Friday, June 3, 2011

Kota Kinabalu Trip Part 3


Khamis 26 Mei 2011

Hari ni Adi nak lepak ke pulau pulak . Adi pergi lepak kat Gayana Resort kat Pulau Gaya. Pulau Gaya ini adalah salah satu pulau yang ada kat dalam Taman Negara Tunku Abdul Rahman.

Cuaca memang best sekali, memang panas dan boleh menggelapkan kulit dengan cepat..hahaha..(masih teringat masa balik dari Pulau Perhentian dulu....gelap gulita muka). Kalau nak pergi ke pulau pulau kat Taman Negara Tunku Abdul Rahman ni kenalah naik bot yang disediakan kat jeti Jasselton Point. Adi di jemput bot dari Gayana Resorts...

Perjalanan hanya ambil masa 15 minit saja untuk sampai ke Gayana Resorts. Resort ni memang menarik sekali sebab kebanyakkan rumah rehatnya di bina di atas air. Bila bila masa sahaja boleh terjun ke dalam laut.

Adi sengaja untuk pergi ke Gayana Resorts yang terkenal dengan gelaran eco resort ini sebab mereka ada menjalankan aktiviti pemuliharaan ekosistem lautan seperti menanam batu karang dan juga penyelidikan mereka berkenaan "CLAM" atau pun kepah gergasi. Di Malaysia terdapat 7 daripada 8 kepah gergasi yang ada di dunia. Di Marine Ecology Reseach Centre (MERC) yang ada di Gayana Resort ini, mereka cuba untuk membiakkan kepah gergasi ini daripada pupus. Sebenarnya, ada orang yang makan kepah gergasi ini. Sebab itu ianya semakin pupus.

Pic: Chalet yang ada di Gayana Resort

Pic: Laluan untuk ke bilik....menarik!!

Pic: Adi menyaksikan tanyangan video khas berkenaan MERC

Selain itu di Gayana Resort ini juga ada akuarium khas yang mempamerkan segala haiwan laut yang mereka kaji untuk tatapan kepada semua pengunjung resort ini.

Antara yang menarik minat Adi ialah berkenaan dengan Stone Fish..atau pun ikan batu...cuba korang tengok gambar kat bawah ni....kalau korang pandai ..cuba kira berapa ekorkah ikan yang ada di dalam akuarium ni...

Pic: ada nampak ikan?...cuba cari!!! ada 3 ekor ikan batu dalam gambar ini.


Semasa Adi melihat ikan batu yang ada di dalam akuarium ini, memang Adi tak jumpa satu pun ikan...namun setelah di perhatikan dengan penuh teliti barulah ternampak bentuk ikan batu tersebut. Hebatt!!!
Pic: Inilah rupa ikan batu....


Pic: 2 daripada spesis Kepah Gergasi..


Pic: Perihal berkenaan Clam.

Pic: 7 Kepah Gergsasi yang ada di Malaysia.


Pic: Leopard Shark


Pic: Leopard Shark


Pic: Lobster


Pic: Me with the Clams


Pic: Clam boleh membesar lebih besar daripada ini....perghh

Lepas tu Adi ke kolam "sentuh dan Kenal" yang terletak berhampiran dengan akuarium tadi. Dalam kolam ini disediakan beberapa spesis hidupan laut yang boleh kita pegang dan kenali lebih rapat...antaranya...


Pic: Bahagian atas Tapak Sulaiman Bantal.

Pic: Siput Bintang.

Pic: Timun laut ( gamat)

Pic: Siput ...err lupa lak namanya..


Pic: Satu lagi jenis gamat...


Pic:Alien a.k.a Belangkas...

pic: Ini pun satu lagi jenis gamat...

Pic: Tapak Sulaiman Biru.


Pic: Gemuknya gamat ni..


Pic: Kawan kawan di alam lautan!

Di Gayana Resort ini juga Adi dapat menyertai program menanam batu karang. Dengan harga RM120 setahun , anda akan diberikan perkembangan terkini berkenaan dengan batu karang yang anda tanam setahun sekali. Mereka akan hantar gambar batu karang yang anda tanam..:)

Pic: Ini batu karang yang Adi tanam.

Batu karang yang telah patah , di kutip oleh penyelam dan akan di tanam semula dengan asas simen yang akan mengeras bila diletakkan dalam air laut. Selain itu dapat jugak sijil yang ada gambar Adi selepas menanam batu karang tersebut.

Batu karang yang Adi tanam itu akan di simpan dalam kolam sementara sebelum di pindahkan ke dasar laut tak lama lagi. :) Moga batu karang itu akan hidup dan terus bercambah...:)


Pic: Happy dapat sijil...hehehe

Bilik kat Gayana Resort ni memang menarik. Personaliti terkenal Martha Stewart juga pernah datang ke resort ini...dapatlah berehat dengan aman dan tenteram kat sini...terutama pada sesiapa yg nak berbulan madu. hehehe

Pic: Ruang tamu 1.


Pic: Ruang tamu 2 mengadap laut.

Pic: Lantai yang boleh lihat dasar laut. Kalau malam lampu akan dihidupkan untuk melihat ikan ikan berenang.

Pic: Katil dibahagian atas bilik...


Pic: Mini kolam renang....depan balkoni.

Antara yang menarik pasal bilik kat Gayana ni, kita boleh terjun kat dalam laut bila bila masa sahaja hahaha, airnya agak jernih . Tapi kalau kita berenang sikit ketengah sikit...kedalamannya boleh mencecah 15 meter...fuhhhh....Kalau taknak berenang dalam laut...ada kolam kecil kat depan bilik...hehehe...buat berendam la....ahhh...Adi cuma terjun dalam laut jer...hehehe...best!!

Pic: Jacuzi


Jadi kalau korang nak pergi bercuti, maybe korang boleh lepak kat sini, suasananya aman dan staff staffnya akan membantu korang bila bila masa sahaja dgn ramah tamah...:)

Pic: Dekor yang menarik di siling...

Sebelah petang Adi terus terjun ke dalam laut untuk aktiviti snorkling dan yang paling menarik sekali Adi dapat melihat ikan kerapu gergasi yang di simpan di dalam sangkar khas...nak pergi ke sangkar ini kenalah berenang, tak jauh ..cuma 25meter dari jeti restoren Gayana Resort. Oleh itu tak dapatlah nak ambil gambar ikan kerapu tu, Yang menariknya kita boleh terjun ke dalam sangkar ni untuk melihat ikan kerapu gergasi yang lebih besar dari badan Adi ni...pergghhhh berderau. Tengok la video ikan kerapu yang ada di dalam sangkar tersebut...video ini ada di dalam laman web rasmi Gayana Resort.



Pic: Sangkar yang menempatkan ikan kerapu gergasi di Gayana .

Pic: Snorkling dengan staf staf Gayana...best!!

Memandangkan Adi datang seorang kat sini, staff staff Gayana Resort telah menemani Adi snorkling...diarang memang ramah dan baik giler..terima kasih korang.:) Semasa menyelam dapat jugak tengok batu karang yang ditanam untuk tujuan pemuliharaan dan juga melihat kepah gergasi yang ada berhampiran. Bila kita menghampiri kepah gergasi tersebut...ia akan menutup cengkerangnya dengan cepat. Menarik sekali bila dapat tengok kepah gergasi ini live depan mata...

Pic: Deko yang ada di Restoren Alu Alu Gayana Resort

Salah satu tarikan yang menarik kat Gayana Resort ini ialah restorennya yang menghidangkan makanan laut yang sedap. Tapi kalau anda dari KK dan nak makan di restoren ini...anda kena booking dan sekurang kurangnya ada 4 orang yang akan makan di restoren ini. Kalau kurang dari 4 orang , memang mereka tak dapat menerima permintaan anda....maybe sebab faktor bot kot...walaupun makanannya agak mahal kat sini, tapi berbaloi la....seafoood tu...heaven!!


Pic: Nasi goreng Ketam ....nice!!

Sebenarnya Adi nak belanja kawan kawan Era KK datang ke Gayana Resort ini untuk makan seafood. Adi dah bayar masa awal awal dah, Namun nasib agak kurang baik, rupanya hari tu, team ERA KK ada sidang akhbar kat KK...jadi diarang tak dapat turun ke Gayana...aisyehhhh...nasib baik Adi dapat refund balik...kalau tak...rugi jer...tapi tulah, melepas lah nak makan seafood kat Gayana ni.Next time jer la...takkan Adi nak makan sensorang kat sini...hahaha...jadi makan sensorang la kat sini sambil layan perasaan...hahaha....

Pic: Petang yang tenang di Gayana

Inilah kisah trip Adi masa kat KK hari tu..next trip, InsyaAllah nak panjat gunung Kinabalu....ada yang nak ikut?...hehehe


4 comments:

dinie said...

huaaa,, bestnya gayana niii..!!! nk ikot nek gunung ! hee ^_^

ADIFASHLA said...

boleh boleh dinie...pergi training dulu yer...hehehe

edzlin007 said...

wahhh best gile ni! taktau pun ada tempat se-best gini!

ADIFASHLA said...

semuanya di Malaysia...hehehe