Sunday, May 23, 2010

PETANG ERA



PETANG ERA Bersama ADI dan REZA

ISNIN 17 MEI 2010

Setelah 2 tahun lebih menyertai ERA , akhirnya buat pertama kali pendengar Era naik semula setelah 4 tahun jumlah pendengarnya sentiasa turun. Adi menerima tugas di Era bukanlah disebabkan Adi ni "glamer ker" atau 'terkenal ker"...langsung..sifar....tetapi di sebabkan pihak pengurusan yang mengarahkan dan memberi peluang kepada Adi . Memang berat beban yang terpaksa dipikul...maklumlah bila kita ditugaskan untuk mendapatkan kembali kepercayaan pendengar yang mungkin dah terbiasa dengan format dan persembahan ERA sebelum ini. Ingin menarik minat pendengar kembali utk setia dengan ERA bukan satu tugas yang mudah....walaupun adakalanya sering dituduh antara penyebab pendengar ERA semakin merosot....tapi Adi percaya dengan usaha, cekalkan hati, dengan niat utk mencari sesuap nasi yg halal dan dengan rasa rendah diri.....Alhamdulillah pihak pengurusan tetap menyokong dan memberi galakan untuk kami di ERA bekerja keras demi memuaskan hati pendengar ERA..

Nak ucap terima kasih atas komen dan juga kritikan yang diberikan , dan Adi memang hargai utk menjadi lebih baik...InsyaAllah

Teruskan mendengar ERA , terutama slot Adi iaitu PETANG ERA bersama Adi dan Reza yg buat pertama kali mendapat jumlah pendengar PALING TINGGI di ERA!! dan juga PILIHAN UTAMA diWAKTU PETANG hasil kajian bancian terbaru bulan April lepas....Terima kasih ....Adi rasa terharu sangat dengan berita itu....macam orang periksa dapat no.1 la...:))))

Diharapkan sokongan ini akan berterusan ...InsyaAllah....Terima kasih kat kawan-kawan sekerja iaitu keluarga ERA, pihak pengurusan AMP, kawan kawan dan juga pendengar pendengar ERA yang dikasihi!!!Sepanjang 5 tahun menceburi bidang radio...hari ini memang hari yang cukup menggembirakan!! :)))

4 comments:

cekkeya said...

adi, teruskan usaha!

teruskan bersahaja, berjenaka dan berhebah. tahniah ek (^_^)V

ADIFASHLA said...

terima kasih Cekkeya!!

edzlin007 said...

yezza tahniah!!! korang berdua memang best!!!

ADIFASHLA said...

tq..tq