terkena kaki penjaga gol....alamak..tak gooolllll...agak kecewa jugak....tapi nasib baik......memang nasib baik.....


Pic: Peluang kedua...C'mon Adi...cmon...

Reff telah menyalahkan penjaga gol lawan yang keluar dari posisi lebih awal sebelum Adi menyepak bola, maka reff memberikan sepakan semula untuk Adi ...yeahooooo.....hahaha....so ..kali ini memang takkan sia siakan lah peluang yang kedua...

Reff sedia....

penjaga gol sedia...

Adi dah bersedia.......

reff meniupkan wisel....

Adi menyepak.....

dan GOOOOLLLLLLL!!! Pergh...bersorak team mate bila dapat score satu ...hehehe...


Pic: Yeahhhhh kita menang!!!!

Akhirnya team Adi memenangi pertandingan ini setelah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan tendangan penalti 2-0.....hehehe...nampaknya team batch 95/96 masuk 3 tahun dah jadi naib johan sahaja...takper dik...cuba lagi tahun depan...:)

Pic: Ambik hadiah la...hehehe

So team kitarang dapatlah hadiah RM500...hehehe....Alhamdulillah...tak sia sia krem perut!!! Hahaha. Apa apa pun seronok dapat lepak sama kawan kawan sekolah dan meyertai perlawanan futsal...hehehe...Selain daripada itu, kitarang dapat piala kejohanan, piala pusingan dan juga piala iringan.....wahhh

Pic: Pasukan Juara Futsal ALUMTEK 2011


Pic: Juara futsal Alumtek dengan pegawai pertandingan


So dalam kejohanan ini Adi cuma berjaya menjaringkan 3 gol sahaja, kira oklah juga sebab Adi lebih banyak assist untuk team mate jaringkan gol....hehehe..kiranya cam ala ala Fabregas la...hehehe...

Add Image
Pic: Kakak kakak senior ku yang sporting!! :D

Terima kasihlah kat penganjur yang menjayakan aktiviti futsal ALUMTEK ini..InsyaAllah kalau ada lagi tahun depan pasti team Adi akan masuk lagi...memang puas hati tahun ni menang..hehehe...

Pic: Inilah piala yang dimenangi...


Pic: Oh yeahhhhh...

Lepas futsal , dalam pukul 4ptg, barulah dapat makan nasi...ayam penyet kat Shah Alam...Alhamdulillah ....buat sendal perut yang dah masuk angin...:P (Tetap nak letak gambar makanan...hehehe)

Pic: Ayam Penyet..

P/s: Jangan biarkan perut kosong sebelum melakukan apa apa yang berat yer....:P









Monday, June 20, 2011

Jumpa pelakon HK yang berlakon dalam "The Lagend of Ip Man!!!



Jumaat 17 Jun 2011

Hari tu sebelum nak on air kat studio adalah satu rombongan yang ramai jugak la bawa seorang artis Hong Kong ni, sekali Adi ternampak pelakon ni yang berlakon dalam filem "The Lagend is Born - Ip Man." Hallamak.....masa dia lalu depan Adi, dia tersenyum...Adi lak otomatik bertanya direct.....

Adi: You're the one in Ip Man"s Movie right?....

Dennis To: Ip Man?!! Yeah yeah...its me...!!!!

Nama dia Dennis To.....orang yang mengiringi dia semua ketawa bila tengok reaksi spontan Adi....Yup, sebenarnya Adi memang ada semua koleksi Ip Man yang versi Donnie Yen dan juga Dennis To.....

Tak tahula mamat Dennisni pandai kung fu atau tak macam Donnie Yen...tapi dalam filem "The Legend of Ip Man, memang laju mamat Dennis ni berkungfu sebagai Ip Man ( Ip Man merupakan guru kepada Bruce Lee)



Dia datang ke AMP untuk interview kat My FM, mungkin dia berlakon dalam drama terbarunya kot....so kalau korang nak tengok macam mana mamat ni berlakon sebagai Ip Man....beli la DVDnya...RM19.90 jer.....pastu boleh jadi pakar seni mempertahankan diri Wing Chun macam master Adi...hehehe..:p

Pastu masa dia nak balik , sempat jugak Adi bergambar dengan Dennis ni.....nak ajak ber"wing chun"...takut tak dapat on air kejap lagi...hehehe...Tq aa Dennis To......Wachhhaaaaaa...










Sunday, June 19, 2011

Selamat Tinggal Akademi Fantasia......konsert terakhir AF!!



Pic: Masih elok dalam simpanan, baju rasmi AF1

AHAD 12 JUN 2011

Hari ini merupakan konsert yang terakhir untuk Akademi Fantasia.....disebabkan AF lah rezeki Adi bermula....Alhamdulillah memang rezeki Adi dalam AF dan dapat menyertai AF1 pada tahun 2003 dulu. Jadi tujuan Adi datang ke Konsert Kemuncak AF9 pada hari ini sebetulnya lebi untuk meraikan dan salute pada jenama AF ini sendiri. Walaupun Adi terkeluar minggu ke 3 AF1 dan juga merupakan pelajar lelaki pertama terkeluar dlm sejarah AF....tapi itu tak mematahkan semangat Adi...sebab rezeki ada di mana mana...kan?!


Pic: Dataran Putrajaya, lokasi konsert final AF9

Memang seronok nak jumpa kawan kawan Af yang lain , terutama sekali AF1, walaupun tak semua yang dapat hadir , tapi rasanya hari ni , alumni AF yang paling ramai datang adalah alumni AF1....Vince, Khai, Rosma,Azza, Sahri, Atie, Nija dan Adi sendiri.


Pic: Gambar terbaru Rosma dan Khai.....loving couple dari AF1 sampai la ni!!!

Pic: I miss u guys!! Sebahagian AF1 , Khai , Rosma, Adi,Vince and Azza.

Ya ampun, bila jumpa lagi diarang ni, rasa cam nak nangis pun ada, maklum lah ada antara kitarang yang bertahun tak jumpa, dan bila jumpa balik kali ni rasa macam baru semalam kitarang masuk AF! Masing masing dengan perkembangan terkini dan semstinya masing masing mengimbas kembali kenangan kenangan masa AF1 dulu...alahai rindunya saat saat itu...:)

Pic: Sebahagian AF1, suami Nija, Khai,Rosma, Saiful(suami Atie) , Sahri, Nija, Atie, Rosma and Adi.

Khai , Nija Rosma dan Nana dah ada baby dah, pasni insyaAllah bakal menyusul lagi..hehehe...tapi diarang tak bawak baby diarang pada hari ini.


Pic: Goshhh Azza ni memang cantik kan?....sweet!!! hahaha



Konsert Final AF9 ni berlangsung di Dataran Putrajaya di Presint 3 Putrajaya, memang ramailah yang datang nak tengok penyanyi kegemaran mereka. Seperti yang Adi katakan tadi, Adi dtg untuk meraikan AF itu sendiri..oleh itu, Adi memakai tshirt yang pernah Adi pakai masa AF1 dulu, setelah memunggah baju kat dalam almari, nasib baik terjumpa balik tshirt AF Adi ni...hehehe. Semanagat AF !! Hahaha

Pic: Adi, Mimi Azeera dan Feeya pun datang jugak ke AF!!


Pic: Haniff dan Ray pun ada, diarang buat satu link dalam AF Final ni..

Sebagaimana semua tahu...Hazama telah jadi juara terakhir AF9, Tahniah!! Usaha dia selama 5 tahun nak masuk AF tercapai sudah dan terus menjadi juara!!:). Itulah namanya rezeki.


Oh ya...paling menarik, semasa lagu Menuju Puncak dinyanyikan untuk kali yang terakhir di konsert malam ini, semua bekas bekas AF pun bangun dari tempat duduk dan sama sama menyanyikan lagu Menuju Puncak bersama sama...yeahhhhhh...Adi pun sempat berdiri atas kerusi ...hahaha....memang betul betul nyanyi lagu Menuju Puncak ni .......takpe lah...ini mungkin kali terakhir nyanyi lagu Menuju Puncak ini ....memang balun lah...hehehe....

Pic: Atas pentas AF!! This is the last one dude!!!

Tiba tiba selepas upacara penyampaian hadiah, Pak Nil telah menjemput semua bekas bekas pelajar AF dari Af1 sampailah ke AF9 naik ke atas pentas..untuk sama sama meraikan buat kali terakhir jenama AF ini...dengan lagu "Sahabat Selamanya" dari kumpulan PADI....Pak Nil lak ternampak Adi dan terus dia berikan microfon dia kepada Adi....hahahaha.....sempat jugak Adi bisik kat Pak Nil....."mana hafal lagu ni Pak Nil".....Pak Nil kata..."Balun aja!!" hahahaha....tu yang dengar suara Adi balun lagu Sahabat Selamanya ni...hahaha...kalau salah lirik..maafkan lah yer...Nyanyilah ramai ramai sampai habissss....


Tamat sudah Akademi Fantasia.....apa rasa ku?...hmmm sedih jugak lah, sebab dengan AF ni la Adi dapat rezeki yang mampu menyara Adi sekarang ini...Alhamdulillah....besar jasanya pada Adi...:)

Pic: AF1 dengan Adi Samsul

Masa nak balik tu sempat juga bertemu dengan orang kuat yang menjayakan AF dari mula ni...dialah yang datang menjemput Adi kat rumah Adi kat Tg Karang dulu....nama dia Adi Samsul, Adi samsul ni adalah penerbit AF1 sampailah AF4 kalau tak silap Adi la...nama pun dah sama dengan Adi.....terima kasih Adi Samsul bagi peluang pada ku dalam AF....Jasamu tetap akan di kenang!! :)

Pic: Af1 dengan SultanMuzaffar

Pastu salute sama Sultan Muzaffar (wartawan dan blogger hiburan) yang merupakan antara orang yang banyak mempromosikan AF ni...terutama kitarang dari AF 1 ni....da juga org pertama yang menemubual Adi masa Adi baru terkeluar dari AF dulu...:) .Rasanya SultanMuzaffar pun membesar sama dengan AF....Yup!!! Tq SM!!!

Pic: AF1 dengan Datuk Ramli MS (Juri konsert final AF1 dulu)

Pic: Me with Nija. Makin cantik lepas kahwin ni...:)


Pic: Me with Kaer, Farah and Zahid....


Pic: Me with SEARCH!!

Jadi itulah!!! Dengan rasminya AF menutup tirainya buat selama lamanya!!! Hmmm..pasti kita akan rindu suasana konsert hujung minggu dan drama drama yg di tampilkan dalam setiap musim AF....terima kasih pada semua tenaga pengajar Adi di AF dulu, Cikgu Freddy Fernandez, Cikgu Siti Hajar, Cikgu Fatimah Abu Bakar, Cikgu Adnan Abu Hassan, Cikgu Linda Jasmine, En Baha dan semestinya Pak Nil sendiri......dan korang korang semua yang menyokong AF selama ini!!!! .TERIMA KASIH AF!!!!!

Pic: Last AF!!!

P/s : tunggu nanti cerita pasal kenangan di AF1 ok...:)


Chef Adi masak....hadusss....

Pic: Pegi pasar beli barang dulu la..


Sabtu 11 Jun 2011

Hari tu balik kampung, sampai kat kampung anak anak buah takde, sebab diarang pergi rumah nenek masing masing..so kat rumah tinggal Adi , mak dan abah la..., so temankan mak masak kat dapur sambil borak borak la....

Pic: Chef Adi beraksi...:P

Pastu sengaja nak masak hari ni, dulu Adi pernah bekerja sebagai tukan masak kat Mint Hotel masa Sukan Komenwel 1998....hahahaha....lama tak memasak so hasilnya paham paham lah yer..hahaha


Pic: Tumis sayur Huru Hara Chef Adi..hehehe

Actually kalau balik ke kampung, Adi lebik suka makan yang simple tapi masak kampunglah...lebih sedap!!! Yum Yum!! Hasilnya ialah tumis sayur campur dan juga telur goreng yang serba huru hara...tapi rasanya masih sedap la..(puji masakan sendirik...)


Pic: Telur goreng Mutan X!! Hehehe

But, mak Adi gelak sahaja bila dia melihat hasil telur goreng ku kat atas ni...nampaknya skill memasak ku hampir hilang..hahaha...takpe takpe,,,next time boleh diperbaiki telur goreng ku ini...apa apa pun..makan sampai licin wooo...hahahaha...

p/s: ada sesiapa nak suruh Adi masakkan untuk dia?...Chef Adi sedia berkhidmat...hehehe