Tuesday, February 1, 2011

Hero Malaya membantu Bob Kuman!


Jumaat 28 Jan 2011

Setelah hampir 2 minggu diheboh hebohkan, akhirnya hari ini Hero Malaya keluar untuk membuat kerja amal bagi membantu salah seorang anggota Hero Malaya dan juga pelakon komedi BOB KUMAN! Menang pada awalnya semua dirahsiakan, cuma kami sahaja yang tahu tujuan untuk kerja amal ini.

Pic: bersama Fazley Yaakob, Zizan dan Zahid

Pic: dengan Zahiril Adzim, Nas-T, PakNil,dan Kamal Adli

Acara berlangsung di Carrefour Wangsa Maju bermula jam 3ptg! Masa Adi sampai, semua dah bersiap sedia dengan baju khas Hero Malaya untuk melakukan kerja kerja amal ini...semua bersemangat untuk menjayakan aktiviti hari ini. Kami diletakkan di dalam sebuah bilik khas sebelum kami di bawa ke lokasi pertama kami di dalam Carrefour ini.
Pic: Bersama Altimet


Pic: dengan Shafie Naswip dan Iqram Dinzly

Lebih kurang jam 330ptg kami pun bergerak ke pentas utama untuk mengalu alukan pengunjung yang ramai menantikan kami di Carrefour ni...Bila ramai ramai atas pentas sambil mendapat teriakan daripada orang ramai, rasa macam kitarang ni kumpulan Super Junior lak!!...hahahaha

Pic: Bersama Erry Putra, Zoey, Iqram, dan Riz Ainuddin

Pic: Sama Imran Ajmain!!

Selepas diperkenalkan di atas pentas, kami terus turun dan kami bergerak ke bahagian pertama iaitu bahagian roti! Kami kena jual roti . Jadi kami pun mula la melalak memanggil manggil pembeli untuk membeli roti yang panas lagi , baru keluar dari oven..memang segar la!! Adi pun apa lagi, menggunakan skill sebagai penyampai radio utk menjual roti tu...hahaha, dapat lah jual 8 peket! banyak oooo...tu belum kawan kawan Hero Malaya yang lain, Zizan siap tandatangan lagi peket roti untuk di jual kepada peminat peminatnya. Hahaha...

Pic: Bersama Farish Aziz, Maulana dan Zahiril Adzim


Pic: Farish mengambil tandatangan Imran Ajmain...

Selepas menjual roti, kami terus kebahagian yang lain pula iaitu bahagian limau mandarin..kami kena jual limau yang ada di dalam kotak. hahaha memang meriah kat bahagian limau ini , sebab ruangnya leih besar , maka pengunjung boleh datang lebih dekat dengan kami dan takde la berasak asak macam kat bahagian roti tadi.

Pic: Dina dan kawan dia pun datang sokong...terima kasih bebeh!!

Selepas menjual limau mandarin , kami dibawa ke bilik rehat untuk mengerjakan solat asar dulu. Selepas berehat, kami di bawa pula kebahagian kaunter pembayaran. Kami kena melayan setiap pelanggan yang ingin membuat pembayaran. Adi berpasangan dengan Erry Putra bertugas di kaunter no 22!!

Pic: Kat kaunter pembayaran

Pic: Mana costumer?!! hahaha

Pic: Suasana kat kaunter pembayaran


Pic: Kaunter 21, Farish dan Aleep Satar sedang bertugas!!

Setiap kaunter ada dua orang selebriti. Memang kecoh kat sini sebab kami berlumba lumba mencari pelanggan yang nak membayar barangan mereka.

Pic: Maulana seronok dapat pelanggan! Hahaha

Hahaha...lebih kurang 45 minit kami bertugas di kaunter pembayaran, maka kini kami bergerak ke pentas utama.

Pic: Terima kasih la yang sokong acara ini, memang ramai!!

Di pentas utama dah ramai pengunjung yang menantikan kehadiran Hero Malaya. Juga yang diraikkan iaitu brother Bob kami pun baru sampai...oh yer...sebetulnya kami beritahu Bob Kuman ,kedatangannya ke Carrefour pada ptg ini adalah untuk dia membuat persembahan. Hahaha..dia tidak tahu bahawa majlis hari ini adalah untuk membantu dia.
Pic: Orang ramai dihadapan pentas utama.

Paknil menjadi pengacara majlis, sebelum itu Paknil telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Carrefour yang sudi menderma untuk kerja amal Hero Malaya pada hari ini.
Kemudian pihak Carrefour telah menganugerahkan RM60 000 untuk "gaji" kami pada petang itu!! Paknil telah mengajak kami semua Hero Malaya untuk naik ke atas pentas untuk menerima cek yang disampaikan oleh wakil pihak Carrefour iaitu Low Ngai Yuen atau suatu masa dulu pernah dikenali sebagai Yuen 3R....bekas pengacara rancangan remaja 3R!!!

Pic: Ustaz Nuri dari Imam Muda membacakan doa untuk kesejahteraan majlis hari ini!


Pic: Sama sama mengaminkan doa!!


Pic: Paknil bersama Yuen!

Selepas menerima cek daripada Yuen. Barulah Paknil mendedahkan tujuan utama majlis Hero Malaya pada hari ini!!

"Sebetulnya majlis ini adalah untuk membantu rakan artis kami yang memerlukan bantuan...dia yang dimaksudkan ialah Bob Kuman"

Kami yang berada di atas pentas dapat melihat air muka Bob Kuman yang terkejut dengan pengumuman daripda paknil tadi! Bob telah dijemput untuk menaiki pentas dan dia duduk di atas kerusi yang disediakan untuknya. Bob tak boleh berdiri terlalu lama dan sekarang ini dia sedang menggunakan tongkat kalau berjalan. ....PakNil meneruskan agenda petang ini....

"Bob! Kami dah dengar keluhan Bob dalam twitter, maafkan kami sebab terpaksa keluarkan Bob daripada chatroom Hero Malaya di dalam Blackberry Messenger (BBM), sebab kami tak mahu Bob tahu pasal rancangan kami ini. ...oleh itu Bob! Terimalah semua hasil "gaji" kami pada hari ini , untuk merawak penyakit awak Bob!! Semoga Bob akan kembali sihat!!"....

Pic: Kami duduk ramai ramai depan pentas

Tanpa tertahan airmata mengalir jugak la, terasa macam kat dalam pentas Akademi Fantasia lak Bob jadi sayu dan Adi lihat, ramai pengunjung pada petang ini mengalirkan air mata disaat PakNil membuat pengumuman tadi!!!

Pic: Bro Bob Kuman dengan cek RM60 000nya.

Pic: Bergambar kenang-kenangan, Ray dan Haniff dari Riuh Pagi Era pun ada.

Bob - terdiam.....Dia terharu!!! Bob memang tak menyangka sama sekali bahawa dia akan mendapat bantuan dari rakan artisnya sendiri. Hahaha...Kami rasa seronok bila dapat tolong Bob! Kata Bob wang tersebut akan digunakan untuk membeli sebuah mesin untuk bantuan pernafasannya dan juga digunakan untuk membuat pembedahan pintasa gastrik!

Pic: Sidang akhbar selepas selesai acara amal..santai jer


Pic: Para wartawan..


Pic: Dah penat bekerja...makan la..apa lagi!!

Selesai upacara penyampai cek kepada Bob, kami dibawa untuk makan makan pula....begitulah lebih kurang acara amal pertama dari Hero Malaya....InsyaAllah kalau diizinkan tuhan kami akan membantu mereka yang lain pula...tak semestinya artis, malah orang dewasa juga akan di bantu!! " Bila orang susah , kita tolong, bila kita senang, jangan sombong"!!

Hero Malaya ingin ucapkan, ribuan terima kasih kepada Yuen dan juga Carrefour Wangsa Maju yang menjayakan aktiviti amal ini! Ingat kalau nak shopping, pergilah ke Carrefour, kerana Carrefour = Care For You!!!

HERO MALAYA adalah - Aznil Nawawi, Fazley Yaakob, Zahid AF2, Iqram Dinzly, Erry Putra, Farish Aziz, Adifashla, Alif Satar, Altimet, DJ NasT, Fizo Omar, Imran Ajmain, Cat Farish, Maulana, Riz Ainuddin, Zizan Raja Lawak, Shaheizy Sam, Kamal Adli, Zahiril Adzim, Zoey Rahman dan Syafie Naswip.






9 comments:

Cik Miza said...

baca pn boleh mengalir air mata lah! sob sob... =((

rahMAT chiCO said...

what a nice job!
:)

ADIFASHLA said...

terima kasih!! :) InsyaAllah kalau ada kelapangan dan sokongan pasti kitarang buat...

5th_E Taib said...

teruskan usaha. Jasa kalian, ALLAH sahaja dapat membalasnya.

Tahniah pada Hero Malaya dan mendoakan Che Bob Kuman kita akan pulih sediakala, insyaALLAH.

ADIFASHLA said...

insyaAllah....mungkin hari ni kita tolong orang....mungkin next time..orang tolong kita...kan...

Edzlin said...

Alhamdullilah. mendoakan abg bob kuman cepat sembuh dan sihat.

Baguslah Hero Malaya ni. Thumbs up!

Rusma Gadis Ungu said...

Hai Abg Adi....
wow!Bile Rusma baca rasa bangga dan sedeh becampur baur...Rusma harap agar usaha murni ni dpt diteruskan agar ramai lagi insan2 yg kurang bernasib baik terbela. Syabas dan tahniah Rusma ucapkan kepada semua yg terlibat terutama Hero Malaya...Hanya Allah sahaja yg boleh membalas jasa kalian....
Maaflah Rusma x dpt hadir pada majlis tu tetapi Rusma tetap menyokong semua k!
kepada Abg Bob....Rusma sebagai peminat beliau mendoakan agar cepat sembuh serta sihat seperti sediakala dan tabah menghadapi ujian Allah ni k!...

ADIFASHLA said...

Terima kasih Rosma...:))

nyonyacyber said...

alamak Adi.. baru perasan dlm ramai2 tu ada muka Kak Nya gak.. hahahha