Saturday, February 19, 2011

Finale Konsert rock N Riuh


Sabtu 12 Feb 2011

Hari ni berlangsungnya konsert finale bagi Konsert Jelajah Rock N Riuh bersama artis artis Warner Music . Selama beberapa minggu mereka menjelajah keseluruh negara daripada Kota Kinabalu, ke Kuching, ke Johor Bahru, Taiping dan juga ke Kuala Lumpur destinasi terakhir...

Pic: Awi Rafael

Konsert ini adalah lebih untuk mempromosikan barisan artis artis Warner Music yang terdiri daripada, Jinbara, Fiq, Nashrin, Wana, Tom dan juga Awi Rafael. Manakala Ray dan Hanif terlibat sama dalam siri konsert jelajah ini.

Pic: Album Rock N Riuh.

Selain daripada membuat persembahan, para peminat dapat beramah mesra dengan artis artis Warner Music ini. Juga terdapat jualan cenderamata artis artis kegemaran mereka dan juga CD.

Pic: Ira yang seronok tengok Nashrin...:P

Konsert finale ini berlangsung di Central Market Kuala Lumpur. Adi, Dina dan juga Ira hadir untuk memberikan sokongan kepada acara ini, kerana Era merupakan radio rasmi untuk Rock N Riuh ini!! Walaupun nampak macam mendung sahaja, alhamdulillah hujan tak turun ketika konsert sedang berlangsung. Bila upacara dah habis barulah hujan turun..:)


Persembahan bermula jam 330ptg. Di mulakan dengan persembahan daripada Awi Rafael yang semakin meningkat naik dengan lagu "Pulanglah"...lagu dwi bahasa yang menarik!Dia pernah merantau sampai ke Australia bermain muzik di sana...dan dia berasal dari Kota Singapura!!Persembahan yang sempoi daripada Awi Rafael...kelihatan juga sahabatnya iaitu Dimas daripada kumpulan Hujan memberikan sokongan ...

Selepas itu persembahan daripada Tom..Wow suara Tom memang power la..terutama sekali bila dia nyanyikan " Lagu Untuk Kuala Lumpur" ...serak serak dia kedegaran dan lantang!! ...hehe

Pic: Nashrin

Nashrin muncul dengan 3 buah lagu termasuklah lagu Fobia Cinta yang semakin digemari ramai sekarang. Nashrin sepatutnya berduet dengan Wana, tapi kata nashrin, pagi tadi Wana mendapat panggilan kecemasan daripada keluarganya di JB bahawa maknya jatuh sakit. Jadi petang ini , Wana tak dapat bersama untuk memeriahkan Konsert Rock N Riuh ini. Jadi petang ini Nashrin tak dapat berduet dengan Wana menerusi lagu popular mereka "Ingin Bersama mu Kembali"

Pic: Fiq nyanyi dengan peminatnya yg sporting..:)

Selepas itu Fiq mengambil alih pentas dengan lagu lagu popularnya sebelum ini dan juga single terbarunya yang bertajuk "Tragis" ..dedikasi lagu itu untuk bayi bayi dan kanak kanak yang teraniaya...!!

Fiq memang pandai mengambil hati para penonton, malah ada seorang peminatnya menemani dia menyanyikan lagu Tiga malam Tanpa Bintang!!Sempoila..hehe..i think peminat dia yang lebih banyak menyanyi daripada Fiq sendiri...hahaha


Pic: Jinbara beraksi...

Tiba masa untuk Jinbara lak..takyah citer banyak..memang ramai peminat Jinbara yang datang pada petang ini...lama gak tak tengok diarang perform live...tetap hebat dan bertenaga!!!! Sampaikan peminat menyerbu terus ke depan pentas..begitu powernya Jinbara!!

Pic: Peminat Jinbara menyerbu ke depan pentas!!!


Pic: Ray dan Hanif beraksi...

Itulah kisahnya konsert Finale Rock N Riuh , jumpa lagi lain kali!!

P/s: Sorry la sebab gambar satu sudut jer...hahaha








No comments: