Tuesday, October 4, 2011

Malam Rewang 2011



Sabtu 17 Sept 2011

Lepas habis Karnival Suara Kami kat Stadium Merdeka, Adi terus balik ke Tg Karang sebab akan berlangsungnya majlis perkahwinan adik Adi. Sampai rumah dalam pukul 6ptg. Ramai yang tercari cari Adi rupanya..maklumlah minggu lepas tak dapat menghadiri majlis perkahwinan sebelah pengantin perempuan la.


Lepas maghrib terus bersiap untuk rewang dan menyambut tetamu yang datang. Sejak beberapa tahun ni di Tg karang dah jadi kebiasaan malam sebelum majlis persandingan, para tetamu sudah datang untuk meraikan majlis ni. Mungkin sebab terlalu banyak jemputan lain yang diterima ataupun sebab malam lebih sejuk maka terpaksalah kami menyediakan makanan yang secukupnya untuk tetamu yang datang pada mlm ni.

Pic:Bahagian basuh cawan

Pic: Bahagian basuh pinggan

Macam biasalah, kat kampung ni amalan REWANG iaitu gotong royong di majlis perkahwinan masih diamalkan, walaupun takde la semeriah dulu, namun masih ok lagi...kalau ikutkan dulu memang takde konsep katering mcm sekarang ni...dulu..semua hidangan akan di susun kat belakang dan di hantar bila ada tetamu yg datang..now semuanya selfservice....kalau dulu memang penat habislah kalau rewang tu....terutama yang bahagian angkat angkat hidangan tu. Penat macam mana sekali pun ianya memang seronok la...:)


Pic: Bahagian kupas bawang.

Sebelah malam ni, orang kampung rewang untuk menyediakan makanan untuk majlis esok. Ada yang potong bawang, masak lauk pauk dan macam macam lagi la...


Pic: Bahagian masak


Pic: Pelamin pink la...

Malam ni jugak diadakan majlis cukur jambul anak buah Adi iaitu Akil ...jadi ada persembahan marhaban daripada kaum kaum ibu dari Kg Sungai Tengi Kanan Darat. Sambil para tetamu terus mengunjungi kediaman kami .

Pic: marhaban kaum ibu.

Pic: Baby Akil kena cukur jambul..

Majlis terus berlangsung sampailah pukul 12 tgh malam, barulah tetamu pulang . Dapatlah jugak bertemu dengan saudara mara dan juga kawan kawan yang tak sempat jumpa masa hari raya ni.


Pic: Abah and the gang!!



Pic: makcik makcik Adi ni...sayang korang!


Pic: Ni pakcik pakcik dan sepupu



Lepas pukul 12, kitarang pun berkaraoke...Pakcik Adi ni memang buat sound system..dia memang buat bisness ni...perghh banyak giler lagu lagu dia..sebut jer nak lagu apa?..semua ada...hahaha...actually Adi minat muzik ni pun sebab dulu tinggal satu rumah ngan pakcik..so hari hari dia akan pasang Hi Finya kuat kuat....perghhhh ...well zaman dulu kalau ada Hi Fi dah kira dasyat lor...hahaha...satu kampung boleh dengar....so kalau sesiapa nak sewa sound system boleh contact Adi..( wah promote bisness..)

Pic: Embah kesayangan Adi dan makcik( Bokde Du)

Pic: Pakcik (Pak Tuk) dan saudara

Kitarang karaoke sampai pukul 2pg....itu pun makin lama makin ramai orang yang datang kat rumah, budak budak muda kalau dengar karaoke memang laju lah ..memang meriahlah...Adi pun lepas jugaklah 2-3 lagu melalak pagi pagi buta ni....sebab dah penat, maka kul 2pagi tutup kedai la...esok mahu kenduri maaa.....dah la badan penat giler ni....tido tido....esok sambung yer!!

Pic: Dengan Ustaz Juan, kawan badminton kat Tg Karang..:)

6 comments:

Aety Hassan said...

tula yang seronoknya kalau kat kampung.. amalan rewang sentiasa menjadi pilihan.. meriah dengan tawa saudara mara, sahabat handai, orang kampung.. ^_^

nyonyacyber said...

meriahnyaa.. itu kenduri adik.. nanti kenduri Adi mau lagi dabel2 meriahnya nih haha

ADIFASHLA said...

hahaha...insyaAllah....memang best bila kenduri sebab keluarga terdekat akan turun punya...yeahhh!!!

Edzlin said...

Seronok tengok tempat abg adi, meriah!

miss kintel said...

pnh nyebuk ikut ngajo sama kt skola ngn ustaz azwan zaman mude2 dolu..skang pn mude lg..hehehe

nOuRuL EyEdHa said...

waaa..aci ada knduri kat rumah abg adi jer msti sy xda kat tg karang. :( sadis tol..hopefully abg adi kawin t sy dapat la pegi. hehehe jgn lpe jmput orang kampung tau!