Pagi bangun awal jugak sebab nak pergi menaiki gajah masuk hutan...pengalaman yang menarik juga. Kena bayar lebih kurang RM120 untuk menyertai aktiviti ini. Pusat latihan gajah MAETANG ni terletak 45 minit daripada hotel, tak ingat lak nama pusat latihan gajah ni.
Gajah gajah memberi tunduk hormat kepada pelancong pelancong.
3 ekor gajah memulakan acara melukis mereka.
Gajah ni namanya Soda, dia dah melukis bentuk gajah di situ..
Inilah hasil lukisan lukisan gajah gajah tadi, dan semuanya di siapkan dalam jangka masa 10 minit sahaja! Hebatkan!
Sampai sampai jer , terus meyaksikan pertunjukkan gajah gajah yang membuat beberapa aksi seperti mengangkat barang, menyepak bola dan juga melukis. Lukisannya sangat cantik sekali , ada yang melukis gambar pokok dan juga ada yang melukis gambar burung dan luisan gajah itu sendiri...malah lukisan gajah gajah tersebut sangat cantik...mengalahkan lukisan budak budak sekolah rendah..kagum !! Lukisan lukisan tersebut di jual kepada para pengunjung. Ada pelancong dari negara arab ni membeli kesemua lukisan gajah gajah tersebut dengan harga RM200 setiap satu...not bad utk gajah yg melukis tu...harap gajah gajah tu pun dapat habuannya.
Lepas persembahan gajah gajah tersebut, Adi dan Dina mula menaiki seekor gajah dan kami mula melalui anak sungai dan lepas tu laluan hutan selama hampir sejam. Yang menariknya setiap 200 meter gajah tersebut berjalan, pihak pengurusan pusat latihan gajah ni menyediakan platform yang menjual tebu...tapi bukan utk pengunjung. Tetapi tebu tersebut kenalah di beli oleh pengunjung dan di berikan makan kepada gajah sebagai upah..kalau tidak gajah tersebut akan "merajuk"...sekali berhenti kena beli tebu tu yang berharga RM2...kalau 4 -5 kali berhenti ..kenalah berhabis RM10 utk makanan gajah tu...tapi takpe..untuk menggembirakan gajah gajah tu juga.
Adi dan Dina yang seronok menaiki gajah.
Inilah laluan hutan yang di gunakan oleh gajah gajah tersebut.
Gajah ni macam merajuk jer, sebab tu dia berjalan bertentangan arah...hahaha..
Ray dan Nana (penerbit Johara) terpaksa membelikan tebu utk gajah mereka sbb mereka tak berhenti di platform yang pertama , dan gajah mereka merajuk tersangat sangat!! Hahaha..
Lepas naik gajah , kami berpindah pulak menaiki kereta lembu. Menaiki kereta lembu memanglah tidak selesa sangat, nasib baik tak jauh sangat. Semasa Adi dan Dina menaiki kereta lembu, kami berkongsi dengan 2 org pelancong dari Korea Selatan yang ramah dan baik hati! hehehe...
Nasib baik ada air kelapa..sejuk sikit...cuaca terlalu panas. :(
Kami menunggang kereta lembu dalam 300 meter untuk sampai ke tempat awal masa kami mula mula menaiki gajah tadi untuk makan tengah hari. Menu yang disediakan adalah makanan Thailand yang halal dan agak pedas jugak. macam biasa Adi makan mangga dengan banyaknya. Apa yang Adi perasan, tom yam di sebelah utara Thailand ni tak sesedap tomyam yang bahagian selatan Thailand.
Rakit Buluh yang bersedia untuk membawa pelancong pelancong.
Me and Zach, terima kasih sbb belanja kitarang minuman atas rakit ni
Dina dan Ray yg seronok naik rakit!
Selepas makan tengah hari kami dibawa untuk menaiki rakit menyusuri anak sungai. Rakit ni diperbuat daripada buluh. Pada mulanya memanglah seronok, tetapi di sebabkan kami menaiki rakit buluh ni pada pukul 2ptg, maka memang panas giler la...phewwww
nasib baik semasa dalam perjalanan rakit tersebut ada orang menjual minuman di tgh tgh sungai dengan meletakkan air minuman tin dalam pelampung . haha bisnes yang unik...!! Siapa sangka ada org jual Coke kat tgh tgh sungai...hahaha...penjual tu cuma berdiri sahaja dalam sungai! Terima kasih pada Zach yang belanja kitaran semua , termasuklah pemandu rakit kami dengan air tin !! segar!!
Antara pokok yang ada di tepi sungai..cantik kan..
Selepas hampir sejam kami berakit, akhirnya kami sampai di tempat di mana bas kami sedang menunggu..Alhamdulillah boleh tahan seronok jugak pengalaman pada hari ini. Tetapi di sebabkan cuaca yg agak terik menyebabkan kami cepat penat. Nak balik ke hotel, berehat dan nak shopping malam ni, sebab esok dah nak balik dah ke KL.
Adi di Chiang Mai night market.
Adiwati dan Hani yg seronok nak shopping.
Buku nota pun dorang borong....
Buku nota yang di beli ni , boleh di buat cenderahati
Sebelah malam Adi bersama Hani (promosi AMP) dan juga Adiwati (Lite FM) pergi berjalan jalan ke Pasar Malam Chiang Mai dengan menaiki tuk tuk. Pasar malam Chiang Mai ni memang besar, dan penat juga berjalan kat sini. tapi Adi tak jumpa pun barang barang yang menarik utk di beli..cuma beli tshirt untuk keluarga sahaja. Kalau kaum wanita suka la shopping kat sini kot...hehehe.
The program comes with full warranty 60 days money back, so everyone can actually try this muscle building system for a few weeks and see the results without any risk at all. When you've got added your details to the program, it is going to give you 3 diets to check out. It will never feature large degrees of filler information, or even lengthy explanations.
Clownaround will be released exclusively for purchase via Masterworks - Broadway. From suspense heightening horror to sweeping orchestral movements popularised by epic adventure films to classic Broadway sounds, music fills our collective consciousness every bit as much as the films they're composed for. Tina Turner has earned the title The Queen of Rock 'n' Roll for her numerous awards and achievements in the rock music genre.
3 comments:
Wah...menarik percutian Abg Adi ini. Macam manalah agaknya rupa orang jual air tengah sungai. sukar bayangkan.
The program comes with full warranty 60 days money
back, so everyone can actually try this muscle building system for a few weeks and
see the results without any risk at all. When you've got added your details to the program, it is going to give you 3 diets to check out. It will never feature large degrees of filler information, or even lengthy explanations.
My page :: Muscle Maximizer Reviews
Clownaround will be released exclusively for
purchase via Masterworks - Broadway. From suspense heightening horror to sweeping orchestral
movements popularised by epic adventure films to classic Broadway sounds, music fills our collective consciousness every
bit as much as the films they're composed for. Tina Turner has earned the title The Queen of Rock 'n' Roll for her numerous awards and achievements in the rock music genre.
Here is my webpage ... Free Download Top 20 Music
Post a Comment