Thursday, June 12, 2008

Makan Malam Bersama Adi

RABU 11 JUN 2008





Akhirnya majlis makan malam bersama penghantar sms yang menghantar sms untuk makan malam bersama Adi telah berjaya juga di lakukan pada malam ini. Seramai 5 orang pemenang telah di pilih.


Pic: 2 pemenang paling awal , Azlina dan Denny

Majlis makan malam ini berlangsung di TGI Fridays kat Pavilion KL. Setelah beberapa kali di tunda akhirnya selamat juga majlis ni. Di sebabkan jadual Adi yang agak sibuk sekarang ni. Sepatutnya malam ni Era ada perlawanan Futsal, tetapi disebabkan salah komunikasi maka Adi tak dapat main , tetapi di ganti dengan majlis ini. Hehehehehe


Pic: Pemenang SMS Makan Malam bersama Adi ..Denny dan Hafizi.


Terharu juga bila ramai yang menghantar sms untuk makan malam bersama Adi . Beribu ribu juga lah SMS yang masuk . Terima kasih lah pada korang semua. Tapi tulah, yang berjaya hanya 5 orang sahaja. Tak pe nanti kita buat "kenduri bersama Adi"..hehehehe...

Pic: Zareena , Azlina dan juga Adi...tgh sabor tunggu makanan.


Thanks la kat Azlina yang dari Sg Buloh sanggup stay untuk makan malam bersama Adi, Denny dari Cheras yang baru habis kerja, Hafizi yang sanggup ambik cuti untuk makan malam ini..perghhh dan Zareena yang sanggup naik Monorel dari Sogo yang sanggup datang ke majlis ini walaupun last minit di beritahu...huhuhu....mari makan!!

Pic: Makanan yang Adi order...namanya Mushroom Chicken Mushroom!


Pic: Sedap giler aiskrim ni....macam nak tapow jer...sedap sebab ada kacang dalam nya..

Disebabkan banyak sangat makanan, so kami tak makan la sangat , tapi banyak borak..hehehe..memula semua malu malu...tapi lepas kena sakat sekor sekor..barulah nak gelak gelak..hehehehe...Paling malu sekali si Hafizi la..hehehe..apa bro..takyah malu malu la,..hahaha


Pic: Upacara makan makan sambil Zareena tunggu sms dari yang tersayang...hahaha kantoi!!



Borak punyer - borak ..rupanya dah nak tutup kedai la pulak..aiyooo..cepatnya masa berlalu. Nak buat cam mana..kalau lunch ok gak boleh borak lama lama sikit.hahaha..


Pic: Bersama krew TGI FRIDAYS


Pic: Sampai bertemu lagi!!

Well thanks kat semua yang menjayakan majlis ini dari mula sampai akhir, terima kasih kat semua yang menghantar sms untuk malan malam bersama Adi. Dan juga kepada semua pemenang yang hadir malam itu, di harapkan terhibur dan gembira dapat makan malam bersama Adi. InsyaAllah pelbagai acara lain akan di aturkan ok! Tunggu!!!!

3 comments:

Edzlin said...

waahhh adi....mmg nampak sedap aiskrim..teliur lak tgk.hehehe...nak jugak makan dgn abg kintel, eh..abg adi.

akugafi said...

Nice food.. like dat icecream.. yumm..

ADIFASHLA said...

yeahhh..makin tebal la adi..hahahah