Monday, May 17, 2010

Piala Thomas 2010


Sorry la lambat nak update blog..sebab minggu lepas memang agak memenatkan sebab berulang alik ke stadium dan kerja sekali...Tahniah kepada China yang menang buat kali ke-8 untuk Piala Thomas ni. Adi tak nak citer pasal Piala Uber...sebab takde yg menarik sangat kot..kecuali kejayaan Korea Selatan menewaskan China.

Pic: Piala Thomas yang jadi rebutan!!

Rasa agak kecewa jugak la sebab Malaysia gagal untuk mendapatkan kembali Piala Thomas yang dah 18 tahun tiada dlm genggaman. Sebetulnya Adi teringin sangat utk merasai suasana kemenangan di stadium ...lain sikit rasanya kalau sambut di stadium...tapi impian tu tinggal impian jer...entah bila Piala Thomas akan diadakan kembali di Malaysia...Sabor jer la...


Pic:Pemain China meraikin kejayaan menang Piala Thomas.

Dah tiba masanya kita cari pemain pemain lain yg akan menggalas misi negara, jadi takde la nak sandarkan pada org yang sama la...Kita kena contohi China dalam menghasilkan pemain pemain handalan mereka...malas nak citer , rasanya korang pun ada pendapat sendiri ...jadi Adi letakkan top 10 yang mungkin menarik yg boleh Adi kongsi sama sama ...

Pic: Stadium penuh!!

10- Separuh Akhir Piala Thomas antara China vs Malaysia seolah olah jadi perlawanan akhir..tiket habis dan ada yang bising kat luar stadium sebab tiket habis...pertama kali terjadi dlm kejohanan badminton di Stadium Putra...


9- Ramai yang tak suka dengan jurulatih China Li Yong Bo...katanya dia ni eksen sikit...maklumla team power..


Pic: Dapat bertemu Lin Dan semasa sesi latihan .

8 - Org ramai boleh beli reket dan produk utk badminton di dalam stadium, antara jenama yg ada ialah Yonex, Li-Ning, Victor, Fleet.....memang laku giler la...berebut rebut org beli...Adi kalau ada duit nak juga buat jenama reket macam "Sidek" dulu...guna jenama "Libas"....senang melibas!!!...mimpi jer la..wakakaka...

Pic: Cantikkan mic ni?..klasik!!

7 - Adi hampir mendapat baju yang di lemparkan oleh Chen Jin (China) , namun baju tersebut telah disambut oleh org dibarisan hadapan Adi.....cesss....takde la harap sangat...sebab baju tu memang dah basah lencun dengan peluh dia...hehehe....


Pic: memang demam badminton..kat ofis pun boleh layan..hahaha...with Najman!!

6- Pemain beregu utama China ,Fu Heifeng telah melemparkan reketnya kepada penonton, dan mamat yang dapat reket dia ni terus balik ke rumah..excited sampai tak sabar nak main reket yg dia dapat tu...


5- Lepak dengan Roslin Hashim kat Serdang lepas perlawanan Malaysia lwn Jepun....katanya pemain Malaysia stress dengan penonton sendiri...

Pic: Lin Dan

4- Lin Dan berjaya menewaskan Datuk Lee Chong Wea.....satu perlawanan yang agak kurang menarik kerana Lin Dan mendominasi permainan dan mengakhiri perlawanan dengan tarian 'breakdance" ..macam bagi isyarat perli kepada LCW.....duh!


3- Thanks kepada Yonex Malaysia yang bagi pass masuk kepada Adi, walaupun Adi dah beli sendiri tiket untuk semifinal dan final Piala Thomas...


Pic: Ke udara Live dari Stadium Putra dengan Reza


2- Dapat bersiaran secara langsung di ERA FM dari Stadium Putra Bukit Jalil untuk separuh akhir Piala Thomas Malaysia lawan China.


Pic: Kejadian kecoh semasa penonton mengejek pemain beregu negara.

1. Tragedi nak bergaduh dengan penonton oleh pemain beregu kedua negara iaitu Fairuzizuan , memula Adi ingat dia kena baling objek..rupanya penonton di aras atas stadium bagi signal lucah kat dia....gara gara persembahan paling buruk dari pemain beregu kedua negara! Tak tahu nak simpati kat siapa....Sedih gak la bila penonton "Booooo" pemain sendiri.....

4 comments:

cekkeya said...

takpe adi, mungkin rezki msia lain kali kot. cuak gak tgk badminton tuh even tgk kat tv. klu tgk live kat stadium, lagi cuak kot. hahah

ADIFASHLA said...

sedihhh ooooo....:(

edzlin007 said...

memang agak frust tengok thomas cup tahun ni.

suka dengan top 10 abg adi buat ni.

ADIFASHLA said...

hehehhee...ini top 10 Adi punyer...apa yang Adi nampak la...hahaha