Tuesday, November 13, 2007

KARAOKE bersama pendengar - pendengar XFRESH FM


Ahad 4 Nov 2007

Semalam dari PD setelah menhadiri majlis Hari Jadi boss Adi (Jakeman)..terus balik ke kampung sebab nak makan malam dengan parent kat kampung yang sambut hari jadi gak..hehehe..sampai sampai kat Tg Karang dalam pukul 830..memang chnatek la..diarang pun baru tgh makan malam..langkah kanan la..

So tgh hari ni Ahad, Adi dah balik ke KL..sebab ada majlis karaoke bersama pendengar Xfresh yang dah merancang lama majlis ni..Burn ada,..dan semestinya kawan2 Xfresh la..huhuhu


Pic: Gambar ni macam satu keluarga kucing la..hahaha



Pic: Ni yang malas nak ajak Burn ni..bergambar pun masih nak pegang mic..aduss..


Majlis karaoke ni di buat di Red Box Sogo! hahaha..thanks la kat korang yang buat majlis ni..Tapi Adi takleh la nyanyi sangat sebab ptg karang kena buat Fulus Mania..so simpan suara sikit maa..Adi sampai dalam pukul 4 ptg dan sesi karaoke tamat jam 5 ptg..terus Adi bergegas balik ke ASTRO. Terima kasih daun keladi..lain kali kita karaoke lagi!!!!

Ganti Yasmin Hani di Muzik@Ria...

Pic: Sorry Hani! Ku rampas studio mu! Hahaha

Ahad 28 Okt 2007

pagi ni Adi kat kampung, sebab takde benda sangat weekend ni, pastu sebelah petang Adi balik Kl dan terus kerja untuk Fulus Mania..Tgh nak mekap sekali producer utk Muzik@Ria..minta Adi standby juga untuk Muzik @Ria, sebabnya katanya mata Hani kena ketumbit..yup kesian dia..katanya 1st time baru kena..samalah ngan Adi beberapa bulan yg lepas kena gak ketumbit ni..hehhee..

So 1st buat Muzik@Ria memang sesuatu yang Adi tunggu, bukan sebab apa..cuma nak cari pengalaman jer. Lagi pun last sekali Adi datang ke Muzik@Ria ni..adalah pada tahun 2003! masa Adi lepas keluar dari AF...hahaha..lama giler kan..dan 2007 ni baru lah muncul..tapi bukan as an artist ..tapai sebagai pengacara...hahaha..Hijack studio Yasmina Hani..

Kalau kat Fulus Mania Adi boleh rilek sikit..maklum lah dah beratus ratus episod buat..tapi utk Muzik@Ria ni memang lain sikit lah cara kerja nya..sebab menggunakan 3 kamera dan juga ada floor manager..cuma yang mungkin agak susah ialah Adi sebenarnya dah lama tak tengok Muzik@ Ria..jadi agak macam blur sikit la dengn flow M@R..dan kalau nak tahu sebelum ni belum ada pengacara lelaki yang mengendalikan Muzik@Ria.

Lepas jer tamat Fulus Mania jam 830mlm, ADi pergi ke Kafe dulu sebab kelaparan..yer la bercakap pun kena pakai energy tau..lepas tu salin baju untuk M@Ria lak..heheh..kenalah tukar baju..takkan nak pakai baju yg sama ngan FM lakkk ..mana sesuai..lepas tu terus keudara utk M@Ria


M@Ria keudara setiap Ahad mulai jam 10mlm selama sejam secara langsung di Astro Ria.

Hahaha..kalut jugak di buatnya pada awal-awal..memang Adi akui ada beberapa kelemahan berlaku, 1st time..

Tapi nasib baiklah ada Anuar Zain sebagai tetamu undangan..haha..relaks sikit sebab Adi pun dah biasa kerja ngan Anuar masa interview kat Xfresh FM..sebelum ini.



Pics: Muka Adi kepenatan bercakap selama 2 jam LIVE di Astro Ria..Anuar Zain maintain la..huhuhu

Tapi apa-apa pun thanks kat tenaga produksi M@Ria yang memberi peluang kepada Adi untuk mengacarakan M@R temoh hari...satu pengalaman yang cukup manis bagi Adi. Thanks!

Kena Ganti Yasmin Hani kat Muzik @Ria

Jumaat 26 Okt 2007

Ya ampun lama giler tak update blog kat sini..sorry la busy sangat . Hari ni masa masuk dalam kereta sekali nampak lak angka yang menarik dlm Edometer kereta ADi.. 017777..hahhaa..dan jauh gak Adi berjalan rupanya dalam 9 bulan ngan kereta Adi ni.
saja jer ambik gambar ni..walau pun tgh drive time ni..jgn tiru aksi merbahaya ini yer..

Monday, October 22, 2007

Kerja Semula daaaaa....


Pic: Alamak! Lupa lak nak tekan butang apa ni?..aisyehh

ISNIN 22 OKT 2007
Publish Post
Yeahhh..Raya dah habis so sekarang kenalah kerja balik..Actually semalam dah balik dah dari kampung buat Fulus Mania. Malam pula tak ke mana-mana , nak beraya tapi takde kawan..so duduk rumah jer la.

Minggu ni agak sibuk juga nak buat macam-macam antaranya rumah terbuka (semestinya) dan hujung minggu ni ada rakaman untuk rancangan 3R..buat penampilan lagi la....hahah..ni kali ke -3 kalau tak silap ADi muncul dalam 3R. Haa..nanti jengok -jengokla 3R ok! Jadi selamat bekerja kepada semua..

Sunday, October 21, 2007

Hari Raya 2007


Pic: Err macam dalam StarTrek! hehehe..takde kerja..
Sabtu 13 Okt 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Batin, terima kasih kepada yang menghantarkan kad raya dan jug aucapan kepada Adi. Actually sepatutnya Adi bercuti mulai hari Rabu 10hb Okt 2007. Tetapi disebabkan ada pelancaran Angkasawan pertama Malaysia pada hari Rabu tu..maka terpaksalah Adi bertugas di waktu malam, Nasib baik boss kasi cuti sepanjang minggu depannya..iaitu minggu raya la..Yahoooo!! Lama giler tak cuti la..dari minggu survey radio April Mac lepas.

Ok sebelum balik kampung..kenalah potong rambut..hehhee..tapi yang bosannya potong rambut + cuci rambut ni kekadang membosankan gak..hahhaa..lama sangat duduk!

Pic: Di rumah nenek di Sg Nibong bersama sanak saudara.

Jadi Adi pulang ke kampung pada malam Khamis , saja balik lambat - lambat , nak gak rasa kesesakkan jalan raya..tapi tak sesak pun...hahahahaha..konon nak rasa keseronokkan pulang berhari raya..ada trill la...kat umah lak nasib baik pelita semua dah pasang..hahha..tinggal main bunga api la..(errr bunga api ker?..)..

Raya pertama Adi berkunjung la ke rumah nenek di Sg Nibong , Sekinchan, Sel. separuh hari jugalah berada di sana, lepastu baru mengunjungi rumah pakcik dan makcik sebelah bapa Adi di sana sampailah petang. Tahun ni nampak gayanya Raya di sambut dalam musim hujan..hmmm ..mlm pertama raya hujan turun lebat di sertai dengan ribut petir melanda Tg Karang. Memang menakutkan..hasilnya..hampir 20 buah rumah di sini tercabut bumbung nya di tiup ribut..kesian ...raya pertama kena musibah ni, habisla semua persiapan raya basah dan bekalan elektrik pun terputus , nasib baik rumah Adi takde apa-apa la..Alhamdulillah..Inilah namanya dugaan di hari raya.


Pic: Astro Disc milik orang kampung yang terjatuh akibat di tiup ribut..terpaksalah letak atas tanah jer..

Pic: Mari - mari siapa mahu ikut Baraan!! Hahaha


Ahad 14 Okt 2007 - Ok hari raya kedua lak mula Baraan, yup naik motorla sama kawan-kawan di kampung pergi rumah jiran-jiran..hahah..actually bagi Adi, inilah kemeriahan raya sebetulnya..kalau tak , tak tahu nak buat apa da...baraan ni mengambil masa 3 hari nak di habiskan..so adalah aktiviti nak buat kan...dari pada duk melepak kat rumah , bancuh air..errr...lagi letih.hahaha..ni kita dapat jalan-jalan, jumpa member dan dapat makan kuih raya banyak banyak..hahahaha..duit raya tak dapat la..

Pic: Senyumlah dapat Baraan,setahun sekali!

Tapi tahun ni Adi tak pergi sangat Baraan ni sebab nak berehat jer kat rumah ..lagi pun sekarag musim hujan..kekadang nak keluar rumah pun susah , tapi bila cerah..panasnya tu lak lain macam..perghhh ..cobaan..

Pic: Dengan kawan-kawan di kampung , rakan muda Tg Karang..hahahaha

Seronok dapat jumpa kawan - kawan lama masa baraan..tapi sedih gak tak dapat jumpa beberapa member kamcing yang sekarang masing-masing ada komitmen dah..(kawin laaa...) Arghhhh bosan gak raya tahun ni....


Pic; Makan Tengahari di Surau lepas Baraan

Lepas Baraan , kenalah berhenti berehat utk sembahyang Zohor, jadi sebalum balik rumah biasanya kitarang akan pergi ke Surau atau masjid utk makan tengahari..hahha..walaupun lauknya simple iaitu sup ayam, ikan kembung bgoreng dan juga kuah tumis serta sambal kicap..tapi nikmatnya memang tak terkata...haha..maklumlah dah penat baraan..lagi pun makan ramai-ramai ni sedap!!


Pic: Bersama Sanak saudara yang berkunjung ke rumah !

Baraan akan di sambung dalam jam 230ptg atau 3ptg sampai la pukul 6ptg baru habis..Malam lak Adi duduk rumah la..sebab biasanya sanak saudara datang sebelah malam ke rumah Adi..kenalah jadi tukang bancuh air profesional lagi! hahahahhaa..


Sabtu 20 okt 2007



Pic: Beraya bersama keluarga di sebelah Perak! One big happy family!

Setelah seminggu raya, hari ni keluarga besar Adi pergi ke Perak untuk berhari raya bersama keluarga di sana, kitarang ada sistem giliran, dimana tahun ni kami berkunjung ke Perak..jadi tahun depan keluarga Perak pula akan berkunjung ke Selangor la pulak, Keluarga sebelah Perak berada di Bagan Datuh. Kiranya 2 tahun sekali la Adi akan pergi sana . Dulu suka la pergi kampung di perak ni, sebab rumah-rumah tradisionalnya unik , tinggi dan juga besar..sejuk jer bila ada kat kampung, tapi sekarang dah banyak rumah-rumah batu di bina..hmmm Adi memang suka tengok gambar-gambar rumah tradisional dan mambil gambarnya..

Apa-apa pun raya tahun ni dah hampir tamat..balik ke KL memang sibuk balik dengan kerja la.Semoga dapat bertemu lagi di Aidilfitri pada tahun hadapan!! Selamat Hari raya Aidilfitri!!!!

Wednesday, October 10, 2007

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2007

Khamis 11 Okt 2007

Adi ingin mengucapkan kepada semua..Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan btin..salah dan silap harap di maafkan ok..Adi akan berada di kampung di Tg Karang sehingga 21 Okt 2007 .Selamat beraya sakan!

Anugerah TV Asia 2007




Sabtu 29 Sept 2007

Hari ni Adi membawa keluarga membeli belah bagi persiapan raya , kitarang berkunjung ke beberapa pusat membeli belah di KL dan juga Shah Alam, ketika sedang membeli belah Adi mendapat panggilan dari Red.com bahawa rancangan kanak-kanak yang Adi kendalikan dulu Rafidah (3R) iaitu BREEZE PADANG PINTAR yang pernah ke udara di TV3 pada bulan Jun 2007 lalu telah tercalon untuk ANUGERAH TV ASIA yang ke -12.

Wahh! Adi memang rasa seronok sangat dengan pencapaian ini, memandangkan ketika melakukan rakaman BPP dulu memang memeritkan di sebabkan Adi sedang demam kuat ketika itu, tetapi Alhamdulillah Adi berjaya juga menyelesaikan tugas yang di berikan dan kini ianya sepetri berbaloi apabila di calonkan untuk kategori RANCANGAN KANAK-KANAK TERBAIK.

Dianugerah ini jugalah MACAM-MACAM AZNIL telah memenangi anugerah BEST TALK SHOW pada 2005 yang lalu . Pak Nil pun dah tahu pasal perkara ini dan telah mengucapkan tahniah kepada Adi..dan dia mengucapkan good luck nanti di ATA2007. Terima kasih Pak Nil!!!!
Apa- apa pun tercalon di ATA2007 dan berada BEST TOP5 adalah sesuatu yg di idamkan oleh semua lebih -lebih lagi di peringkat Asia.

Majlis Anugerah TV Asia 2007 ini akan berlangsung di Suntec Convention Hall di Singapura pada 29 November 2007 ini, dan InsayaAllah Adi dan Rafidah turut akan menyampaikan salah satu Anugerah yang di pertandingkan pada malam itu.

Antara yang tercalon dalam ketegori yang sama ialah :


Best Children’s Programme (PR030)Asian Television Awards 2007
Todsagun Kid Game Workpoint Entertainment Public Company Limited Thailand
Hi-5 Southern Star International Australia
Breeze Padang Pintar Red Communications Shd Bhd Malaysia
Raggs Southern Star International Australia
Fight for Mom….Backpack Workpoint Entertainment Public Company Limited Thailand
Mortified – Ep 6 Australian Children’s TV Foundation Australia



Untuk lebih maklumat pencalonan layari laman web ATA2007

http://www.asiantvawards.com/ATA2007nominees.htm

Kalau tengok pencalonan yang ada , memang amat hebat ..Apa-apa pun doakanlah kejayaan Adi dan krew BREEZE PADANG PINTAR ok..!!

Sunday, September 23, 2007

SELAMAT MENJALANI IBADAH BERPUASA



Adi ucapkan selamat berpuasa dan misi puasa kali ni ialah untuk turunkan 2-3 kilogram berat badan. InsyaAllah...Selamat semua

Tuesday, September 18, 2007

BANDUNG INDONESIA


Sabtu 15 Sept 2007 Hari ni , buat kali kedua , Adi pergi ke Bandung, last sekali pada bulan Jun yang lalu. Tapi kali ni pergi dengan Olie jer. Dah plan agak lama dah nak pergi Bandung sekali lagi ni..hahaha.tapi yang tak bestnya masa kitarang nak pergi ni berlaku beberapa siri gempa bumi yang menggegarkan Indonesia , Pagi ni lak masa nak fly kat LCCT , ternampaklak tajuk utama akhbar UTUSAN MALAYSIA ..dengan tajuk yang menggerunkan..hahaha..Saintis menjangkakan akan berlaku gegaran yang besar akan berlaku bila - bila masa..ergggghhhh..gerun gak..Tapi Tawakal lah!

(Pic: Kat Lapangan Terbang Bandung Indonesia)
Macam biasala bila naik Air Asia tak sah kalau tak delay..patut fly kul 7pg tapi delay sampai kul 9 baru nak fly Sampai kat bandung dah nak tengah hari dah..Rugi masa dah tu..Cuaca kat Bandung amat cerah sekali. Agak panas gak la.
Air Asia, kenapa kau delay..hehehehe

Flight memang penuh la. Tapi satu jer attitude penumpang kapal terbang ni..walaupun dah di suruh jangan hidup kan handphone dalam pesawat, ada juga yang "bengong" tak dengar cakap..apa la..hangin gak kekadang ngan orang macam ni.


Pics: Pemandangan Bandar Bandung dari bilik hotel

Lepas dari airport terus ke hotel dengan tambang Rp30 000..bunyi cam mahal tapi ..lebih kurang 9 ringgit la..sejauh lebih kurang 10km...Kitarang duduk kat Hyat Regency bandung. Hotel yg sama masa pergi bulan Jun lalu..Tapi nampaknya macam agak berjerebu sikit kat bandung hari ni.

Pics: Kat Depan Heritage, salah satu tempat shopping yang top kat Bandung

Lepas letak beg kat hotel, terus turun nak pergi shopping kat Jalan Dago. Teksi yang hantar kitarang dari airport ke hotel tadi masih tunggu , sebab kkitarang dah janji dah..Jalan Dago dengan Hyatt takde la jauh sangat ..lebih kurang 4 km jer..tapi masa nak turun dari teksi tu terkejut gak dengar tambang yang di kenakan...cess Rp80 000..mak aik..tadi dari airport ke hotel yang jauh 10km hanya kena Rp 30 000 je...cis cis..so malas dah nak naik teksi..giler ahh kitarang kena ketuk..hehehe...Kat Jalan dago ni memang syurga membeli belah. hampir 4 jam juga kami habiskan kat sini, dari satu kedai, ke satu kedai yang lain. Adala dalam 10 buah gedung yang kitarang pergi. Harga barang-barang kat sini murah dan yang penting cukup banyak sekali pilihannya. Lepas membeli belah di Jalan Dago, kami pergi ke Jalan Riau pula..di mana kat tempat ni mereka gelarkan sebagai "Paris of Asia" hahaha..yup kerana kat sini banyak barangan berjenama yang di jual seolah olah kota Paris.hehehe..

Kat sini Adi tak beli apa-apa sebab nak window shopping jer..sebab plan nak dtg balik esok..lagi pun masa tak cukup dah..sebab nak berbuka.So balik ke hotel, mandi , bersiap pergi berbuka kat sebuah restoren .Di sebabkan ramai org dan kitarang dtg lambat..akhirnya Adi berbuka jam 7mlm waktu Bandung..atau pukul 8mlm waktu Malaysia.



Pics : Kat Chempelas, Bandung


Ahad 16 Sept 2007 Pagi ni Sahur dalam jam 3pg. Yang menariknya bila bersahur ..siaran TV tempatan menayangkan program-program TV secara Langsung..ada yang buat sketsa, ada rancangan interaktif dan macam -macam lagi.Bayangkan masa sahur tu Adi boleh ketawa terbahak2 tengok program tv ni..tak tahu la kalau kat Malaysia , org kita boleh terima atau tidak konsep macam ni..Agak kasar tapi menarik dan kelakar..Memang segar la masa bersahur. Ok Pagi ni , Adi terus ke Jalan Riau sambung shopping semalam dan beli apa yang Adi nak la..hehhee..Ada la jugak benda yang tak dapat di beli. Sebab takde saiz..sedih! Lepas tu jam 2ptg Olie ajak pergi ke Chempelas..kat sini banyak T-Shirt yang unik dan juga jeans. Tak banyak pilihan la..kecualu penggemar-penggemar T-shirt.
Pic: Kat Chempelas Plaza

Pic: Berbuka puasa di kaki lima sahaja.

Memang hari ni borong sakan , dan macam semalam ..kami dah terlambat utk berbuka..kalai ni kami pergi makan kat restoren Bakso terkenal di sini..macam semalam gak disebabkan ramai org dan kami dtg lambat , maka kami kena tunggu la..kena Q la , jadi pihak restoren bagi kami berbuka buat sementara dengan keropok dudlu. Bukan takde restoren lain seperti KFC atau McD..Tapi alang - alang dah sampai sini , nak juga menjamu selera dengan makanan tempatan. So kami tunggu dalam 15minit juga la sebelum dapat meja. Hari ni memang lapar sangat sebab banyak berjalan.

Pic: Teknik -teknik untuk mengenal asti BAKSO yang terbaik!

Sambil tunggu makanan yang di pesan sampai, Adi pun belek-belek la risalah yang ada pasal Bakso ni..memang sedap tau makan Bakso ni..Apa tu Bakso?..Bakso ni adalah macam sup bebola daging.Memang sedap..kalau gi sini kena makan ni tau!

Pic: Inilah Bakso yang Adi makan....sedap!

Adi order 2 mangkuk Bakso, satu yang biasa dan satu lagi Mini Bakso dengan meatballs yang kecil sebanyak 10biji.

Pic: Ini namanya Es Teler Kelapa, sedap tapi manis..takleh makan banyak banyak!

Pic: Bakso Tauhu..Ni pun sedap gak!! Tapi meatball nya satu jer..

Pic: Mee Goreng Bandung. ..rasa dia macam makan mee segera IndoMee...hahahaha

Lepas jer makan kitarang sambung balik shoping, tapi kali ni , kitarang pergi cari barang masing-masing la..Olie cari barang utk family dia, Adi lak cari cenderahati untuk kawan-kawan la..
Balik ke hotel..Olie tak balik lagi..jam dah 11 malam ..hehe...borong sakan ma.tak lama lepas tu baru dia balik..hahhaa..

Pic: Olie seronok dengan barang - barang yang di belinya!

Pic: Gambar sahur yang diambil oleh Olie (tintong! ) tu yang kabur tu..hahaha

Apa - apa pun trip kali ni kat Bandung kira ok gak la..walaupun dalam bulan Ramadhan, cuma tak dapat nak try pelbagai jenis makanan kat sini. Jumpa lagi Bandung!


Monday, September 10, 2007

Fiesta Emas Merdeka Interaktif 2007

10 Sept 2007 ISNIN

Setelah 3 minggu menjadi host untuk rancangan interaktif RTM2 sempena Kemerdekaan ke 50 Malaysia..iaitu Fiesta Emas Merdeka 2007..akhirnya tiba hari terakhir Adi melakukannya dengan Dina sebagai juri jemputan. Cabarannya kat sini ialah kami bersiaran langsung selama 1 jam dan keudara dalam pukul 12tgh malam hari Ahad dan juga 1 pagi pada hari Isnin. Memang lain cara kerja di sini berbanding di Astro. Yang paling menarik ialah Adi juga bertindak sebagai penulis skrip . Dan ini adalah sesuatu yg baru utk Adi.
(Gambar: Bersama Penerbit - Syazariah Majidi) dan Dina

Terima kasih kepada tenaga kerja dan crew Fiesta Emas Merdeka Interaktif yang percaya dengan kemampuan Adi. Terima kasih kat Penerbit iaitu Kak Syazariah , En Sariman dan juga Kak Intan! Sepatutnya ada 2 episod lagi, tapi disebabkan Adi akan ke Bandung , Indonesia minggu depan , jadi Adi tak boleh bersama mereka untuk 2 episod terakhir dan tugas Adi terpaksa di ambil oleh pengacara lain iaitu Krill atau Super K..hahaha..

(Gambar: Ketika siaran langsung sedang berlangsung)