Thursday, May 1, 2008

Kembara Seorang Diri Ke Singapura

26 April 2008 Sabtu

Petang ni lepas jer pulang dari Masjid Putrajaya sebab tengok Khai dan Rosma kahwin terus Adi pulang ke rumah salin baju dan ambik beg terus bergegas ke KLIA..member Adi tolong hantar ker Stesyen ERL Putrajaya..pastu naik ERL pergi ke KLIA.


Pic: Tengah tunggu flight yang delay..huhuhu.

Ramai yang tanya , pergi nagan siapa?..hahaha..Adi pergi sana seorang diri la, saja nak try jenjalan sensorang. Selalu kalau nak pergi trave ni ajak la si Olie ( X-Xfresh's DJ), tapi Olie now sibuk kat Terengganu , so pergi sendiri la...Last kopek dulu pergi ngan Bandung pun , bila sampai sana memasing bawa diri sendiri..hahhaa..baik pergi sendiri.Lagi pun trip ni Adi dah plan sejak bulan 1 lalu. Kenapa pilih Singapura?...hmmm sebab Adi rasa selamat sikit kat sana la..huhuhu..jenjalan sensorang takde hal la kot..harap-harap la..



Pic: Orchard Hotel...oklah tak kecil tak besar biliknya.

Flight bertolak dari KLIA dalam pukul 430ptg patutnya..tapi bila sampai kat boarding room..kapal pun tarak lagi..laaa..kena tunggu lagi la nampak gayanya. Kali ni Adi naik Jetstar Airways..Syarikat penerbangan dari Australia. Oklah..murah gak harga tiketnya masa Adi beli dulu..RM1.80..hahaha...betul !!! RM1.80 sen jer...Sampai kat Singapore dalam pukul 6 ptg la cam tu..terus carik teksi dan ke Hotel Orchard yang terletak di Orchard Road. Belum belum lagi dah kena ketuk dah sampai $28..mak aihhh ...giler mahal..hahaha..biasanya selalu kena $16 jer..hmmmm....

Laptop kena selalu ada dengan Adi..alamak..bila check in jer internet takde..pun kena bayar jugak kalau nak guna internet dalam bilik..aiyooo..mahal gak la..satu hari = $24...oklah , terpaksala bayor..Bilik penginapan ok , dan selesa dan bila buka tingkap nampak pemandangan bangunan-bangunan yang ada di Orchard Road..oklah (Actually Adi suka pemandangan masa duduk di Marina Mandarin hari tu) Tapi hotel ni lak terletak betul betul kat kawasan shopping complex yang terkemuka di Singapura.Cakap jer nak apa..semuanya ada kat sini..huhuhu..nak makan pun senang. Sewanya pun ok la jugak ..$300 satu malam...atau RM660 satu malam...

Pic: Orchard Road waktu malam.


Lepas maghrib, baru Adi keluar turun jenjalan ke Orchard Road, saja nak survey la..huhuhu..rindu lak ngan tempat ni..kalau nak tahu , Orchard Road ni kira cam Bukit Bintang kat KL la..

Pic: Wisma ATRIA

Berjalan dalam 5 minit , Adi dah sampai kat Wisma Atria...tempat ni memang happening la..kebetulan lak malam ni ada perlawanan antara MU vs Chelsea ...diarang tengok kat skrin besar la..perghhh...bising jugak la..tapi yang Adi perasan kat sini ramai la pulak penyokong Chelsea...MU nyer penyokong lak kurang la pulak...hahahha....


Pic: Lucky Plaza

Adi takleh la tengok dekat dekat game tu..sebab Adi pakai jersey Arsenal la..hahaha..tu pun ada 2-3 orang dok daring kat Adi, sebab agaknya dia fikir.."apa kejadahnya mamat Arsenal ni ada kat sini"...hahahahahaha..

Penat berjalan , tekak dahaga lak..Adi layan aiskrim ngan coke tepi jalan sambil tengok orang lalu lalang..hahaha..macam kutu tembok lak..hehehhee..seronok gak ooo....lepas tu sambung masuk ke Lucky Plaza..tengok la beli apa apa yang berkenan..Lucky Plaza ni terkenal dengan barangan elektrik dan juga handphone..haaa..kalau nak beli ipod ker atau kamera ker..kat sini semuanya ada..murah sikit la beli kat sini compare KL...Adi beli handphone baru kat sini dulu..tapi satu jer kekurangan..beli sini..warranty pun sini punyer la..huhuhu..rosak sendiri tanggung la..huhuu...


Dah penat berjalan , makan la pulak..kalau gi Singapura ADi akan cari berger special ni..iaitu restoren BERGER MOS..hehehe..berger ni dari jepun ,dulu ada restorennya kat KL..tapi dah tutup la...lama dulu.... menariknya kalau selalu kita makan berger dengan roti kan?..tapi kat Berger Mos ni rotinya boleh di ganti ngan nasi dan berger-bergernya memang sedap tak terkata....kalau tak caya cuba korang tengok dan tenunglama-lama berger ikan kat bawah ni...tengok....tenung.....tengookk...tenung...perghh ..alamak Adi lak yang lapar balik...hehehhe


Harganya pun takla mahal sangat. Adi beli berger ikan ni, muscle(kerang@Ala-ala yang di goreng dengan tepung) dan minuman ringan..semuanya baru $10..oklah...sedap ooo...cesss..sambil tulis blog ni boleh lak terasa berger ni dalam mulut ni..cess..cesss...sedap..Adi take away bawak balik hotel la..makan sambil tengok TV dan berehat la..sebab esok nak pergi Pulau Sentosa...heheehehe..


AHAD 27 April 2008

Pagi - pagi dah bnagun , sebab dah terbiasa set jam 5pg..lupa lak nak mati alarm...tapi lepas tu sambung tido balik..tup-tup bangun kul 9pg lak..alamak,...dah lewat terus bersiap..dan ambik teksi pergi ke Vivo City. Jauh jugak la nak pergi Vivo City ni..dalam setengah jam jugak la..Vivo City ni adalah shopping complex baru yang besar kat Singapura ni...kira cam One Utama atau Midvalley la..sebab nak ambil kereta kabel dari Vivo City ni...sebetulnya boleh ambik teksi terus atau ambil train khas masuk ke Pulau Sentosa..tapi Adi nak naik kereta kabel..barulah trill..hehehe.

Pic: sedapnya.....

Pagi ni pun sarapan dengan berger..sebab nak rasa berger ni ..rasanya cam takde jer kat Malaysia..sedap gak ..gabungan sosej dan juga telur..huarghhhh..boleh tahan sedap la..makan cepat -cepat terus pergi kebangunan sebelah Vivo City untuk menaiki kereta kabel untuk ke Pulau Sentosa. Beli tiket untuk masuk ke Pulau Sentosa, pakej yang Adi ambil ialah $45...untuk kereta kabel, yuran kemasukkan, dan menaiiki beberapa tarikan /masuk semasa dalam Pulau Sentosa nanti...Nak naik kabel kenalah naik bangunan setinggi 15 tingkat ni ..mak aihhh tinggi giler...

Pic: Gayat gilerrrr...tinggi...

Adi suka naik kereta kabel..terutama kalau berkunjung ke Genting..tapi taklah menggerunkan sangat sebab kita rasa tak tinggi sangat..tapi bila Adi naik kereta kabel ni..Ya ampun..tinggi nyer..rasa macam menyesal pun ada jugak la..memang kecut perut juga naik..mana taknya bawah tu laut...dan kereta kabel ni agakcam lama sikit compare yang kat genting..kecil sikit la...berderau darah..huhuhu terutama bila Adi bergerak dalam gondola tu..ia akan membuai..alamak alamak..cuak la pulak...tapi pemandangannya memang superb la...cuma gayat la..huarghhhhh!!

Pic: Terketar ketar kegayatan!!..hehehe

Pic: Star Cruise kat bawah...apasal Star Cruise tu kecik jer?..hahahha


Pic: Pelabuhan Singapura

Perjalanan dengan kereta kabel ni ambik masa 15 minit untuk sampai ke Pulau Sentosa. Dariatas ni boleh la nampak pelabuhan Singapura. dan kapal -kapal yang lalu bawah ni..Dulu katanya kereta kabel ni takde la tinggi sangat .tapi di sebabkan ada kapal yang langgar kabel ni, maka terpaksa la di bina tinggi tinggi..huhuhu..katanya la...sampai jer kat Pulau Sentosa Adi terus naik Sky Tower...

Pic: Dalam Sky Tower

Sebab Aky Tower ni ada dalam pakej yang Adi beli..so tak perlu la bayar lagi kat sini..naik jer terus..Sky Tower ni boleh naik dan turun ..serta boleh berpusing 360 darjah..so boleh la tengok sekeliling Pulau Sentosa...Tinggi la jugak...

Pic: Dalam Sky Tower di Pulau Sentosa

Pic: Sky Tower dari bawah..macam KL Tower..

Lepas jer turun dari Sky Tower terus Adi naik bas pengankutan ke Underwater World. Tengok ikan la..hehehe..Actually Underwater World kat sini tak la sehebat yang ada kat KLCC. Takde la besar sangat pun..rasanya sama besar dengan yang ada kat Langkawi tu.

Pic: Dengan Clown Fish a.k.a Nemo

Pic: Dalam terowong akuarium

Satu jer yang tak ada kat sini tapi tak ada di Akuaria iaitu Dugong Putih..huhuhu..tapi kat Akuaria KLCC ada jerung harimau ( kalau tak silap Adi la)..tapi kat sini takde jerung..hanya ada jerung dari spesis yang kecil jer..huhuhuhu..Habis jer dekat Underwater World ni Adi terus ke kolam Dolphin untuk tengok ikan lumba lumba ni beraksi..tapi takdegambar la..kalau nak tengok videonya boleh la tengok kat blog Era Adi iaitu di http"//adi.blog.era.fm.



Isnin 28 April 2008

Alahai sedapnya tidur dan tak yah bangun awal nak pegi kerja..hehehe..Tapi kul 8pg ni ADi dah bangun dah sebab hari ni lak nak pergi ke National Zoo Singapore...memang dah lama nak pergi ke sini. ..Katanya sangat cantik zoo ini. Nak pergi ke Zoo ni agak jauh..maka terpaksalahnaik teksi .Hmm sebetulnya boleh naik MRT dan lepas tu naik bas..Tapi leceh la..so baik ambik teksi jer la.Zoo ini terletak berhampiran dengan Kem Tentera Udara Singapura...walaupun cantik tetapi bunyi kapal terbang dan juga helikopter agak mengganggu sedikit suasana zoo ni.

Bayaran masuk ialah $24 termasuk bas di dalam zoo kecuali makanan...makanan kena beli sendiri la..huhuhu

Zoo ni memang cantik dan bersih..masuk masuk jer pasti akan kagum dengan susun atur dan juga suasana di dalam Zoo ini. Ada air terjun..bukan satu..tetapi beberapa air terjun.


Papan penerangan memang ada di mana - mana. memang memudahkan lah..so takde la rasa cam sesat ker..

Tengok syok usha- usha , tetiba ada awek panggil...ingat kan takleh ambik gambar ker..rupanya dia offer ambil gambar untuk pihak zoo la..nanti bila keluar boleh ambil tapi kena bayor la..huhuhuhu....ambik gambar dengan burung kakak tua..hehehe..oklah ambik la..untuk pemanas badan org kata...

Hari ni memang panas, tapi kat sini takde la rasa panas sangat sebab banyak pokok so redup lajugak..tgh lepak lepak kat jambatan sebab nak sejuk kan badan..sekali kat bawah tu baru la Adi terperasan , ada buaya rupanya..huarghhhh ...ni kalau terjatuh ni..hmmm memang jadi santapan la..huhuhu...buaya ohh buaya...

Dah sejuk badan sambung berjalan ke stesyen bas yang membawa Adi keseluruh pulusuk Zoo..tgh jalan tu ternampak la Ungka Tangan Putih ni...takde lak pagar yang mengelilingi..malah Ungka tu lepas bebas lak..huhuhu...cuak gak bila dia turun ke tanah..kalau dia kejar Adi ..cam mana?...lariiiiiiikkkkkk duluuuuu....coz takde sesiapa pun time ni..huhuhu..


Pic: Yeah we should love mother earth!!

Sampai jer kat stesyen bas Zoo, terus pusing dulu satu zoo tengok tengok mana dulu nak lawat kan..so haiwan yang pertama Adi teringin nak tengok.....

Beruang Polar...wahhh bestnyer..selalu tengok kat National Geographic atau Discovery Channel atau Animal Planet jer..tapi sekarang depan mata...mak aii besarnya..namanya Innuka...

Innuka ni satu satunya beruang polar yang berjaya di lahirkan di kawasan tropika....Ibu Innuka ni ada dalam sarangnya..segan nak keluar..kalau nak tengok video Innuka menangkap ikan boleh tengok kat http://adi.blog.era.fm

Ok..ini cara - cara untuk kita dapat selamatkan Polar Bear...baca dan fahamkan ok...hehehe.


Pic: Badak sumbu

Ramai orang nak kan tanduk badak sumbu ini....kononnya tanduk badak sumbu ini boleh memulihkan penyakit la..tapi hakikatnya tanduk badak sumbu ini adalah terdiri daripada bahan yang sama yang membentuk kuku dan rambut kita...so kalau sakit..jumpalah doktor..bukan cari tanduk badak sumbu.

Pic: Cempelai


Pic: Singa


Pic: Zirafah


Inilah bas yang membawa Adi mengembara keseluruhan Zoo ini...tengoklah betapa bersih dan menariknya suasana dalam Zoo ini. redup dan nyaman..


Nak berjalan kaki pun memang selesa sebab sejuk dan nyaman bawah pokok pokok hutan yang di biarkan...dan yang menariknya konsep yang di gunakan di zoo ni seolah olah mereka tidak di kurung..yeah.

Ada juga yang menaikki gajah ini..tapi kena bayar la..$5..hmmm kesianlak kat gajah ni..huhuhu..bayangkan kalau kita gajah...tapi nak buat cam mana..dengan duit sumbangan orang yang naik gajah tu la mampu beli makanna gajah tu kan?!..harapnya la..



Nampak tak apa yang ada dalam air di gambar atas ini..haaa..macam takde apa apa pun kan..tapi sebenarnya dalam tu ada manatees..ataupun lembu laut! Comel giler lembu laut ni dan sangat lemah lembut..Adi dapat pergi dekat dengan lembu laut ini yang kebetulan penjaganya sedang memberi makan. Jadi Adi pun datang dekat dan berpeluang untuk memberi makan kepada lembu laut ini..kalau nak tengok video Adi memberi makan lembu laut ini ...layari...http://adi.blog.era.fm..ok! Best giler masa time ni.


Pic: Peguin

Pic: Pegiun dan Lembu laut di dalam kolam pertunjukkan.


Salah satu tarikan yang menarik juga yang ada di Zoo Singapore ni ialah Harimau Putih...harimau ini bukan harimau albino..tapi memang harimau putih yang terdapat di negara bersalji..ada 3 ekor Harimau Putih dalam sangkar ini...hehehe..takut jugak kalau salah satu nya boleh lompat dan melepasi pagar atau tembok yang ada...perghhh tapi pengalaman yang menarik dapat tengok Harimau Putih ini makan...ada sesiapa berani masuk ke dalam sangkar ini?...i dont think so....

Pic: Harimau Putih yang tak senang duduk apabila ramai orang menyaksikannya.




Di Zoo ni juga ada penerangan yang di berikan dalam tulisan Braille...so mereka yang buta penglihatan dapat juga tahu serba sedikit berkenaan sesuatu haiwan tu dan macam mana rupabentuknya..bagus sekali kan?..

Pic: Burung Emu dan juga Wallabies dari Australia.


Pic: Bersama replika patung dari Ethiopia

Actually dalam perkampungan ini ada kawanan baboon yang di bawa dari Afrika. Baboon ni ganas juga.

Pic: Perkampungan Ethiopia di dalam Zoo Singapore

Pic: Adi di perkampunagan Ethiopia di Zoo Singapura

Ada juga hidupan marin yang di pamerkan seperti ikan toman ini..ikan toman ni boleh di dapati di kawasan paya , parit atau bekas lombong dan ianya amat ganas..tapi ramai pemancing suka dengan ikan ni..boleh layan tarik la..hehehe...Mat Salleh panggil ikan ini dengan nama Snake Head ( Ikan Kepala Ular)

Pic: Kawanan ikan Toman



Pic: Bentuk Ikan Toman ( Bukan saiz sebenar)

Pic: Snake Head (Ikan Toman)



Pic: Buaya Tembaga..untuk gambar ini Adi terpaksa berenang dengan senyap..untuk mengelakkan buaya terkejut..!! Fuhhh!! Iyer la tu!!


Pic: Syhhhhh!! Ni Kucing Hutan yang tengah syok tido...syhhhh!! Meowww..


Pic: Ini replika Giant Turtle Galapagos..yang ori ada ..tapi....tengah mengawan..hahaha..so takleh tunjuk la kat korang..huhuhuhu..malu wehh

Selain haiwan dari Afrika, ada juga haiwan yang di bawa dari kepulauan Galapagos..yang terkenal dengan Biawak Comodo dan juga Giant Turtle ini...mak aii memang besar la Giant Turtle ni...tengok la..paras pinggan bebudak tu..boleh ambik gambar tapi bayor la..ingat nak ambik gambar gak..tapi masa Adi sampai tu..perkhidmatan tu takde la ..so just tengok dari jauh la....sedihhhh....

Pic: Adi!! Adi!! turun la..jom balik...hehehehe..


Itulah pengalaman yang menarik Adi lalui semasa berada di Zoo Kebangsaan Singapura..memang berbaloi dan menarik sekali kunjungan ini...Sayang nya ada beberapa haiwan lagi yang Adi tak sempat kunjungi sebab dah lewat petang..tapi tak pela...Mungkin Adi akan datang lagi kalau ada kesempatan sebab Adi memang suka tengok haiwan ini...so kalau korang datang Singapore boleh la datang ke Zoo ini yer....sekurang kurang nya Adi anggap ini adalah sumbangan yang kecil untuk haiwan haiwan ini yang kebanyakkannnya di ambang kepupusan..bersama lah kita sayangi bumi ini!!! Peace!!




SELASA 29 April 2008

Hari ni hari terakhir Adi di Singapura..semalam dah seharian berada di Zoo..maka hari ni sebelah pagi Adi cuma shopping last minute kat Orchard Road. Lepas tu terus balik ke hotel dan chek out untuk ke Airport dan balik ke KL.Flight kul 3ptg...Wahh oklah semua orang tahukan bahawa Airport Changi telah di besarkan dengan pembinaan Terminal 3 mereka....ya ampun..memang besar giler...tak caya tengok la gambar-gambar ini...

Pic: Ada biji Saga raksasksa kat dalam airport?..wow..ada pokok juga..


Pic: Ruangan untuk pemeriksaan pasport dan juga emegrisen..boleh main bola sepak kat sini..besar bagak..tengok la orang tu pun kecil jer..

Pic: Ruangan Foyer


Pic: Bayangkan betapa besarnya Terminal 3 Airport Changi yang baru ini..tengokla susunan troli tu..nampak kecil jer..agaknya berapa banyak troli tu yer?..ada sesiapa nak kira?..


Pic:Ruang tengah bilik berlepas.

Pic: Kedai membeli belah dalam bilik berlepas..ini semua kedai bebas cukai la..luas kan?!


Pic: Tengah tunggu flight! Airport kosong sebab hari ni hari Selasa..hahahaha


Pic: Alaaaa...dah kena balik KL...esok dah kerja balik...hmmmmm




Salah satu yang menarik berkenaan dengan Terminal 3 Airport Changi ini ialah ia menggunakan lampu semulajadi iaitu cahaya matahari yang dibawa masuk dengan tetingkap bumbung yang direka khas dimana cahaya matahari boleh di arahkan kemana sahaja yang di khendaki. benda yang seolah olah tingkap kat atas buimbung tu lah yang mengagih-aguhkan cahaya matahari...jimat letrik!..Innovatif sekali!

Pic: Tren Udara yang menghubungkan setiap terminal yang ada di Lapangan Terbang Changi


Pic: Foyer untuk menaikki Tren udara di Terminal 3 Airport Changi


Haaa, itulah sedikit coretan Adi ketika mengunjungi Singapore. Kalau nak tengok video video yang Adi ambil boleh la pergi ke http://adi.blog.era.fm. InsyaAllah lepas ni Adi akan mengembara lagi kalau di murahkan rezeki..yeahh!! Really enjoyed it!!

5 comments:

efa said...

yes..singa kn kat ngn jbee.dptla jmpa ngn abng adi..tp 2 dah lame..

Mandiri Holidays said...

kalau nak melawat kat bukittinggi - Sumatera Barat - indonesia, sila hubungi :
PT. MUHIBBAH MULIA WISATA Tour and Travel
Jl. Urip Sumoharjo No.3 Bukittinggi - Sumatera Barat
Telp./ Fax : + 62 752 32999
email / YM : muhibbahbkt@yahoo.com

Kat Bukittinggi : boleh melawat kat : Lubang Jepun, Sianok Canyon, Jam Gadang, Pasar Atas, Pasar Aur Kuning ( Pusat Borong telekung,songkok,tudung dengan harga murah )

Nash said...

la....
nk ikut gak adi...
u like travelkan...
huhuhu

Tea Dean said...

Owh! Makaseh Adi leh pinjam pengalaman tu, kami nk pegi Singapura gak ni next week... mmg tak penah pegi. Kena pakai map ke ek?

Aerin said...

Singapura mmg best. HAHAs.'
Saya berasal dari Singapura.