Saturday, May 7, 2011

Apa la nasib.....

Align Left

Isnin 2 Mei 2011

Pagi ni terbaca artikel utama di The Star...kisah pasal haiwan haiwan yang di kurung di Zoo persendirian dan juga untuk persembahan...Geram campur marah dengan orang orang yang membuat aniaya kepada haiwan haiwan ini.

Seperti manusia..haiwan ini juga mempunyai perasaan. Haiwan ini juga boleh stress kalau ia tidak suka dengan apa yang berlaku disekelilingnya. Dalam akhbar ni di tunjukkan beberapa haiwan yang di kurung antaranya seekor singa yang kurus di kurung dalam sangkar besi yang kecil...dan juga orang utan yang diberi rokok.....untuk di hisap....

Apa punya bodoh la yang bagi kat orang utan tu rokok....sepatutnya para pengunjung perlu tahu, mereka tidak dibenarkan memberi sebarang makanan kepada haiwan haiwan ini....tapi rokok pula yang diberikan....manalah agaknya kesedaran sivik orang orang kita yer?....

Dalam laporan ini juga menyatakan ada beberapa zoo persendirian yang didapati kotor dan tidak sesuai untuk didiami oleh haiwan haiwan ini....semoga pihak berkenaan dapat bertindak dan menangani perkara ini. Sorry lah..bagi sesetengah orang benda benda ni memang agak remeh..tapi bagi sesetengah orang yang suka dan menyayangi haiwan...berita ini amat menyedihkan!!

p/s: Tahniah kepada PERHILITAN kerana Zoo Melaka yang dibawah kendalian mereka di pilih sebagai Zoo terbaik di Malaysia...:) Syabas dan teruskan usaha anda!!!!





Kunjungan daripada rakan radio dari Kristal FM Brunei

Khamis 28 April 2011

Hari ni AMP Radio menerima kunjungan daripada rakan radio dari Brunei iaitu Kristal FM. Mereka datang ke KL untuk lawatan sambil belajar. Adi di jemput untuk turut sama makan tengah hari bersama mereka di Astro .




Pic: Me with En Azmi

Kunjungan ini telah di ketuai oleh En Azmi sebagai Pengurus Program Kristal FM dan turut di sertai salah seorang penyampai radionya iaitu Tina, dan juga beberapa org kakitangan Kristal FM. Kristal FM adalah radio yang memainkan lagu lagu Inggeris dan juga Bahasa Melayu...




Pic: Me with Tina ( Announcer Kristal FM)

Adi teruja untuk bersama diarang ni sebab Adi pernah di temubual oleh Kristal FM suatu masa dulu, ketika Adi membuat persembahan dengan Akademi Fantasia 1 di Brunei dulu..malah salah seorang staff Senior Kristal FM time tu telah menghantar pulang Adi ke hotel penginapan dengan kenderaan rasmi mereka ketika itu..iaitu kereta "Smart" yang comel....gempak weii..(Time tu kereta "Smart" tiada lagi di Malaysia).....masa tu juga Kristal FM masih baru juga dan bersiaran daripada sebuah banglo....khabarnya sekarang mereka sudah berpindah ke tempat lain..



Pic: AMP Radio dan Kristal FM bergambar kenangan selepas lunch


Bila dah berjumpa macam ni..kitarang berborak lah tentang industri radio di tempat masing masing..hahaha...banyak juga yang di borakkan..maklumlah kerjaya yang sama....Terima kasih atas kunjungan Kristal FM ke AMP....jumpa lagi ya bah!!!

P/s: Teringin nak jalan jalan ke Brunei lagi....Orang Brunei sopan santun dan comel comel belaka......:)





Thursday, April 28, 2011

Justin Bieber Live in Malaysia 2011

Khamis 21 April 2011

Setelah berbulan bulan kecoh dengan kehadiran Justin Bieber, akhirnya penyanyi remaja ini menjejakkan kaki ke KL....ramai juga yang nak dapatkan tiket last minit untuk menyaksikan penyanyi ni . tipikal orang kita , suka tunggu last minit ...samalah dengan Adi ni......




Adi takdela minat sangat kat JB ni, tapi mengikuti perkembangannya jugak la. ...yerla sebab peminatnya ramai.

Konsert berlangsung kat Stadium Merdeka......kurang jelas lak, kenapa pilih Stadium Merdeka, Adi ingatkan stadium tertutup lebih bagus kot. Tapi mungkin sebab terlalu ramai yang nak menyaksikan JB, maka takde alternatif lain kot...

Adi pergi dengan menaiki LRT, Parking kereta kat Bukit Jalil, pastu terus ke hentian Hang Tuah. Malas nak drive sebab hari ni hujan , dan jem merata rata...

Pic: Keadaan sebelum JB muncul...peminat dah berdiri sejak awal....

Sampai kat Stadium Merdeka dalam pukul 830pm , Mizz Nina sedang membuat persembahan pembukaan. Peminat memang penuh kat dalam stadium ni. Memang peminat JB ni giler ahh...
Rasanya inilah konsert yang paling gegak gempita dengan jeritan remaja yang gilakan JB.

Pic: Me with Linda Jasmine...cikgu tarian AF ku dulu...:) cantik selalu...

Masa nak masuk ke padang stadium, terserempak Que Haidar yang tengah menunggu isterinya iaitu Linda Jasmine...Hajat hati nak masuk ke padang terbantut, bila mengenangkan lecak atau tanah lembik yang melekit kat kasut....oh no....ternampak jugak Fasha Sandha yang berjalan kat padang dengan berkaki ayam...sambil menjinjing kasut tumit dia...hahaha...sempoi la ...

Pic: Not for my shoe......lecak weiii...

Konsert bermula dalam pukul 9mlm.....JB muncul dengan serba putih dengan tshirt ungunya....(warna rasmi JB) ....dia takdelah banyak cakap...cuma apa yang dikatakan semuanya tu macam "scripted" lak.....yang paling jelas dia kata...

"So hot here man!!!"

hahaha....Adi berkata dalam hati.."Welcome to Khatulistiwa JB!!" hahahha..


Pic: Kemunculan awal JB dengan pakaian berwarna putih...

Pic: Peminat JB menggila...





Pic: Seronoknya peminat JB...

Mana tak panasnya..dia berjeket sakan masa membuat persembahan. hahaha...

Peminat memang tak henti nyanyi sama sama dengan JB. Adi cuma tahu lagu lagu popular dia la..seperti Pray...Baby....Somebody To Love....Juga di tunjukkan video JB sejak daripada kecil sehinggalah dia berjaya sekarang....budak ni memang talented la...dia juga menunjukkan kemahirannya bermain gitar dan juga bermain drum..



Pic: JB serba hitam untuk set kedua konsertnya...


Pic: Penuh giler Stadium Merdeka...

Penat jugalah berdiri...pastu masa lagu terakhir iaitu "Baby"....Adi dah berada di luar stadium dah..bergerak ke stesyen LRT sebelum ia penuh dengan peminat fanatik JB....dalam pukul 1030pm Adi dah sampai kat Bukit jalil semula....hahaha

Keseluruhan konsert biasa biasa shj...Persembahan JB ok ok jer la....cuma dia kena pandai lagi berkomunikasi....apa apa pun ini merupakan konsert yang paling riuh di Malaysia.....

Pic: LRT masa balik ke Bukit Jalil....kosong la...



P/s: Terjumpa seorang anggota band underground yg agak terkenal dengan lagu lagu emonya......katanya tgh tunggu awek dia.......sudahnya dari awal konsert sampai nak habis , dia tercongok sorang diri....awek dia mana la?...hehehe....minat JB jugak yer?....:P





Saturday, April 23, 2011

Konsert Bruno Mars


AHAD 10 April 2011

Hari ni Adi dan rakan rakan Era yang lain sama sama menyaksikan konsert penyanyi yang tengah popular sekarang ni, iaitu Bruno Mars...Konsert berlangsung di PWTC. Sebelum bermulanya konsert kami makan dulu ramai ramai kat The Mall. Tepat jam 8mlm kami pun masuk ke dalam dewan konsert. Konsert Bruno Mars ni dah "sold out" dari hari ke-3 penjualan tiketnya..fuhhh! Nasib baik Adi dapat tiket jugak..

Persembahan bermula jam 9 malam, dengan Bruno Mars memulakan persembahan tanpa berkata apa - apa....terus dengan lagu lagunya...Persembahan beliau nampak menarik sebab dia pandai memberikan melodi malah ketika bercakap pun seolah olah seperti dia sedang menyanyi......Persembahan yang menarik dalam konsert ini bagi Adi ialah ketika dia menyanyikan lagu Billie Jean (Micheal Jackson) tapi dengan menggunakan lagu (Smells Like Teen Spirit- Nirvana)...yawww..best giler!!

Di tambah lagi dengan persembahan lagu lagu popularnya seperti ..Grenade, Just The Way You Are, Billionaire, Nothing On You....perghhh memang best dan terhibur...Selain menyanyi dan bermain alat muzik, Bruno Mars juga bijak membuat rutin tarian, yang sebahagian besarnya adalah gerakan gerakan ala ala Micheal Jackson...


Bagi Adi , ini adalah konsert yang paling best untuk tahun 2011 setakat ini....Konsert tamat lebih kurang jam 10:15mlm...satu jam lebih saja persembahan beliau...dan Bruno Mars berjanji akan datang lagi ke KL suatu masa nanti...


p/s : Sorry la tak ambik gambar sangat , sebab terlalu layannnnnn.....




Thursday, April 14, 2011

Kemunculan di Akademi Fantasia 9



Pic**: Bersama Amir dan Nera AF9

Isnin 11 April 2011

Malam ni Adi membuat kemunculan dalam AF9. Selepas kerja Adi terus bergegas ke Jusco AEON AU2 Setiawangsa di mana lokasi AF9 sedang membuat rakaman. Terpaksalah meredah kesesakan lalulintas time time orang balik kerja. Nasib baik Adi sampai ke loksai tepat pada masanya
.
Pic: Komputer yang menjaga segala maklumat utk AF9

Ini adalah pertama kali sejak AF1 dulu Adi di jemput untuk buat kemunculan di AF....:)
Tugas Adi ialah untuk membantu Amir dan juga Nera , 2 pelajar yang agak gugup ketika membuat persembahan masa konsert pertama minggu lau...so tugas Adi dan juga Reza ialah untuk membantu mereka menghilangkan rasa gugup.
Rasa gugup ini memang ada setiap masa, bergantung bagaimana untuk kita menanganinya, dan mengawal perasaan gugup tersebut.!

Pic: Akademi..

Adi dan Reza membawa Amir dan Nera pergi kat satu tempat kat dalam pusat membeli belah Jusco tersebut dan membuat persembahan "jalanan" atau "basking" ...tapi takde la sampai nak kutip duit! hehehe....

Pic: Permandangan akademi dari atas bilik kawalan...

Seronok jugak dapat berkunjung ke Af9 , walaupun suasana akademinya jauh berlainan ketika Adi berada di AF1 dulu...rasanya kalau berada dalam AF9 ni takdelah seboring masa kat Af1 dulu yang memang betul betul terkurung....yeahh....seksa mental ooo...hehehe..apa apa pun goodluck kat semua peserta Af9 ni....:)


** Gambar daripada www.akademifantasia.com.my







Friday, April 8, 2011

My feeling....

Sabtu, 9 April 2011 (2:37am)

My feeling?!!......susah nak terangkan?!...biar saja lagu berbicara.....syukur aku punya teman dan juga keluarga yang menyayangi aku.....khas untuk kamu....



Sunday, April 3, 2011

Ada orang beli reket Lee Chong Wei dengan harga RM200 000!!!

AHAD 3 April 2011

Hari ni dapat juga Adi berehat sepenuh hari, jadi hari ni Adi dedikasikan untuk pergi menyaksikan perlawanan badminton amal diantara Datuk Lee Choing Wei (LCW) dengan Juara olimpik serta bekas juara dunia dari Indonesia, iaitu Taufik Hidayat! Acara ini adalah untuk mengumpul dana bagi mangsa tsunami Japan. Sebetulnya Adi hanya tahu lokasi dan tarikh untuk perlawanan ini, tapi tak tahu pulak pasal pukul berapa perlawanan ini akan berlangsung. Jadi Adi peri ke Stadium Juara , Bukit Kiara di mana perlawanan ini akan berlangsung .


Bila dah sampai kat lokasi barulah Adi tahu bahawa perlawanan akan bermula jam 6ptg nanti...dan pukul 245pm Adi dah terpacak kat tepi gelanggang! hahaha...lagi 3 jam nak tunggu nampak gayanya...hahaha....

Pic :Pas masuk


Bayaran masuk adalah RM10 jer, dan akan disumbangkan ke tabung dana Smile & Hope

Pic: Lapor dan kemudian dapat makan nasi goreng Thai..hehehe


Pic: Rakan badminton Ikhmal dan Ned yang join Adi ptg ni..

Sementara nak menunggu tu, sempat juga Adi bedal nasi goreng Thai yang berharga RM8!! Mahal wei..tapi wang tu utk charity...takper la....bukan satu jer Adi beli...tapi 3 bekas sekali Adi beli...hahahaha...makan sama kawan kawan badminton Adi yang datang sekali. ..berkelah di tepi gelanggang yer...


Pic: Coklat limited Edition LCW!!


Selain itu ada juga gerai gerai lain yang menjual barang barang mereka. Juga terdapat pameran yang menunjukkan sebahagian kejayaan daripda LCW yang boleh ditatap oleh orang ramai...wahh!!









Pic: Sebahagian pingat kemenangan LCW


Sebelum perlawanan berlangsung, telah berlangsung acara melelong barangan peribadi milik Datuk LCW. Antaranya ialah reket, kasut dan sepasang jersey yang pernah yang pernah di pakai oleh LCW ketika memenagi ALL England baru baru ketika menewaskan Lin Dan.



Sejujurnya dalam hati ada terdetik dalam hati Adi...

"Kalau takde sesiapa yang nak beli reket LCW ni...aku nak beli la..."

Betul!! dah standby RM1000 dah..hahaha....tapi kalau Adi beli, Adi takkan simpan reket tu..tapi pakai buat main la....hehehe...tapi malang nya ada tokey tokey yang banyak duit sudah berkampung kat dalam stadium ni...hahahaha....kejap lagi Adi citer...


Barang pertama yang di jual ialah sepasang jersey Lee Chong Wei yang berwarna kuning dan hitam . Harga pembukaan utk pembidaan ialah RM10 000!!!...hmm melopong la Adi nak memiliki reket LCW tu...hahaha....terjual dengan harga RM50 000!! Yawwww!!!


Kemudian kasut kuning milik LCW telah terjual dengan harga bidaan RM24 000....giler ahhh..



Pic: Inilah reket Voltric 80 yang berharga RM200 000 kini!!

dan yang menjadi rebutan ramai ialah semestinya reket yang di gunakan oleh LCW ketika menewaskan Lin Dan. Memang menjadi perebutan ramai orang dalam stadium Juara pada hari ini..bayangkan harga jualannya dari RM10K, terus naik ke RM26K, naik ke 50K....naik lagi ke RM100K, terus di cabar sehingga RM154K......dan ketika orang merasakan reket itu akan terjual dengan harga tersebut...tetiba seorang pakcik dari Cameron Highland telah mengangkat tangannya dan membida reket Yonex Voltric80 tersebut dengan harga RM200 000!!!!.....SOLD!!!! yup!!


Pic: Pembida yang memenangi reket LCW untuk RM 200 000!!!

Adi punya lah melopong kekaguman (termasuklah melopong sebab tak mampu nak beli reket LCW) hahaha....mak aiiii!!! Adi rasa inilah reket badminton paling mahal kat dunia sekarang ini!!! Yeahhh...Actually LCW pun terkejut jugak dengan bidaan tertinggi ini.


Selepas itu barulah perlawanan amal itu bermula, Taufik di jemput khas untuk menjayakan acara ini kerana dia merupakan rakan baik LCW. Perlawanan ini sengaja dijalankan sehingga set penentuan iaitu 3 set. Yer la, utuk memuaskan hati peminat peminat badminton macam Adi ni jugak..hahaha




Perlawanan tersebut memang menarik bila kedua dua pemain dunia itu menunjukkan skill skill "mengarut mereka seperti memulukul dari celah kangkang, dan macam macam lagi la yang pelik , berskill tinggi , tapi menghiburkan. Perlawanan set ke-3 cukup menarik sebab , seolah olah perlawanan yang cukup serius..hahaha...best! Akhirnya perlawanan ini telah dimenangi oleh LCW dengan mata 22-20, 21-19, 22-20!!


Pic: Taufik cukup sporting!!


Pic: Temuramah eksklusif drpg Astro Arena.

Selepas perlawanan, Taufik telah naik ke bilik rehatnya dan LCW meneruskan acara menerima sumbangan daripada penderma penderma dan juga melelong reket yang baru sahaja digunakan sebentar tadi . Bukan reket LCW shj terjual, tetapi reket Taufik juga di lelong sekali..dan hasil bidaan untuk kedua dua reket ialah RM 85 000!!!! Gilerrr ahhhh...


Pic: LCW bersama Datuk Nadzmi

Alhamdulillah , Adi berjaya bertemu dengan Taufik Hidayat secara personal dengan kerjasama daripada pegawai Yonex! Terima kasih banyak banyak!! Adi dapat jumpa Taufik selepas sidang akhbar yang diadakan kat dalam bilik persalinan shj..Hahaha...tak dapat berborak lama, terus bergambar dengan Taufik yang kelihatan agak letih sekali...hahaha....sayangnya gambar yang di ambil ni agak kabur...tapi takper la...sekurang kurangnya Adi dah jumpa salah seorang pemain yang hebat dalam badminton ni...perghhhh!! Taufik tu.....Dia pernah menjadi pemain no 1 pada tahun 1998...dan sampai sekarang dia still bermain lagi....punyer la lama!!!

Pic: Sidang media.


Paling kelakar bila LCW di tanya soalan oleh wartawan berkenaan status Misbun Sidek..dengan selambanya si Taufik telah mencelah...

"Kalau LCW tak mahu Misbun...biar aya aja yang ambil dia sebagai jurulatih saya!!"..

Hahaha...semua org gelak time tu...pandai buat lawak si Taufik ni..hahaha


Pukul 8 malam Adi balik lah, time tu baru nak bermula sesi tandatangan bersama LCW..so itulah kisah reket bernilai RM200 000 dari LCW

Pic: Me dan Taufik Hidayat!!

p/s petang tadi (5/4) dapat call LCW dan dia kata jumlah sebenar kutipan semalam belum siap..tapi katanya dah dapat RM700K!! Wow!! Congrate Datuk LCW!!!