Friday, June 3, 2011

Kota Kinabalu Trip Part 1


Pic: Lunch sama Ezed, Reezal dan JJ (Skuad Era KK)


Selasa 24 Mei 2011

Hari ni Adi ke KK , bercuti. Sebenarnya dah beli tiket flight dah lama dah, jualan murah..hahaha...nasib baik teringat pasal tiket ni...jadi hari ni dengan hati yang senang dengan tanpa perancangan yang teliti, maka berlepas lah kat KK.

Sampai kat KK di sambut dengan kawan kawan dari Skuad Era KK . Sampai kat KK dah pukul 1ptg, perkara yang pertama ialah pergi makan dulu...hahaha, lepas tu check in hotel kat Grand Borneo yang terletak kat One Borneo.


Sengaja Adi lepak situ, sebab dekat dengan studio dan pejabat AMP kat One Borneo tu. Lagi pun senang kalau nak cari makanan, turun hotel , terus masuk shopping complex.

Pic: Lepaking sama Bebey dan Illy kat One Borneo

So lepas check in, terus call Illy, salah seorang penyampai radio ERA KK....kitarang melepak sambil minum kopi bersama Bebey(juga penyampai ERA KK) .Lama jugak kitarang berborak. Kebanyakkan topiknya adalah berkenaan ERA KK.


Sebelah malam pulak, Adi keluar lepak dengan DJ Uno, dari kumpulan Pop Shuvit (Dia yang managed Era KK now). Kitarang makan kat Little Italy. Restoren ni memang terkenal kat KK . Masa ada show dengan AF dulu , Adi pernah pergi ke restoren ni. Memandangkan Adi ni tengah kemaruk makan carbonara, so cubalah makan yang kat restoren ni....menarik dan sedap gak la...

Pic: Bahagian luar Restoren Little Italy


Pic: Pasta Carbonara Little Italy.

Senang cerita hari pertama kat KK ni asyik makan jer la..hehe..pukul 11pm balik hotel la, tidur..sebab esok nak tengok Gunung Kinabalu...yippi!!!

3 comments:

edzlin007 said...

wah npk sedap

Anonymous said...

Εvery weеkend i used to go tο see this website, as
i wіsh for enjοyment, as this
this website conatiοns truly pleaѕant funny ѕtuff toо.


Here is my blog: male sexual dysfunction

Anonymous said...

What's up, all the time i used to check web site posts here in the early hours in the dawn, since i like to gain knowledge of more and more.

Stop by my web blog ... premature ejaculation-home