Friday, April 1, 2011

Lunch dekat Delicious Cafe di Dua Residency


Khamis 24 Mac 2011

Hari ni ada meeting dan makan tengah hari dengan HERO MALAYA yang berlangsung kat restoren Delicious di Dua Residency dekat dengan KLCC , atau lebih tepat bersebelahan dengan Kedutaan Singapura.

Pic: Ruang dalam restoren..

Ini pertama kali Adi makan kat sini. Suasana kat sini memang best dan bersih. Kata Pak Nil dia memang suka makan kat sini..mungkin sebab tak ramai orang datang...maklumlah restoren ini terletak kat kawasan kondo mewah..

Pic: Carbonara Spaghettini (RM23.90)
with Wild Mushrooms, Beef Bacon, Oregano & Cream


Makanan dan minuman dia memang superb..Adi makan Carbonara Spaghettini yang memang sedap giler....hahaha...korang kena makan benda ni. Masa Adi makan pun paknil sempat tumpang sekaki...dia kata "sedapnyaaaa'...terus dia order jugak...hahahaha...harganya RM 23.90. Mahal sikit tapi berbaloi , dan mengenyangkan sebab ianya datang dengan pinggan besar..hehehe


Pic: Choc Strawberry....yum yum!!


Lepas tu dessert dia juga menarik hati...tengok sendiri lah aiskrim kat atas ni..hahaha..yum yum...so korang bolehla cuba sendiri ok ..cawangan restoren ni ada kat MidValley, One Utama, dan Bangsar Village II....selamat mencuba!!!






Wednesday, March 30, 2011

Vblog - bersama Ira ERA

Sesekali buat Vblog ni memang best jugak...hahaha...tintong la Ira ni...hehehe...








Monday, March 28, 2011

Kad Birthday dari WWF


28 Mac 2011

Minggu lepas Adi ada terima ucapan selamat hari jadi daripada WWF Malaysia. Dapatlah diskaun 10% kalau membeli produk produk tertentu daripada WWF Malaysia. Adi dah 2 tahun lebih menyumbangkan sebahagian gaji Adi untuk dipotong dan disumbangkan kepada WWF Malaysia khusus untuk program "Safe The Tigers" menyelamatkan harimau malaya. Mungkin sumbangan Adi tak sebesar mana, tapi kalau ramai ramai kita menyumbang pasti akan banyak juga....:) Thanks WWF Malaysia .Selamatkan harimau kita!!!



p/s: Suka nak beli tshirt WWF Malaysia sebab comel designnya..!! Yahhh





Sunday, March 27, 2011

Poco - Poco sempena Ulang Tahun ke 20 Harian Metro




AHAD 27 Mac 2011

Hari ni Adi menyertai acara poco poco sempena ulang tahun ke 20 surat khabar Harian Metro yang berlangsung di Dataran Merdeka KL. Haha..lama tak berpoco poco lak. Adi bukannya pandai sangat, tapi poco poco ni takde la susah sangat....korang pun mesti terer lagi dari Adi..hahaha

Pic: Orang ramai beratur untuk t-shirt ERA!


Pic: Warm up utk poco poco!!



Pic: Me with Nila Kurnia and Dina

Sampai kat Dataran Merdeka dlm pukul 830pg. Adi tengok orang ramai sedang beratur panjang untuk mengambil t-shirt ERA. Wow..memang semua berebut nak ambit t-shirt ERA!!! Tapi sayangnya kami hanya sediakan dalam 200 Tshirt shj...yang terbanyak antara stesyen radio lain..:)



Oh yer, poco Poco pagi ini akan disertai oleh penyampai penyampai radio kat Malaysia ni iaitu Era Sinar, Hot FM, KL FM dan Suria FM juga disertai oleh Diana Daniel dan juga Vaneeda Imran. Acara bermula dlm jam 915 pagi. Rasanya ada lebih kurang 3ooo (anggaran) org lain yang turut berpoco poco .Nasib baik hari ini tak panas sangat , awan agak banyak .



Lepas berpoco poco bergambar dengan pengunjung!!

Para penyampai radio dan artis undangan semuanya naik ke atas pentas bersama sama dengan pengendali acara pada hari ini iaitu "Papa Jay" yang pernah menyertai Sehati Berdansa!! Lebih kurang 30 minit acara berlangsung, akhirnya acara poco poco ni tamat lebih kurang dalam pukul 1030 pagi!! Selamat Ulangtahun ke 20 Harian Metro.

Pic: Antara penyampai penyampai radio yang berpoco poco...






Sunday, March 20, 2011

Marathon makan sempena hari jadi...:)

Khamis 17 Mac 2011

Hari keramat untuk diri Adi ini datang lagi, hari ni ulangtahun Adi yang ke 33...Alhamdulillah masih mampu menjadi khalifah di bumi tuhan ini!
Mak Adi awal awal dah ucapkan birtday awal awal pagi tadi..Biasanya Adi akan sambut birthday sendiri , bukan apa, suka mengenang kembali apa yang dah kita buat selama ni ..hahaha...Adi lebih suka menyorokkan diri daripada diraikan oleh kawan kawan. Pelik! tapi itulah yang Adi lakukan setiap tahun...hahaha...

Pic: Hasil tawaf pertama..:)

Tapi sebelah malamnya , Adi telah keluar makan kat Jogoya. Restoren Jogoya ini menampilkan makanan dari Jepun dan juga campuran makanan barat dan tempatan. Haha, dah lama Adi baca pasal Jogoya ni, akhirnya sampai jugak..:)


Pic: Kelapa mawar dan juga air teh limau madu....sedap!!!


Jogoya ni terletak kat StarHill kat Bukit Bintang, KL. Terletak kat tingkat paling atas sekali kat StarHill ni. Masa Adi sampai kat Starhill ni memang agak sunyi sikit...malah macam takde orang lak...Tapi bila dah sampai kat tingkat atas kat pintu masuk Jogoya ni, Ya Ampun..ramainya orang yang beratur...wahhh ambik masa jugak nak beratur ni...

Pic: Sushi ler..

Nasib baik kebanyakkan mereka yang datang ke sini makan secara berkumpulan, maka cepat jugaklah barisan untuk masuk ke Jogoya ni berlalu..hahaha..Bayaran masuknya adalah RM 78 sekepala. harga berbeza beza bergantung kepada waktu makan juga..hahaha

Pic: Stik yang sedap...repeat order..hahaha

Tempatnya memang besar, boleh memuatkan dalam 200 orang pelanggan dalam satu satu masa...dan malam ni agak ramai juga yang makan malam kat sini. Sejujurnya malam ni memang Adi merancang untuk makan dengan agak banyak, sebab nak merasa apa yang ada kat Jogoya ni...hahaha...tapi jangan risau, Adi bukan makan sekaligus, tapi Adi meluangkan masa hampir 3 jam untuk makan di sini...slow slow...atau "alon - alon" kata org jawa..hahaha

Pic: Lupalak nama sushi ni..tapi sedap!!

Mula - mula tawaf dulu la dalam restaurant ni, makanan disediakan secara buffet... So kalau kita nak sesuatu , kita boleh main ambik jer kat kaunter yang menyediakan makanan tersebut...kalau makanan tersebut dah habis kat kaunter atau tak tersedia lagi...kita boleh tinggalkan no meja kita kat kaunter makanan tu, kemudian diarang akan hantarkan kemudian....konsep yg menarik.

Pic: Lagi seafoods

Oh yer, kebanyakkaan makanannya dalam kuantiti yang kecil sahaja, supaya tak membazir..jadi kalau nak lagi boleh ambik lagi. Sebab tu Adi boleh merasa banyak makanan kat sini. Kalau tak, makan 2-3 hidangan dah penuh dah!!! hahaha...maklumlah kat sini ada lebih 200 hidangan.



Pic: Ikan Kod..


Pic: Ni ikan...err....err...ikan apa yer?..

Antara yang menarik perhatian Adi ialah, dapat minum air kelapa mawar yang sedap giler...perghhh tak pernah dapat minum air kelapa yang sedap sekali cam ni, pastu Adi minum teh limau madu...best giler...:) Adi minum 3 biji kelapa mawar tersebut.

Lagi satu Adi suka dengan Stik dia yang memang sedap, walaupun terpaksa ambil 2 kali, sebab saiz stiknya kecil saja...hehehe..sos bbq dia memang terbaik la...

Pic: Stik daging, ikan salai dan sotong


Pic: Cendawan Jepun yg digoreng....sedap !!

Kat Jogoya ni memang syurga Sushi la..hahaha..oh yer..mulai sekarang Adi mengistiharkan bahawa Adi adalah salah seorang peminat giler sushi..hahaha...so sekarang senang jer..sapa nak belanja Adi..boleh belanja makan sushi yer..haahaha


Pic: Abalon...besar sgt weiii!!

Pastu, Adi makan lah juga seafood yang ada, antaranya ketam kulit lembut, ikan salai, juga ikan kod yang di kukus....fuhh...

Pic : Hageen Dazs

Kebanyakkan yang datang ke sini memang pencinta makanan, ada yang Adi tengok bertimbun timbun makanan kat meja diarang..perghhh..sekali ambik tu..hahaha...macam mana la agaknya diarang habiskan tu. Macam Adi lak , Adi ambik sikit sikit, pastu tawaf balik cari makanan yang lain la...terkawal ok!! huhu

Pic: steamboat!!


Pic: Sup ayam campur sayur..

So kalau korang nak datang sini, better bawak keluarga atau kawan kawan, kalau tak nanti rasa boring lak....tapi bagi Adi, just makan jer la..hahaha...agak mahal sikit makan kat sini, tapi memang puas hati la...hahaha...betul!!! Memang puas hati!!!

Pic: Manisan...

Sebelum balik sempat layan aiskrim yang tersedia kat sini, makan lah sebanyak mana yang korang nak makan...so selamat menjamu selera lepas ni kat korang...so lepas ni Adi tahulah mana nak pergi kalau nak lepaskan stress...hahahaha...

Pic: Muka puas hati!!

Pic: Waktu meninggalkan Jogoya...


Well kalau korang tengok Adi makin bulat, so tak heran la yer..hahaha..apa apa pun terima kasih pada semua yang ucapkan selamat hari jadi pada Adi, dan mungkin juga ada yang tak terbalas lagi...hahaha...thanks semua.

p/s :masa tengah update entri ni...perut ku bergendang....kencang!! ....ahhh...






Thursday, March 17, 2011

TVC Tune Talk - You've been Infected featuring AMP Announcers

Ingat tak hari tu Adi dan rakan AMP yang lain membuat rakaman iklan untuk Tune Talk...inilah hasilnya..hahaha...







Monday, March 14, 2011

Memujuk hati...makan sushi lagi...

Pic: Tempura Soba

Ahad 13 Mac 2011

Actually pagi ni nak ke Bukit Broga , tapi hujan pulak pagi ni. So untuk memujuk hati Adi pergi makan kat The Garden. Salah satu restoren kegemaran Adi ialah Sushi Zanmai . Sushinya memang segar dan sedap giler.

Tgh hari ni Adi makan Tempura Soba dan juga Unagi Roll yang sedap giler. Tempura Soba ni kandungannya ialah udang , telur, sayur dan juga nasi! ..hahaha...kalau korang nak makan sushi yang sedap..korang boleh pergi kat Sushi Zenmai ni...antaranya terletak kat The Garden, One Utama, Sunway Pyramid dan juga kat Low yat.... harganya berpatutan , selagi korang tak makan banyak sangat la...hahaha...

Pic:Unagi Roll

Ok nanti lain kali kalau Adi pergi makan kat sini Adi akan cuba makan yang lain pulak ok! Yum yummmmmm!!!


p/s: cabaran bila update blog pasal makanan ialah...akan menyebabkan seolah olah makanan tersebut ada dalam mulut !! Duhh!! Hahaha...





Mendaki Bukit Broga


AHAD 13 Mac 2011

Balik dari konsert semalam dalam pukul12tgh mlm..So Adi ingat nak panjat Bukit Broga kat Semenyeh dalam pukul 4pg nanti...haha...boleh bangun ker?...

Tepat 4pagi...

Teet...teeet...teeett....teeeet.....

Alarm dah berbunyi, yup Adi bersemangat nak pergi ke Broga Hill dengan seorang kawan Adi. Dah lama Adi plan nak memanjat Broga...hahaha..Akhirnya tercapai juga..

430pagi...

Alamak kena cepat ni...Adi dah siap dengan segala kelengkapan....

Buka pintu rumah...

Hujan turun....

Rupanya tanpa Adi sedari kat luar rumah tengahh hujan..agak lebat la jugak...aisyehhh...terus call kawan Adi, dia kata tempat dia pun hujan jugak...last last Adi kenselkan nak memanjat Broga Hill pagi ni. Kata org kalau hujan tidak digalakkan untuk memanjat Broga Hill sebab licin.

Jadi Adi teruskan dengan acara memanjat katil..dan sambung tidurr....Zzzzzzz....

Pukul 1130 pagi Adi pergi ke Midvalley untuk lunch ...makan sushi lagik!! Hehehe..

Pukul 2ptg....on d way nak balik rumah dari lunch..Adi ajak kawan Adi pergi jalan jalan la...takde tujuan..hahaha...entah macam mana tergerak nak memandu ke Semenyih..hahaha...bila dah sampai Semenyeh, terus terdetik dalam hati ,

"Kalau aku panjat Broga Hill ni ..ok ni...cuaca pun tak panas sangat!!!" Nasib baik kawan Adi ok jer...so dengan kelengkapan yang ringkas..dan singgah sekejap kat stesyen minyak untuk membeli bekalan air...


Kalau anda tak tahu kat mana Bukit Broga ni, ia terletak berhampiran dengan pekan Broga dan kira kira 50km dari Kl dan 33km dari Seremban. Kalau dari Kl atau dari Mines Wonderland, just follow jer signboard ke Semenyih, kemuadian kat pekan Semenyih ada signboard menunjukkan ke arah Bukit Broga, senang sekali nak pergi sini...kemudian korang akan melepasi kampus Nothingham University dan tak jauh dari situ korang akan nampak Taman Rekriasi Arnab sebelah kanan, dan di depannya (bertentangan dengan taman rekreasi arnab tu) ada kebun sawit yang di jadikan tempat parking...so kiranya korang dah samapai ke kaki Bukit Broga...hehehe...parking jer kereta kat situ, dan bayar RM2.

Sampai kat kaki Broga Hill , kelihatan ada 2 biji kereta jer yang ada kat kawasan parking bawah pohon sawit ni. ..Adi memulakan pendakian jam 2:45ptg. Cuaca agak berawan jadi tak terlalu panas sangat. Memang sesuai la...nasib baik dalam kereta Adi ada kasut joging dan beg futsal yang boleh digunakan...walaupun kasut tu kurang sesuai..tapi rasanya mendaki Broga Hill ni tak sesusah mana la..harap harapnya..


Pic: Relaks dulu...hilangkan lelah!

Yup!! memang betul laluannya memang mudah , 10minit yang pertama dah tercungap cungap jugak la..hahaha...seelok eloknya berhenti rehat dulu...jgn paksa sangat, sebab walaupun laluannya mudah, tapi ia agak curam juga..hahaha...so banyak energy kena pakai..


Pic: Trail yang agak mudah..tapi licin sebab berdebu..

laluan agak kering , jadi ia agak berdebu dan agak licin juga..so kena berhati hati lah..takut terpeleset..lagi pun kasut Adi tak mencengkam sangat..hahaha...maklumlah kasut jogging..bukan kasut utk memanjat!! Fasa pertama pendakian agak mudah dan Adi sampai ke satu peringkat di mana kita kena naik atau mendaki bahagian yang agak curam jugak...walau macam mana pun dah ada trail yang terbina..


Pic: Inilah bahagian Bukit Broga yang curam itu...agak tinggi yer!

Masa pendakian bahagian yang curam ni, tetiba Adi rasa menggigil sebab Adi sempat menoleh kebawah...

Alamak!! Tingginya...fuhh ...kata kawan Adi muka Adi dah pucat dah!! Dia gelak kuat kuat!! Cehh!! Sejujurnya memang Adi agak cuak ...tapi Adi teruskan juga..kalau layan perasaan tu, memang tak sampai atas la gamaknya....fuhh!! Fuhh!!!


Pic: Dah sampai 3/4 pendakian!! Yippi!!

Nasib baik ada tempat untuk berhenti sekejap dekat bahagian yang curam tu, so Adi merehatkan lelah sekejap..hahaha....bila keyakinan dah ada balik dan tenaga dah pulih, Adi teruskan pendakian..dan dalam 5 minit..Adi dah sampai ke puncak pertama Broga Hill!!!


Pic: Permandangan Pekan Broga.

kat atas ni nampaklah Pekan Broga dan juga kawasan Semenyih dengan jelas sekali..wow!! Memang cantik pemandangan di sini. Tak heranlah ramai orang suka mendaki bukit Broga ni..Kelihatan sepasang suami isteri sedang berehat kat atas ni. Walaupun nampak agak berusia tapi diarang steady lagi..terigat lak Adi masa mendaki bahagian yang curam tadi...kalau makcik ni boleh buat..sepatutnya takde masalah utk orang macam Adi ni..hahaha...Alhamdulillah dah sampai jugak kat sini.


Pic: Puncak 1 Bukit Broga.

Adi tak lama berada dekat puncak Broga Hill yang pertama ni..5 minit kemudian Adi bergerak ke puncak kedua Broga Hill. Tak jauh sangat , dalam jangka masa 5-10 minit , Adi dah sampai ke puncak ke 2 Broga Hill....kat sini Adi lepak agak lama jugak, sebab angin yang bertipu memang agak kuat dan menyamankan..aduhhhh ..rasa mcm nak tertidur pulak...huhuhu..

Pic: Puncak Broga 2 dari Puncak Broga 1.


Pic: Permandanga dari puncak Broga 2 kepada puncak Broga 1



Pic: Adi dah sampai ke puncak 2 Bukit Broga...I'm Ok!!!

Lepas melepak dalam 15minit dekat puncak Bukit Broga kedua ni...Adi dah bersedia untuk memanjat ke puncak sebenar Bukit Broga ni yang berada pada paras 4oometer dari aras laut!
Untuk sampai ke kemuncak Bukit Broga ni , kena mendaki bahagian yang agak berbatu...susah sedikit, tapi dengan bantuan tali yang sedia ada...ia jadi tak sukar sangat selagi anda berpaut kuat pada tali tersebut..:)

Pic: Permandangan puncak 3 Bukit Broga dari puncak Bukit Broga 2.


Pic: Yeahh dah sampai dah!! hahaha..

Yeahhh...Sampai juga Adi ke puncak bukit Broga...setelah beberapa lama merancang nak ke sini..akhirnya dalam jam 430ptg..Adi sampai ke kemuncak Bukit Broga..yeahhh...bila sampai kat ata ni, cuma Adi dan juga kawan Adi serta 2 org pengunjung lain yang turut serta baru sampai ke puncak ini.

Dari puncak ini , Adi nampak satu signboard yang menunjukkan satu laluan menuju Gunung Tok Wan yang memerlukan perjalanan sejauh 3.1km lagi...wow...itu memerlukan perjalan selama satu hari untuk pergi dan balik..:) maybe next time boleh Adi pergi..hahaha...Adi berada kat puncak Bukit Broga dalam 10 minit..kemudian dah bergerak turun semula...sebab hari dah makin gelap dan juga cuaca dah nampak tanda tanda mendung.


Menuruni Bukit Broga adalah satu cabaran juga, sebetulnya ia lebih sukar daripada ketika kita memanjatnya. masa turun daribahagian yang curam tu, Adi terpaksa duduk dan menuruni curam itu setapak demi setapak...kalau mendaki kita memerlukan 45minti..untuk turun pula kita memerlukan lebih kurang 1 jam jugak..bergantung betapa cepat anda berjalan lah..hehehe..apa apa pun Adi sampai ke kaki Bukit Broga dalam pukl 6 ptg...Alhamdulillah, takde lah penat sangat, cuma lutut Adi sedikit rasa ngilu..Maybe next time Adi akan panjat lagi Bukit Broga ni....sapa nak ikut?....yang nak ke sana ,selamat mendaki ok!!

pst:/ tengah dok sibuk memanjat puncat 3 Bukit Broga...krueeekkk..seluar terkoyak la...aduhh....!! Bawalah seluar gantian ..just in case yer...hehehe..