Wednesday, December 1, 2010

Konsert Radio Fest 2010

Pic: Dengan Nadia FlyFM, Seelan dan FBI


SABTU 27 Nov 2010

Hari ni Adi pergi ke JB untuk menyertai Konsert Radio fest 2010 yang diadakan di perkarangan tempat letak kereta Plaza Angsana JB. Adi betolak dari Astro Bukit jalil dalam pukul 9pagi , dan sampai ke JB dalam pukul 1230hari. Kali ni Adi tumpang Skuad Era sahaja. Malas nak drive ke JB...hahaha...

Pic: Artis artis yang buat persembahan.

Konsert ini menggabungkan radio radio yang ada di malaysia..tak kiralah bahasa apa sekali pun yang di anjurkan oleh Commercial Radio Malaysia (CRM). Senang cerita CRM ni dianggotai oleh radio radio swasta di Malaysia .

Pic: Black dan Bunkface!


Pic: Bunkface dan 6ixthSense


Pic: Orang JB dah datang!!

Adi memang teruja dapat bertemu dengan rakan rakan radio yang lain. Mungkin kitarang bersaing kala bertugas..tapi pada hari Radio Fest ini, kami seperti satu keluarga besar yang happy dan meraikkan pencapaian masing masing!! memang best la!!

Pic: Zizi, FBI, Fuzz (CatsFM) Halim , Ira, Needa (CatsFM) and me!!

Konsert patut bermula jam 3ptg, tetapi di sebabkan hujan yang turun dengan lebatnya pada petang ni, maka konsert terpaksa di lambatkan sedikit sampaila hujan berhenti...alhamdulillah tak lama lepas hujan konsert pun bermula dengan persembahan pembukaan oleh 6ixthSense...yeah..di ikuti oleh Dina, Wakaka Crew, Black, Stacy dan juga Bunkface!

Pic: Wakaka Team sesang menari!


Pic: Pinky Stacy!!


Pic: Black dah berani tayang body! Masuk gym selalu katanya sekarang!! huhuhu

Pic: President CRM (Dato Borhan) sedang di temuramah!

Pada Adi yang seronok dapat sembang dengan kawan kawan radio pada hari ni...lepas jer acara konsert, sebelah malam kitarang makan makan kat hotel sama sama...hahaha...Harap harap tahun depan ada lagi la...tahun lepas konsert buat kat Shah Alam, dan tahun ni kat JB...tahun depan kat mana yer?....

Pic: Semua penyampai penyampai radio berada di atas stage di ketuai oleh Halim Othman , sebab dia yang paling senior..hehehe


Pic: Jumpa lagi tahun depan!!!











1 comment:

Edzlin said...

tahun depan utaralah pula :D