Friday, June 3, 2011

Kota Kinabalu Trip Part 1


Pic: Lunch sama Ezed, Reezal dan JJ (Skuad Era KK)


Selasa 24 Mei 2011

Hari ni Adi ke KK , bercuti. Sebenarnya dah beli tiket flight dah lama dah, jualan murah..hahaha...nasib baik teringat pasal tiket ni...jadi hari ni dengan hati yang senang dengan tanpa perancangan yang teliti, maka berlepas lah kat KK.

Sampai kat KK di sambut dengan kawan kawan dari Skuad Era KK . Sampai kat KK dah pukul 1ptg, perkara yang pertama ialah pergi makan dulu...hahaha, lepas tu check in hotel kat Grand Borneo yang terletak kat One Borneo.


Sengaja Adi lepak situ, sebab dekat dengan studio dan pejabat AMP kat One Borneo tu. Lagi pun senang kalau nak cari makanan, turun hotel , terus masuk shopping complex.

Pic: Lepaking sama Bebey dan Illy kat One Borneo

So lepas check in, terus call Illy, salah seorang penyampai radio ERA KK....kitarang melepak sambil minum kopi bersama Bebey(juga penyampai ERA KK) .Lama jugak kitarang berborak. Kebanyakkan topiknya adalah berkenaan ERA KK.


Sebelah malam pulak, Adi keluar lepak dengan DJ Uno, dari kumpulan Pop Shuvit (Dia yang managed Era KK now). Kitarang makan kat Little Italy. Restoren ni memang terkenal kat KK . Masa ada show dengan AF dulu , Adi pernah pergi ke restoren ni. Memandangkan Adi ni tengah kemaruk makan carbonara, so cubalah makan yang kat restoren ni....menarik dan sedap gak la...

Pic: Bahagian luar Restoren Little Italy


Pic: Pasta Carbonara Little Italy.

Senang cerita hari pertama kat KK ni asyik makan jer la..hehe..pukul 11pm balik hotel la, tidur..sebab esok nak tengok Gunung Kinabalu...yippi!!!

Wednesday, June 1, 2011

Cabaran Rev Cup


Pic: Iklan Revive menampilkan Adi dan Pak Nil bermain bolakeranjang di gerai makan...cool!!

Jangan lupa sertai peraduan Rev-Cup : Battle of The States yang sedang berlangsung sekarang ni...Video Adi turut bersaing dengan penyampai penyampai Radio yang lain...hehehe...
Walapun video Adi tak terpilih untuk ke peringkat akhir tapi enjoy jugak buat kerja "gila - gila" ni sekali sekala...hahaha




Oh yer, jangan lupa jumpa Adi dan Pak Nil kat Euphoria, Ministry Of Sound, di Sunway untuk acara finale Rev Cup yang akan berlangsung pada 1 Julai ini (Jumaat) mulai jam 8mlm....siapakah antara peserta yang akan membawa pulang hadiah sebahagian daripada RM40 000......kalau nak penyertai pertandingan yang hanya memerlukan anda ambil gambar atau video ini dengan tema tema tertentu ...sila layari www..era.fm atau ke Facebook Revive. ....

REV kan Hidup Anda!!!!


P/s: besarnya aku ngangaaaaaaaa....aaaaaaaaa....:P


SportBand..



Isnin 23 Mei 2011

Dah lama Adi idamkan utk dapatkan SportBand dari Nike ni...sejak jadi "Friends of Nike" hanya dapat beberapa pasang kasut larian yang boleh di"sambungkan" dengan Sportband ni.Dah lama nak beli, tapi belum ada yang berkenan.... So kali ni Adi beli sportband ni sebab berkenan dengan design dia. Nampak smart kan?!..

Sportband ni akan merakamkan data berkenaan berapa jarak larian kita, masa yang dicatatkan , kalori yang digunakan dan semestinya menunjukkan waktu ....dan data data ni boleh dimasukkan ke dalam komputer...

Tujuaannya?...supaya kita boleh tengok progress yang kita lakukan dalam larian kita....cthnya ..kalau hari ni kita lari 2km...mungkin esok kita nak tingkatkan lagi jaraknya....betul tak?...selamat bersenam!!




P/s: Siapa selalu berlari kat Taman Bukit Jalil?....

Marcel datang KL...


Pic: Me and Marcel....shhhhh..

Monday 16 Mei 2011

Hari ni Adi on air sebelah pagi...tgh on air tu, tetiba kat luar studio agak kecoh tiba tiba , terutama peminat peminat wanita...hahaha.....laaa rupanya si Marcel yang datang. Patutla tak senang duduk kawan kawan wanita kat ofis ni..hahaha....
Dia datang ke Kl sebab nak mempromosikan album terbaru dia yang ke-4. Walaupun agak ramai orang yang mengerumuni dia , tapi dia tetap cool...hahaha...sempoi jer mamat ni. Korang dapatkanlah nanti albumnya ok...masa dia datang hari tu, albumnya tak keluar lagi, so tak dapatlah copynya...:)

p/s: Sampai sekarang kalau ada event, kadangkala Adi still nyanyi lagu "Hanya Memuji"..hahaha..."lagu cari makan"...


Monday, May 30, 2011

Tako Tao.....


Korang pernah makan Tako Tao ni tak?....perghh Adi kalau pergi Jusco Midvalley mesti beli "Tako Tao" ni....intinya ialah baby octopus . Sedap weii...

Selalunya Adi akan beli paling kurang pun 2 kotak..haha..satu kotak isinya ada 3 biji jer....tapi kalau makan 3 biji selalunya tak puas..hehehe..for me..selalunya end up dengan 3 kotak...hahaha....jangan mare....




Rasanya mcam mana yer?....hmmmm....hmmmm...hmmmmmm....arrrghhh kena pergi midvalley kejap lagi...nak beli....hahaha.....

Nana bersara.......???



Me and Nana di hari terakhir dia di AMP Radio


RABU 11 Mei 2011

Hari ni merupakan hari terakhir Nana bersama AMP Radio . Selama 6 tahun bersama Era FM dan seterusnya 2 tahun di XFM.



Katanya dia bersara dari radio sebab nak menjaga anaknya iaitu Althea...yerla, dia lebih suka membesarkan anaknya sendiri berbanding mengambil orang gaji.

Pic: Billboard Adi dan Nana

Adi dan Nana pernah bertugas bersama di Era dan menjaga segmen Pagi Era bersama Kieran. Nana memang seorang yang kuat bekerja dan seorang yang cekal hati sebab itu dia boleh buat pelbagai kerja hasil dedikasinya itu...Adi memang dah masak dengan perangai Nana ni sejak AF1 lagi..sebab tu kitarang senang lepak sama sama...hahaha....

Pic: Masa Jelajah Era bersama Aie (Promosi Era)

Apa apa pun , Adi ucapkan selamat maju jaya kepada dia selepas ini , mungkin dia akan kembali membuat kerja kerja tv dan juga mungkin kembali ke dunia radio....tapi tak tahu bila dan di mana?. All the best to u Nana......:)

P/s: Aku pasti akan rindu gelak mengilai ko Nana....hehehhe....


Musim luruh di Tg Karang?...



Sabtu 7 Mei 2011

Hahaha...musim luruh kat Tg Karang?...no la...sekarang bukan musim luruh la...tapi musim menuai...Hari tu Adi sempat balik kampung dan naik motor jalan jalan kat sawah padi ...ambik udara kampung..cewahhh....hullamak cantiknya permandangan kuning keemasan...dulu kalau time time macam ni , memang di tunggu tunggu.




Sebabnya dapat menggagau ikan , belut dan kadang kadang dapat ular.....hahahha...betul...ular air...tapi bila dah tertangkap ular tu, pandai pandai lah lempar jauh jauh yer.....sebab tu Adi tak menggagau dalam air, cuma tolong kutip ikan atas batas sawah jer...hehehhe...lagi pun Adi tak pandai sangat menggagau..(actually takut pegang ikan..hehehe.).....



Sambil jalan jalan petang ni, sempat juga Adi kejar mesin menuai ...jadi stalker mesin padi..hahaha....best ooo


Kalau dulu, silap silap abg yang drive mesin padi tu akan jemput naik sekali...hahaha...dulu la..time kecil kecil...hahahaha....sekarang dah takde kot....rasa hilang serabut kat kepala ni bila jenjalan macam hari ni...:)

Wednesday, May 18, 2011

Salah satu lagu kegemaran Adi sepanjang zaman...:)



This is one of my fav song...daripada Doul...tajuk lagu ni "Menanti"....suka sebab lirik lagu ni memang ikhlas dan macam kena batang hidung sendiri....hahaha....sayangnya takde video Clip untuk lagu ni...so korang enjoy la....dulu masa Adi masih bertugas kat Xfresh FM....lagu ni antara yang happening!!!! Cool....

P/s: Lama tak dengar citer pasal Doul ni....ada sesiapa kenal dia?..


Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru 2011...:)



Selamat hari Guru..kat semua cikgu cikgu ku .....:)




Sunday, May 8, 2011

Kumpulan D'lloyd di Malaysia


Pic: Me with Barce (Bass-baju batik) and Sam (Vokalis -baju putih)

Selasa 3 Mei 2011

Korang mesti ada yang tak kenal kumpulan lagenda dari Indonesia ni...iaitu D'lloyd...Adi membesar dengan lagu lagu diarang sebab masa kecil Adi duduk kat rumah nenek dan pakcik Adi iaitu Pak Rosmaidi sering memutarkan lagu lagu kumpulan ini...so tak hairanlah Adi tahu lagu lagu mereka walaupun kumpulan ini terkenal sejak zaman 70an lagi . Antara lagu top diaorang ialah Keagungan Tuhan, Tak Mungkin, Oh Di Mana, Karena Nenek, Semalam di Malaysia dan banyak lagi....mereka datang ke KL sebab nak buat persembahan di Istana Budaya 6-8 Mei 2011...
Adi jumpa diarang ketika ,mereka ada interview dengan Sinar FM...