Monday, February 7, 2011

Rakaman rancangan games tv show "Kalau Berani1 vs 0"



ISNIN 7 FEB 2011

Selamat hari Isnin, pagi ni , Adi bangun awal untuk rakaman rancangan games show "Kalau Berani 1 vs 0!! Pengacaranya ialah kak Didie Alias dan juga Enot. Rancangan ini menampilkan pertandingan yang mencabar berbanding games show yg lain...yup!

Pic: Lokasi penggambaran

Adi sampai kelokasi dalam pukul 830pagi, rakaman dibuat di Sunway Lagoon. Hehehe seronok la main air. Dalam perjalanan sempat jugak Adi singgah dan membeli nasi lemak..sampai kat parking kereta, layan nasi lemak dulu. Takut tak sempat sarapan nanti!

Pic: Krew bersiap sedia

Sampai kat lokasi , rupanya sarapan disediakan, alahai...menunya roti canai segera...haha..but sedap la...pekerja Sunway Lagoon pun tak sampai lagi, memang awal giler datang kat sini.Sunway Lagoon mula buka jam 10pagi...

Pic: Sunway Lagoon di waktu pagi....sunyi!


Pic: Sarapan pagi hari ni......sedap!! betul!!


Sebetulnya , Adi tak tahu siapa lagi peserta yang terlibat dalam rancangan ini...yang Adi tahu cuma Reza dan Dina jerla...rupa rupanya peserta lain adalah Ajiep(wartawan) daripada Murai.com.my, juga ada pelakon dan penyanyi Acong dan juga Fauzi Nawawi . Adi, Reza dan Dina adalah dalam team kuning (Team 0), manakala Acong, Ajiep dan Fauzi Nawawi dalam kumpulan merah atau pun team 1!!

Pic: Reza, Ajiep and me

Cabaran pertama kami ialah memecahkan belon dengan menghempap belon itu dengan badan, di mana 2 peserta lain akan mengangkat kaki seorang peserta dan menuju ke arah belon yang diletakkan di bawah lantai...hahaha....masalahnya Adi dan Reza memang tak larat nak angkat Dina, jadi kami suruh dia merangkak sahaja...hahaha...memang kelakar...yang peliknya, ada juga belon yang tak meletop ketika dihimpap oleh Dina..hahaha...memang pecah perut kitarang dibuatnya...hahaha...

Pic: Sebelum rakaman, kitarang bergambar dulu la yer..

Permainan kedua pulak agak unik, di mana kami kena memanah menuju satu sasaran yang ada gambar cili, petai, aiskrim, asam jawa, terung, bawang ....tugas kami adalah untuk memanah mana mana gambar benda benda tersebut...dan bahan bahan yang kita dapat hasil panahan tersebut akan di kisar dan jusnya akan di berikan kepada pihak lawan untuk di minum dalam jangka masa 5 saat!!kena habiskan jus tersebut dalam gelas besar!!! ...hahahaha.....itulah yang terjadi kat kitarang...Team Adi telah memanah dulu..dan kami berjaya dapatkan petai, bawang , asam jawa , cili dan aiskrim untuk pasukan lawan....hahaha... ramuan ini di kisar untuk diminum oleh pihak merah hahaha...

Pic: Im a batman....baju tengah basuh...so pakai t-shirt dulu yer...:P

Yang kelakarnya , ketika ramuan tersebut di kisar oleh DidiAlias, Reza telah termuntah semata mata membayangkan dia kena minum jus tersebut nanti...hahaha..memang muntah betul kat set! hahaha....kelakar...gara gara terbau bahan bahan tadi dikisar pun dia boleh muntah kaw kaw...bueeekkkkkk...tapi memang bau jus tu semacam la....tiba masa untuk kumpulan merah meminum jus hebat kami....cuma Fauzi Nawawi sahaja yang habiskan minuman tersebut, Achong dan Ajeep tak habiskan pun..hahaha...yarkkkk!!!!

Pic: Bersama Batman Kurus, dan batman comel!!

Tiba giliran team merah memanah dan mereka berjaya mendapatkan kami asam jawa, cili dan aiskrim jer...hahaha..Alhamdulillah....tak banyak sangat...ramuan itu di kisar dan jusnya diiberikan kepada kami....yarkkkkk walaupun takde benda yg pelik pelik, tapi dalam kepala dah set...just tu memang tak sedap..walaubagaimana pun Dina telah menjadi wira team merah bila dapat menghabiskan minuman dia dan juga milik Reza...hahaha...Adi lak memang tak sanggup nak minum air tu..jadi jilat jer aiskrim yang ada kat atas air tu jer...hahaha....tak mau la buat cam ni...rasanya, Adi lak yang nak muntah!! Nasib baik air tu takde bawang...kalau tak ...pengsan la...

Fuhh nasib baik tak perlu minum...hahaha..berlakon minum jer la...hehehe

Pic: Loving couple....bercanda di bawah pohon nyiur!!

Ok! Cabaran seterusnya ialah menaiki kenderaan G Force X! Ohh no!! this is not for me! Definately!!!....hahaha...ngeri dowhh!! hahaha


Jadi untuk cabaran ini nasib baik si Reza dan Dina beriya iya nak buat cabaran ni..haha..selamat Adi!! hahaha..Cabarannya senang saja, Adi akan bacakan satu soalan matematik dan diarang kena kira masalah matematik tersebut ketika berada di awangan.....hahaha...menarikkan...hahaha...

Pic: Ajiep dan Fauzi Nawawi


Pic: Reza dan Dina seronok naik naik G Force X

Pic: Reza dah cuak bila palang keselamatan diturunkan..Dina stay cool!! Hehehe

Alhamdulilah cabara G Force X tu berjaya dilaksanakan dengan jayanya dan jawapan kami memang betul! Yeah! Seterusnya adalah cabaran "Gladiator" diamana kami kena naik satu rakit dan cuba menjatuhkan pihak lawan dengan galah!! Seronok acara ini..siapa yang terjatuh akan masuk kolam lah...haha...Disebabkan seronok bermain rakit di air ni, kepala Adi telah terhantuk dengan galah yang dipegang oleh Reza....Adoiiii benjol kepala ni....tintong kejap la..hahaha...kalau kamera sempat ambik mesti dapat tengok bila Adi terhantuk ni.

Pic: Yeahhh Birthday girl kena campak kolam!!! Hehehe

Oh yer, sebelum tu, memangdangkan hari ni hari jadi Dina, maka hajat kami untuk campak dia masuk ke dalam kolam, tercapai jugak!! Hehehe...selamat hari jadi Dina!!! Hahaha..Ketika acara ini bermula, Adi berjaya menjatuhkan Achong ke dalam air, manakala Reza telah bertarung dengan Ajiep Murai.


Pic: Ouchhh ....

Ketika pertarungan antara Reza dan Ajiep Murai, telah berlaku kemalangan kecil , dimana galah yang dibalut dengan span tersebut, telah tercabut spannya menyebabkan secara tidak sengaja, Ajiep telah memukul Reza dengan galah yang tak berbalut itu..hahaha...kesian Reza, berbirat belakang dia...terus perlawanan tersebut diberhentikan!! Beriya iya mereka bertarung!! Hahahaha.....Korang tengoklah sendiri...macam kena sebat si Reza ni..hahaha

Pic: Dah nak habis dah....

Selepas itu , di pusingan akhir , mata kami adalah seri...maka Ahchong telah dipilih untuk melakukan aktiviti terakhir bagi mendapatkan hadiah pada hari ini....dan hadianya....Wallaaaa....korang kena tengok sendiri la...memang lumayan sekali la!! Hehehe...


Pic: Inilah hadiah kami....yeahhhhh!!!!


Pic: Birthday girl kena lumur tepung pulak!! hehehe


Pic: Adi dapat anugerah peserta paling bersih!! Hahahaha..dengan Kak Didi Alias!!

Pic: Lepas kena campak kolam dan kena lumur tepung, Dina dapat hadiah peribadi daripada KKak Didi Alias...waaaahhhhh!!! Apa tu?..entah..

Terima kasih kepada Kak Didi Alias dan krew Kalau Berani 1 VS 0 yang menjemput kami menyertai rancangan yang best ini!! Jangan lupa saksikannya nanti pada bulan Mac di Astro Warna!! Yeahhhh!!!

P/s : Dengar citer episod kami ni akan jadi episod pertama!!! hehehe







5 comments:

REMEDY said...

wah...seronoklah dpt bersuka-suki sampai badan naik lebam...tulah...len kali ajaklah aku sekali

cekkeya said...

wahhh, cam best je rancangan nih. insya-Allah akan tonton. mmg ske rancangan yg ala-ala gameshow nih ;)

kelakar tgk Dina berendam dalam kolam tuh. dan, boleh imagine camne Redza muntah. hahaah

ADIFASHLA said...

muntah tak hingat alam...hahaha...tengoklah nanti yer...:)

edzlin007 said...

wah!! dah buat kat luar, dulu buat kat dlm studio je. part belon tu memang ada satu belon yg susah nak pecah kan. sbb tgk dulu mesti belon liat bebenor nak pecah.

p/s: sian reza tu

ADIFASHLA said...

yupnbetul!! bayangkan si Dina hempap belon tu...belon tu tak pecah pun..ishh ishh ishhh