Friday, September 9, 2011

Riuh Raya Erathon bermula....Hari Pertama minggu pertama



Sabtu 3 Sept 2011

Bermulalah Riuh Raya Erathon pada hari ini, Adi bangun pukul 6pg dan bersiap untuk bertolak ke Alor Setar dari Penang dalam jam 7pg. Yup rumah pertama yang kami kunjungi adalah rumah Nor Azlinda


Pic: Me with Azlinda.

Rumah pertama ni dah meriah dengan suara kami yang ada antaranya kelaparan juga, belasahlah laksa yang disediakan..hehehe..konon nak makan sikit untuk simpan ruang bagi rumah rumah seterusnya, namun belasah banyak jugak makanan yang disediakan..:)

Pic: Dengan keluarga Azlinda.




Pic: Azlinda dapat duit raya..



Sepatutnya kami berada di rumah ini dalam jangkamasa 20 minit sahaja, tetapi rasanya kami berada hampir setengah jam jugak...:) timing sudah lari...


Pic: Dengan Eppy (pilot) dan Dina


Rombongan kami ini juga turut disertai oleh 3 orang rakan kami dari Endurance Malaysian Chapters (EMC)

Pic: Bersama geng EMC , Capt Adly, Nolan dan Syawal.


Pic : Di rumah Siti Aishah di Kampung Lahar Parang.....best!!

Rumah kedua , kami berada di rumah Aliza di Sg Petani, Kedah. Kebetulan tuan rumah tgh buat kenduri doa selamat...sebab esok akan berlangsungnya majlis perkahwinan di rumah ini.

Pic: Cuba teka berapa CC motor ni?..

Rumah yang ketiga, kami telah berkunjung ke Kampung Lahar Parang yang terletak di Kuala Ketil, Rumah Siti Aishah ni.... mak aiii memang jauhlah ...nasib baik kami jumpa rumah Aishah ini yang terletak agak terpencil. Kedatangan kami di sambut dengan motorsikal unik yang di hiasi dengan bendera Malaysia...kreatif pakcik ni....tapi motorsikal ni tak boleh bawak laju laju la...rangka motorsikal unik ini menggunakan buluh sebagai rangka yang ditutupi dengan bendera Jalur Gemilang..:)

Pic: macam Gaban....


Pic: Geng nakal Petang ERA

Kat rumah ke tiga ni, nampaknya semua penyampai penyampai Era sangat teruja sebab dapat suasana rumah kampung dan raya di kampung la!! :)

Pic: Teruna pingitan...:P



Memang sejuk rumah kampung ni sebab dinding nya diperbuat daripada bahan bahan semulajadi...memang nyaman lah. Di rumah ini juga kami disediakan dengan laksa yang sedap dan lemang tepung...yup...ada lemang tepung la...Adi tak sempat nak rasa la pulak...agaknya rasa tepunglah kan!?!!


Pic: Siti Aishah dapat duit raya bersama bapanya..:)


Pastu kami ke Bagan Serai kat ruma Mira Nabilla, memag paling riuh...korang tengok sendiri la video yang ada kat sini....:)


Pic: Riuh riuh jugak...solat ..solat jugak...:)

Dari Bagan Serai, kami bergerak ke rumah Abg Shukri yang terletak kat Kulim, sambutannya pun meriah jugak dengan para jiran tetangga memeriahkan majlis ini.Kami dihiangkan dengan sup gear box. Hehehe memang seorang pendengar setia ERA agaknya Abg Shukri ni..sampaikan rumahnya di cat dengan warna hijau jugak!! Perghhhh!!! Kitarang suka dengan ketupat pulut yang ada kat rumah Abg Shukri ni....sedap ooo....Paknil sampai menyorok nyorok sebab nak makan...hahaha

Pic:* Kat rumah Abg Shukri di Kulim, Kedah.




Lepas tu kami pergi kerumah Dzurriyatie salah seorang pendengar ERA yang berada di Kulim juga..:) Kat rumah Dzurriyatie ni siap disediakan pelamin sekali..hahah..pastu ada upacara sarung cincin lak dari PakNil utk Dzurriyatie..hahaha....dengar citer ada majlis pertunangan semalam....sebab tu ada pelamin ...


Pic: Di Rumah Dzurriyatie



Terima kasih juga sebab hidangkan kek untuk team ERA..hahaha...selain itu sempat juga kami dendangkan lagu raya secara live ...perghhh...meriahhh


Pic: Makan cendol atas pelamin?...poyo giler...haha


Pic: Inilah Dzurriyatie....peace!!

Selepas itu , rumah ke -7 , ialah rumah pemenang teka bunyi ERA yang telah memenangi RM7900 tempoh hari...namanya Hamidah terletak kat Ceruk To'Kun.


Pic: Di rumah Hamidah..


Rumah Hamidah terletak kat area kampung, so suasananya cukup damai dan sunyi...tapi hari ni orang kampung dan sanak saudara datang ke rumah Hamidah ...:)

Pic: Inilah Hamidah yang menang RM7900 dalam teka bunyi ERA


Pic: Di kampung Ceruk To'Kun

Selepas rumah Hamidah, kami nak ke Pulau Pinang pulak untuk pergi kerumah seorang chef hotel..iaitu Cheff Aliff. Sebenarnya kami dah agak kepenatan ketika sampai kerumah Cheff Aliff ni..sampai sampai jer semua muka dah toye jer...Cheff Aliff dah sediakan nasi Bojari...tetapi tiada siapa yang nak sentuh dulu sebab kekenyangan...


Pic*: Kat rumah Cheff Aliff

Pic: Cantik kan?!!


Memandangkan dah waktu maghrib, kami tumpang sembahyang kat rumah Cheff Aliff ni....tetapi selepas sembahyang..team ERA telah menyerang Nasi Bojari Cheff Aliff....perghhhh sedapppppp gilerrr....percaya atau tidak....sampai licin kami kerjakan nasi bojari cheff Aliff ni....aik...tadi kata dah kekenyangan....hahaha....alhamdulillah tersenyum puas Cheff Aliff melihat makanan dia habis...thanks Cheff ...memang sedap giler....


Di Jambatan Pulau Pinang

Dan rumah yang terakhir ialah rumah Azureen yang terletak kat Bayan Lepas...si Azureen ni dah menantikan kami sejak pagi lagi dan mengikuti perkembangan kami dalah Riuh Raya Erathon ini melalui tweeter...hahaha...rupanya dia terperasan bahawa kami ni sedang mengidamkan durian...sejak dari KL lagi kitarang dah tweet nak makan durian kat Penang...kalau jumpa...dan alhamdulillah malam ni Azureen telah menunaikan impian kami bila dia menyediakan durian Balik Pulau yang sedap giler....malah kami di sambut dengan meriah sekali termasuklah kawan kawan Azureen yang berasal dari German dan Iran...perghhh...Kami juga dibekalkan dengan pizza buatan Azureen sendiri....perghhhh best!!!

Terima kasih pada semua yang menjemput ERA yer.....sayang korang..sampai ke Hotel hampir jam 12tgh malam...so rest dan esok mahu sambung hari yang kedua pulak yer....:)

Pic: Makan durian la!! :)

Pic: Hantu Durian...hehehe


* Gambar dari www.era.fm

7 comments:

cekkeya said...

wahhh, meriah je rasanyaaa!!!

p/s: minum atas pelamin? ambik berkat eh? ahah

Edzlin said...

wah saya sukalah baca laporan abg adi ni.

sniffa93_aznil4eva said...

best best best! meriah.
tunggu ja era nak call. tapi takdak rezeki. hehe

sue perbs.. said...

bestnye era dtg beraye.. bnyk nye adi mkn ..

ADIFASHLA said...

Sniffa, jangans edih..maybe rezeki awak belum tiba lagi....:)

ADIFASHLA said...

Sue: makan jangan tak makan...pergi rumah orang kalau tak makan nanti kecik hati lak tuan rumah yer...huhuhuhu

ADIFASHLA said...

Sue: makan jangan tak makan...pergi rumah orang kalau tak makan nanti kecik hati lak tuan rumah yer...huhuhuhu