Adi tengah tunjukkan voucher Shell pada semua peserta peserta. |
Sabtu 9 Jun 2012
Pagi ni bangun awal untuk menyertai permainan online game "Shell Target One Milion" di The Curve yang berlangsung jam 10pagi . Adi dan Ean daripada Hitz.fm berada di sini untuk memeriahkan lagi acara ini. Senang sahaja nak main permainan online ni dengan hanya mengawal kereta anda dengan kelajuan yang tepat dan sampai kedestinasi yang di tetapkan tanpa lewat atau tidak kehabisan minyak...kira kena pandai main minyak kereta dan tahu macam mana nak jimatkan penggunaan petrol.
Terima kasih korang yang sporting pada hari ini..:) |
Setiap pemenang untuk cabaran pada hari ini telah memenangi voucher isian Shell bernilai RM20 setiap seorang. Sebetulnya cabaran untuk "Shell Target One Milion" ini masih lagi berlangsung sampai bulan Oktober 2012 ini...dan acara kemuncaknya akan berlangsung pada awal bulan Oktober ini...sesiapa yang nak jadi team mate Adi boleh lah sertainya dengan klik di sini -> Shell FuelSave5 Target One Milion . Sesiapa yang terpilih jadi team mate Adi akan mendapat RM1000 dan juga kalau team Adi yang menang dalam jabaran ini nanti menentang team daripada Hitz.fm dan juga My.fm....team yang menang akan mendapat RM5000 lagi. Ok..selamat mencuba !! Terima kasih juga pada peserta peserta yang sporting menyertai permainan kita pada hari ini!! :D
Jumpa lagi nanti bulan Oktober..:)
No comments:
Post a Comment