Thursday, July 10, 2008

Disney's ROCK CAMP


JUMAAT 4 JULAI 2008

Alhamdulillah hari ni Adi selamat merakamkan suara untuk filem Disney iaitu CAMP ROCK, filem ini dilakonkan oleh Joe Jonas, Kevin Jonas, Nick Jonas, Demi Lovato, Alyson Stoner, Meaghan Jette Martin, Jasmine Richards, Anna Maria Perez de Tagle,
Roshon Fegan and Jordan Francis.

Suara Adi di pinjamkan untuk watak JASON yang di lakonkan oleh Nick Jonas (
mamat yang pegang gitar hitam sambil melompat kat poster atas tu..)


Filem CAMP ROCK ini memang dah meletup kat US , lebih lebih lagi dengan kehadiran band adik beradik ini ..iaitu JONAS BROTHERS..Ni budak pompuan suka la ni.hahahaha. Yer ini adalah sebuah filem muzikal, so melibatkan banyak adegan nyanyian la, ala - ala High School Musical!

Seminggu sebelum hari ni , Adi dapat call dari Disney's Hong Kong menawarkan peluang ini, yup..nyiru tapak tangan, satu Tg Karang Adi tadahkan, so Adi terima lah tawaran ini, memandangkan watak Jason tu hampir sama dengan perangai Adi, sebab tu diarang offer kat Adi kot. Jarang dapat peluang keemasan ni kan..lebih lebih lagi filem dari Disney!!


Pic: Jonas Brothers (Nick Jonas, Joe Jonas dan Kevin Jonas)

Proses rakaman takde la susah sangat, cuma ambil masa 1 jam setengah shj utk Adi merakamkan dialog - dialog ini dengan bantuan jururakam. Rakaman di buat di sebuah studio di Phileo Damansara.. Kebetulan sebelum ni Adi ada pengalaman buat alih bahasa iklan TV..so ok l a jugak..walaupun ini kali pertama Adi buat utk sebuah filem.Pengalam..itu yg berharga..boleh la belajar macam mana buat alih bahasa.hehehehe..

So korang nnatikan tayanga CAMOP ROCK ini tak lama lagi di saluran Astro Disney's Channel tak lama lagi ok! Keep On Rockin!!!!

6 comments:

Edzlin said...

wahhhh!!! tahniah3 adiiii!! bangga dgn adi.hehehe...ni masuk astro disney kan. tak sabar nak tgk

efa said...

wah..bestnyer,,mnt la jgk jonas brother

ADIFASHLA said...

hahha..budak pompuan suka Jonas Brother ni..tadi tgok E! News..kat US..diarang tgh top gegiler now..hahaha..

Nana said...

dah lama tak tgk tivi!

NuriY said...

mcm best je cite CAMP ROCK ni..... x sabar nk tgk!!! nk dgr jugak suara ADI....

Sarah said...

adi..tuk watak heroin plak guner suara sapa ek?