Rabu 25 Mei 2011
Pagi ni Adi ikut Skuad Era KK buat lintasan kat area KK. Lintasan pertama jam 1040pagi...org KK ni masih malu malu dengan Skuad Era KK....tapi bila dah ramai...memang ramai lah yang datang..hahaha...
Pic: Permandangan dari Tuaran...sayup kelihatan puncak Gunung Kinabalu
Pic:Jambatan Tamparuli,,,
Sepanjang perjalanan , mata Adi memang tak lepas memandang kearah Gunung Kinabalu tu..makin lama makin dekat...makin lama makin besar....suhu pun semakin sejuk bila menghampiri Gunung Kinabalu...wow...
Jalan menuju Gunung Kinabalu ni , takdelah seteruk yang Adi sangka kan..rasanya lagi teruk perjalanan dengan kereta dari Tapah menuju Cameron Highland...Jalan raya menuju ke Kundasang juga tidak terlalu bengkang bengkok...oklah, selesa jugak naik ke atas kawasan Gunung Kinabalu.
Jam 12tgh hari, kami dah sampai kat Pekan Nabalu. Perhentian kami seterusnya utk Skuad Era KK. Rupanya permandangan di Pekan Nabalu ini cukup cantik sebab betul betul mengadap Gunung Kinabalu....yawww..Subhanallah...cantik sungguh ciptaan Allah ini....termenung sedetik menikmati keindahan alam semulajadi di sini...tak tergambar dengan kata kata...sempat juga Adi duduk seorang diri memerhatikan Gunung Kinabalu ni. Setelah 33tahun hidup ...baru pertama kali berhadapan dengan Gunung Kinabalu. hahahaha...
Pic: Sampai juga akhirnya!!! yEPPAAA...
Seronoknya bila kat sini, dapat juga menenangkan diri...yeahhh...puas hati dapat ke sini. Susah nak digambarkan, korang kena rasa sendiri cam mana bila berhadapan dengan Gunung Kinabalu ni.
Pic: Skuad Era KK posing ala ala zaman 70an...hehehe
Pic: Me with Reezal, JJ dan Ezed
Pic: Puncak Gunung Kinabalu semakin ditutupi awan..
Pic: Skuad ERA KK di Pekan Nabalu
Pic: Pendengar setia Era KK!!!
Warga Pekan nabalu ni memang peramah dan ceria....mesra sunggu dengan kami yang baru sampaikat pekan ni..malah kebetulan, ada juga yang memakai t-shirt Era masa kami tiba...hahahaha
Pic: Bergambar bersama penduduk Pekan Nabalu yang ramah sekali..:)
Pic: Galeri di Gunung Kinabalu Park
setengah jam kemudian, Adi sampai juga ke Taman Gunung Kinabalu.....Di Taman Gunung Kinabalu inilah permulaan tempat utk mendaki Gunung Kinabalu.
Kami pusing pusing dulu dalam kawasan Taman Gunung Kinabalu ini sebelum masuk ke pejabat Taman Gunung Kinabalu untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan Gunung Kinabalu....
1) Harga untuk pelancong asing
2) Harga untuk pelancong negeri lain selain Sabah...
3) Harga untuk penduduk Sabah....
Macam Adi ni...kalau nak mendaki, perlu membayar RM450 untuk bayaran kemasukkan, dimana, mereka akan sediakan insurans dan jurupandu . Belum lagi masuk harga penginapan di pertengahan pendakian iaitu di Laban Rata....congak congak mahu dekat RM700 jugak kos untuk memasuki dan mendaki Gunung Kinabalu ini.
Pic: Risalah Tarif bukan untuk warga negeri Sabah...
Pic: Peta untuk pendakian.
Pic: Di Pekan Kundasang.
Habis setengah jam kat Kinabalu Park ni, kami terus menuju ke Pekan Kundasang yang terletak tak jauh dari situ...kami menuju sebuah restoren kat tepi jalan, kebetulan pulak ada kawan kawan dari Sabah yang tweet kepada Adi untuk mencuba kepa ayam panggang kat Kundasang...hahaha...memang ku cari lah....ternyata ianya sangat sedap...mungkin sebab kelaparan juga...hehehe
Di Pekan Kundasang ketika ini sedang dilakukan operasi membesarkan jalan, jadi agak berdebu sikit. Lepas makan kami bergerak pula ke sebuah ladang lembu untuk melihat permandangan dari sana pula...menarik sekali...macam kat New Zealand ..kata bebudak Skuad...hahaha
Pic: Topi orang utan yang Adi beli kat Taman Kinabalu Park tadi...
Well Adi dah plan nak panjat Gunung Kinabalu pulak lepas ni...yeahhh...maybe lepas raya tahun ni la kot....dah pakat dengan kawan kawan...sapa mau ikut?..simpanlah duit ok...hehehe
Balik semula ke KK dalam pukul 4ptg.....nak pergi makan seafood pulak...hehehehe..:)
p/s: Kalau dapat sponsor pun best jugak ni...hehehehe....tak mustahil!!!
3 comments:
ni kira penduduk sabah dpt harga paling istimewalah ni...
Wah best nya abg adi nak naik gunung lak pasni :) saya setakat lalu dkt2 situ je pernah. tu pun dah bertahun yg lalu
InsyaAllah, hajat hati nak naik gunung kinabalu..hehehe...maybe bulan 10 kot...
Ya Allah cantiknya kundasang... tak sabar nak g sana.. memang macam ada kat new zealand
Post a Comment