Wednesday, October 28, 2009

Larian Quacky 2009


AHAD 25 OKT 2009

Hari ni Adi bangun awal untuk berlari dalam larian Quacky Run 2009 ..bagi membantu mengutip dana untuk membantu pesakit pesakit kanser di Hospital Assunta. Adi tiba dalam pukul 715pagi dan time ni dah ramai yang tiba dan bersiap sedia nak berlari..




Adi memang semangat nak lari..memandangkan 2 hari lepas dah berlari kat UMkan..so harap kali ni takde la semput macam kat UM hari tu...hahaha....walaupun dah sampai awal..Adi tetap kena tunggu Burn sebab baju untuk larian ni ada pada Burn...biasala mamat ni ..mesti lambat sikit..hahaha...lagi pun kesian kat Burn sebab dia baru pulang dari Kedah pagi tadi..katanya ada show kat sana...perghhhhh...tu yang mata dia merah tu....

Larian di mulakan dalam pukul 8 pagi..dari Jaya One...dan akan berakhir di tempat yang sama juga...jaraknya adalah lebih kurang 5 km jer..takde la jauh sangat....dan melihat kehadiran peserta rasanya adalah dalam 2-3000 orang.


Sepanjang masa lari dengan Burn jer la..sambil berlari boleh gak borak borak sambil cuci mata..hahaha....melihat keindahan PJ....ahakkkk.....huhuhu..



Sampai kat Jaya One PJ balik dalampukul 9 pagi...ada juga pendengar ERA yang datang menjenguk kami kat sini..yeah...Terima kasih Cik Rusma dan Nisha..



Lepas berlari , dapatlah sijil penyertaan dan goodie bag..tapi Adi tak lama sebab kena balik rumah dan mandi..sebab nak pergi ke Melaka pulak...yeah!! Jumpa lagi di larian Quacky next year dan semoga ianya dapat membantu mereka yang memerlukan terutama kepada pesakit pesakit kanser yang kurang berkemampuan.

2 comments:

Rusma Gadis Ungu said...

HAI ABG ADI!!!!!
(sama2 Abg Adi..hihihi..)Wah!!!murni sungguh usaha Abg Adi nk membantu pesakit kanser yg kurang kemampuan kan!Rusma sokong n diharap program sebegini perlu diperbanyakkan agar kita dapat membenteras pembunuh no.1 rakyat Malaysia ni..(wah!bersemangat gitu!)Mama tiri Rusma pun adalah salah sorang pengidap kanser....
btw taniahlah kt Abg adi n burn krn dpt menghabiskan larian itu..(Walaupun x tau tempat ke berapa.. hehehehe...!!!)
"CAYALAH ABG ADI N BURN!"

edzlin007 said...

waahh teringin nak join sekali larian ni, tapi time ia dibuat, saya musim exam. harap next time dapat join. best lari.

cayalah abg adi dan burn (kwn saya sejak npk muka krg berdua dkt roti, slalu je nyanyi lagu roti Hi-5 bila saya beli. huhu)