Monday, February 28, 2011
Makan Lamb BBQ Ribs
Sabtu 26 Feb 2011
Adi bukannya suka sangat nak post pasal makan makan ni..tapi takper la..sekali sekala makan sesuatu yang lain, bolehlah kongsi sama sama...hehehe...hari ni lepas shoot rancangan tv Ewah Ewah kat NTV7, Adi terus pergi ker KLCC untuk beli barang sikit...pastu pergi la makan kat Chili's...Kali ni Adi try makan BBQ Lamb Ribs...harganya RM50...agak mahal la, tapi sebab nak cuba , bedal jer la..kelaparan..hehehe..tak cuba maka tak tahu...lagi pun Adi suka sangat dengan makanan yang berperisa BBQ ni..
Memang sedap dan lembut dagingnya...dan memang besar..maklumlah saiz amerika kot..Adi makan 3/4 bahagian daging ni ..dah kenyang dah...Alhamdulillah...next time nak cuba yang lain lak...hehehe.
p/s tengok gambar lamb ribs ni ..terasa bau dia lak...aduuuhhh...
Bertemu Gian Franco Zola...yippi!!!
RABU 23 FEB 2011
Pagi ni sedang sibuk menjaga panel kawalan untuk Riuh Pagi Era yang bersiaran luar (OB) , tiba tiba mata Adi ternampak seorang yang amat dikenali suatu masa dulu di padang bola dalam EPL...hmmm...betul ker ni?...sebab dia kelihatan agak berusia bila bertemu secara live...hehe
Yup bila Adi perhatikan dan melihat kelibatnya..memang sah lah dia adalah Gian Franco Zola!!! Yup bekas pemain dan pengurus pasukan Chelsea...dia memang salah seorang pemain bolasepak yang hebat!!!Lincah dan berkemahiran tinggi. Orangnya tidak lah tinggi sangat malah Adi pun lebih tinggi daripada dia!!..Tiba tiba hatoi teringin bertemu dan bergambar dengan dia...walaupun time ni memang sibuk menjaga panel utk Riuh Pagi Era !!
Dia ada temubual di Hitz.FM , dan berada di sana lebih kurang 15 mnt shj!! Nasib baik masa Zola sampai ke studio lebih kurang nak dekat pukul 9pg dah...jadi adalah masa sedikit untuk nak bergambar dengan dia....
Adi keluar dari studio Era sekejap...(studio Hitz dan Era bersebelahan sahaja)..kat luar studio memang dah ramai "mamat mamat" bola teruja nak jumpa Zola...memang Zola dah nak bertolak balik dah.....apa lagi Adi terus masuk ke dalam studio Hitz dan dapat juga bertegur sapa dengan Zola dan bergambar dengan dia . Adi beruntung sebab Adi dapat bergambar solo dengan Zola...hahaha....jaki jugak la "mamat mamat" bola yang dok melihat Zola ni..
Zola memang seorang yang baik hati dan tak sombong...dia tahu apa yang peminatnya mahu..jadi dia melayan jer..:)...apa apa pun Adi seronok dapat bertemu dengan salah seorang pemain bolasepak terkemuka dunia...:)
Saturday, February 26, 2011
Carta Era bersama Ummi Nazeera dan Stephen Rahman Hughes
Selasa 22 Feb 2011
Hari ni selepas panelling untuk siaran luar Riuh Pagi Era , Adi membuat rakaman Carta Era 40 dengan artis undangannya iaitu Stephen Rahman Hughes dan juga Ummi Nazeera. Mereka adalah pelakon utama dan juga pelakon tambahan untuk filem termahal KRU..Hikayat Merong Mahawangsa. Dalam filem ini Stephen mengambil masa sebulan utk menghafal skrip, sebab dia memang tak pandai berbahasa melayu..
Tengoklah trailer filem Hikayat Merong Mahawangsa kat bawah ni...memang menarikkan!!! Yusri memang seorang yang dasyat la!!! nantikan filem ini dipawagam mulai 10 Mac 2011 nanti..
Sunday, February 20, 2011
Selamat Hari Jadi ke -3 Aulia...dan pertama untuk Adam
SABTU 12 Feb 2011
Hari ni hari jadi Farah Aulia yang ke-3! dah besar dah anak buah "ayong" ni...hahaha...Aulia adalah anak buah pertama dalam keluarga besar Adi dan dia satu satunya cucu perempuan untuk mak dan abah Adi la...so manjanya lebih sikit..:)
Hobinya suka bercerita dan mengajuk orang..haha..kalau berkata kata mengalahkan orang tua...boleh jadi penyampai radio gak satu hari nanti...haha..macam ayongnya.
Selepas Konsert Rock N Riuh , Adi terus pulang ke Tg Karang untuk menyambut hari jadi Aulia. Dalam perjalanan pulang tu , sempat jugak Aulia call Adi...
Aulia: Ayong! Ayong balik tak?!!
Me: Ayong dah on the way ni...Yaya kat mana?
Aulia: Yaya dah kat rumah embah Edok( nenek) ni!! cepatlah Ayong!!
Me: Yer la..kejap lagi ayong sampai la ni...tunggu ok!!..
Aulia: Ok Ayong...Kek Birthday Yaya ada dalam peti sejuk dah...
Me: Ok!!!....
Begitulah manjanya dengan Aulia ni..haha...nasib baik semalam Adi sempat beli hadiah untuk Aulia. Dua minggu sebelum tu anak buah Adi yang ke-3 iaitu Adam (Adik Aulia) pun baru sahaja menyambut hari jadinya. Jadi malam ni kitarang sekalikan dengan majlis birthday pertama Adam.
Seronok bila dapat bersama anak anak buah yang membesar ni! Walaupun kerenah mereka agak ligat, tapi memang seronok di layan!!! oh ya, petang tadi sempat juga Adi rakamkan ucapan seleamat hari jadi kepada Aulia ketika keudara di Era..hehehe....dia pun sempat mendengarnya!!
Seronok bila dia dengar Ayongnya ucapkan selamat harijadi kat radio..hahaha
Majlis berlangsung dengan sederhana sahaja. Kami tak jemput sesiapa pun, cuma untuk keluarga kami sahaja...Selamat Hari jadi Aulia, dah besar ni, jangan nakal nakal, kena pandai belajar ok!! Sayang Aulia , Abid dan Adam and arwah Haziq!!! :))
Saturday, February 19, 2011
Finale Konsert rock N Riuh
Sabtu 12 Feb 2011
Hari ni berlangsungnya konsert finale bagi Konsert Jelajah Rock N Riuh bersama artis artis Warner Music . Selama beberapa minggu mereka menjelajah keseluruh negara daripada Kota Kinabalu, ke Kuching, ke Johor Bahru, Taiping dan juga ke Kuala Lumpur destinasi terakhir...
Konsert ini adalah lebih untuk mempromosikan barisan artis artis Warner Music yang terdiri daripada, Jinbara, Fiq, Nashrin, Wana, Tom dan juga Awi Rafael. Manakala Ray dan Hanif terlibat sama dalam siri konsert jelajah ini.
Selain daripada membuat persembahan, para peminat dapat beramah mesra dengan artis artis Warner Music ini. Juga terdapat jualan cenderamata artis artis kegemaran mereka dan juga CD.
Konsert finale ini berlangsung di Central Market Kuala Lumpur. Adi, Dina dan juga Ira hadir untuk memberikan sokongan kepada acara ini, kerana Era merupakan radio rasmi untuk Rock N Riuh ini!! Walaupun nampak macam mendung sahaja, alhamdulillah hujan tak turun ketika konsert sedang berlangsung. Bila upacara dah habis barulah hujan turun..:)
Persembahan bermula jam 330ptg. Di mulakan dengan persembahan daripada Awi Rafael yang semakin meningkat naik dengan lagu "Pulanglah"...lagu dwi bahasa yang menarik!Dia pernah merantau sampai ke Australia bermain muzik di sana...dan dia berasal dari Kota Singapura!!Persembahan yang sempoi daripada Awi Rafael...kelihatan juga sahabatnya iaitu Dimas daripada kumpulan Hujan memberikan sokongan ...
Selepas itu persembahan daripada Tom..Wow suara Tom memang power la..terutama sekali bila dia nyanyikan " Lagu Untuk Kuala Lumpur" ...serak serak dia kedegaran dan lantang!! ...hehe
Nashrin muncul dengan 3 buah lagu termasuklah lagu Fobia Cinta yang semakin digemari ramai sekarang. Nashrin sepatutnya berduet dengan Wana, tapi kata nashrin, pagi tadi Wana mendapat panggilan kecemasan daripada keluarganya di JB bahawa maknya jatuh sakit. Jadi petang ini , Wana tak dapat bersama untuk memeriahkan Konsert Rock N Riuh ini. Jadi petang ini Nashrin tak dapat berduet dengan Wana menerusi lagu popular mereka "Ingin Bersama mu Kembali"
Selepas itu Fiq mengambil alih pentas dengan lagu lagu popularnya sebelum ini dan juga single terbarunya yang bertajuk "Tragis" ..dedikasi lagu itu untuk bayi bayi dan kanak kanak yang teraniaya...!!
Fiq memang pandai mengambil hati para penonton, malah ada seorang peminatnya menemani dia menyanyikan lagu Tiga malam Tanpa Bintang!!Sempoila..hehe..i think peminat dia yang lebih banyak menyanyi daripada Fiq sendiri...hahaha
Tiba masa untuk Jinbara lak..takyah citer banyak..memang ramai peminat Jinbara yang datang pada petang ini...lama gak tak tengok diarang perform live...tetap hebat dan bertenaga!!!! Sampaikan peminat menyerbu terus ke depan pentas..begitu powernya Jinbara!!
Itulah kisahnya konsert Finale Rock N Riuh , jumpa lagi lain kali!!
P/s: Sorry la sebab gambar satu sudut jer...hahaha
Monday, February 7, 2011
Rakaman rancangan games tv show "Kalau Berani1 vs 0"
ISNIN 7 FEB 2011
Selamat hari Isnin, pagi ni , Adi bangun awal untuk rakaman rancangan games show "Kalau Berani 1 vs 0!! Pengacaranya ialah kak Didie Alias dan juga Enot. Rancangan ini menampilkan pertandingan yang mencabar berbanding games show yg lain...yup!
Adi sampai kelokasi dalam pukul 830pagi, rakaman dibuat di Sunway Lagoon. Hehehe seronok la main air. Dalam perjalanan sempat jugak Adi singgah dan membeli nasi lemak..sampai kat parking kereta, layan nasi lemak dulu. Takut tak sempat sarapan nanti!
Sampai kat lokasi , rupanya sarapan disediakan, alahai...menunya roti canai segera...haha..but sedap la...pekerja Sunway Lagoon pun tak sampai lagi, memang awal giler datang kat sini.Sunway Lagoon mula buka jam 10pagi...
Sebetulnya , Adi tak tahu siapa lagi peserta yang terlibat dalam rancangan ini...yang Adi tahu cuma Reza dan Dina jerla...rupa rupanya peserta lain adalah Ajiep(wartawan) daripada Murai.com.my, juga ada pelakon dan penyanyi Acong dan juga Fauzi Nawawi . Adi, Reza dan Dina adalah dalam team kuning (Team 0), manakala Acong, Ajiep dan Fauzi Nawawi dalam kumpulan merah atau pun team 1!!
Cabaran pertama kami ialah memecahkan belon dengan menghempap belon itu dengan badan, di mana 2 peserta lain akan mengangkat kaki seorang peserta dan menuju ke arah belon yang diletakkan di bawah lantai...hahaha....masalahnya Adi dan Reza memang tak larat nak angkat Dina, jadi kami suruh dia merangkak sahaja...hahaha...memang kelakar...yang peliknya, ada juga belon yang tak meletop ketika dihimpap oleh Dina..hahaha...memang pecah perut kitarang dibuatnya...hahaha...
Permainan kedua pulak agak unik, di mana kami kena memanah menuju satu sasaran yang ada gambar cili, petai, aiskrim, asam jawa, terung, bawang ....tugas kami adalah untuk memanah mana mana gambar benda benda tersebut...dan bahan bahan yang kita dapat hasil panahan tersebut akan di kisar dan jusnya akan di berikan kepada pihak lawan untuk di minum dalam jangka masa 5 saat!!kena habiskan jus tersebut dalam gelas besar!!! ...hahahaha.....itulah yang terjadi kat kitarang...Team Adi telah memanah dulu..dan kami berjaya dapatkan petai, bawang , asam jawa , cili dan aiskrim untuk pasukan lawan....hahaha... ramuan ini di kisar untuk diminum oleh pihak merah hahaha...
Yang kelakarnya , ketika ramuan tersebut di kisar oleh DidiAlias, Reza telah termuntah semata mata membayangkan dia kena minum jus tersebut nanti...hahaha..memang muntah betul kat set! hahaha....kelakar...gara gara terbau bahan bahan tadi dikisar pun dia boleh muntah kaw kaw...bueeekkkkkk...tapi memang bau jus tu semacam la....tiba masa untuk kumpulan merah meminum jus hebat kami....cuma Fauzi Nawawi sahaja yang habiskan minuman tersebut, Achong dan Ajeep tak habiskan pun..hahaha...yarkkkk!!!!
Tiba giliran team merah memanah dan mereka berjaya mendapatkan kami asam jawa, cili dan aiskrim jer...hahaha..Alhamdulillah....tak banyak sangat...ramuan itu di kisar dan jusnya diiberikan kepada kami....yarkkkkk walaupun takde benda yg pelik pelik, tapi dalam kepala dah set...just tu memang tak sedap..walaubagaimana pun Dina telah menjadi wira team merah bila dapat menghabiskan minuman dia dan juga milik Reza...hahaha...Adi lak memang tak sanggup nak minum air tu..jadi jilat jer aiskrim yang ada kat atas air tu jer...hahaha....tak mau la buat cam ni...rasanya, Adi lak yang nak muntah!! Nasib baik air tu takde bawang...kalau tak ...pengsan la...
Fuhh nasib baik tak perlu minum...hahaha..berlakon minum jer la...hehehe
Ok! Cabaran seterusnya ialah menaiki kenderaan G Force X! Ohh no!! this is not for me! Definately!!!....hahaha...ngeri dowhh!! hahaha
Jadi untuk cabaran ini nasib baik si Reza dan Dina beriya iya nak buat cabaran ni..haha..selamat Adi!! hahaha..Cabarannya senang saja, Adi akan bacakan satu soalan matematik dan diarang kena kira masalah matematik tersebut ketika berada di awangan.....hahaha...menarikkan...hahaha...
Alhamdulilah cabara G Force X tu berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan jawapan kami memang betul! Yeah! Seterusnya adalah cabaran "Gladiator" diamana kami kena naik satu rakit dan cuba menjatuhkan pihak lawan dengan galah!! Seronok acara ini..siapa yang terjatuh akan masuk kolam lah...haha...Disebabkan seronok bermain rakit di air ni, kepala Adi telah terhantuk dengan galah yang dipegang oleh Reza....Adoiiii benjol kepala ni....tintong kejap la..hahaha...kalau kamera sempat ambik mesti dapat tengok bila Adi terhantuk ni.
Oh yer, sebelum tu, memangdangkan hari ni hari jadi Dina, maka hajat kami untuk campak dia masuk ke dalam kolam, tercapai jugak!! Hehehe...selamat hari jadi Dina!!! Hahaha..Ketika acara ini bermula, Adi berjaya menjatuhkan Achong ke dalam air, manakala Reza telah bertarung dengan Ajiep Murai.
Ketika pertarungan antara Reza dan Ajiep Murai, telah berlaku kemalangan kecil , dimana galah yang dibalut dengan span tersebut, telah tercabut spannya menyebabkan secara tidak sengaja, Ajiep telah memukul Reza dengan galah yang tak berbalut itu..hahaha...kesian Reza, berbirat belakang dia...terus perlawanan tersebut diberhentikan!! Beriya iya mereka bertarung!! Hahahaha.....Korang tengoklah sendiri...macam kena sebat si Reza ni..hahaha
Selepas itu , di pusingan akhir , mata kami adalah seri...maka Ahchong telah dipilih untuk melakukan aktiviti terakhir bagi mendapatkan hadiah pada hari ini....dan hadianya....Wallaaaa....korang kena tengok sendiri la...memang lumayan sekali la!! Hehehe...
Pic: Lepas kena campak kolam dan kena lumur tepung, Dina dapat hadiah peribadi daripada KKak Didi Alias...waaaahhhhh!!! Apa tu?..entah..
Terima kasih kepada Kak Didi Alias dan krew Kalau Berani 1 VS 0 yang menjemput kami menyertai rancangan yang best ini!! Jangan lupa saksikannya nanti pada bulan Mac di Astro Warna!! Yeahhhh!!!P/s : Dengar citer episod kami ni akan jadi episod pertama!!! hehehe
Saturday, February 5, 2011
Pasta Jepun??? Pasta Zanmai
Sabtu 29 Jan 2011
Malam ni nak makan seafood dengan famili kat Pantai Jeram, tapi tgh hari ni Adi dah makan seafood dulu..hahaha....selalu makan sushi kat Zanmai The Garden, tapi kali ni Adi nak cuba makan yang lain sikit ..tapi still makanan jepun la...Sebetulnya lepas on air tadi , takde benda nak buat, so cucimata la kat Midvalley ni , sekali ternampak lah restoren Pasta Zenmai kat Midvalley ni. Nak cubalah...detik hati.....
memang penuh orang kat dalam ni, nasib baik ada satu meja yang tinggal untuk Adi !! hehehe....pening jugak tengok menu dia...last last tanya kat krew diarang...
"mana sedap?"...
Budak tu tunjuk satu menu.....udang dengan kuah seakan akan kari. So Adi pun pilih itulah (lupalak namanya!!) Siap dengan sup sayur, dan juga salad . Harganya RM26 jer....not bad la!!!
Lepas tu ada offer untuk bulan Januari ni.Boleh pilih beberapa menu istimewa untuk bulan ini dengan harga yang murah sikit la...katanya... So Adi memilih salah satunya iaitu Unagi Rissoto Roll yang harganya RM16
Air minum pulak , Adi nak cuba soda bluberry ni, dalam gambar nampak cam sedap jer...harganya RM6..
Ok, macam mana rasanya?...Haha..nasi yang ada kari dan udang goreng tu memang TERBAIK la!! Memang sedap lah!!Memang krew dia tunjuk yang betul untuk Adi...hahaha.. Nampak ringkas jer, tapi udang goreng tepung tu memang best la, karinya tak terlalu pedas , tak terlalu rasa kari sgt, nice for me...sedap la..,pastu cuba Unagi Rissoto Roll pulak!! Standard makan sushi la, memang sedap la...Adi suka Unagi!! ..
ok sup sayur dia rasa pelik untuk Adi, mungkin bukan citarasa Adi, salad dia cam biasa jer....salad mana mana pun sama jer..hahaha
Air Blueberry Soda tulak ok ok jer la , sebab Adi tak rasa sangat perisa Blueberrynya......apa apa pun berbaloi lah makan tengah hari ni !! Rezeki tuhan!! Alhamdulillah!!
P/s: Kalau Zanmai Pasta baca posting ni, and bagi Adi makan free, Adi ajak korang!!! Hahahaha...:P
*Pic- gambar dari laman web rasmi Zanmai
Malam ni nak makan seafood dengan famili kat Pantai Jeram, tapi tgh hari ni Adi dah makan seafood dulu..hahaha....selalu makan sushi kat Zanmai The Garden, tapi kali ni Adi nak cuba makan yang lain sikit ..tapi still makanan jepun la...Sebetulnya lepas on air tadi , takde benda nak buat, so cucimata la kat Midvalley ni , sekali ternampak lah restoren Pasta Zenmai kat Midvalley ni. Nak cubalah...detik hati.....
memang penuh orang kat dalam ni, nasib baik ada satu meja yang tinggal untuk Adi !! hehehe....pening jugak tengok menu dia...last last tanya kat krew diarang...
"mana sedap?"...
Budak tu tunjuk satu menu.....udang dengan kuah seakan akan kari. So Adi pun pilih itulah (lupalak namanya!!) Siap dengan sup sayur, dan juga salad . Harganya RM26 jer....not bad la!!!
Lepas tu ada offer untuk bulan Januari ni.Boleh pilih beberapa menu istimewa untuk bulan ini dengan harga yang murah sikit la...katanya... So Adi memilih salah satunya iaitu Unagi Rissoto Roll yang harganya RM16
Air minum pulak , Adi nak cuba soda bluberry ni, dalam gambar nampak cam sedap jer...harganya RM6..
Ok, macam mana rasanya?...Haha..nasi yang ada kari dan udang goreng tu memang TERBAIK la!! Memang sedap lah!!Memang krew dia tunjuk yang betul untuk Adi...hahaha.. Nampak ringkas jer, tapi udang goreng tepung tu memang best la, karinya tak terlalu pedas , tak terlalu rasa kari sgt, nice for me...sedap la..,pastu cuba Unagi Rissoto Roll pulak!! Standard makan sushi la, memang sedap la...Adi suka Unagi!! ..
ok sup sayur dia rasa pelik untuk Adi, mungkin bukan citarasa Adi, salad dia cam biasa jer....salad mana mana pun sama jer..hahaha
Air Blueberry Soda tulak ok ok jer la , sebab Adi tak rasa sangat perisa Blueberrynya......apa apa pun berbaloi lah makan tengah hari ni !! Rezeki tuhan!! Alhamdulillah!!
P/s: Kalau Zanmai Pasta baca posting ni, and bagi Adi makan free, Adi ajak korang!!! Hahahaha...:P
*Pic- gambar dari laman web rasmi Zanmai
Seafood time sama family...woott wooot!!!
Sabtu 29 Jan 2011
Malam ni , mak Adi belanja makan seafood kat Pantai Jeram, dekat Kuala Selangor. Memang selalu keluarga Adi buat makan makan macam ni. Selalunya buat BBQ kat rumah jer ramai ramai. Tapi kali ni buat kelainan pulak. Adi bertolak dari KL dan jumpa mereka kat AROMA Ikan Bakar kat Pantai Jeram ini. Sampai kat pantai ni , dalam pukul 830mlm, but my famili tak sampai lagi, cuma adik perempuan dan adik ipar Adi dari Kajang yang dah sampai dulu..
Makanan pun dah mula dihidangkan, wow efisennya...oh yer kebetulan pulak malam ni ada perlawanan Piala Sumbangsih , Selangor vs Kelantan, sebetulnya Adi nak pergi stadium, tapi dah janji sama family , kenalah pergi dinner ni....lagi berbaloi kot!!!!..haha..dan tempat duduk kami betul betul depan tv!! Hahaha....dapatlah juga tengok game tu yg dimenangi oleh Kelantan!!
Malam ni memang ramai giler orang. Walaupun hujan turun tapi orang makan tetap ramai..haha
lepas 10minit Adi sampai , barulah keluarga Adi dari Tg Karang baru sampai. Jarak Tg Karang dengan Pantai Jeram ni adalah lebih kurang 30km!! Dulu masa zaman sekolah , Adi pernah berbasikal Chopper dengan kawan kawan sampai ke pantai ini...shhhhhh jangan bagitahu mak Adi yer...samapai sekarang dia tak tahu!!! :P
.ahhh rindu betul kat diarang diarang , terutama anak anak buah....3A's....Aulia, Adam dan Abid....rindu , nampak bayang mereka lega rasa hati..weeeiiiii!!!!
Memandangkan makanan sudah tersedia , maka kami pun makan la, hehehe...tambah pulak hujan turun, memang berselera sekali lah...hahaha...sorrylah tak ambil banyak gambar sebab tangan penuh dengan ketam, udang ,sotong goreng, ikan siakap, penuh perut malam ni, Alhamdulillah......terima kasih mak sayang sebab belanja makan seafood malam ni!! Yum! Yum!! Love my family!!!
Thursday, February 3, 2011
Kamera Lama....
Minggu lepas balik kampung, saja nak jumpa anak buah yang dah nak sebulan juga tak jumpa. Tengah lepak lepak , anak buah Adi yang nama Aulia tu datang dan bawak kamera..ehh..macam kenal jer kamera ni...hahaha...inilah kamera yang Adi gunakan dulu masa buat projek Geografi Setempat ketika tingkatan 3 dulu, dalam tahun 1993...hahaha...klasik ni, main putar putar ....suka dengar bunyi dia bila tombol gulung filemnya digunakan...
kreek...kreek....kreeeeeeeekkkkk...
kreek...kreek....kreeeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkkk...
Hahaha....jenama dia pun tak pernah tengok dah sekarang...sekarang orang dok sibuk ngan Nikon la...Canon la..Olympus la...tapi aku...ada TOMA!!! Kau ada TOMA?!!!!! Hahaha :P
p/s : Ni kalau jual kat Ebay ada ker orang nak beli?.hahaha...
Subscribe to:
Posts (Atom)