Jumaat 2 Sept 2011
Bermulanya jelajah Riuh Raya ERAthon , di mana penyampai penyampai ERa berkunjung ke rumah pendengar ERa yang terpilih yang sudah mendaftar di laman web Era sebelum ini. Kami akan berkunjung ke rumah anda sepanjang bulan Syawal ini dengan kenderaan Honda.
Menariknya di setiap kereta Ho da iaitu City, Civic, Insight, Freed dan CRV yang kami gunakan , semuanya ada tertera gambar penyampai penyampai ERA!
Hari ni kami akan ke Utara iaitu ke Pulau Pinang , dan menginap ke sana sebelum memulakan Riuh Raya Erathon di sana . Kami berkumpul di Astro pada pukul 6 ptg dan bertolak tak lama kemudian dengan di iringi 3 buah motorsikal berkuasa tinggi. :) yang di kendalikan oleh Capt Adly, Syawal dan Nolan.
Dah lama kami tak menjelajah beramai ramai seperti kali ini. semua orang termasuk Adi teruja untuk berhari raya di rumah pendengar Era yang terpilih. Dalam perjalanan ke Penang , hujan renyai renyai turun dibeberapa tempat , tapi tidak menggangu sangat kawan kawan bikers kami .
Pic: Gerimis di highway
Sampai kat Penang dalam jam 10 malam, sebab kami singgah untuk solat dan lunch dulu kat Sg Buloh...tapi bila sampai kat Penang, still lagi diarang nak lepak makan nasi kandar dulu...hehehe..
Pic: Civic Riuh Raya Erathon
Pic: Zack, Faraa, Nadia, me and Dina yang seronok dapat jenjalan...:)
Pic: Jumpala senarai tempat tempat yang menarik yang boleh dikunjungi di Penang...durian ...durian....duriannnnn
Adi tak makan pun , tengok ajalah diarang makan...hehehe....sejam lepas tu kami pun pulang ke hotel untuk berehat sebelum memulakan Riuh Raya Erathon yang akan menjelajah Alor Setar dulu.....jumpa esok la...:)
2 comments:
keje korang..makan..makan..dan makan...kan..hahahaha
lebih kurang la...hahahha
Post a Comment