Thursday, August 20, 2009

Selamatkan Penyu....

Khamis 20 Ogos 2009

Hari ni tgh baca KOSMO....tertarik Adi dengan usaha 3 gadis untuk menyelamatkan penyu penyu yang ada di dunia ..terutama di Malaysia..mungkin usaha sekecil ini tidak la memberi impak yang besar ..tapi sekurang kurangnya diarang dah tolong serba sedikit utk menyelamatkan penyu penyu ....1st time Adi nampak penyu secara live kat Pulau Perhentian baru baru ni membuatkan Adi rasa dan teruja nak tengok penyu berenang di lautan..InsyaAllah ada masa nanti nak ambik lesen menyelam dan nak tengok hidupan yang lain...ok...yang tak baca lagi ..bawah ni ada peikan daripada KOSMO....selamat membaca dan Support usaha mereka..



SETIAP kali memandang ke arah haiwan marin prasejarah iaitu penyu, pastinya ia memberi gambaran yang cukup menyeronokkan.

Bukan itu sahaja, haiwan ini turut mendapat perhatian umum setiap kali mendarat di pesisiran pantai untuk bertelur.

Ekoran bilangan penyu yang semakin diancam kepupusan, penyu telah diwartakan sebagai spesies haiwan yang dilindungi di bawah akta Perikanan 1985.

Haiwan yang dianggap istimewa ini didapati semakin berkurangan mendarat di pantai-pantai negara kita untuk singgah bertelur.

Menyedari hakikat itu, tiga gadis manis iaitu Grace Duraisingham, 26, Nelleisa Omar, 26, dan Chong Huey Meim, 29, mencapai kata sepakat untuk mengadakan kempen menyelamatkan penyu daripada terus 'dimamah' oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut mereka, aktiviti seperti ini dapat mendidik dan menimbulkan kesedaran kepada orang ramai agar melindungi penyu daripada ancaman kepupusan terutama kepada generasi muda yang tidak diberi pendedahan sepenuhnya mengenai habitat dan pembiakannya.


HAIWAN maritim ini mempunyai nilai yang tinggi sehingga menjadi barang seludup ke negara luar.

Menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Telur Rangers, skuad tersebut memilih untuk melawat 13 destinasi terpilih di seluruh negara dengan menaiki kereta Volkswagen.

"Penjelajahan kami mempunyai misi tersendiri iaitu untuk mengumpul 100,000 tandatangan bagi menyelamatkan penyu. Antara destinasi yang dikunjungi adalah Perak, Pulau Pinang, Kedah, Pahang, Kelantan dan Melaka.

"Keseluruhan perjalanan mengambil masa selama 13 hari dan sepanjang jelajah ini, kami mengumpul sokongan orang ramai terhadap usaha-usaha memulihara keselamatan penyu yang kian pupus," jelas Nelleisa ketika ditemui Kosmo! di Tropicana City Mall, Damansara, Selangor baru-baru ini.

Dalam penjelajahan selama 13 hari yang berakhir pada Sabtu lalu, misi mereka hanya mencapai sasaran 7,000 tandatangan sahaja. Ia jauh daripada angka yang disasarkan. Namun begitu, mereka tidak berputus asa kerana menganggap ia adalah satu permulaan yang baik.

Mengulas lanjut, Nelleisa berkata, setiap tandatangan yang diterima dalam kempen ini akan menyumbang kepada pembentukan perundangan melindungi penyu di Malaysia.

Katanya, menerusi penggubalan undang-undang yang holistik dan komprehensif serta penguatkuasaan, kehidupan penyu boleh dilindungi.

Nelleisa juga berkata, sehingga kini undang-undang melindungi penyu belum mencukupi manakala perundangan persekutuan yang sedia ada agak terhad.


Ditanya pula, bagaimana timbulnya idea untuk menjelajah ke serata negeri semata-mata untuk menyelamatkan haiwan tersebut, Nelleisa memberitahu, ia bermula sejurus kejayaan yang dianjurkan oleh Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia iaitu kempen Egg=Life yang telah mendapat sokongan luar biasa daripada orang ramai.

Berikutan kejayaan itu, mereka bertiga merasakan sudah tiba masanya terutama golongan muda mengambil berat terhadap usaha-usaha pemuliharaan penyu dan ia boleh dilakukan dengan mendedahkan masyarakat berhubung bilangan penyu yang semakin merosot.

"Selepas ini, kami akan mendapatkan seberapa banyak tandatangan orang ramai untuk membanteras gejala haram mengambil telur penyu termasuk penjualan telur yang masih berleluasa serta penyeludupan telur penyu.

"Di samping itu, kami juga memberikan pengetahuan berkaitan penyu kepada seluruh penduduk kampung yang dilawati," beritahunya dengan penuh keyakinan.

Sementara itu, rakan sepasukannya, Grace melahirkan rasa bangga apabila penglibatan mereka di dalam kempen ini mendapat perhatian daripada WWF yang bersedia untuk bekerjasama dalam menjayakan sesi penjelajahan itu.

Meskipun telah banyak pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau agensi kerajaan mengambil berat berhubung masalah yang masih tiada penyelesaian ini, Telur Rangers merasakan inisiatif yang diambil itu mampu membantu dan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan pemuliharaan penyu.

"Kalau kita lihat, memang kempen sebegini sering kali dilaung-laungkan. Tetapi sejauh manakah kesedaran masyarakat terhadap kempen tersebut dan adakah mereka tahu tahap kepupusan penyu semakin serius.

"Justeru, dalam masa yang sama, penjelajahan ini bertujuan menyebarkan maklumat penting berkaitan penyu," katanya yang juga merupakan kakitangan WWF.

2 comments:

Anonymous said...

Puasa pun nak dekat, tapi time untuk bangunkan orang bersahur adalah time paling crucial sekali. Dibawah ni ada2 tips menarik untuk dicuba:-

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

tapi kalau still tak ada effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju dalam korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami! tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

tapi kalau still tak ada effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya



SELAMAT BERPUASA!!!!!!!

http://malaysiansmiles.blogspot.com

edzlin007 said...

dah jumpa telur rangers. hopefully ia berjaya