Sunday, March 15, 2009

Drama Sebabak ERA

SABTU 14 MAC 2009


Pic: Din Beramboi VS APek....???!!Kalau jadi mesti gamat!!

Assalamualaikum, hahaha lama jug atak update blog ni...sorry la sebab sibuk dan takde masa yang betul betul nak diluangkan..alhamdulillah sekarang boleh la..Ok..majlis Kemuncak Drama sebabak Era yang diadakan sepanjang 2 minggusejak awal Mac lagi..telah menemukan 10 peserta yang bertarung drama sebabak dengan Din Beramboi

Pic: Pak Nil dan Ray yang kepanasan...sebelum hujan turun dengan selebat- lebatnya..

Acara bermula jam 2 ptg..Tapi pukul 1ptg Adi dah terpacak dah kat Maju Juntion mall ni..sebab Adi dan Nana merakamkan program untuk ERA TV. Hahaha..so kenalah tengok Khamis ni (19Mac)..

Pic: Abg Din, Saiful Apek and me...upacara bergambar kenangan..

Apabila masuk jer peserta yang ke 8..hujan turun dengan lebatnya..betul betul lebat la...walau macam mana pun acara kena di teruskan..yang respeknya...masih ada juga yang tak berganjak dari depan pentas ...ramai yang sanggup berhujan...pelik kan?..tapi itulah kenyataan yang kitarang nampak sendiri...perghh

Pic: Peace!!! Pakej..kasut dan baju matching!!!Bersama Lan P.A Paknil

Antara artis yang membuat persembahan ialah Reshmonu, Mila, Dina, 6ixth Sense, dan juga Bunkface..Mila dan Bunkface adalah artis yang membuat persembahan ketika hujan turun dengan lebatnya..alhamdulillah semuanya baik belaka dan penonton pun ramai juga yang memberikan sokongan kepada Mila dan Bunkface.

Pic: Resmonu...tersenyum puas selepas buat persembahan..Anok Anok!!!


Pic: Sementara ada peserta yang sedang beraksi..peserta Drama Sebabak yang lain pula menonton dari belakang stage untuk ambil ilham..hahaha


Pic: Inilah juri-juri kami...Fasha Sanda, Norman KRU dan juga Apek!! Ni masa mereka buat sidang akhbar selepas pertandingan dah habis...Apek tetap pose!!




Pic: Bunkface sedang membuat persembahan di hadapan peminat dan dalam hujan lebat!! Giler ahhhh!!!



Pic: Bersama Pemenang Masyudi dan Hafiz(kanan Adi)

Yup...pemenangnya ialah Faiz dengan lakonan sebagai anak tiri dan Din Beramboi sebagai Mak Tiri....Faiz memang menghiburkan mengundang gelak ketawa penonton..dan berjaya membawa pulang RM30 000...wow!! Bayangkanlah!!Inilah namanya rezeki di hari Hujan..Manakala naib johan milik Masyudi dari Kem Sg Besi berlakon dengan Din Beramboi sebagai banduan yang lepas lari....Masyudi berjaya membuatkan Din Beramboi terdiam..hahaha...buku bertemu ruas...dan Masyudi membawa pulang RM10 000.Tahniah diucapkan pada yang menang....InsyaAllah lain kali kita buat lagi!! hahaha

6 comments:

Anonymous said...

mesti lawak pecah perut punya..

Amir Rayyan said...

salam...abg adi..hehehe..minat sgt ngan abg..hehehe.abg free view la blog wan tau..http://amirrayyan.blogspot.com..

Aerin said...

Assalamualaikum Abg Adi (:
Macam best jer hari tu.
Haiyoyo. Tak pergi plak.
Rugi betul.

MyRaLiCiOuS_89 said...

abg adi...
yang menang tuh bukan hafiz laaa...
nama dia faiz laaa... :D
hehehhehe... kwn myra tuh :D

Edzlin said...

salam abg adi.

a'ah, namanya faiz. terkejut td baca. hehe. faiz ramai tul peminat....hahaha... tp masyudi (ke masjidul ni) pun lawak jg.

sorry abg adi, tak sempat bergambar dgn u. hujan lebat. sempat snap norman je (yo yo ooh die hard fan kru ni LOL )

ADIFASHLA said...

alamak..sorry..ok dah betulkan dah..huhuhu