Friday, October 23, 2009

Nike Human Race 10K


KHAMIS 22 OKT 2009

Hari ni Adi, Nana dan juga boss ERA iaitu Nazri telah menyertai "Nike Human Race" yang berlangsung di Universiti Malaya. Ini sebahagian daripada acara yang di aturkan utk acara larian 10Km di Singapura pada 24 OKt yang lalu. Adi , Nana dan Nazri merupakan "rakan Nike".


Acara bermula jam 530 ptg..di sebalik hujan yang agak lebat turun, memang di jangkakan majlis akan bermula agak lambat..Acara berlangsung di Pusat Akuatik UM. Sesampai di sana sudah ada pelajar pelajar UM yang sudah siap memakai kasut Nike masing masing ..cayalah. Bergaya sakan. Adi menggunakan Kasut Nike Lunar Glide yang disambungkan dengan "wrist ban" yang boleh memberitahu berapa jauh kita berlari dan berapa kalori telah di bakar..hahaha..cool kan..

Pic: Untuk RM 3 juta...Cuba teka yang mana bukan kasut Nike?..


Hujan masih lagi renyai renyai turun..tapi majlis tetap di teruskan..yup ..lagi pun semua memang cukup bersemangat untuk berlari dah..


Pic: Time warm up takleh main main..nanti krem kaki woooo...

Sebelum berlari, ada sedikit acara memanaskan badan yang di ketuai oleh salah seorang pelari kebangsaan. Nak lari pun kena warm up tau..bukan main lari macam tu jer...lebih lebih lagi time hujan macam hari ni...senang nak krem kaki.


Pic: Sesi Warm up!

Acara pelepasan larian ini di lakukan pada jam 6ptg...alhamdulillah masa ni hujan dah berhenti..yeah..jadi memang seronok lari la..sebab tak la panas sangat kan...

Pic: Me and Nana dah terbayang bayang akan mendahului perlumbaan ini!

Adi jarang berjoging ..walaupun aktif bersukan , tapi joging ni memang kurang sangat..kitarang berlari dalam 4 km sahaja..memandangkan dah lewat sangat kan....10 minit pertama..Adi mendahului semua..cess..semangat!! Sampaikan pelari kebangsaan tu tanya Adi...

"You selalu jogging ha?."

"Takde la...saya main futsal sama badminton saja"

padahal masa dia tanya tu....nafas Adi dah sampai tahap telinga dah...mengah...

Pic: Nazri sedang membuat senaman jari bagi melajukan lariannya nanti!!Sambil Nana menunjukkan senjata terbarunya untuk menewaskan Nazri.


Pic: Akhirnya hanya seorang sahaja yang di gelar sebagai juara....cess...atau yang terakhir sekali sampai ni?..

Walaupun jarak larian tak jauh sangat..tapi yang paling mencabar ialah ketika saat mendaki bukit yang curamnya lebihkurang 30 darjah...aiyooo..time ni la rasa pinggang dah lari ke lutut..sakit sangat...Adi jeling ke belakang..nampak la Nazri..sayup sayup kat Belakang....tapi mana Nana?.....

Bila larian berpatah balik ke Pusat Akuatik..barulah terjumpa Nana yang sedang melekat kat tiang lampu...Hahaha...tersadai kat tiang lampu tu...kepenatan....tanpa rasa bersalah dan tanpa perasaan..boleh si Nana tanya kat Adi...

"Apasal lambat?..penat tunggu ko ni..!!!"

cewah cewah....penat tunggu...yang kita ni duk mendaki bukit...dia lak tersadai kat tiang lampu jalan...cess...hahaha...terus kitarang berlari ke Pusat Akuatik UM kembali utk menamatkan larian..yeah!

Pic: Muka -muka penat!!

Terima kasih kepada Nike Malaysia yang menjemput Adi, Nana dan Nazri memeriahkan lagi "Nike Human Race" kali ini.....tunggula lokasi seterusnya yer...hahaha.

3 comments:

Rusma Gadis Ungu said...

HAI ABG ADI!!!!!
wah....rajinnyer abg adi join acara meraton ni..(hahaha...ape kene mengenanyer!)lepas ni mesti solid molidlah badan abg adi tu,terutamanya di bahagian perut tu!!(kalah si burn nanti!!hhihi...)
Cayalah Abg Adi!!!
"Majulah Sukan Untuk Negara"

Rusma Gadis Ungu said...

HAI ABG ADI!!!!!
wah....rajinnyer abg adi join acara meraton ni..(hahaha...ape kene mengenanyer!)lepas ni mesti solid molidlah badan abg adi tu,terutamanya di bahagian perut tu!!(kalah si burn nanti!!hhihi...)
Cayalah Abg Adi!!!
"Majulah Sukan Untuk Negara"

edzlin007 said...

wah bestnya lari. saya suka lari sbb rasa cam bebas je.

haha lawak la nana ni.