Sunday, February 5, 2012

Adifashla bersama Maxis iPhone 4S dengan Aplikasi Maxis Roam

Dua bulan lepas Adi bertemu dengan seorang selebriti tempatan yang datang ke Studio Era untuk temuramah. Ahh rasa cemburu dengan selebriti wanita tersebut….bukan apa, sebab dia sudah memiliki iPhone 4S  yang dibelinya di London. Lebih lebih lagi selebriti itu sempat membuat demo di depan Adi dengan menggunakan aplikasi terbaru daripada iPhone 4S  iaitu SIRI. Macam best lak bila tengok selebriti tu berborak dengan SIRI...dalam hati Adi terdetik juga..bila la nak dapatkan iPhone 4S ni…




Akhirnya pada 15 Dec 2011,  Maxis secara rasminya melancarkan pelan pelan untuk memiliki iPhone 4S ini! Ahh pucuk dicita ulam mendatang, iPhone 4S  berwarna putih menjadi idaman hati! Pelan untuk memiliki iPhone 4S  ini cukup mesra pengguna, malah kita boleh memiliki iPhone 4S  32G SECARA PERCUMA untuk masa yang terhad dengan Pelan 24bulan ivalue 4 !! Wahhh bestnya!! Kita juga boleh mendapatkan iPhone 4S 16GB daripada Maxis pada harga  RM1250 dengan Pelan 24 bulan ivalue 2. Pilih saja pelan mana yang korang mahu…pasti ada yang berkenan di hati…..

 Belum puas  Adi belek belek iPhone 4S, kena pulak pergi Singapura, memang sah sah lah tak boleh nak berpisah dengan iPhone 4S  baru ni. Nasib baik la Maxis ada Aplikasi Maxis Roam dalam iPhone 4S  ni .

Apa yang best pasal aplikasi Maxis Roam ni?...haaa..meh Adi habaq sikit…Aplikasi ini boleh kita gunakan kalau kita pergi keluar negara dan memudahkan kita berhubung dengan kenalan atau keluarga kita di tanah air. Manalah tahu kot kot boss telefon ada projek nak buat kan?!..hehehe….ok! Yang menariknya, aplikasi Maxis Roam ini akan mengesan secara automatic di negara mana kita berada. …yup! Betul! 
Seterusnya ia juga akan mengesyorkan kadar caj panggilan dan data yang terbaik dan termurah andai kita menggunakan Maxis dari negara tersebut! Senangkan! Jadi takdelah kena caj yang mahal mahal kalau gunakan talian telefon dari luar negara……fuhh!! Lagi satu , Adi ni memang malas nak beli sim kad daripada syarikat telco di Singapura, yer la, lepas tu nak kena daftar lah ..leceh la kan .., buat apa?. Sedangkan kita boleh jugakan talian Maxis terus dari Singapura. Betul tak?. 

Jadi kalau korang pergi keluar negara , jangan lupa gunakan applikasi Maxis Roam yang ada kat iPhone 4S  tu! 
Ok nanti Adi sambung balik citer pasal iPhone 4S  daripada Maxis ni ok…banyak benda benda yang menarik nak cerita kat korang…tapi kalau nak puas hati korang …dapatkan iPhone 4S  korang kat Maxis Centre yang berhampiran sekarang!! ..tak pun layarilah www.maxis.com.my...... kita chi chat lagi nanti ok!! 

1 comment:

PDISK said...

Anda juga boleh memuat turn app percuma yg lain spt Maxis Movies, Maxis F1, Maxis BPL di App Store atau ke laman www.maxis.com.my/apps