Friday, April 9, 2010

Pic: Sebelum On Air...meeting bawak pokok dulu..

Jumaat 9 April 2010

Semalam dapat sms daripada Rizal (Penolong Pengurus Era FM a.k.a Mini Boss) , dia bagitahu hari ni ada OB atau siaran luar ERA di Tapak Pasar Tani Bukit Sentosa Rawang untuk majlis jualan amal membantu keluarga Abg Din dan juga mereka yang memerlukan , anjuran bersama FAMA.


Setelah sekian lama terperuk dalam studio jer..bila dapat buat benda benda macam ni memang menarik hati...terutama sekali yang ada kaitan untuk kerja amal ....no hal la...

Adi bertolak ke Rawang dari ofis dalam pukul 230ptg, bersama dengan kawan engineer utk kitarang punya OB iaitu Wafiey... Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 45minit . Reza pulak telah pergi dengan kereta baru Skuad Perodua ERA ....Perodua Alza...

Adi dan Reza ke udara dalam pukul 4ptg. Semasa kami tiba gerai gerai Pasar Tani telah didirikan dan orang ramai mula membanjiri lokasi jualan amal hari ini. Cuaca cerah, tapi takde la panas sangat sebab awan banyak...kira ok la...

Pic: Me and Reza menjadi MC Kejap sebelum On Air..:)

Sambil kitarang membebel , kami juga mencelah dalam acara acara yang sedang diadakan seperti pertandingan memasak, peraduan mewarna, mengubah buah buahan dan semestinya upacara jualan amal produk produk dari Agro Mas.


Anak anak Arwah Abang Din Beramboi pun ada juga memeriahkan acara pada hari ini, iaitu Along dan juga Shafiq....membuatkan kami lebih bersungguh sungguh untuk menjayakan acara pada hari ini....untuk membantu mereka berdua juga..Adi respek kat mereka berdua yang bersemangat dan cukup tabah terutama sekali si Shafiq ni....:)

Pic: Angah Raja Lawak tengah Usha awek tgh masak...:P


Pic: Pertandingan gubahan bunga

Memula kitarang jual la goodie bags yang ada produk produk Agro Mas dengan harga RM10..Alhamdulillah ianya habis terjual, semua duit di masukkan ke dalam tabung khas, di sebabkan sambutan yang hebat, pihak FAMA telah mengeluarkan produk yang lain pula iaitu kampit kampit beras yang di jual dengan harga hanya RM5 sahaja....hmmm sudah pasti ianya habis sekelip mata...

Pic: Reza, Angah, me and Mie kat gerai jualan amal..



Pic: Mie Raja Lawak tgh panggil pembeli...yeahhh

Pic: Jual..jgn tak jual...

Pic: Shafiq pun seronok tolong jual...:)

Lepas tu di sebabkan sambutan yang semakin best...kitarang di berikan buah buahan dan sayur sayuran untuk di jual....apa lagi kitarang pun berlagak macam jurujual la...oh yer...Angah Raja Lawak dan Mie Raja Lawak pun turut serta memeriahkan acara pada hari ini...diarang la yang paling banyak mengendalikan upacara jualan amal ini...:).Memang best la ..sebab sayuran sayuran dan buah buahan seperti kangkung, keladi, nanas , betik di jual dengan harga serendah 50sen jer...hahahaha....berebut la orang beli....

Pic: Kek yang dilelong dgn harga RM200

Hari ini juga merupakan ulangtahun ke25 Pasar Tani di Malaysia...maka ianya juga dihadiri oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani iaitu YB Dato Seri Noh Hj Omar ...Adi telah berjaya mendapatkan temubual LIVE daripada Pak Menteri kita untuk ERA FM!!!! Yup!!...dan YB Dato Noh telah sudi singgah ke meja jualan amal kami dan memotong kek ulang tahun ke 25 Pasar Tani....dan kemudian kek tersebut telah di lelaong kepada para pengunjung...kek tersebut telah di bida dengan harga.

...RM70....RM80.....RM100....RM120....RM140....RM170....dan yang menang adalah seorang suri rumah yang membida kek tersebut dengan harga RM200...yeah...dan kakak yang pemurah itu telah membuat pengumuman yang sangat manis..

"Saya beli kek ini, dan mari kita makan sama sama!!!!!"

Alhamdulillah , baik sungguh hati kakak tu....:))....cayalah kak!!

Majlis kami tamatkan dalam pukul 7ptg, disebabkan cuaca yang semakin gelap , dan hujan yang mula turun...Alhamdulillah usaha kami paada petang ini cukup berjaya dan mendapat sokongan penduduk setempat dan juga pengunjung pasar tani Bukit Sentosa khususnya...Terima kasih......di harapkan serba sedikit ianya akan membantu mereka yang memerlukan...terima kasih pada semua yang menjayakannya..:)

habis dalam sekelip mata...hahaha.....:)

Thursday, April 8, 2010

Gitar dari Din Beramboi...

Pic: Gitar akustik, hadiah daripada Abg Din Beramboi.

Inilah hadiah gitar yang arwah Abg Din Beramboi bagi kat Adi....masih ingat lagi tarikh masa dia bagi gitar ni....9 Feb 2009.....dah lebih dari setahun.....Arwah memang selalu bawak gitar gitar dia ke studio Era...kalau tak silap Adi, dia ada banyak koleksi gitarnya...Satu hari ni dia bawak lah salah satu gitar akustik dia....Adi pun tumpang main la....bila dia tengok Adi main gitar tu dia tegur Adi....

"Ko suker ker gitar ni Adi?"
" bestla bro...siap ada equalizer lagi...perghhh"
" Kalau ko nak ...ko ambik la....aku beli lain nanti.."
"Huh?...tak mau la...mahal la gitar ni bro....."
" Ko ambik jer la....aku memang nak beli yang lain la...."

"mana ada duit time ni bro..."
"Ko ambik la...bukan aku suruh beli....."


Well , Adi rasa macam tak percaya gak memula...takkan la Abg Din senang senang nak bagi gitar ni ...rupanya dia memang serius ......Adi dengan senang hati pun terima jer la...takkan nak tolak lak...betul tak?...kebetulan Adi pun belum pernah ada gitar akustik kat rumah...:)

Pastu bila malam lak masa nak tido tu..tetiba Adi dapat mesej....dari Din Beramboi....



Pic: SMS bertarikh 9 Feb 2009dari Din Beramboi...

Tetiba Adi senyum sendiri.....dan Adi balas SMS tu dengan ucapan terima kasih...Abg Din memang betul betul di luar jangkaan...terharu jugak la...ADi masih simpan lagi SMS tu sebagai kenang kenangan dan Adi anggap ni adalah salah satu kata semangat...:)

Dengar citer bukan dengan Adi saja dia akan bagi barang dia kalau ada orang suka....dengar citer Ada seorang VIP telah memuji cermin matanya...tanpa banyak citer..Abang Din terus hadiahkan cermin mata tu pada VIP tersebut.....so sweet kan!!! Itulah Abg Din, walaupun dia seorang yang suka buat lawak..tatapi kalau di luar kerja...dia memang seorang yang cool dan pemurah....dan dia tak suka buat lawak tak bertempat....:)...Sebenarnya banyak kenangan manis dengan Abg Din Beramboi ni...biarkan Adi simpan dalam hati la...:)...kita teruskan doakan Arwah di sana...Al-Fatihah!!


Friday, April 2, 2010

Din Beramboi dalam Kenangan.....

Pic: Riuh Pagi Era , Aznil bersama Din Beramboi!!

Jumaat 2 April 2010.... Setelah beberapa hari demam , dan dimasukkan ke ICU , Hospital Selayang , akhirnya Din Beramboi telah menyahut seruan Ilahi pada jam 1230malam disebabkan oleh Denggi Berdarah...:(


Abang Din Beramboi tak pernah MC semasa mengendalikan Riuh Pagi Era bersama Aznil..jadi bila dia mengambil MC menyebabkan keluarga Era yang lain tertanya tanya akan keadaannya. Bila diselidiki , memang benar Abg Din demam , dan macam biasa dia tetap melawak tentang keadaannya....

Pic: Masjid Al Faizin Taman Ehsan Kepong, dimana Jenazah Abg Din di sembahyangkan...


Abang Din kemudian dimasukkan ke hospital bila keadaannya semakin melarat...dan di masukkan ke ICU pada hari Selasa...dan sehinggalah hari ini....Adi berkesempatan untuk masuk ke unit ICU dan menyaksikan sendiri tubuh yang sentiasa ceria sebelum ini terkujur dengan sambungan pelbagai mesin mesin untuk bertarung naik.....

Dadanya berombak bila bernafas...penuh tenaga....namun tidak mampu berbuat apa apa...



"Abang Din...ni Adi....kitarang sayang abang Din.....Abang Din kena kuat tau....kitarang tunggu Abg Din..."

Kedengaran nafas Abg Din seakan akan ingin membalas apa yang Adi ucapkan...

"Abang Din kena bangun tau.....kitarang sayang Abang Din.."

Kedengaran nafas Abg Din sekali lagi seakan akan ingin membalas apa yang Adi ucapkan...

Pic: Jenazah Abg Din di bawa ke kubur setelah di sembahyangkan..

Selama 5 minit Adi dan Mimi Azira berkesempatan melawat Abg Din...sayu dan sedih bila melihat Abg Din begitu....:(.....itulah kali terakhir Adi berbicara dengan Abg Din.....
Keluar dari bilik ICU, Adi sempat bertanya kepada petugas wad yang ada dan Adi bertanyakan keadaan Abg Din kepada beliau....dan dia cuma menjawab....

"Dia memang berada dalam keadaan yang teruk.....teruk.."

Kami berlalu utk memberikan peluang kepada yang lain melawat Abg Din...sambil tertanya tanya berapa teruk nya situasi Abg Din ketika itu??..

Pic: Orang ramai yang hadir di tanah perkuburan untuk memberikan penghormatan terakhir..

Dah masuk hari baru 2 April 2010.......Jam 1235pg, yang paling ditakuti akhirnya menjelma juga...Adi terbaca twitter Azwan Ali di @AzwanLaser ........

"Din Beramboi sudah tiada....jam1230am..Al-Fatihah..."

lebih kurang macam tu la bunyi twitter tu...

Tanpa berlengah lagi ......terus Adi telefon Azwan Ali ....sambil mengendahkan Maggi goreng dengan telur dadar yang baru sampai....

Pic: Jenazah Abg Din telah dimasukkan ke liang lahad

"Abang Wan....betul ker?...."

"Adi....yer......Abang Din dah Takde....." "Bzzz...bzzzz....bzzz....."

Sebenarnya Adi tak dengar apa-apa pun butiran dari Azwan Ali..coz dia menangis kerana terlalu sedih....dan beliau disisi Abg Din ketika Abg Din menghembus nafasnya yang terakhir...


Pic: Anak bujang Abg Din...Shafik merenjis air mawar ke pusara ayahandanya..


Abang Din telah meninggalkan kita semua....

segala gurau senda dari beliau ... takkan kedengaran lagi...

Tiada lagi orang yang nak panggil "Adifashla Sandha"....hahahaha....



Pic: Kak Sue (isteri Abg Din ) dan anak anak menabur bunga di pusara Abg Din..


Pic: Di sini la Abg Din bersemadi.......


Terima kasih Abg Din Buncit!!! Aku akan kenang kau sampai bila bila...terutama bila aku lihat kerusi yang selalu kau duduki ini....sejahtera di sana....damai disampingNya.....

Al- Fatihah..............:(((

Monday, March 29, 2010

Mari ke Taman Negara Pulau Pinang.


Salam, Pada 10-11 April ini Adi akan mengunjungi Taman Negara Pulau Pinang Mungkin ramai yang tak tahu sangat pasal Taman Negara paling muda di Malaysia..iaitu Taman Negara Pulau Pinang...sempena Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) bertempat di Dataran Taman Negara Pulau Pinang.

Yang kurang jelas..ini ada sedikit info berkenaan Taman Negara Pulau Pinang

Taman Negara Pulau Pinang
Taman Negara Pulau Pinang terletak di sebelah pesisiran pantai Pulau Pinang. Taman ini mempunyai keluasan sebanyak 1, 266 hektar meliputi dipterokarpa, tanah tinggi, paya bakau, pantai dan juga pesisiran pantai berbatu. Keluasannya adalah yang kedua terbesar selepas Taman Negara. Banyak spesies flora dan fauna termasuk yang jarang ditemui dan juga yang hampir pupus terdapat di sini. Untuk sampai ke sini hanya mengambil masa 45 minit dari pusat bandar. Terdapat banyak tempat bagi memerhati dan mengambil gambar burung, penyu dan hidupan liar lain di dalam habitat semulajadi. Taman ini sesuai untuk merentas hutan. Pengunjung berpeluang untuk mengalami pelbagai habitat yang meliputi pantai berpasir dan berbatu sehingga kepada dataran lumpur, paya bakau, kolam meromiktik dan hutan hujan tropika.
Info Pelawat :

Penginapan


Kemudahan penginapan tidak disediakan di dalam taman. Hanya peserta yang menyertai program pendidikan alam sekitar dan pemuliharaan dibenarkan berkhemah. Disebabkan kedudukan taman adalah mendekati Bandar, maka pelawat boleh memilih penginapan yang lebih selesa di Georgetow, Batu Feringghi, dan Teluk Bahang. Ia termasuklah hotel pantai yang bertaraf lima bintang, dan hotel dan asrama yang ekonomi.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

Taman Negara Pulau Pinang

Jalan Hassan Abas,Teluk Bahang,
11050 Pulau Pinang
Pulau Pinang
Tel: (604) 881 3530/ 04-881 3500
Faks: (604) 881 2016

Antara yang menarik di sana nanti, Adi akan turut serta dalam acara melepaskan anak anak penyu ke dalam laut. Ini adalah acara yang Adi nantikan sangat sejak dari dulu...dan anda juga boleh turut serta...Jadi..kalau takde benda nak buat, jom sertai Adi dan kawan kawan PERHILITAN ke Karnival Komuniti Taman Negara Pulau Pinang pada 10 dan 11 Mei ini ok!!! Terutama yang ada berkeluarga ataupun pelajar pelajar sekolah yang berminat utk tahu lebih lanjut berkenaan Taman Negara Jumpa kat sana ok!!!!

Tuesday, March 23, 2010

Main Badminton dengan Nintendo Wii

Hari tu Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek datang ke ERA!!! Jadi sebelum mereka datang, Pak Nil telah berlatih dengan Adi untuk menentang LCW. Namun di sebabkan faktor umur...hahaha...Adi tetap menang dengan bergaya..Hahaha...Video ni telah di ambil oleh Big Boss kitarang, Jake Abdullah!! Sorry Jake..i curi video ni...hahaha...enjoy!!


Konsert Amal!!


Hai kawan kawan...


Satu konsert amal iaitu Konsert “Kau Di Hatiku” yang membariskan artis-artis terkenal tanahair yang akan memperdengarkan genre masing-masing.

Mereka adalah: Zainal Abidin, dengan genre afro-asianya

Atilia, penyanyi jazz Malaysia

Aizat, penyanyi dan komposer yang berbakat besar

Amy Mastura, ikon pop terkenal

dan Adibah Noor, penghibur

Di samping itu, barisan Artis Jemputan juga akan membuat persembahan spontan atau “jamming” dengan barisan artis utama sepanjang konsert berlangsung.

Mereka yang telah bersetuju adalah: Salamiah Hassan

Bob AF

Betty Banafe

Nurul

Dead Mushroom band

Nizam (artis baru)

Sabhi Saddi (artis baru)

Fazo (komposer/pemuzik baru)

Wiwie Daunah (artis baru)

Adzrin (artis baru)

Idham (artis baru)

Konsert “Kau Di Hatiku” akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh: 9th & 10th April 2010 (Jumaat dan Sabtu)

Waktu: 7.30malam (pendaftaran), 8.00malam (konsert bermula)

Tempat: Manhattan Ballroom

Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

Berikut adalah harga tiket dan meja serta pilihan penajaan:

9 April 2010 – Konsert Amal

Tempat duduk ala teater, tiada jamuan makan,

tempat duduk bebas RM50 setiap satu

Snek dan minuman akan dijual oleh pihak hotel di luar dewan.

10 April 2010 – Konsert Malam Gala

Malam Gala berkonsepkan Majlis Makan Malam dengan hidangan ala barat. Setiap meja menempatkan lapan (8) penonton untuk keselesaan menjamu selera serta tontonan.

Baris ke-3 RM300 setiap tempat duduk atau RM2,000 setiap meja

Baris ke-2 RM400 setiap tempat duduk atau RM3,000 setiap meja

Baris Pertama RM500 setiap tempat duduk atau RM4,000 setiap meja

Penajaan tahap Perak RM5,000 setiap meja

(10 meja disediakan)

Penajaan Tahap Emas RM10,000 setiap meja

(5 meja disediakan)

Penajaan Tahap Platinum RM15,000 setiap meja

(2 meja disediakan)

Di antara penerima sumbangan yang telah dikenalpasti adalah mereka yang terlibat dalam bidang seni, termasuk pekerja produksi, wartawan dan golongan yang memerlukan.

Mereka adalah: Pelakon, M Rajoli

Penyanyi, Zaiton Sameon

Pengurus Busana, Shahrom

Pelakon, Ida Nerina

Pelakon, Azean Irdawati

Penulis/Komposer, Seri Bayu

Wartawan, Karim Sulaiman

Penyanyi/Komposer Veteran, Tan Sri SM Salim

Pelakon Veteran, Neng Yatimah

Pelakon Veteran, S Shamsuddin

Pelawak Veteran, Yahya Sulong

Tabung Bersamamu TV3

Kami akan mengenalpasti lebih ramai lagi penerima sumbangan dengan kerjasama Persatuan Seniman.

Kami juga berhasrat untuk membawa Konsert ini menjelajah ke Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Sabah dan Singapura.


Yang berminat untuk menyaksikan konsert ini boleh hubungi...


603 4295 6888, 6016 221 0369, 6012 2016977, 6013 523 0369

Fax: 603 4280 6977, 603 4295 6222

Email: adibah_noor@yahoo.com Website: www.adibah-noor.com


Monday, March 22, 2010

Badminton!

Pic: Kat Dewan Komuniti Bukit Damansara , tempat bermain badminton setiap minggu!

Haha...salah satu hobi atau sukan kegemaran Adi selain bolasepak dan futsal...Adi juga merupakan peminat badminton..:) Dulu masa sekolah memang paling rajin main badminton..sampai paksa kawan kawan untuk main badminton kalau takde "kaki"...

Pic: Bersama kawan kawan KBMM, Roslin Hashim, Farouk Hussein, me and Budhi.

Masa sekolah dulu Adi pernah mewakili Daerah Kuala Selangor ..kiranya pemain daerah la ni..haha...dan wakil Team Matrikulasi UPM pada tahun 1997 dulu...haha...


Pic: Kenangan manis jadi naib johan Badminton Radio Fest 2009 berpasangan dengan Linda Onn di Stadium Putra Bukit Jalil.

Mungkin darah badminton ni dapat dari abah Adi yang pernah main badminton dulu....dulu abah ada reket yang di sarung pakai kayu...selalu abah letak kat belakang almari untuk mengelakkan anak lelakinya ni ambil reket tu dan buat tangkap pepatung atau rama rama untuk di buat umpan pancing ...hahaha....mungkin disebabkan terlalu terer sangat menghayun pepatung...terus bertukar kepada menghayun bulu tangkis..hahaha...
Pic: Bersama Datuk Lee Chong Wei di satu majlis NIKE di KL

Masa belajar kat UPM pun Adi masih aktif bermain badminton ...walaupun tak menyertai apa-apa pertandingan ..tetapi aktif untuk bermain utk suka suka jer la..kat tengah tengah blok penginapan kat Kolej Zaaba UPM dulu...hahaha....best giler la...

Pic: My racket!!


Pic: Antara reket termahal Adi pernah tengok..bernilai RM2000!! Dushh!!

Pastu masa kat AF dulu , memang Adi berhenti main badminton..adala dalam 3-4 tahun la..sebab sibuk dan takde "kaki"....sejak akhir-akhir ni Adi memang agak aktif kembali bermain. Sanggup drive ke mana saja kalau ada sesiapa yang berhajat..bukan apa..masih lagi untuk kesihatan dan berhibur...yup...time macam ni jer la dapat jumpa kawan kawan dan bersosial....

Pic: Bersama Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Misbun Sidek yang baru pulang dari All England 2010.


Pic: Bersama pingat All England 2010 yang di menangi oleh Lee Chong Wei


Pic: Pingat All England


Lepas 2003 , Adi cedera agak parah kat lutut menyebabkan Adi menamatkan karier main bolasepak ( itu citer pasal bola la pulak nanti)....kecederaan lutut yang teruk! Sampai sekarang Adi tak buat pembedahan lagi untuk baiki lutut Adi tu...Ada orang kata tak payah kacau la....takut lagi teruk ...so sekarang kalau main badminton kenalah ikat lutut tu dengan "knee guard"...kalau tak lari saja la...hahaha....sakit ooo..boleh buat nangis kalau lutut tu "meletup" sekali sekala kalau ganas sangat!!!

Pic: Kaki kena "ikat"

Kalau nak cerita pasal pemain badminton kegemaran, Adi ada banyak pemain pilihan , antaranya Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan, Cheah Soon Kit, Foo Kok Keong, Jalani - Razif, Zhao Jiang Hua, Icuk Sugiarto, Ardi Wiranata ( macam Rafael Nadal dia ni...) Park Joo Bong dan pemain yang mempunyai rambut paling stailo suatu masa dulu iaitu Misbun Sidek la...

Pic: Stadium Juara, Bukit Kiara tempat pemain Malaysia berlatih

Jadi kalau ada sesiapa nak ajak Adi main badminton..jangan segan segan..haha....mana tau kalau Adi ada kelapangan kita boleh berentap la....untuk kesihatan la...bukan utk pertandingan....hahaha..InsyaAllah!!...mari kita SMASH!!!

Monday, March 8, 2010

Anugerah Terburuk????

Baru baru ni berlangsungnya Anugerah Razzies 2010 ...sehari sebelum Anugerah Oscar berlangsung di Hollywood....Anugerah Razzies ini adalah untuk yang terburuk!!!! Actually diarang buat Anugerah ni utk suka suka jer....malah Sandra Bullock sanggup naik pentas untuk mengambil anugerah ini sebanyak 2 kali...dan dia juga menang Oscar baru baru ni...hahaha....so tengok la senarai kat bawah ni ok..dan enjoy...untuk suka suka jer....

Worst Picture of 2009:

Transformers: Revenge Of The Fallen

Worst Actress of 2009:

Sandra Bullock
All About Steve

Worst Actor(s) of 2009:

All Three Jonas Brothers
JONAS BROTHERS: THE 3-D CONCERT EXPERIENCE

Worst Screen Couple:

Sandra Bullock & Bradley Cooper
ALL ABOUT STEVE

Worst Supporting Actress:

Sienna Miller
G.I. JOE: THE RISE OF COBRA

Worst Supporting Actor:

Billy Ray Cyrus
HANNAH MONTANA: THE MOVIE

Worst Prequel, Remake, Rip-off or Sequel
(Combined Category for 2009):

Land of The Lost
(UNIVERSAL PICTURES)

Worst Director:

Michael Bay
TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN (AKA TRANNIES, TOO)

Worst Screenplay:

Transformers: Revenge Of The Fallen
WRITTEN BY EHREN KRUGER & ROBERTO ORCI & ALEX KURTZMAN,
BASED ON HASBRO’S TRANSFORMERS ACTION FIGURES
Special 30th RAZZIE®-versary Awardz

Worst Picture of the Decade:Battlefield Earth
NOMINATED FOR 10 RAZZIES® / “WINNER” OF 8
(INCLUDING WORST DRAMA OF OUR FIRST 25 YRS)

Worst Actor of the Decade:Eddie Murphy
Worst Actress of the Decade:Paris Hilton


Thursday, February 18, 2010

Promosi Mr Potato di JB!!

SABTU 6 FEB 2010

Mak aiii cepat giler dah bulan Feb....hadus...tak tahu nak cakap apa la....haha...mulai bulan Feb ni Adi akan menjelajah bersama Skuad Era untuk mempromosikan Mr Potato...

Dan hari ni Adi ke JB untuk mempromosikannya...


Memandangkan Adi malas nak bermalam di JB maka trip ni kiranya balik hari la..Adi fly pagi dalam jam 730 pagi dan balik ke KL dalam jam 930mlm...actually nak pergi lambat sikit...tapi takde flight tgh hari...so yang masih ada kekosongan adalah sebelah pagi...

Promosi ni kitarang lakukan kat Danga Bay dalam jam 440ptg......

Bob (Skuad Era Selatan) telah ambil Adi kat Senai...di sebabkan masih awal sangat maka Bob cadangkan makan kat Plaza Angsana, di mana kat sana ada seorang pendengar ERA yang sangat setia menjalankan perniagaan makanan gerai seperti Laksa Johor dan juga mee rebus..


Pic: Terima kasih Kak Shila yang sediakan makanan ni...Alhamdulillah!!

Pemilik gerai ni adalah Kak Shila...terletak kat Plaza Angsana, rupanya si Bob ni dah bangi tahu kat Kak Shila yang Adi nak datang....Bila sampai jer kat gerai dia...semua dah tersedia...hahaha...siap ada alas meja istimewa...hahaha...segan lak Adi....Makanan yang di sediakan pun banyak giler...boleh cukup utk 6 orang..tapi yang nak makan cuma Adi dan Bob saja..alahai...terpaksala ajak Kak Shila dan juga As ( Skuad Era JB) join kitarang...
Kalau nak tahu masa Mawi kawin kat Kulai dulu..Kak Shila ni la yang buat kateringnya.


Pic: Laksa Johor yang pekat!!!Best!!

Pic: My Favorite!!! Mee Bandung!!

Lepak lama jugak la kat Gerai Kak Shila ni...adala dalam satu jam setengah kat sini....hahaha..makan sampai kembung...terima kasih la kat Kak Shila yang sudi bagi Adi dan Skuad Era makan......free lak tu....hehehe..

Lepas makan Adi ajak Bob dan As pergi jalan jalan kat Danga Mall....takde benda la sangat...memandangkan ada 2 jam lagi sebelum buat promosi Mr Potato..so kitarang pergi urut kaki....hahaha....refleksologi...Adi kerap juga pergi urut kaki ni..kalau kaki sakit pasal badminton atau futsal...kenalah juga betulkan kaki yang dah kondem tu...so memang takde masalah la...hahaha

Tetapi si Bob dan As ni tak pernah urut kaki...jadi bila time tukang urut tu sentuh tapak kaki...diarang dah mengekek!! Ketawa tak tahan.....hahaha...geli katanya...habis meronta ronta..kesian si tukang urut tu....sampai kena marah dengan tukang urut tu ..dalam bahasa Thai...hahaha...kitarang pun tak faham...tapi kitarang ketawa jer....untuk mengelakkan geli..si Bob telah purak purak membaca suratkhabar..manakala si As pulak terpaksa tekap muka kat bantal untuk menahan geli...hahaha...poyo giler.....Adi lak...tukang gelakkan diarang la....sampai krem perut sebab ketawa....


Pic: Muka Bob menahan geli...hahaha...tak boleh blah!!!!


Pic: Bersama Bob dan As ( Skuad Era JB)

Lepas jer habis buat promosi ....Adi belanja Skuad serta beberapa pendengar ERa kitarang "medang"...atau minum petang kat Singgah Selalu kat depan tempat kitarang buat promosi...Alhamdulillah ramai yang datang ke acara promosi ini..terima kasih orang JB...and terima kasih jugak kat Bob dan As yang sama sama bekerja hari tu...yeah!!!..Jumpa lak kat Penang nanti pada 27 Feb ini....:)

Pic: Minum petang dengan pendengar pendengar ERA!!Yeah!!


Tuesday, February 16, 2010

Hari Jadi Farah Aulia

Pic:Aulia potong kek dengan "mbah Edok" (nenek)..

Ingat lagi dengan anak buah Adi yang nama Farah Aulia?..hahaha...12 Feb hari tu dia sambut ulangtahun ke-2 dia...dah besar dah...kejap giler rasanya..Jadi 12hb tu Adi pulang ke kampung untuk menyambut hari jadi dia....habis jer kerja pukul 8mlm terus cari kek kat kedai kek kat Seri Petaling...memang dah rezeki Aulia...dapat juga cekau kek yang tak seberapa la...beli jer terus cabut balik kampung Tg Karang.

Pic: Tak boleh join...so jadi lifeguard jer la..hehe


Pic: Senyuman 2 batang gigi Aulia..

Maklumlah hari ni ramai giler orang keluar membeli belah untuk persiapan Gong Xi Fa Cai...takde parking beb!! Nasib baik sehari sebelum tu Adi sempat membelikan sedikit hadiah untuk Aulia...Walaupun baru berusia 2 tahun, tapi Aulia ni dah petah bercakap, petah dan kadangkala bercakap tak henti henti...i wonder dari mana agaknya dia dapat pengaruh macam tu..hahahaha Banyak juga la si Aulia ni dapat hadiah ..maklumlah anak buah yang pertama...

Keesokkan paginya Adi duk temankan si Aulia ni mandi kat kolam baru dia....hadiah harijadi dia la....Adi nak masuk sekali, tapi "mbah Edok" tak kasi ......nanti takut pecah kolam tu...hahaha...so Adi duduk kat tepi la...(sambil kaki ..kuis kuis simen...tak puas hati...hahahaha..) Lama jugak la budak Aulia ni berendam...Kolam lama dah pecah...sebab over use....hahaha...

Pic: Aulia nak pergi kenduri dengan baju baru dan handbeg hadiah hari jadi..:)

Jadi sayang-sayangkan anak anak kecil kita kat luar tu yer...baru baru ni sedih bila baca kes kes buang anak..sampai ada yang membakar baby tu..dan juga yang di biarkan bayi tu sampai di kerumuni semut....alahai....kenapa la jadi macam tu...GERAMMM!! sangat Adi bila dapat tau benda benda macam tu terjadi kat negara kita ....hmmm....

Kepada Aulia...semoga sihat selalu, jadi budak pandai..dan juga jangan nakal nakal ok!!!..Nanti Ayong belanja coklat!!!!!hehehe...