Monday, July 27, 2009

MU VS Malaysia

20 Julai 2009 ISNIN

Berita gembira utk penyokong MU dan betapa bertuahnya mereka apabila MU beraksi buat kedua kali menentang Malaysia gara gara perlawanan menentang Indonesia di batalkan..yup..disebabkan serangan pengganas di sana.


Pic: Lebih kurang 60% stadium di penuhi.

Di sebabkan masa perlawanan pertama hari tu Adi dan rakan ERA yang lain berada di Teluk Intan..so kiranya kali ni memang rahmat la dapat tengok MU...honestly Adi lebih teruja kalau dapat tengok MU menentang pasukan BPL lain yang mungkin boleh di bawa cthnya MU vs Arsenal ker...perghhh..mesti hebatkan....tapi memandangkan Malaysia memberikan tentangan yang hebat kepada MU masa perlawanan pertama...so ..mungkin "sesuatu" akan berlaku malam ini...


Pic: Arghhh macam mana nak tengok bola cam ni?!!Hmmm

Lepas jer On Air Adi terus ke stadium...di sebabkan Astro dan Stadium bersebelahan jer..so adi jalan kaki jer..lebih kurang 10 minit sampai dah...lalu jalan belakang la...dalam Teknologi park...

Adi dapat tiket VIP, so memang betul betul kat barisan depan la..tapi masalahnya bila duduk kat barisan depan..kita takkan dapat pemandangan yang menarik...yup!!!! Tengok jer la gambar kat atas...hmmm...apa yang nak di tengok kalau gayanya macam ni...semua dok tayang b#^&$t...hahaha


Pic: Abg Hasbullah Awang!!

jadi untuk memuaskan hati..adi pun berganjak la...naik ke atas sikit...untuk memudahkan melihat perlawanan nanti..lagi pun time ni takde la ramai sangat orang! Bila dah agak agak takde orang duduk kat tempat tu Adi pun melabuhkan diri kat satu tempat yang gaak jauh juga la dari tempat asal Adi tadi..ahhh lega...dapat juga tengok dengan jelas!!!

Lepas duduk jer..tretiba dari belakang ada orang panggil nama Adi.....adi pun toleh la...laaa...rupanya abg Hasbullah Awang kat belakang Adi..hehehe...

Adi: Tak bertugas ker bang?!!

Hasbullah Awang: Tak la ..sebab kitarang takde hak untuk buat liputan...so tengok jer la Di!!!..

Arghhh Hasbullah Awang kat belakang....siapa yang minat sukan tapi kalau tak kenal dia..memang tak tahu nak cakap macam mana la...yeah! Respek ooo dengan Otai otai cam Abg Hasbullah Awang ni.....harap harap jap lagi dengar la suara dia mengulas...kot kot la..mana tahu dia tak sengaja ker...huhuhu....banyak juga la kitarang borak borak..malah dia pun tanya pasal ERA kat Adi....hahaha...actually petang tadi adi berjaya on airkan temubual bersama jurulatih Malaysia iaitu Mr K .Rajagopal dan juga penyerang Malaysia , Amri Yahya


Pic: Ferdinand, Nani dan Rooney nak masuk bilik persalinan!

Actually sepanjang perlawanan ini Adi tak menumpukan sangat ....sebab sibuk bertwitter...bagi Live Update kat www.twitter.com/adifashla dan untuk ERA juga...separuh masa perlawanan agak biasa jer..


Tapi bila masuk separuh masa kedua..baru lah perlawanan jadi rancak sikit sebab semua superstar dah masuk..hahaha..barulah namoak MU sepenuhnya dengan serangan bertali arus ...memang malaysia bukan lawan mereka la..tetapi sekurang kurangnya Malaysia tidak melepaskan gol yang banyak..actually pertahanan Malaysia agak bagus juga mengekang kerancakan MU menyerang Malaysia...dan sekali sekala malaysia membuat serangan balas yang mengejut..it just..takde penyudah saja...hmmmm...apa apa pun thanks kat MU yang singgah kat Malaysia buat kali ke 6....Yup...dalam kepala....bila la Arsenal nak turun Malaysia lak....hmmm

Wednesday, July 22, 2009

Bandar Roti


KHAMIS 16 July 2009

Hari ni Adi dan Burn kena melawat dan buat rakaman video untuk roti High5 di Bread Town di shah Alam.

Untuk pengetahuan semua Adi dan Burn terpilih untuk buat roti krim perisa tempatan terbaru High5....dan pilihan perisa yang mendapat pilihan ramai sedang di lakukan sekarang di ERA .FM


Pic: Muka -muka lapor roti la...huhu

Jadi bila kami masuk ke dalam bilik yang meyediakan krim krim perisa roti tempatan...so kami akan menikmati perisa perisa yang masih di uji. Antara perasa yang ada ialah durian, pandan, jagung, kacang, kaya, marjerin, jambu, bandung, kacang merah dan ada beberapa lagi..


Pic: Uji rasa roti perisa baru tempatan High 5!

bayangkan kitarang kena rasa semua perisa tu....burpppp!!! Alhamdulillah!!!!kitarang bukan buat sesi ujian makanan....tapi dah jadi sesi makan tgh hari pulak,,,hehehe...nak tahu perisa apa yang kami pilih dan juga berdasarkan undian pendengar ERA,,,kenalah tunggu pengumuman seterusnya....dan jgn lupa utk terus mengundi dengan menghantar SMS:

ROTIPerisa roti krim tempatan pilihan anda dan hantarkan ke 32555


Pic: Rasa cam jadi doktor lak..haha

Lepas membuat uji rasa roti terbaru tu..Adi dan Burn di bawa melawat ke kilang roti High5 ni...yup..semuanya baik dan juga super clean..selain kami ada juga rombongan dari Taiwan yang melawat kilang roti ini....Yup...nantikan perkembangan cerita roti krim tempatan terbaru High5 ini selanjutnya yer..sebab muka Adi dan Burn juga akan tertera di bungkusan roti High5 tu nanti!!

Monday, July 13, 2009

Pic: Hahaha..padan muka Aulia tak boleh larik..hahaha

AHAD 5 Julai 2009

Hujung minggu ni Adi balik ke sebab Jelajah Era kat Sg Petani kansel..so ada masa la nak bersama keluarga kat kampung..hehehe..macam biasa anak buah Adi pun balik dari KL gak..

Masa tengah hari nenek dia (my mom) nak bagi makan ...kat Aulia ni...tapi bila nak suap makanan kat dia..mesti dia lari jer...tetiba nenek dia masuk bilik dan ambil kain sarung dan terus dokong dan lilit aulia dengan kain sarung tu...dan jadi lah macam ni...hahaha...kelakar giler...sebabnya dah lama kitarang kat rumah ni tak nampak mak Adi buat "jarik" (dalam bahasa jawa)..iaitu teknik mendukung baby dengan kain sarung atau batik....hahaha...padan muka Aulia...tak boleh la dia lari bila time makan..hahaha....


Pic: Aulia buat muka tak bersalah!! Huarghhhh!!

Actually adi ada gambar masa adi baby dulu ..mak adik dukung adi dengan kain batik ..lepas tu mak adi pegang payung di halaman rumah nenek..nostalgia sangat...hahaha...so sekarang ni mak adi "jarik" cucu dia la pulak... bezanya Aulia ni dah besar....! hahahahaha

Tapi masalahnya sekarang ni...bila nak makan si Aulia pulak yang akan jerit kat nenek dia....


"nak ukong kain" (nak dukung kain).......pengsan la sapa yang nak dukung..berat oo budak Aulia ni...hehehe!!!

Sebalik Tabir Iklan ERA

24 Jun 2009 RABU




Hari ni kami (penyampai -penyampai ERA ) ada rakaman untuk Iklan TV ERA....hahaha...seronok gak sekali sekala kita buat iklan ramai ramai...hahaha...meriah sangat kat set...mcm -mcm ragam..

Pic: Mana satu ori..mana satu ciplak?....hmmm

Adi memegang watak sebagai "jaga" ,Burn sebagai kontraktor, nana sebagai nurse, dan yang lain jadi diri sendiri jer..hahaha..


Pic: Melaksanakan tugas!!!

Yang bestnya ...lepas Adi pergi pakai baju guard ni..terus adi keluar dan "menjalankan tugas"..hahaha...sambil Reza gelak kuat kuat bila Adi berlakon sebagai jaga....sampai boss jaga pun senyum tengok adi buat "kerja"..hahaha

Pic: parking sana la bang!! Nanti kena rantai kereta tu..!!!

Sesi pengembaran bermula jam 11 pagi di Wisma Ali bawal , PJ..melibatkan semua penyampai ERA...jalan ceritanya ..bila Pak Nil masuk jer...dia pasang lagu...GAGAP dari Stacy...dan semua masuk set dan terus menari....meriah la..katakan...huhuhu

Pic: Mengulor....errr actually "Jaga" sebenar jarang buat cam ni yer...


actually masa rehearsal..memang la senang..masa rekoding memang agak susah jugak la..terpaksa ambil dalam 15 kali ..hahaa....

Pic: Ala-Ala MJ...3 hari sebelum dia past away..

Oklah...antara yang paling kelakar semasa sesi pengambaran iklan ni iaalah..Pak Din Beramboi ..terhantuk kepala dia ..bila dia nak naik dari bawah meja....GEDEGANG!!!! ..hahaha...kitarang gelak kuat kuat!! hahaha

Pic: Miss Nurse dan Encik Jaga!!


Pic: Pak Guard and Pak Nil!!



Pic: Bola satu ...bola dua...bola lisut! Over!!


Pic: Di set pengambaran


Pic: camera ready!! Action!!!


Sesi pengambaran berakhir dalam pukul 4pm...hahaha...so jgn lupa tengok iklan kitarang kat TV ok..nanti kalau ada kat You tube , Adi letak kat sini la..ok!! Enjoy!!

Saturday, July 4, 2009

AHAD 21 Jun 2009

Hari Jumaat Adi baru pulang dari Perhentian, dan semalam Dai buat MC untuk konsert AF7 kat Tg Agas , Pekan Pahang....dan terus bermalam di Kuantan...so pagi pagi subuh hari ni Adi bertolak balik ke KL sebab nak menyertai Tree Party 2009 Kat Hutan Komuniti Kota Damansara. So kena ada kat sana dalam pukul 830pagi..so bertolak dari Kuantan dalam jam 6pg la..ini pertama kali Adi drive ke Kuantan...seronok pulak masa perjalanan balik ke KL sebab kabus embun memang menyamankan.



Yup sampai kat lokasi memang ngam ngam la...wahh dah ramai dah..adi ingat takde la ramai orang sangat , tapi jangkaan Adi merosot la..sebab agak ramai juga yang menyokong acara Tree party ni....semangat ni!! hehehe

Pic:Penyampai-penyampai Radio AMP!

Selain Adi..dan Burn mewakili ERA ..ada juga pemyampai radio lain bawah naungan AMP bersama menjayakan acara ini...jadi macam hari keluarga la pulak..hehehe

Pic: Burn menunjukkan cara cara menanam pokok sambil mengusya..mak budak..hehehe

Ada lebih kurang 300 anak pokok yang kena kami tanam..yup semua tahu kan tujuan utama kita tanam pokok ini adalah untuk menjadikan tempat kita lebih sejuk dan damai..Adi kalau kat astro ni pun selalu parking kereta bawah pokok...tak kisah kalau pokok tu agak jauh...Adi akan letak jugak..sebab panas sangat la sekarang ni...memang la pokok ni kekadang buat sampah...sebab daun daun kering luruh...tapi ok la...janji laman kita sejuk..betul tak?...



Selain penyampai radio AMP..ada juga syarikat syarikat swasta dan juga induvidu turut terlibat dalam projek ini...diarang kena beli anak pokok yang bernilai RM50 untuk di tanam..!!



Adi dulu memang masa zaman muda muda..memang selalu tolong ayah Adi menanam pokok anak sawit....tapi kat sini senang sikit nak buat lubang ..sebab tanah bukit ..korek beberapa kali dah dapat lubang besar....

Pic: Lubang pokok!!

Disebabkan seronok buat lubang..kekadang terlalu besar dan dalam pulak..haha..dah kena marah dengan Burn..hehehe...yer la ..sambil buat lubang ..borak tak ingat!! tu yang terbabas siap boleh tanam burn kalau nak..hehehehe..

Pic: antara pokok yang di tanam...pelik kan nama dia..

dalam pukul 1230 tgh hari , kami dah siap menanam pokok pokok tersebut, nasib baik hari ni tak panas sangat dan suasana hutan komuniti ini sedikit sebanyak menyejukkan suasana la..hehehe....lepas habis jer sesi menanam pokok..ada acara perasmian dan juga persembahan artis....daripada Joanne&Co

Pic: Bersantai sambil dengar persembahan Joanne&Co


Semuaorang nampaknya happy sangat hari ni..yup memang yang datang hari ni menunjukkan komitmen bahawa mereka sangat mengambil berat tentang alam sekitar...dan majlis berjalan dengan suasana yang akrab dan sempoi...yang penting tanam pokok beb!!

Pic: Bergambar kenang kenangan!


Pic: I was here!!!

Pic: Sesi tandatangan!!

Selepas acara perasmian dan persembahan semua yang datang ke Tree Party ni menandatangani poster gergasi kat pentas...tak terkecuali Adi pun jugak la..

Pic: Aktivis yang membawa sepanduk untuk pokok!!

Apa-apa pun , ingat lah dunia kita sedang menderita..kalau ada tanah kat rumah tu , tanamlah pokok untuk sejuk kan halaman rumah atau persekitaran kita..kurangkan penebangan pokok...sampai jumpa lagi ke Tree Party di tahun hadapan.

Tuesday, June 30, 2009

Cuti Cuti ke Perhentian!!!

RABU 16 -19 JUN 2009 (Selasa - Jumaat)



Pic: Bad! bad ! Beg!!!

Kali ini Adi merancang ke Pulau Perhentian untuk berehat sementara menunggu survey radio dan kebetulan Jelajah Era sedang berlangsung sekarang ini! Dah lama teringin nak ke Perhentian ..tapi takde kawan..so kali ni nekad la..kalau takde kawan nak pergi pun takpe la..pergi jer la sendiri...hahaha..ala buat macam kembara sensorang ke Singapore tahun lepas la...hahaha...

Tapi tak tahu la , percutian kali ni macam banyak sangat la halangan dia...oklah Adi bertolak ke Kuala Terengganu awal sehari iaitu pada hari Selasa 16 Jun...so nanti masa nak pergi ke Pulau Perhentian takdela tergesa gesa...

So Adi minta seorang kawan untuk hantar Adi ke stesyen ERL kat Putrajaya untuk ke KLIA dalam jam 1230tgh hari sebab flight Adi dalam pukul 240ptg....so Adi bawa satu beg besar dan juga beg komputer...masa naik ERL..Adi bawa la beg besar adi...jadi duduk la kat tempat yang kosong...excited nak pergi ni....sekali Adi terasa sesuatau yang agak pelik...hmmm ....

"Mana beg aku?!!!"
"Alamak beg aku!!!!"

Tahu tak..Adi tertinggal my beg komputer kat platform berlepas di Stesyen ERL Putrajaya....adusss...dah menggelabah ni..terus ADi berlari ke arah pemandu ERL...tapi dalam perjalanan ke bilik pemandu...Adi batalkan hasrat la....

"Takkan aku nak suruh abg ni berhenti dan undur balik ERL ni...iskhhh tak logik!!!"

Jadi duduk ajer la ..sampai KLIA baru buat report kat kaunter ERL...macam mana Adi tak cuak ..sebab dalam beg tu ada handphone, camera digital dan juga my netbook.....arghhhh bila mengenangkan perkara ni terus potong mood nak bercuti...

samapai jer kat kaunter ERL KLIA dengan muka sememeh jer...belum sempat nak cakap dengan brother yg tgh bertugas terus dia bertanya..

"Tertinggal barang yer?..."

Alamak!! terornya Abg ni..hahaha..rupanya dia dah tahu dah sebab beg komputer adi tu di temui oleh tukang cuci kat sana...Alhamdulillah...lega!! terus Adi telefon kawan Adi yang hantar tadi untuk hantarkan beg Adi ke KLIA ....perghh lega...nasib baik la satu lagi Hp Adi ada kat dalam poket ni...hadussss...so dalam lebih kurang setengah jam kemudian beg komputer Adi sampai balik kepada Adi..hahaha...nasib baik semuanya masih ada di dalam beg!!! Terima kasih la pada tukang cuci yang cukup amanah di Putrajaya ERL station .


Adi sampai ke Kuala Terengganu dalam jam 4ptg...alhamdulillah so far ok jugak..naik teksi dalam perjalanan ke hotel Adi ternampak stadium baru yang runtuh kat Kuala Terengganu...mak aiii dasyat jugak...so adi minta berhenti sekejap dan ambil gambar la...memang dasyat la ...hampir kseseluruhan bumbung stadium tu runtuh la..



Sebelum sampai ke hotell singgah la kat kedai keropok lekor B.T.B haha..sedap giler ahhh...sorry la adi tak ambik gambar time makan keropok lekor kat sini sebab malas nak tinggalkan meja..takut orang ambik

So lepas tu pergi hotel la...sekali bila sampai kat hotel dan gunakan lap top ..baruah Adi terperasan tak bawak charger netbook Adi....alamak...so masa pukul 830 mlm terus turun dan pergi ke Maiden dan Giant K. Terengganu dari hotel untuk beli charger..naik teksi ..takde la jauh sangat tapi kena RM20 ..mak aii lagi mahal dari kat KL tambang teksi kat sini....berpeluh beerlari nak dapatkan charger..hmmm tak jumpa juga...alahai...sia sia jer bawak netbook....hahaha....


RABU

Ok..keluar dari hotel dalam jam 8pg..kalau pakai pakej ..ada kenderaan resort akan mengambil anda kalau korang nak la...tapi sebetulnya kalau dari Kota Bharu lagi dekat la....lebih kurang 60KM jer..tapi kalau dari KT ni kenalah travel dalam 120KM kearah Kelantan untuk sampai ke Jeti Kuala Besut..huhuhu..Perjalanan bot dari Kuala Besut ke perhentian ambil masa 30-45 minit.

Pic: Jeti kat Arwana

Disebabkan Adi comfirmkan tempat penginapan di Perhentian 4 hari sebelum pergi..jadinya tempat amatlah terhad...hmm..semua dah fully book...adusss...semua resort kat Perhentian Kecil dah di booking...setelah beberapa kali mencuba termasuk la menggunakan ejen travel..akhirnya dapat juga bilik di Perhentian Besar..hahaha...Adi takde hal la...

Pic: Pantai di Perhentian Besar

Sampai di bilik terus salin baju sebab di agak terlewat untuk lunch dan juga snorkling..haha..jam 230ptg daah turun ke bot dan juga pergi trip pertama untuk snorkling..sebab Adi ambil pakej sekali..so ada 2 trip snorkling...rasa mcm tak cukup la pulak..


1st trip snorkling ni biasa biasa jer la...cuma ada sekali bro bot ni berhenti kat tengah tengah dan suruh kitarang dalam bot terjun ke laut..ingat kan ada apa..rupanya dia nampak penyu kat dasar laut ...kitarang yg dalam bot ppun terjun la...wahhh!!!! memang best dapat tengok penyu secara LIVE....penyu tu tengah makan kat dassar laut ..hmm dalam kedalaman 8 meter gak la...lepas tu balik ke bilik dan sambung berenang kat depan resort jer..air dia memang jernih...so takde hal la...

Pic: Tupai yang jinak makan nasi depan bilik Adi.

Disebabkan kepenatan...sebelah malam Adi cuma duduk bilik dan tengok TV jer la..penat snorkling dan berenang kat pantai ptg tadi...hahaha..betul betul rehat la..



KHAMIS- awal pagi dah bersarapan dan Adi jalan jalan kat pantai sambil menghirup udara segar ..rasa relaks jer..sambil sambil tu tanya tanya jugak kat bro yang jaga untuk dive..haa...katanya kalau nak dive tak semestinya ada lesen jer..untuk orang yang nak merasai pengalaman dive ..boleh jer buat dengan bayaran maksima RM200..tapi jgn salah sangka..bukan Dive ke tempat yang dalam..tapi cuma dive d tempat yang cetek jer...yup..kalau yang betul punya kenalah bayar dalam RM1000 dan perlukan beberapa hari untuk dapat lesen la....



Pic: Bersiap utk 2nd trip Snorkling

Dalam pukul 930pg daah bersiap utk 2nd trip snorkling..semangat ni..sebab kata bro yang bawak bot kali ni kami akan pergi ke tempat yang cantik dan nak tengok shark!!! Yahooo....

Pic: Gaya macho sebelum "tragedi" melanda!!


Pic: Atas bot nak pergi snorkling.

Pic: Nelayan nak ke laut.

Pic: Pulau Perhentian Kecil

Kami di bawa ke sebuah pantai di mana penyu banyak mendarat..kat sini airnya sangat la bersih ..dan jernih..wahhh dan pantainya memang halus pasirnya..memang halus sangat...dan putih..


Pic Pelancong yang baru nak belajar diving!

Kat sini terumbu dia masih cantik ..dan berwarna warni..memang menarik..ada ikan dan juga sotong yang boleh di saksikan bebas berenang....lama juga kitarang snorkling kat sini....semua seronok melayan ikan ikan yang ada kat sini...mungkin di sebabkan baru sarapan dan juga tertelan air masin..Adi rasa kurang selesa sikit la..


pas tu...nampak ikan Yu tu balik ....kali ni Adi pulak yang menjerit kat orang lain...tapi bila Adi reSelepas itu kami pergi ke Shark Point di mana kita boleh tengok jerung atau ikan yu kat sini...kat sini tempat dia memang berombak kuat sikit ...sebab takde teluk atau lagoon yang melindungi...so terjun la..sambil mata melilau sekeliling ..kot kot nampak shark...sedang melilau dalam air..tetiba brother bot kitarang menjerit.."Kat situ ...kat situ...WAHHH!!! adi nampak ikan Yu..yang sebesar aircond kat rumah tu...wahhh..cantiknya...tak lama la..dalam beberapa saat ...ikan tu hilang...brother bot cakap suruh stay jer kat situ sebab katanya iakan yu akan datang lagi nanti...so Adi tunggu la...dalam 5 minit lendamkan balik kepala dalam air...ikan tu hilang balik...ala.....lepas 10 minit ikan tu muncul balik..kali ni Dai perhatikan nnya dan follow ikan tu ..lama jugak la dalam satu minit..sebelum ikan tu hilang balik...yeahhh!! Xcited giler...sebab ada antara yang snorkling sama dengan Adi tak nampak pun ikan yu tu..hahaha


Pic: Jernih giler air ..boleh nampak semuanya....i meant ikan la...

Lepas nampak ikan yu tu...actually kepala Adi dah pening dah, nafas tercungap -cungap...ohh tidak...dont tell me ..i kena mabuk laut..arghhhh..memang betul betul pening...Adi naik atas bot...terus baring..tapi di sebabkan laut berombak agak kuat...membuatkan lagi la rasa azab bila di atas bot...aiyaa....terus dai terjun balik ke dalam laut..yup...better sikit..tapi dii sebabkan dah nak balik..so naik la balik atas bot..hmm buat penat jer terjun tadi...time ni memang dah pucat muka Adi...bila naik bot Adi duduk kat belakang...tiba tiba ada seorang uncle ni dari KL jugak..datang dengan family dia......sekali dia muntah la pulak...memang kat atas bot dah 3 orang dah terbaring...mabuk laut jugak la tu.....

Bila tgok pakcik tu mcm tu..Adi yg tengah pening kepala ni pun apa lagi....muntah jugak la...aiyaaaaaa...rasa mabuk yg amat sgt..yang tak pernah adi rasa...memang azab la...argghhhh..tragedi..huhuhu..habis semua sarapan keluar balik..huhuhu...memandangkan ramai yg dah mabuk laut..maka bro bot tu pun ajak kitarang balik...siapa yg tak biasa dengan ombak mcm adi ni ..baik la bawak pil mabuk laut ok...

Balik bilik just nak baring jer ..sebab kepala lak berdenyut denyut pulak...telan panadol..dan tidur....perghh..




itulah serba sedikit cerita Adi berkunjung ke Perhentian ini..kepada yg nak dtg..boleh la dtg dari Kota Bahru..kalau naik plane la...kalau nak relax..dtg ke Perhentian Besar....tapi kalau nak happening sikit..boleh pergi ke Perhentian Kecil....sampai jumpa lagi Pulau Perhentian!!!