Tuesday, March 1, 2011

Sebalik tabir pembikinan TVC Justin Bieber



AHAD 27 FEB 2011

Hujung minggu ni memang sibuk dengan rakaman tv dan juga iklan TV untuk Tunetalk sempena dengan "Fever Bieber" Sempena kehadiran Justin Bieber yang akan mengadakan konsert pada bulan April nanti. Oleh itu kami penyampai penyampai radio yang waktunya yang di taja oleh Tunetalk membuat penampilan istimewa dalam TVC ini yang akan keluar TV TV tempatan dan juga di pawagam GSC.


Pic: Anand dari THR Raaga yang teruja nak jadi JB..dia yg siap dulu! hahaha

Mungkin ada yang tak tahu, bahawa show Adi dan juga Reza di Petang ERA adalah di bawah tajaan Tunetalk! Jadi tugas kami pada hari ini adalah untuk menjelma dan menjadi "Justin Bieber"...hahaha. Rakaman telah dilakukan di sebuah studio di Kelana Jaya. melibatkan 18 model "Justin Bieber" termasuklah Adi dan Reza. Juga ada penyampai penyampai radio lain seperti Ian, Natalie, Jin, Ryan dari Hitz.FM, Anand dan Uthaya daripada THR Raaga, Jason, Jeff daripada My FM!!


Pic: Justin Bieber?...


Pic: Justin Bieber?...hmm


Pic: Justin Bieber Gombak?!!

Pic: Justin Bieber masa umur 45thn kot! hehehe


Pic: Mak dan Abah Justin Bieber?!! ..hehehe


Pic: ni lebih comel dari real Justin Bieber..hehehe


Pic: Jeff dari MY FM.


Pic: Uthaya dari THR Raaga

Pic: Jason dari MY FM

Kelakar giler bila dapat pakai rambut palsu ala ala Justin Bieber ni. Tapi bila pakai jer , muka jadi orang lain...hahaha...Reza kata muka Adi macam "A.Aida"...hahaha..bengong punya Reza!!

Tak habis habis Adi belek muka kat cermin..hahaha...excited nak jadi Justin Bieber ker?...errr sikit la kot!! hahaha

Ingatkan pakai wig ni main serkup jer...rupanya rambut kena sikat, lepas tu letak gel a.k.a gam supaya rambut asal tak mengembang..lepas tu rambut diikat dengan net , barulah rambut palsu tu diserkupkan...gatal weeiii!!! dan panas!! hehehe

Pic: Pakaikan net dulu!!

Pic: Serkupkan rambut palsu itu!!..


Pic: Apa gelak gelak?!! hahaha...tak boleh blah dowh!!

Pic: Noh Hujan?....cam manalah budak Noh tu tengok jalan kalau cam ni...
Pic: Team Petang Era - Adi Bieber dan Reza Bieber...

Pic: Ian Hitz.FM tidak dapat menerima hakikat bahawa dia kelihatan seperti Cik Kiah! hahaha


Pic: Natalie Hitz.FM yang seronok sepanjang pengambaran.

Lepas tu rambut tu di potong untuk mengikut bentuk rambut Justin Bieber...hahaha...tapi sebelum rambut tu di potong, Adi sempat bergambar sakan la..actually , Adi lebih suka potongan rambut sebelum di potong berbanding selepas dipotong.

Pic: Kena trim rambut tu!!


Pic: Justin Bieber fever!!


Kalau korang nak tahu macam mana meriahnya ketika kami merakamkan TVC ini, jom kita saksikan video ini yang telah dirakamkan oleh Jin daripada Hitz.FM ....disebalik tabir!! Kelakar weiii!!!








Alhamdulillah dalam pukul 430ptg semuanya habis. berpeluh peluh jugak menjayakan iklan Tunetalk ini, tapi memang seronok la...hehehe..kita jumpa di Konsert Justin Bieber nanti ok!!


Pic: Bro Bobby pengarah TVC ini!

Jadi korang jangan lupa saksikan TVC ini nanti di kaca tv anda dan juga di seluruh pawagam GSC!!..

P/s: Agaknya Justin Bieber pengsan tak bila tengok kitarang meniru dia...hahaha







4 comments:

PINATBATE said...

HAHAHAHAHAHAAHHAAHAHAHAHHAHAAAA..!!!!

ADIFASHLA said...

Heheehehehehe......

i'm Wany said...

haa kat kelana jaya ? wahh kenape x tau padahal duduk pon kt kelana jaya -,-
hahaha comel je dorang2 nie sume :)

i'm Wany said...

oppp ade 1 soalan ..ape yg keluar kt pawagam nnty ?