Friday, November 25, 2011

Adi di AIM18

Pic: Bersama Kak Ramlah Ram

SABTU 12 NOV 2011

AIM ke 18 berlangsung hari ni di Stadium Putra Bukit Jalil dengan tema "Glamour dan Bergemerlapan". So hari ni kenalah melaram dengan baju "glamour" la. Adi memang malas nak pergi majlis majlis yang bertema ni...susah nak cari baju..nasib baik Adi ada suit yang dah lama beli tapi jarang di pakai ....hmmm...takut suit tu kecik lah pulak memandangkan tubuh ku yang dah semakin "tebal" ini!!

Pic: Tempat duduk Adi

Alhamdulillah suit itu muat lagi , cuma seluarnya sahaja yang agak ketat sikit....dulu kaki bunting padi..nowdays dah jadi bunting gajah.....hehehehe....orang lain dok sibuk mencari penaja, Adi lak malas nak pikir pasal baju ni....leceh...ahhh pakai jer apa yang ada....

Pic: Diana Daniele

Walau macam mana sekali pun kenalah kelihatan kemas sebab Adi akan melalui karpet merah dan juga menjadi penyampai anugerah bagi salah satu kategori dalam AIM18 ini . Kategori tersebut ialah "Lagu Berbahasa Melayu Terbaik yang dinyanyikan oleh Artis Luar". Dan pemenangnya ialah Rossa menerusi lagu "Ku Menunggu"


Pic: Adi dan Dina.

Pic: Dina, Marsha, me and Alif Sattar


AIM kali ni walaupun simple tapi taklah membosankan ....terutama sekali dengan persembahan hebat daripada artis artis yang membuat persembahan pada malam ini. Paling menarik adalah persembahan pembukaan yang menarik daripada Najwa yang menyanyikan lagu lagu medley. Sedapsangat Najwa nyanyi lagu "Seri dewi Malam"....pastu gabungan Ning Baizura, Sheila Hamzah dan Jaclyn Victor memang power!!

Pic: Me with Sheila Hamzah

Seronok gak la dapat jumpa artis artis meletup kat AIM18 ni. Entah bila la Adi pulak yang tercalon kat AIM kan?..hahaha...produk takde macam mana nak tercalon....hahaha..

Pic: Nak ditemuramah dengan Diana..Cantik giler si Diana ni...


Pic: Bersama Fadzli dari Kump PADI !! Ingatkan kumpulan Padi yang menang...rupanya org lain...



Walaupun banyak kontroversi yang berlaku sebelum ini , akhirnya AIM18 berjalan dengan lancar , kecuali kontroversi di mana Yuna terpaksa mengembalikan kemenangannya menerusi Lagu Terbaik: Penakut ...setelah pihak penganjur mendapati kesilapan dari segi Audit. Pemenang yang baru untuk Lagu Terbaik AIM18 ialah lagu "Sedetik Lebih" , nyanyian Anuar Zain. hmmm..mcm mcm la...


Pic: Persembahan pembukaan yang hebat dari Najwa.


Pic: Me with Upin dan Ipin...Sahabat Selamanya!!! Ni kat belakang pentas sebelum naik membarikan anugerah...


Habis jer majlis , Adi terus balik walaupun ada majlis lepas anugerah tu..malas nak lepak...lagi pun seluar ni sendat la....kang terkoyak kang..sapa yang susuah?...Pakcik ni jugak yang susah dan malu nanti...hahaha...oklah tahniah yang menang..dan yang tak menang , mungkin lain masa, korang pulak akan menang....:)

U-DJ ERA...pendengar Era jadi penyampai radio...cool!

Pic: Amin dan Ibunya yang menemaninya

Jumaat 11.11.11

Hari ni di ERA FM ada segmen khas sempena hari yang unik 11.11.11. Kami adakan segmen U-DJ..dimana pendengar ERA yang berminat untuk bersiaran bersama penyampai penyampai ERA dikhendaki mendaftar di laman web ERA. Pendaftar yang terpilih akan bersiaran selama satu jam dengan penyampai ERA .

Pic: Bersama Erra Fazira.

Sepatutnya untuk segmen Petang ERA bersama Adi ada 4 orang pemenang. Namun seorang pendaftar ERA tu tak dapat datang sebab keretanya rosak masa on d way nak ke studio ERA. maka hanya 3 orang sahaja yang bersiaran bersama Adi petang ni. Setiap seorang diberi masa selama satu jam untuk menjadi penyampai ERA. Jadi penyampai bukannya senang. Tanya sendiri mereka ini yang mengalami suasana menjadi seorang penyampai radio...hehehe...dulu Adi berlatih selama 6 bulan sebelum keudara secara langsung di radio...(dengan Xfresh FM ) dulu...

Mula mula Adi bersiaran dengan Amin, kat luar studio Amin sangat xcited...tetapi bila berhadapan dengan microfon..Amin jadi kelu...hehehehe.....katanya gugup juga bila nak bercakap...hehehe...takper Min ...pengalaman tu!

U-DJ yang kedua Adi iaalah Erra Fazira..bukan artis tu la..tapi seorang pelajar tingkatan 5 yang nak ambil SPM....katanya malam tadi dia dah berlatih dnegan kakaknya...hehehe....boleh tahan prestasinya....boleh diasah lagi!!

Pic: Bersama Marina.

Manakala peserta U-DJ ke-3 ni bernama Marina. Pernah bercita cita nak jadi penyampai radio...tetapi selepas melakukan tugas di ERA ni katanya ....taknaklah meneruskan niatnya utk menjadi seorang penyampai radio...hahaha...bila ditanya kenapa taknak jadi penyampai radio...katanya dah selesa dengan tugasnya sekarang...hehehe.....jadi penyampai radio sekarang ni tak sesusah jadi penyampai radio zaman dulu dulu....sekarang semua dah tersedia..kalau dulu kena angkut CD masuk dalam studio dan mainkan secara manual tau...hehehehe....

Tahniah kepada semua pemenang, insyaAllah lain kali kita buat lagi U-DJ ni...dapat juga mengeratkan silaturrahim dengan pendengar ERA.


Hobi Badminton Adi



Sabtu 5 Nov 2011

Minggu lepas wartawan Utusan datang untuk mengambil gambar gambar Adi dan kawan kawan bermain badminton. Kami selalu bermain di Dewan Komuniti Bukit Damansara. Sudah 4 tahun kami bermain badminton di sini. Terima kasih kepada UTUSAN yang sudi cover aktiviti Adi bersama kawan kawan ni...hehehe...bacalah petikan daripada UTUSAN Online kat bawah ni...


Kesempatan S3 mengikuti aktivitiAdi atau nama sebenarnyaAdifashla Juraimi baru-baru ini di Pusat Komuniti Bukit Damansara membuktikan bahawa penyampai radio Era ini sememangnya mempunyai minat yang sangat mendalam terhadap sukan badminton.

Menurut Adi, minatnya terhadap sukan tersebut sudah mula berputik sejak kecil lagi.

"Saya dan sukan badminton ini memang tidak dapat dipisahkan.

"Kalau diingatkan kembali pengalaman saya masa kecil-kecil dahulu, saya pernah menyelinap keluar dari rumah pada waktu malam semata-mata untuk bermain badminton.

"Bukan sekali dua, malah boleh dikatakan jika ada sahaja kawan yang mengajak, saya akan keluar.

"Tapi perlu berhati-hati kerana jika pagar rumah berbunyi ketika saya hendak keluar, nanti mak dan ayah terjaga pula," katanya sambil ketawa mengingatkan kembali zaman kanak-kanaknya.

Menurut Adi, dia mula bermain badminton bersama rakan-rakannya di pusat komuniti berkenaan sejak tahun 2007 lagi.

Baginya, selain dapat melepaskan gian bermain badminton, aktiviti tersebut juga menyihatkan badan dan dalam masa yang sama dapat mengekalkan stamina.

"Jika tiada apa-apa yang menghalang, saya mesti akan datang bermain badminton di sini.

"Apa yang penting, saya dapat mengeluarkan peluh di samping dapat berjumpa dengan rakan-rakan di sini," katanya sambil mengemaskan ikatan tali kasut.

Menganggap badminton sebagai aktiviti rutin dan satu kemestian baginya, dalam masa yang sama, sebenarnya aktiviti berkenaan turut merapatkan hubungannya dengan rakan-rakan.

Tambah Adi, dia dan rakan-rakan yang lain akan bermain badminton di dewan berkenaan pada setiap malam hari Selasa dan juga Khamis.

"Biasanya, ramai juga rakan-rakan artis yang datang untuk bermain badminton di sini.

"Azrul Raja Lawak dan Serina Ridzuawan juga selalu datang ke sini tapi hari ini mereka tidak dapat datang mungkin kerana ada hal masing-masing.

"Malah, ramai rakan-rakan yang kami kenali dari laman Facebook kumpulan kami iaitu Fun, Happy and Recreation Club, juga akan turut sama datang untuk beradu kekuatan," katanya sambil tergelak kecil.

Sementara itu, pelakon komedi tanah air, Farouk Hussain, 44, yang ada pada malam itu turut menyatakan aktiviti badminton tersebut dapat merapatkan hubungan mereka.

"Kami pernah menganjurkan perlawanan amal dengan kumpulan Wings dan dalam masa yang sama turut menderma untuk disalurkan kepada tabung Palestin.

"Jadi, di sini jelas sukan badminton ini bukan sekadar aktiviti riadah malah turut menyumbang kepada sesuatu yang positif," katanya.

Setelah empat tahun beraksi bersama di gelanggang badminton, kehebatan Adi sememangnya dikagumi oleh pelakon komedi, Farouk selaku individu yang selalu bermain badminton dengannya.

Menurut Farouk, Adi merupakan seorang pemain yang boleh diharapkan lebih-lebih lagi dia juga pernah menyertai beberapa pertandingan.

"Setiap kali saya beregu dengan Adi, memang terasa kehebatan dia.

"Saya pun kadang-kadang turut belajar sesuatu yang baru dengan dia.

"Kiranya, dalam satu pasukan itu, Adi memang individu yang boleh diharaplah," katanya mengakhiri bicara sambil bersiap sedia untuk memulakan perlawanan badminton.


Carta Lagu Tempatan 11.11.11


Jumaat 4 Nov 2011

Hari ni Adi ada rakaman untuk Carta lagu lagu Tempatan untuk di tayangkan pada 11.11.11. Lama tak buat tv recording..happy jugak bila buat chart show ni...terutama sekali bila dapat bergandingan dengan Hazama...

Pic: Sambil touch up..sambil rehearsal...

Seronok bekerja dengan Hazama sebab dah lama kenal dia , dan dia adalah bintang yang sempoi dan bersederhana...tapi selalu cuba memberikan yang terbaik...samalah macam tugas hari ni...walaupun mungkin pengalaman baru utk Hazama mengacarakan satu rancangan tv...hasilnya memang tak mengecewakan....malah kelakar jadinya...


Carta ni menampilkan 11 lagu lagu tempatan yang terbaik yang dipertontonkan di Hitz.TV kat Astro. Harap harap korang terhiburlah dengan aksi aksi kami..Terima kasih juga pada Hitz.TV yang mengundang Adi untuk mengacarakan carta ini....yipppiii!!!!


Melawat Aktres Azean Irdawati



Khamis 3 Nov 2011

MMinggu ni Adi bercuti seminggu, jadi dapatlah bersama geng Hero Malaya pergi melawat aktress Azean Irdawati di rumahnya di Damansara. Hari ni dia baru keluar daripada hospital, jadi inilah masa yang terbaik untuk melawat dia.


Pic: Gambar terbaru Kak Yan

Sampai di rumahnya dalam pukul 5ptg, terus kami menemui Kak Yan di tingkat atas rumahnya. Dia nampak cukup bertenaga dan ceria walaupun suaranya agak perlahan...tapi dia nampak kuat...lain daripada apa yang Adi bayangkan....


Kak Yan menghaapi kanser peringkat ke- 4. Jadi dia memerlukan banyak rawatan dan juga kos untuk menampung rawatan tersebut. Kak Yan akan berada di rumah dan akan di bantu oleh 2 org jururawat dari hospital. Kak Yan kata dia tak suka tengok orang yang dtg jenguk dia dalam keadaan sedih atau menangisi keadaannya.....

Pic: Tempat kerja Kak Yan

Kak Yan kata walaupun dia sakit, tapi dia tetap menjalankan perniagaan dari rumahnya , dia buat jualan langsung ...Kalau tengok kat katil dia , turut tersedia alat tulis dan juga buku buku untuk dia bekerja dari tilam sahaja....hebatkan semangat Kak Yan...namun jauh disudut hatinya dia cukup merindui anak lelakinya iaitu Benjy yang sedang ditahan di Pulau Pinang katanya....dia nak sangat nak bertemu dengan anak lelaki nya itu....InsyaAllah....

Pic: Semua orang sdg mendengarkan Imran Ajmain menyanyikan lagu utk Kak Yan

Dalam kunjungan ini juga Kak Yan meminta Imran Ajmain untuk menyanyikan lagu "1000 Tahun" khas untuknya.....jadi utk tidak menghampakan permintaan Kak Yan, Imran Ajmain pun menyanyikan lagu tersebut secara Live....perghhh ..sayu jer dengar!!


Kak Yan mengalu alukan bantuan daripada sesiapa yang sudi untuk membantunya..Alhamdulillah Hero Malaya dapat menyumbangkan RM20 000 untuk Kak Yan...semoga seba sedikit akan membantu Kak Yan..dan di harapkan dia akan cepat sembut....

Pic: Me with Kak Yan

Pic: Petikan Berita Harian keesokkan harinya...

Lepak rumah Pak Nil...

Pic: kambing..ohh kambing..


AHAD 30 OKT 2011

Pak Nil tetiba mesej dua hari lepas.....

"jom lepak sama - sama kat rumah Pak Nil Ahad ni...rindu kat korang semua..PakNil buat kambing golek"....

Ahh memang pantang kalau Pak Nil ajak makan tak pergi...hehehe...so hari ni dapatlah melepak ngan Pak Nil dan keluarganya dan keluarga "Hero Malaya" Kitarang ni....

Adi sampai dalam pukul 3:30ptg gak la..antara yang terlambat..hahaha...makanan memang banyak giler!!


Si Zahid dah berkaraoke dah..perghh ...kelakau la pilihan lagu ko Zahid....mengarut!! but itulah Zahid..versetile.....hehhehe...mana taknya , lagu org org tua pun dibalonnya...Antara yang datang ialah Iqram, DJ Nas-T, Zahiril Adzim, Erry Putra, Riz, Farish dan kaum kerabat yg lain la...ramai gak la..


Pic: Zahid dengan Farish tgh buat sarkis...hahaha...terlebih gula...


Lepas makan makan kitarang berkaraoke lagik..sempat berduet dgn Pak Nil ..hahaha..lagu Jay Jay ngan Dayang Ku Intan "Mawar Pudar warna"...kah kah kah kah...Pak Nil biasala, dia pasti akan ambik part suara pompuannyer ...sebab suara dia tinggi maaa....hehehe


Sejak lepas Riuh Raya Erathon hari tu, Pak Nil dah sibuk dengan teater NORA nyer..lepas tu dia ke Sabah utk Sabah Tourism....baru sekarang la dia ada kelapangan untuk berehat...patutnya dia boleh ambil masa ni utk berehat jer ngan keluarga....tapi still nak buat acara makan makan ni....agaknya cukup ker rehat si Pak Nil ni......kagum la!!!

Pic: Bergambar reramai...

Kitarang ni lama gak tak bertemu..so bila dah berkumpul mcm ni..masing masing pun enjoy tak ingat la..haha...borak borak..gossip..hahaha....

Pic: Ni tgh berduet dgn bob lagu "Lagu Untuk Mu" nak terkincit di buatnya...hahaha


Dekat maghrib juga kitarang beransur pulang...terima kasih Pak Nil sebab buat makan makan ni...next time kita buat lagi ok...hehehe...balik rumah siap bawak balik lagi makanan tu..hehehe

Pic: Pak Nil dan baby Riz nya....nyanyi lagu Yank!! hehehe...


Friday, November 11, 2011

Pelangi Petang


Jumaat 28 Okt 2011

Bukan selalu dapat tengok permandangan yang menggagumkan , lebih lebih lagi kalau dekat opis ...ptg Jumaat ni hujan turun dgn lebat....tapi sebelum tu kelihatan pelangi yang cantik sekali!!!
double rainbow.....ramai gak yang terpacak kat tepi tingkap...layan emosi agaknya....:)


Pic: Sebelum hujan turun..


Pic: Bila hujan semakin lebat..ia pun semakin hilang.....

Jumpa Dentist!


Khamis 27 OKT 2011

Isnin lepas Adi pergi ke dentist kat Puchong ni sebab nak buat scaling. Iaitu bersihkan sekeliling gigi daripada tartar dan juga kotoran. Dah lama tak buat scaling ni....habis berdarah gusi ....Scaling ni takde la sakit, cuma kekadang rasa ngilu jer......entah, sesetengah orang akan rasa sakit ...tapi nasib baik Adi takde perasaan itu..actually suka giler buat scaling ni. Sebab kita boleh rasa semua kotoran kat celah celah gigi tu hilang lepas tu......rasa mcm banyak gua kat dalam mulut lepas scaling...hahahha

So hari ni Adi datang dentist lagi...kali ni nak tampal gigi lak. Hari tu dentist tak kasi tampal gigi sebab gusi berdarah ...so hari ni buat 3 tampalan...2 kat gigi depan dan satu kat gigi geraham....



Pic: Sedang menghilangkan nervous...


Proses menampal agak lama jugak la, yang paling Adi terkejut bila dentist "menggerudi" gigi depan Adi sehingga jadi bulat berlubang...hahaha....bayangkan diantara 2 gigi arnab Adi ni ada lubang bulat kat tengah tengah...hahaha...kelakar wei...Actually Adi dah panik dah bila dentist tunjukkan cermin dan melihat gigi depan Adi berlubang cam tu....hahaha....


Pic: Seronok agaknya dentist ni menggerudi gigi depan ku...


Lepas tu dentist pun sambung balik kerja dia...lepas setengah jam.....wallaaaaa.....lubang tadi dah hilang......perghh magic giler....puas hati dengan hasil kerja dentist ni.....oklah , Gigi geraham pulak ada lubang besar...Dentist terpaksa korek..memang besar lubangnya...perghhh..lepas kena tampal..dentist kata takleh makan benda keras keras...dan lepas gosok gigi, kena kumur kumur dengan listerin dan juga buat flos gigi sebelum tidur...:)

lepas ni nak putihkan gigi yang semakin menguning ni....agak mahal juga nak buat whitening ni.....sabor jer la....hehehe....


Pic: Proses mengeraskan tampalan....


Kapal Terbang ku....:)



Akhirnya dapat juga Adi ambik replika kapal terbang ATR dari Fireflyz ni yang Adi pesan dari kawan Adi. Entah kenapa tetiba nak beli model kapal terbang ni....seronok gak dok pasang kapal ni satu persatu.....saja nak letak kat meja kerja Adi kat dalam bilik ni.....hehehe...cantik kan?!! Sapa nak naik kapal terbang...nanti Adi bawak ok...hehehe



Sunday, November 6, 2011

Bertemu Ben Spies dan Karnival Petronas Motorsports


Pic: Ben Spies tiba!

SELASA 18 OKT 2011

Hari ni Adi ke KLCC untuk lepak kat Karnival Petronas Motorsports . Memandangkan hari ni hari bekerja , memang tak ramai sgt orang. Adi just lepak kat gerai Petronas Motorsports sambil layan permainan games mereka sediakan tu.

Kat Karnival ni juga ada jualan motorsikal Yamaha dan juga produk Petronas dan juga cenderahati bagi pasukan MotoGP Yamaha Petronas dan Pasukan Petronas Motorsports.


Rabu 19 OKT 2011

Adi berpeluang bertemu dengan Ben Spies yang datang kestudio Hitz.FM untuk di temuramah....Ben Spies ni kira belum meletup sgt kat MotoGP...tapi dia ni dah kira legend la kat peringkat Superbike Dunia. Sebab dia pernah menjadi juara dunia beberapa kali!!! Cuma kat MotoGP ni dia kena lebih agresif untuk menang seperti di SBK dulu!!

Pic: Adi dan Ben Spies


Pic: Motorsikal Yamaha M1


Pic: Motorsikal Milik Jorge Lorenzo yg sama juga digunakan oleh Ben Spies


Pic: Motorsikal Milik Jorge Lorenzo yg sama juga digunakan oleh Ben Spies


Pic: Permainan games motorsikal yang disediakan


Pada masa yang sama juga Adi dapat bertemu dengan 2 pelumba wildcard yang akan membawa cabaran Malaysia dalam MotoGP dalam ketegori Moto2 ...iaitu Zamri Baba dan pelumba muda Hafizh Syahrin yang baru berusia 17thn. 2 hari lepa Adi sempat menyaksikan mereka berlumba untuk perlumbaan peringkat Asia di China.(tgok kat tv jer) ....Zamri Bab dapat no.3 manakala Hafizh dapat no5...not bad!!!

Pic: Me with Zamri Baba and Hafizh Syahrin


Pic: Motorsikal yang digunakan oleh Zamri Baba dan juga Hafizh 600cc


Pic: Yamaha R6

Walaupun Adi takde motorbike lagi, tapi impian untuk memilikinya satu hari nanti tetap membara..insyaAllah..terima kasih kepada Petronas Motorsports yang menjemput Adi utk sama sama memeriahkan Petronas Motorsport Carnival .