Tuesday, September 27, 2011

Akustik Raya 2011 - Suasana Di Hari Raya

Aisheh..tak sempat tengok kat TV masa raya hari tu, nasib baik ada kat Youtube...so layanlah video lagu raya ini yang telah kami rakamkan jam 2 PAGI kat Mines Downtown di Seri Kembangan.....:D

Sunday, September 25, 2011

Karnival Suara Kami 2011

SABTU 17 SEPT 2011

Hujung minggu ni Adi tak dapat join Riuh Raya Erathon.....Adi kena membuat penampilan dalam Karnival Suara Kami yang berlangsung di perkarangan Stadium Merdeka hari ini. Cuaca memang panas banget!! Agak ramai juga para remaja yang melepak sambil join acara acara yang disediakan....

Pic: Pintu masuk ke Karnival Suara kami


Pic: Teringin nak main skateboard ..tapi x reti...

Memandangkan Adi takut tersangkut dalam jam, maka Adi memilih utk naik LRT jer dari Bukit Jalil...rasa seronok lak naik LRT lately...hahaha...sampai sampai kena menapak jugak la dalam 1km menuju ke lokasi karnival dari LRT Hang Tuah.

Ramai juga artis artis yang membuat persembahan di Karnival ini , kebanyakkannya adalah artis artis underground....dan bekas bintang bintang AF pun ada juga seperti Hazama, Toi, dan ramai lagi la...

Pic: Tempat conteng dinding...


Pic: Mini stage..

Tugas Adi senang saja, naik atas pentas, perkenalkan artis dan main 2 games ..pastu habis la....hahaha...seronok main game belon dengan pengunjung...

Pic: Me with Dili (Mix FM) and Anantha (THR Raaga)

Pic: Hazama, Afiq dan Toi bekas AF stars pun ada...diarang bikin band la..

Adi tak boleh lama lama sangat kat sini, dalam pukul 3ptg tu, Adi dah cabut sebab nak balik kampung, Adik nak kawin maaa....balik terus ke Tg Karang...



So malam ni memang tak dapat tengok Nelly la masa konsert nanti...takpelah....my bro punya wedding jauh lebih best kot...hehehe...


Pic: En Ayam...

Persiapan untuk mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia.

Pic: Honda Oddesey

Khamis 8 September 2011


Dalam 5 hari ni sejak hari Isnin lepas Krew Era bersama team (Malaysian Endurance Chapter) dan dibantu oleh Polis Di Raja Malaysia telah membuat persiapan bagi menjayakan misi untuk mencipta rekod dalam Buku Rekod Malaysia (Malaysia Book of Records) - "ROMBONGAN PALING JAUH OLEH SEBUAH STESYEN RADIO DALAM MASA 48 JAM"





Pic: Menyiapkan motorsikal sebelum jelajah bermula


Pic: Tampal stiker

Dijangkakan ada 6 buah motorsikal berkuasa besar akan mengiringi kami termasuklah 2 buah motorsikal Polis Trafik dan juga dari MEC. Kesemua motor motor berkuasa besar ini adalah dari jenama Honda jugak.  Selain itu, rombongan kami turut di iringi oleh PDRM yang menggunakan Honda Oddesey.
Di harapkan usaha kami ini akan jadi kenyataan dengan jayanya.....terima kasih kepada team MEC dan PDRM yang bertungkus lumus untuk menjayakan Riuh Raya Erathon ini...:)



Pic: Goldwing dengan DN-01








Anak buah baru ler...:)


JUMAAT 16 SEPT 2011

Selamat menyambut Hari malaysia hari ini, tambah menarik hari ni Adi telah mendapat anak buah yang baru ...:) Kali ni baby girl pulak selepas bulan puasa lepas Adi mendapat anak buat baby boy.....Alhamdulillah segalanya selamat. Namanya Nurul Afiqah..

Pic: Nama saya Nurul Afiqah.

Memandangkan ibu dan bapa Adi sibuk kat kampung untuk menguruskan perkahwinan adik lelaki Adi . Maka Adi cuma menemani adik Adi ni dan suaminya .
Pic: Afiqah dgn ibunya...

Afiqah lahir dalam jam 12th hari...kalau tak silap Adi...



Putih melepak sangat anak buah Adi seorang ni..hahaha...


Pic: Tido ...tido...tido...

So sekarang ni Adi dah ada 6 org anak buah...:) Termasuk lah arwah Haziq...abang kepada AAfiqah ni....Semoga Afiqah akan jadi anak yang soleh, cergas , sihat selalu dan juga genius nanti...amin..


Pic: Si comel Afiqah...


Thursday, September 22, 2011

Petikan Mstar berkenaan Riuh Raya Erathon.


HIBURAN

Rebut Peluang Beraya Dengan Deejay Era

Adi (dua dari kanan) ketika menghadiri program melibatkan penyu pada tahun lalu.

PETALING JAYA: Para pendengar Era FM berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama-sama penyampai stesen radio tersebut di rumah masing-masing.

Menurut deejay Adifashla, program tersebut dinamakan ‘Riuh Raya ERAthon’ dan peluang tersebut masih dibuka kepada pendengar dengan melayari laman sesawang rasmi ERA iaitu www.era.fm dengan mendaftar pengenalan diri.

“Saya dan deejay Era yang lain akan berkunjung ke 20 buah rumah pada setiap hujung minggu dalam bulan Syawal ini. Program ini berlangsung di seluruh negara.

“Biasanya sebelum ini, pendengar mendapat duit raya setelah menghubungi kami tetapi kali ini kami memilih untuk membuat program berkunjung ke rumah mereka di samping menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada mereka,” kata Adi kepada mStar Online.

Jelasnya, program tersebut bukan sahaja mendekatkan lagi hubungan deejay dengan pendengar malah mewujudkan semangat perpaduan antara satu sama lain.

“Jika pendengar ingin menjemput kami ke rumah terbuka masing-masing, sila isi borang di ‘Jemput Kami’ dan jawab soalan-soalan yang diberikan dengan lengkap.

“Bagi mereka yang bertuah, nantikan kehadiran kami dan mereka bakal mendapat buah tangan berupa kuih raya dan duit Hari Raya sebanyak RM300 untuk setiap rumah terpilih,” ujarnya lagi.

Selain Adifashla, ERA turut disertai oleh Aznil, Haniff, Ray, Reza, Dina, Feeya dan Ira.


Petikan daripada Harian Metro

Adi, Reza ‘simpan’ impian

Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

PADA awal kemunculan Akademi Fantasia (AF) nyata menjadi platform mereka dan hari ini Adifashla Juraimi atau Adi, 33, dan Syaiful Reza Mohamed atau Reza, 33, sudah berjaya membina nama sebagai penyampai radio.

Bukan calang-calang stesen, kedua-duanya mendapat ruang berkhidmat dengan Era FM. Digandingkan bertugas berdua, Adi dan Reza ke udara dari jam 4 petang hingga jam 8 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Gabungan yang serasi, mereka dilihat cukup selesa menggalas tugas di konti radio. Menyiarkan lagu, melayan kerenah pendengar sudah menjadi rutin harian.

Bagaimana pula dengan cita-cita mereka yang mahu bergelar penyanyi dulu? Apakah sudah dilupakan?


Bersua mereka baru-baru ini di Restoran Bora Ombak, Ampang, nyata mereka memiliki alasan tersendiri. Apapun mereka sangat bersyukur dengan apa dimiliki sekarang sehingga terlupa impian menjadi penyanyi.


Menurut Adi, dia sudah berpuas hati dengan perjalanan karier yang lancar di konti radio. Ujarnya, tiada apa yang perlu dikejar lagi selain berusaha memberikan komitmen terbaik menyokong segala program Era FM.

“Saya memang sudah tidak lagi memikirkan impian menjadi penyanyi. Bagi saya, karier yang diceburi sekarang ini pun sudah cukup mencabar. Biarpun bukan penyanyi, kami masih mampu menghiburkan masyarakat.

“Lagi pun, kami masih ada ruang untuk melepaskan gian menyanyi dengan membuat lagu merapu sendiri. Alhamdulillah, dapat maklum balas baik,” katanya.

Menurut Adi, menyanyi dalam program Gempak Santai Astro juga sudah memadai.
Katanya, dia harus menghormati karier sebagai penyampai radio yang diceburi kini kerana itulah pilihan utamanya.

Bagi Reza pula, bukannya dia tidak teringin mencipta nama sebagai penyanyi, tetapi sukar untuk bergerak lebih jauh. Ini kerana tugas sebagai penyampai radio banyak komitmennya.

“Saya dan Adi berbeza situasi kalau dibandingkan dengan Dina yang juga penyampai Era FM. Dalam soal Dina, dia lebih dulu rakam album dan kemudian diserap ke radio. Kami pula habis saja AF terus jadi penyampai.

“Justeru, kalau saya dan Adi jadi pe�nyanyi, mestilah Era FM saja yang siarkan lagu kami! Nanti orang cakap berat sebelah pula,” ujar Reza lagi.

Apapun, mereka gembira kerana Era FM terus berjaya dan mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pendengar setia mereka dan pembaca Harian Metro.


Petikan daripada Mstar....

mSTAR

Enam deejay sambut Aidilfitri di studio

Sesi fotografi Hari Raya Aidilfitri bersama deejay. Dari kiri atas: Phoebe (MY FM), Lin (Suria FM), Dilly (Mix FM), Adi Fashla (Era FM), Halim Othman (Suria FM) dan Uthaya (THR Raaga). - Foto THE STAR Oleh RAYMOND OOI dan FAIHAN GHANI

KEMERIAHAN sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini pastinya lebih bermakna buat seluruh rakyat Malaysia khususnya umat Islam. Apatah lagi ia disambut pada bulan kemerdekaan negara ke-54 yang jatuh pada 31 Ogos.

Serentak dengan sambutan itu juga, enam penyampai radio iaitu Halim Othman dan Deejay Lin (dari Suria FM), Dilly (MIX FM), Phoebe Yap (MY FM), Uthaya (THR Raaga) dan Adifashla (Era FM) terpaksa menyambutnya di studio.

Biarpun begitu, mereka tetap meraikan Hari Raya ini dengan cara tersendiri dan pastinya berbeza daripada suasana sebelum ini.

Ada yang mengambil peluang untuk berulang-alik dari kampung ke studio dalam masa sehari dan ada yang terpaksa membatalkan hasrat untuk pulang ke kampung bertemu ahli keluarga dan sanak saudara.

Dalam sesi fotografi yang diatur OopStarz! suasana meriah dapat dilihat apabila deejay-deejay ini berkumpul di rumah pengarah muda, Izzman Hafiz Izzudin Azlan dari syarikat produksi Sazawan Supply Sdn Bhd, yang terletak di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Mereka juga dihidangkan dengan juadah lazat iaitu nasi dagang dan nasi kerabu serta kuih-muih yang pastinya sinonim dengan Hari Raya.

Sambil menikmati makanan, mereka turut berkongsi cerita tentang pengalaman menyambut Hari Raya masing-masing. Bagi Phoebe dan Uthaya yang bukan Muslim, kedua-duanya mempunyai cerita menarik dan berkongsi pandangan tersendiri tentang sambutan Hari Raya yang pernah dilalui mereka sebelum ini.

Dalam pada itu Dilly pula merasakan sambutan Hari Raya baginya tidak semeriah dulu sejak nenek dan datuknya meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Dilly azam buat rumah terbuka

Dilly atau nama sebenarnya Adila Shakir buat pertama kalinya tidak dapat bercuti dan terpaksa menyambutnya tanpa keluarga. Biasanya sebelum raya, dia akan balik ke Johor Baru tetapi kali ini terpaksa beraya di studio pada Hari Raya Pertama.

Dilly

Tetapi sebab nak juga merasai suasana beraya dengan keluarga, dia sanggup pujuk ibu dan bapanya datang ke Kuala Lumpur pada dua hingga tiga hari sebelum Hari Raya.

“Saya tetap meraikan kemeriahan Hari Raya setiap tahun tetapi sejak datuk dan nenek saya meninggal dunia lebih 15 tahun lalu, semangat untuk beraya itu sudah berkurangan. Saya amat rapat dengan mereka kerana pernah tinggal bersama sewaktu belajar di sekolah menengah. Tapi saya bersyukur kerana masih ada nenek sebelah ibu yang tinggal di Shah Alam,” katanya.

Dilly yang menggemari Laksa Johor dan Lontong sebagai menu Hari Raya ini juga merancang untuk menunaikan azamnya yang belum pernah tercapai setiap kali Hari Raya iaitu membuat rumah terbuka di rumahnya di Kota Damansara, Selangor.

Halim Othman mahu meronda

Berbeza dengan yang lain, Halim lebih teruja untuk menyambut Hari Raya di rumah dan pejabat barunya di Tropicana, Damansara. Walaupun dapat bercuti pada Hari Raya pertama, dia tetap memilih untuk beraya di Kuala Lumpur.

Kondominium yang dihuninya bersamaan dengan hari dia pindah pejabat telah memberikan suasana serba baru. Dia merasakan seperti tinggal di dua buah studio memandangkan rumahnya itu berkonsepkan ‘studio apartmen’ dan apabila keluar bekerja juga dia pergi ke studio.

Halim Othman

Berbual dengan Halim, seolah-olah menunjukkan beraya di perantauan tiada masalah kepadanya. Ini kerana dia pernah menyambut Hari Raya Aidilfitri di Iowa, Amerika Syarikat sewaktu belajar pada tahun 1995.

“Kerana kesibukan kerja, saya sudah merancang untuk meronda di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Hari Raya pertama. Selepas menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di masjid sekitar ibu kota, saya akan beraya di rumah kakak dan abang saya di Subang Jaya dan Gombak,” tanya.

Phoebe teringat kisah duit raya

Biarpun menyambut Tahun Baru Cina setiap tahun, tetapi Phoebe atau Yap Siok Wah (MY FM) turut tumpang gembira apabila dapat merasai suasana Hari Raya Aidilfitri di studio.

Phoebe

Cerita Phoebe, perasaan teruja itu timbul apabila melihat penyampai radio beragama Islam lain yang bekerja saling mengucapkan ‘Selamat Hari Raya’ dan memakai baju raya dengan penuh bergaya.

Phoebe agak beruntung kerana berasal dari perkampungan Melayu di Parit Sulung, Batu Pahat, Johor. Jadi, dia mempunyai kenangan manis di Hari Raya Aidilfitri apabila kawan-kawannya berbangsa Melayu menjemputnya datang ke rumah.

"Paling membuatkan saya teruja mengenangkan Hari Raya Aidilfitri apabila saya juga akan dapat duit raya jika saya ikut kawan-kawan Melayu beraya,” katanya yang meminati ketupat dan biskut Almond London.

Adifashla merajuk tanpa ketupat

Walaupun terpaksa bertugas pada tahun ini, Adifashla Juraimi (deejay Era FM) tetap bersemangat membeli baju raya untuk diberikan kepada ibu dan bapanya.

Malah, dia juga sudah membeli sepasang baju Melayu untuk diri sendiri dengan warna merah jambu menjadi pilihan hati.

Adifashla

Dia akan pulang ke kampungnya di Tanjung Karang, Selangor untuk bertemu ibu dan bapa walaupun hanya seketika.

Sepanjang hujung minggu di bulan Syawal juga dia akan terlibat dengan program ‘Riuh Raya Eraton’ dengan berkunjung ke 20 buah rumah pendengar bertuah pada setiap minggu di seluruh negara bersama-sama penyampai Era yang lain.

“Apabila bercakap tentang raya, saya amat menggemari masakan ketupat dengan rendang daging. Terus terang saya katakan, jika ibu saya tidak menyediakan masakan itu, mesti saya akan merajuk,” katanya.

Deejay Lin tidak putus saudara

Kenangan menyambut Hari Raya dengan menaiki bas di Larkin Jaya, Johor Baru ke rumah sanak saudara sewaktu kecil pasti tidak dilupakan deejay Suria FM, Roslinda Abdul Majid Lin atau Deejay Lin.

Dia mempunyai sepuluh orang adik-beradik dan waktu itu, ibu dan bapanya pasti tidak akan lupa untuk membawa mereka adik-beradik beraya terutama sekali di rumah sanak saudara.

Kata Lin, ibu dan bapanya sentiasa mengingatkan dia dan adik-beradiknya supaya mengeratkan hubungan kekeluargaan agar tidak putus saudara.

Deejay Lin

“Ibu dan bapa Lin selalu berpesan jangan sesekali kita putus saudara. Sebab itulah sejak kecil lagi mereka membawa kami adik-beradik berkunjung ke rumah saudara mara setiap kali Hari Raya menjelma,” katanya,

Pada tahun ini, Lin dan anak-anak akan menyambut Aidilfitri dengan kereta baru setelah dilantik sebagai duta kempen kereta Persona.

Uthaya kunjungi peminat

Bagi Uthaya, penyampai radio THR Raaga yang lebih terkenal di kalangan pendengar berbangsa India ini, dia tetap memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan berkunjung ke rumah peminat.

Katanya yang menggemari lemang dan rendang ayam, dia telah menerima undangan untuk beraya ke rumah peminatnya yang berketurunan India Muslim di Pulau Pinang.

Uthaya

“Kalau nak ikutkan sudah ramai peminat beragama Islam mengundang saya beraya di rumah mereka tetapi pada kali ini saya ingin beraya dengan peminat saya di Pulau Pinang,” katanya.

Solekan SYED DANIAL (017-3783280)

* Pakaian Jedan Collections untuk Uthaya, Adi dan Dilly (012-6928121)

* Terima kasih kepada Yong Rahimah dan Wan Zaharah atas tajaan makanan dan lokasi

Wednesday, September 21, 2011

Karnival Komuniti Paya Indah Wetlands


Pic Adi ketika dalam Wildlife Race last year!! Best!

Jom kawan kawan, nak ajak lepak kat Karnival Paya Indah Wetlands ni....mesti korang tak pernah pergi tempat ni, Adi dah pernah pergi sekali awal tahun ni...tak sangka kat sinilah diletakkan 2 ekor badak Afrika yang dihadiahkan oleh Kerajaan Botswana kepada Tun Mahathir.

Karnival Komuniti Paya Indah Wetlands ini merupakan kali pertama penganjurannya di Paya Indah Wetlands. Ia merupakan salah satu program kesedaran awam untuk memberi pengetahuan dan maklumat mengenai usaha-usaha Jabatan PERHILITAN dalam memulihara dan memelihara ekosistem Paya Indah Wetlands.
.
Karnival ini akan diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 8 & 9 Oktober 2011 (Sabtu & Ahad) di Paya Indah Wetlands, Dengkil, Selangor dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Pelbagai aktiviti akan dijalankan sepanjang Karnival ini antaranya Pameran dan Jualan, Pertandingan Fotografi Telefon Berkamera, Pertandingan Pakaian Beragam Hidupan Liar Kanak-kanak, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Memancing (terbuka), Pertandingan Sukan Rakyat, Pertandingan ‘Wildlife Quiz’ dan Pertandingan ‘Wildlife Race’.
.
Majlis Penutupan Karnival ini akan dilaksanakan pada 9 Oktober 2011 (Ahad) jam 12.00 tengahari di Paya Indah Wetlands. Majlis ini dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato Sri Douglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
.
Tentatif program seperti di Lampiran A.
.
Borang dan Syarat-Syarat Pertandingan
1. Pertandingan Fotografi Telefon Berkamera
2. Pertandingan Wildlife Race
.
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan, dan urusan serta surat-menyurat, sila hubungi:
.
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
KM 10, Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur
Tel: 03-9086 6814 Fax: 03-9075 2873
.
atau
.
Paya Indah Wetlands
KM 4, Jalan Dengkil-Banting,
43800 Dengkil, Selangor
Tel: 03-8768 7616/ 8726/ 8343 Fax: 03-8768 8424


Blog Adi dalam AstroView Sept 2011


Khamis 22 Sept 2011

Tgh usha usha majalah AstroView bulan ni, terlihat ruangan Radio yang menampilkan blog blog peribadi penyampai penyampai radio AMP.....hehehe...


ini bukan blog yang ada kat laman web rasmi radio masing masing..tapi ini berkenaan blog blog peribadi penyampai penyampai radio ini. Yup menerusi blog peribadi ni dapatlah kitarang melepaskan atau bercerita tentang pengalaman kami...:) Kat blog peribadi ni , semua boleh bedal..selagi tak menggangu ketenteraman awam..:) Terima kasih Astro View...:)



Sebalik Tabir Hari Pertama Riuh Raya Erathon

Ini video yang Adi rakam sendiri dan edit sendiri...ada rakaman Adi memasak roti jala...hehehe...seronok gak la...sempoi jer la....korang layan jer la yer...:)



Tuesday, September 20, 2011

Mencipta Rekod dalam Malaysia Book Of Records


Pic: Bacaan doa sebelum berangkat

Pic: Riuh Raya Erathon berlepas dari Pulai Springs Resort, JB

Sabtu 10 Sept 2011

Semalam Adi , Dina, Ira dan Rizal bertolak lambat dari KL menuju ke Pulai Springs Resort dimana kami akan memulakan cubaan untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records- "ROMBONGAN PALING JAUH OLEH SEBUAH STESYEN RADIO DALAM MASA 48 JAM"

Untuk penerangan tentang jelajah ini, tengokla video bawah ni yer.....



Tepat jam 530pg, Alarm dah berbunyi, Rizal yang paling sibuk mengejutkan semua orang kat dalam bilik kitarang utk bangun..memang mengantuk giler la, sebab dapat lelapkan mata dalam 3 jam sahaja. Mandi punya mandi dan bersiap dan tanpa bersarapan , kami dah berada di lobi hotel jam 6:15pg....



Pukul 7pg kitarang di lepaskan dan bergerak ke rumah pertama dan kedua yang terletak di Batu Pahat. Rumah orang jawa...habis semua speaking "london jawa" la Adi...hahaha...sekali sekala tunjuk skill. Orang kata , kalau masuk kandang kambing mengembek..masuk kandang lembu...err...err...err...apa yer?.! hehehe


Sambutannya memang hebat, walaupun kami datang beraya seawal jam 830pagi sehinggalah lewat 11mlm. Semuanya menantikan kami dan menyambut kami dengan meriah sekali..:)

Rupanya rumah yang pertama kat batu Pahat tu rumah kawan Adi masa kat UPM dulu...laa...Adik dia Nurhidayah yang menang....keciknya dunia...hehehe...kat sini Adi makan soto dan juga jambu batu yang sedap...tak tahu apa resepinya yang menyebabkan jambunya sedap sangat.....nak tahu la rahsianya...:) Siap tapow lagi la....kami juga di bekalkan dengan kebab yang sudah siap dibungkus...tau tau jer yang kami suka dengan kebab sedap tu....terbaiklah!!!

Pic: Bergambar kenangan masa rehat kat Penang kejap.

Kemudian kami ke rumah yang kedua iaitu ke rumah Desy Anjar yang terletak kat Batu pahat jugak, kami dihidangkan dengan satay yang masih panas...ya ampun..serbu lah!!! Apa lagi!!

Dari Batu pahat kami ke Alor Gajah Melaka, ke rumah Roziah dan menyediakan cendol yang segar sekali...dan kemudian terus bergerak ke Nilai N. Sembilan, dan di rumah Nadia ,kami disambut dengan karpet merah....yer...karpet merah....hahaha...macam nak pergi anugerah award lak....hehehe...


Pic: Di Alor Gajah, Melaka.





Selepas Nilai, kami ke Putrajaya, ke rumah Nurul yang menyediakan set karaoke utk kami, sayangnya kami tak sempat nak berkaraoke kerana mengejar masa untuk ke Shah Alam pulak lepas ni...:) .



Pic: Ira dan Dina denga Cup Cakes

Pic: Di Shah Alam.

Masa kat Shah Alam tuan rumah tgh bersiap siap untuk buat rumah terbuka, jadi kitarang ni org yang terawal lah...hehehe....nasi lemaknya memang sedap...ahhh masih teringat!! Masa kitarang nak balik barulah tetamu datang....sempat juga bertemu..:) Lepas tu kami bergerak pula ke Taiping , Perak.


Pic: me and Rizal.....Pilot and Co Pilot.

Di rumah Khairi ni yang sedap adalah laksa asamnya..sedap weii...sampai Adi request tapow...takde malunyer.....kalau malu kempunan la...hehehehe ..malah Pak Nil dapat jambangan bunga lagi..hehe..


Kemudian kami terus ke Kangar Perlis, kerumah Sharina. Dalam perjalanan dari Taiping ke Kangar , kami di timpa hujan. Kesian pulak melihat abang abang trafik kita dan juga geng MEC yang basah kena hujan...Keluarga ini memang ceria, maklumlah adik beradik Sharina ni ada 11 org...nampak rukun dan damai jer keluarga ni...walaupun hidup sederhana...bestnya...kami dihidangkan dengan nasi yang panas ...perghh abang abang motor semua makan sekali...macam dah kenduri kat rumah ni...meriah!! Terima kasih Sharina...:)




Pastu kami bergerak ke rumah Afiqah di Alor Setar, sejujurnya time ni "battery" kami dah mula susut..tapi kami tetap ceria lebih lebih lagi kami di sambut dengan bunga api lagi...hehehe...terima kasih....

Dan rumah yang terakhir untuk hari ini ialah rumah Zunaida yang terletak kat Bukit mertajam, Penang. Sampai kat rumah dia dah pukul 1130mlm...hahaha....Adi dah tak larat nak makan dah...cuma belasah buah mata kucing yang disediakan oleh tuan rumah...hehehe...

Dan akhirnya kami sampai ke hotel untuk berehat sekejap pada jam 1230mlm di Penang....tido tido...untuk hari yang kedua...:)


HARI KEDUA JELAJAH RIUH RAYA ERATHON untuk REKOD MALAYSIA.

Alamak tertinggal baju melayu hijau Adi kat JB...aduh..mahu tak mahu malam tadi basuh baju melayu putih Adi ni dan subuh subuh tadi keringkan baju melayu tu dengan streka dan juga hair dryer...hahaha...nasib badan.


Hari yang kedua ni kami bertolak dari hotel jam 7pagi menuju ke Grik Perak untuk ke Kelantan. Rasanya ini pertama kali Adi sampai melalui jalan ini. Meredah hutan Belum dan tasik Banding dan sampai ke Puncak Titiwangsa di Banding. Kami sempat singgah sekejap kat kemuncak Titiwangsa ini untuk melihat permandangan yang cantik...cuaca sungguh sejuk sekali kat sini...sampai menggigil jugak la..sebab hujan masih renyai renyai.







Kat sini kami sempat bergambar beramai ramai sambil hujan gerimis membasahi kami semua..hehehe...

Lepas tu kami terus sambung gerak ke Kelantan untuk mengunjungi rumah Firdaus kat Tanah merah . Perjalanan mengambil masa 4 jam dari penang nak ke Tanah Merah. Inilah perjalanan paling jauh setakat ini untuk mengunjungi rumah Firdaus ini. Malah rumahnya memang jauh di pendalaman di kawasan ladang sawit. Dan kami semua kelaparan sebab tak sarapan lagi..maka bila sampai kat rumah Firdaus, memag nasi dagangnya yang kamu tuju..dan memang sedap giler....mungkin sebab kelaparan pagi ni...haha..


Korang tengoklah video kat bawah ni , bagaimana kami menuju ke rumah Firdaus di Tanah Merah....pengalaman yang menarik sekali!!




Dari Tanah Merah , kami terus ke rumah Shazila yang terletak kat Kem Udara Gong Kedak , Jerteh Terengganu. Ni pun temapt yang pertama kali Adi kunjungi. Maklumlah hari ni hari bekerja, masa kami hubungi tuan rumah, mereka mcm teragak agak juga untuk menerima kehadiran kami....risau juga, takut bila kami sampai takde orang pulak....alhamdulillah kami disambut meriah dan abang abang askar pun ada yang join sekali....:) Kami tak lama kat sini, sebab kalau ikut jadual kami dah lambat 2 jam dah ni...dah separuh hari tapi baru 2 rumah saja...maka kami terus ke rumah seterusnya di Mentakab Pahang.

Pic: Shazila yang tudung kuning bersama Ibu dan Adiknya.

Pic: Cute!!

Pic: Di Kem Udara Gong Kedak , Jerteh

TerengganuPerjalanan dari Jerteh ke Mentakab mengambil masa 3 jam. Letih memang letih tapi kami teruja nak makan ikan patin...ya ampun ..dapat juga makan masak lemak ikan patin dengan sambal belacan kat rumah Nurul .


Pic: Aktiviti selepas beraya...makan...dan...membuta ler

Pic: Team Skuad Era yang turut serta...:0



Pic: Bacaan doa selamat di mentakab

Masa nak balik ke KL, kereta Honda City mengalami masalah sedikit dimana mudguard tayarnya telah tertanggal. Mula mula ingatkan tayarnya pecah, nasib baik ianya tidak menghalang perjalanan kami..selepas berhenti dalam 15 minit di tepi highway..kami teruskan perjalanan dari mentakab ke KL.....sambung kat rumah Fatin yang terletak kat Tmn Melati Gombak. Memang bergegar KL dengan kehadiran kami disertai dengan unit PDRM KL...siren menguasai konvoi kami..yawww....



Lepas tu kami ker rumah Sherliza yang terletak kat Taman Keramat. Salah seorang pendengar Era yang juga menjemput kawan kawan blognya untuk turut serta pada malam ini di rumahnya yang menyediakan nasi tomato....makan lagikkk!!!

Pic: lol!!

Dan seterusnya , kami menuju ke rumah Anwar di Kg Pandan KL, rupanya Anwar ni berketurunan Myanmar, Emak dan Ayahnya masih lagi berbicara dalam bahasa Myanmar...cuba tengoklah video kat bawah ni yer...

Rumah Terbuka Azrinna kami terjah selepas itu di bandar Tasik Permaisuri, kami di sambut dengan sepanduk lagi ketika sampai kat guard house rumah Azrinna ini....hehehe...

Dan sepatutnya kami ke rumah seorang pendengar Era di Cheras, entah bagaimana ketika kami sampai , dia tiada di rumah...takde rezeki la ...namun nasib baik salah seorang abang polis kita ada kenalan di taman yang sama...maka kami pun singgah ke rumah SM Karim di Cheras ini. Beliau juga merupakan seorang anggota polis dan terkejut dengan kunjungan kami....



Tiba masa untuk kami pulang semula ke Astro untuk menamatkan misi kami. Kitarang cukup teruja sebab selamat menjayakan misi ini dan jam 1130mlm kami selamat kembali ke Astro dengan sambutan yang meriah!! terima kasih....



Pic: Pemandu pemandu yang hebat!!




Begitulah kisah kami yang mengembara sejauh 2167 km berjaya kami lalui , menjelajah 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan menuju ke 18 buah rumah yang menjadi pilihan kami. Alhamdulillah berjaya juga kami menjayakan misi untuk mencipta rekod Malaysia
"ROMBONGAN PALING JAUH OLEH SEBUAH STESYEN RADIO DALAM MASA 48 JAM"

Satu pengalaman yang takkan Adi lupakan seumur hidup!!