Sunday, August 31, 2008

Selamat Berpuasa..


Adi ucapkan selamat menyambut ramadhan, semoga kita sama-sama boleh mengambil kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan kita yang mungkin selama ini kita tertinggal, terlupa, terabai, tertangguh dan banyak lagi alasan-alasan yang ada. Setahun cepat berlalu dan Ramadhan datang lagi..Alhamdulillah..kita masih di sini!!!

Friday, August 29, 2008

Selamat Pengantin Baru Aimee

28 Ogos 2008 Khamis
Pic: Azril dan Aimee

Yer, penyampai Era iaitu Aimee telah selamat melangsungkan majlis perkawinan bersama suaminya tercinta, Azril. Majlis berlangsung dirumah Aimee, Adi baru tahu rupanya Aimee ni anak yatim, jadi malam pernikahannya ni telah di sempurnakan oleh adiknya sendiri. Jarang dapat tengok adik nikahkan kakak. Yup!

Adi sampai dalam pukul 830malam. yes malam Jumaat majlis ni diadakan, katanya nak ambil berkat malam jumaat selain itu , buat majlis tahlil dan juga tarikh tu sendiri yg unik iaitu 20.08.2008. Menarik juga yer.

Walaupun majlis nya sederhana, tetapi ramai yang datang, Penyampai Era yang dtg majlis ni ialah Adi, Pak Tam , Linda Onn, dan juga Ray, tak tahu la kalau penyampai yang lain dtg kemudian. Sebab adi kat rumah Aimee pun tak lama. Lepas tu lepak ngan Ray kat Petronas sebelah rumah Aimee dan borak sampai pukul 1130mlm..hahaha...terus Adi balik ke Tg karang!! Selamat Pengantin Baru kat Aimee, semoa berbahagia ke anak cucu!!


Pic: Pengantin baru dengan Penyampai Era FM yang lain.

Era 10 tahun penuh gemilang

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin
serima@bharian.com.my


CELOTEH: Kieran, Adi dan Nana berkomunikasi dengan peminat.

Temui pendengar setia di 10 lokasi sebagai tanda terima kasih

MERAIKAN ulang tahun ke-10 penubuhan stesen radio Era, stesen radio nombor satu di Malaysia sejak sekian lama itu memilih untuk meraikannya 10 tahun penuh gemilangnya bersama peminat menerusi siri penjelajahan.

Sebagai menghargai sokongan pendengar sehingga Era mengecap kejayaan seperti sekarang, stesen radio itu mengadakan siri Jelajah Era di 10 lokasi sama dengan usianya.

Siri jelajah Era itu dimulakan di Batu Pahat, Johor pada 18 Julai lalu. Kemudian penjelajahan diteruskan ke Port Dickson, Seberang Perai, Taiping, Ipoh, Kuala Selangor, Kuala Terengganu dan Kuantan.

Baru-baru ini, iaitu pada 15 Ogos lalu, Era singgah ke destinasi kesembilan mereka di Giant Hypermarket, Nilai, Negeri Sembilan. Selain berpeluang bertemu dengan penyampai hangat Era seperti Kieran, Nana, Aznil, Linda Onn, Reza, Aimee, Ray dan Adi, pendengar juga dihiburkan dengan persembahan artis jemputan.

Tentu sekali peluang keemasan itu tidak dilepaskan apabila artis popular tanah air turut dibawa bersama untuk menghiburkan pengunjung yang datang. Mereka bukan sekadar menghiburkan penonton dengan sebuah lagu tetapi setiap artis yang terbabit benar-benar memuaskan hati penonton dengan mendendangkan empat hingga lima lagu.

Juara musim kelima, Mila menghiburkan penonton dengan rangkaian lagu popularnya iaitu Persis Mutiara, Aku Lebih Tahu, Mila Bila Cinta dan Pudar. Elyana pula memilih tiga buah lagu popularnya Tak Tercapai Akalmu, Kau atau Aku dan Kalis Rindu untuk dipersembahkan kepada penonton.

Kumpulan underground yang semakin mencipta nama, Meet Uncle Hussain pula memukau pengunjung dengan lagu Hilang, Lalala Kerjalah, Pari Pari di Bawah Angin, Pura Pura dan Lagu Untukmu. Sementara sebuah lagi kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 6ixth Sense pula mendendangkan lagu Tanpa, Hari Ini dan Semalam, Hikayat Cinta, Tak Bisa Memilih serta Kita Boleh.

Empat anak muda yang dikenali sebagai Kristal pula memukau penonton dengan lagu rancak seperti SMS, Sejati, Puteri Cinta Hati, La Obe dan Memburu Rindu. Sebelum dihiburkan dengan persembahan artis popular, pengunjung tiba lebih awal mengikuti aktiviti Perodua Viva Motorcraze yang dibawakan khas Perodua selaku penaja.

Pengurus Rancangan Era, Rostam Said, berkata penjelajahan yang pertama kali diadakan ini adalah tanda terima kasih Era kepada peminat yang menyokong stesen radio mereka sehingga mencapai usia sedekad.

RIUH: Peminat yang membanjiri Giant Nilai tidak mahu melepaskan peluang bersalaman dengan Nana.

“Era berasa sangat berbesar hati kerana dapat meluangkan masa bersama pendengar di semua tempat yang kami lawati. Pengalaman kami melihat reaksi dan sambutan pendengar cukup mengharukan. Saya mewakili warga Era ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pendengar dan kami akan terus berusaha untuk memantapkan stesen kami agar kekal menjadi nombor satu di hati mereka,” katanya.

Era mengakhiri penjelajahan mereka pada 17 Ogos lalu di AEON Bukit Tinggi, Klang. Meskipun bermula jam 8.30 malam, namun konsert jelajah berkenaan tetap berjaya menghimpunkan kira-kira 9,000 penonton. Artis yang menghiburkan penonton di Klang pula adalah Mila, Meet Uncle Hussain, Elyana, Hujan serta Jinbara.

Penyampai Era yang selama ini hanya berceloteh di corong radio turut menyumbangkan suara mereka untuk menghiburkan penonton yang datang memberikan sokongan.


Tamatnya Jelajah Era bersama Perodua Viva

AHAD 17 Ogos 2008

Hari ni secara rasminya berakhirnya konsert jelajah Era keseluruh negara, dan banyak juga antara kenangan-kenangan yang kami tak dapat lupakan sepanjang siri jelajah ini. hehehe..ada yang manis, ada yang pahit dan macam -macam lagi lah!.Antara peristiwa sebalik tabir yang mungkin anda tak tahu pasal siri jelajah ini ialah.

1- Pak Tam jadi bahan gelak gara-gara naik bot pisang kat PD..dan apabila bot pisang terbalik di tgh laut..kami semua tercampak, dan apabila nak naik semula ke atas bot pisang tu...semuanya berjaya ...kecuali Pak Tam..hehehe...Kiran kata kat abg driver bot tu.."Bang kita seret jer sampai tepi pantai!!! ..hehehehe..

2. Masa naik bot pisang yang sama, Nana telah cedera mulutnya , sampai berdarah kerana terhantuk seseorang..tapi sekor -sekor tak nak mengaku...yang penting bukan Adi yang buat yer..sian Nana, mulut dia terus bengkak .

3. Budak yang paling baik sepanjang jelajah ini ialah....Adi!!! yer...sebab lepas konsert pukul 1130mlm mesti dah terbongkang tido kat hotel...penyampai yg lan ada yg keluar makan, atau lepak..tapi Adi tido!!!..hahaha..penat beb!!

4. Masa nak buat konsert kat K.Selangor..krew Era duduk kat sebuah rumah rehat di sabak Bernam sebab ..baru sampai dari Ipoh....punyer la jauh dari penginapan nak ke lokasi konsert adalah dekat 60km...tak pernah di buat orang! Ini adalah gara-gara hotel /rumah tumpangan di K.Sel dah penuh.!

5. Masa kat Sabak Bernam, semua ahli rombongan terpaksa berpindah dari rumah tumpangan kehotel lain...di sebabkan semua merasakan ada "sesuatu" kat rumah rehat itu....ayoo takutnya...

6. Taiping adalah lokasi yang paling ramai dan happening sepanjang jelajah Era ini.

7. Klang merupakan lokasi paling hebat dengan sambutan pengunjung dan pendengar ERa..memang best giler layan artis-artis yang buat persembahan di tambah dengan penonton yang agak agresif!! Yeah!! Enjoy!

8. Reza adalah penyampai Era yang paling sedikit menyertai jelajah Era ini, disebabkan jadual nya bertindan dengan Gempak Selebriti Astro.

9. Apabila konsert berlangsung! ramai orang memanggil penyampai Era, ingatkan nak salam atau bergambar..tetapi rupanya.....NAK T-SHIRT!!!! hehehehe..

10. Masa kat PD ,kitarang makan durian kat pasar malamnya..masuk minggu kemudiannya beberapa ahli rombongan Jelajah Ea ada yang demam sebab makan durian..hahaha..panas..

11. Kat Nilai, Adi beli durian , dan makan seorang, sebab org lain tak berani makan, nanti demam..khemah belakang pentas bau durian..hehehe...sorry kawan-kawan!!

12. Kat Taiping memang best! sebab kami pergi ke Zoo Safari taiping..tengok tenuk!!Yeahhh!!Sayangnya Badak sumbu dah tido awal...cesss

13. Masa ke Kuala terengganu, kami kena naik bas...mak aiii..lamanya nak sampai, sebab banyak kali berhenti...bertolak pukul 10 pagibertolak, pukul 630 ptg sampai ke K.Terengganu, sampai kat sana terus buat konsert! HUHUHU..penat ooo..

14. Sepanjang jelajah, kami makan sedap-sedap...tapi cuma Ray sahaja yang tak makan..sebab dia diet..kena turunkan 20kg...sian Ray...

15. SERONOKKK!!! dapat jumpa pendengar ERA!!!!! Terima kasih!!!


Hahaha..itulah antara serba sedikit catatan sebalik tabir sepanjang konsert Jelajah Era ini...hahaha....terima kasih kat semua pendengaEra yang turut serta!!

http://adifashla-selamanya.blogspot.com

Wednesday, August 27, 2008

Siapa nak pergi ke CAMP ROCK!!

Seperti yang Adi janjikan, Adi berjaya juga mendapatkan pass untuk menyaksikan tayangan eksklusif Disney's CAMP ROCK yang akan berlangsung pada

Tarikh : 6 September 2008 (Sabtu)

Masa: 3ptg - 6ptg!

Tempat : GSC PAVILION, KL

Terdapat juga permainan dan hadiah eksklusif CAMP ROCK bakal menjadi milik anda.

Ok setiap pemegang/pemenang pass ke Tayangan Eksklusif CAMP ROCK ini juga boleh mambawa 3 lagi ahli keluarga/rakan untuk turut serta ke tayangan ini! Jadi satu pass adalah untuk 4 orang termasuk anda!

Disebabkan pass adalah terhad, Adi akan pilih berdasarkan siapa cepat dia dapat dan yang betul betul nak datang ke tayangan ini , di sebabkan tempat memang betul-betul terhad.
Filem ini akan di tayangkan dalam 2 versi iaitu versi English dan Bahasa Melayu...Korang boleh pilih.

Jadi sesiapa yang berminat emailkan butir peribadi anda, nama penuh, IC No. dan juga nombor untuk dihubungi...emailkan kepada Adi di

-fashla@yahoo.com atau ke
-adi@era.fm

Kemudian pemenang tersebut akan di hubungi menerusi email oleh pihak Disney dan korang kena print email tu untuk di tukarkan dengan pass pass untuk tayangan eksklusif filem CAMP ROCK ini..Goodiebag akan di berikan apabila korang mendaftar nanti di kaunter pendaftaran pada hari tersebut!!

ok ..hantar email sekarang dan bersama Adi, Farah, Amylea, Syawal dan juga Rizz untuk CAMP ROCK!!!. Jumpa kat sana!!!

Tuesday, August 26, 2008

Aulia Demam...

ISNIN 25 OGOS 2008


Pic: Aulia demam kuat, gambar MMS dari ibunya!

Anak buah Adi masuk ke dalam hospital sebab demam kuat! Alahai....dia kena tahan kat Hospital Pantai Indah kat Pandan Indah. Farah Aulia ni baru berumur 6 bulan,.habis nenek-nenk dan atuk Aulia kat kampung turun KL..Adi la jugak yang bawak diarang..hehehe..
Actually mak Aulia ( Adik Adi) ada sms Adi pagi tu katanya Aulia demam, sekali tgh hari dapat sms lagi katanya Aulia masuk wad lak..aisyehh..dah gelabah pak Long nyer ni..hahahaha..nak terus pergi..tapi kena tunggu mak dan Abah dari kampung datang ke KL..kena ambik diarang kat Damansara jer..parking umah Aulia. Sampai kat hospital dlm jam 530 ptg!

Pic: Aulia buat muka monyok walaupun di dukung oleh neneknya.

Kesian kat Aulia, katanya asyik nangis sampai menjerit jerit kata ibunya. disebabkan kahak yang bertakung dalam paru -parunya. Doktor kata penyakit ni berjangkit dari rumah nursery..ok dont get me wrong, bukan Adi nak salahkan rumah nursery tu..yer la sebab bebudak kan ramai dalam tu..agak susah lah jugak nak jaga kan?!!





Adi duduk kat wad sampai jam 11malam..hahaha..sampai tertidur atas tilam Aulia lak..hahaha..sebab walaupun Aulia ni demam, tapi dia ni lasak, nak dukung jer kerjanya..hahaha.


SELASA 26 Ogos 2008


Pic: Aulia dapat banyak mainan baru!!

Pagi ni Mak Aulia sms Adi, katanya Aulia baru jer kena sedut kahaknya, meraung Aulia katanya, alahai kesiannya...terus Adi keluar rumah gi Midvalley , carik mainan untuk Aulia, lama jugak la terperuk kat kedai mainan baby kat sana...hahahaha..makan kejap dan shopping sikit..dan hasilnya!!!..





Seronok bila dapat tengok Aulia happy dengan mainan barunyer...hehehe


Pic: Cepat baik Aulia!!!

Petang ni nam[aknya Aulia dapat tidur lena , dan agak ok sikit la , walaupun masih lagi lemah dan demam, apa-apa pun cepat sembuh yer Aulia, nanti Pak Long bawak jenjalan!!

P/s: Ni baru anak sedara..kalau anak sendiri cam mana la agaknya yer?..hahahahaaha!!!
(mak aku mesti gelak kalau baca statement ni!! hahahaha)

Monday, August 25, 2008


AstroLife and Disney Channel bring you an exclusive opportunity to be the first to catch CAMP ROCK -
the most rocking Disney Channel Original Movie yet!

Disney’s Camp Rock preview screening details:-
Date : 6th September 2008 (Saturday)
Venue : GSC Cinemas, Pavilion Kuala Lumpur
Time : 4.00pm
You can also catch up with your favourite AF Stars Riz, Amylea, Shawal, Farah & Adi at the preview screening!


Simply answer the question below and complete the slogan as creatively as you can and the first 100 winners will win 4 tickets to the preview screening. Please take note that the premiere screening is available in 2 languages; English and Bahasa Malaysia. Kindly state down your language preference at the contest area below. Hurry, contest ends 24th August 2008. Contest is open to Astro Fun Package Customers only.

Alamak! Dah habis lak pulak, nanti Adi cuba try tanya kalau ada pass lagi...

Aku Nak Hidup Percuma di ERA bersama SHELL

Sabtu 23 Ogos 2008


Pic: Upacara membuka mangga kotak ...berdebar ooo..

Alhamdulillah hari ni terlaksana juga hasrat ERA untuk memberikan RM60 000 kepada pendengar ERA FM yang setia..Majlis mencari pemenang utama untuk AKU NAK HIDUP PERCUMA di ERA telah berlangsung di SACC Mall Shah Alam , Selangor jam 830mlm.


Pic: Penyampai Era tumpang gembira!!

Walaupun ptg ni cuaca kurang baik , malah Selangor sedang menentang Kedah untuk Final Piala Malaysia, dan majlis berlangsung dalam keadaan agak gerimis (event luar) Tetapi ianya tidak menhalang dari 84 peswerta tampil untuk menjadi pemenang hadiah utama kami.


Pic: Bila la nak dapat RM 60 000 sekepuk ni cam Kak Lizah...hmm

Tugas peserta ini amat mudah , dimana, mereka di khendaki ambik atau pilih anak kunci,lepas tu , sapa yg dapat kunci yang betul, akan membuka kotak yang mengandungi duit RM 60 000. Sebelum tu para peserta telah di undi utk dpt nombor giliran masing-masing.

Pic: Kak Nurlizah bersama anak bongsunya!!

Tahniah di ucapkan kepada Kak NurZalizah Bt Abd Karim dari Ampang yang berjaya membuka kotak duit yg bernilai RM 60 000. Dan dia merupakan peserta yg ke 41 dari 84 peserta. Bila akak Liza ni dapat buka kotak, apa lagi menjerit kegembiraan la dia. Kak Lizah ni berjaya menjadi peserta apabila krew Pagi @Era telah mengangkat taliannya..alahai rezeki anak - anak tu kak! Alhamdulillah..Apa apa pun kepada yang nak menang RM 60 000 macam kak Lizah ni..teruskan dengar ERA , sebab kami ada pusingan kedua AKU NAK HIDUP PERCUMA di ERA bersama SHELL..bermula semula muali minggu ini !! Jadi lah pemanggil yg bertuah apabila seruan memanggil di keudarakan bersama penyampai ERA ok!! Selamat Berjaya!!




CARA- CARA NAK MENYERTAI ....

Dengarkanlah ERA untuk isyarat memanggil dan jawablah soalan yang dikemukan untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 200 dan peluang memenangi hadiah utama, wang tunai berjumlah RM 60,000! Jika anda pemegang kad kredit Shell Citibank, hadiah harian (RM 200) anda akan digandakan sebanyak 2 kali!

Jika jawapan anda salah, anda masih akan memenangi wang tunai berjumlah RM 100!

HADIAH YANG MENANTI ANDA

Hadiah Utama: Wang tunai berjumlah RM 60,000
Hadiah Harian: Wang tunai berjumlah RM 200 [Pemegang kad kredit Shell Citibank akan menang RM 400]
Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM 100 [Pemegang kad kredit Shell Citibank akan menang RM 200]

Tertakluk kepada Terma & Syarat-syarat berikut:
.Terbuka kepada pendengar berumur 18 tahun ke atas sahaja.
.Setiap pendengar hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang promosi ini .Tertakluk kepada Syarat-syarat yang tertera dalam laman web ini.


SELAMAT MENCUBA!!

Thursday, August 21, 2008

Selamat Hari Raya....belum lagi laaa!!!

Rabu 20 Ogos 2008

Pic: Tahun ni kaler hijau lak la..huhuhu


Selamat Hari Raya!! hehe..belum lagi la..tapi kitarang semua dah beraya sakan dengan baju baru..hahaha..cantik tak? Tahun ni Adi ingat nak pakai baju yang kaler hijau...sebab 1st time beraya sebagai penyampai ERA...hehehe..ambik semangat.

Pic: Penyampai Era FM yang tak sabar nak beraya!!

Ini adalah sesi bergambar untuk Hari Raya bagi Majalah Hai!! Actually baju ni adalah baju sponsor , so Adi pakai jer la. lagi pun cam menarik lak pakai baju kaler hijau?.


Pic:Lepas bergambar induvidu..Adi dan Kieran beraya di dalam ofis sendiri..hahaha

Hehehe..sambil sambil tengah tunggu penyampai wanita siap bergambar, Adi, Kiran dan Pak Nil berposing sakan la dengan baju raya kitarang! Kontrol cute semua..(cute ker?!!!)..hahaha...

Pic: Control Cute konon...whuarghhh hahaha!!

Photoshoot ini berlangsung di sekitar Astro dan di konti Era jer!! yeah!! semua penyampai Era ada bergambar sekali! Rasa macam Raya betul la kan..tapi kan raya tahun ni ada yang tak best la...sebab hari raya ke dua Adi dah kena on air la pulak..aisyeh!!!

Pic: Rasa cam pengantin lak! huhuhu


Pic: Pak Nil, Adi dan Kieran ..posing dalam konti lak!


Pic: Tetiba..Linda Onn pun nak menyelit jugak..haha

oh yer , start minggu ni (22 Ogos - 1 Sept) Adi, Kiran dan Nana akan bercuti selama seminggu..so Pagi@Era akan di ganti oleh Ray dan juga Reza! hehehe...yea yea dapat cuti!!Dah 4 bulan Adi tak bercuti..tapi takde la cuti betul sebab Adi ada kerja gak nak kena buat time cuti ni..carik duit raya la..hehehe...Selamat Hari Raya...(walaupun lama lagi)...

Sidang Akhbar Disney's CAMP ROCK

RABU 13 OGOS 2008


Pic: Adi di Pra-Tonton filem CAMP ROCK di Damansara sehari sebelum sidang akhbar.

Hari ni Adi ada sidang akhbar untuk filem terbaru Disney iaitu CAMP ROCK versi Bahasa Melayu . Jangan salah sangka, kami hanya meminjamkan suara kami jer..hehehe...CAMP ROCK ini akan mula di tayangkan di Astro Disney Channel mulai 7 Sept ini.



Pic;Adi dan Syawal "The AF Brothers"..hehehe

Majlis ini berlangsung kat no Balck Tie berhampiran dengan hotel Istana. Berlangsung dalam jam 11 pagi. So lepas kerja Adi terus berkejar ke No Black Tie ..nasib baik jalan dah clear..kalau tak mahunya tersangkut kat jam!


Pic: Amylea memegang watak heroin dalam CAMP ROCK.!!

Hmm tapi sesat jugak nak cari No Black Tie ni..pusing juga la kat belakang Hotel Istana tu..hehehe....Alhamdulillah sesampai jer kat No Black Tie, majlis belum mula lagi..tapi yang lain dah ada la...terus kena mekap..aiyakkk..malas betul la kalau kena mekap ni...nak buat cam mana...org dah suruh...huhuhu. Kitarang di tahan di ruangan atas No black Tie ini , sebab wartawan memang tak tahu siapa yang menjadi pelakon suara untuk CAMP ROCK ini.


Pic: Barisan pelakon Suara Camp Rock
(dari kiri - Rizz,Adifashla,Syawal,Amylea dan Farah)


Sepatutnya filem ni untuk remaja belia..tapi adi ni dah terlebih muda belia kot..tapi bila di beri penghormatan ini, mak aiii..rasa jiwa muda lak ..hehe...tapi dalam citer ni suara Adi tak banyak sangat..masa buat rakaman pun siap dalam 45 minit jer..hahaha..kejap jer...

Pic: No Black Tie dari sudut atas

No Black Tie ni adalah kelab Jazz..sebelum ni Adi pernah datang sini ,tapi dah bertahun yang lalu, masa tu tengok Sahri perform lagu Jazz kat sini. Tempatnya takde la besar sangat..memang agak sempit..sebab dulu bangunan ini merupakan rumah teres..dan kini di ubah suai menjadi restoren dan club jazz. So korang nantikan tanyangan CAMP ROCK di Disney Channel Astro ok!!

Monday, August 18, 2008

CAMP ROCK -Petikan artikel dari Utusan Malaysia

Camp Rock versi Melayu

16 Ogos 2008 - Sabtu


PENGHASILAN versi alih suara filem mahupun animasi bukanlah sesuatu yang baru. Ia seperti sudah menjadi trend terkini untuk menarik perhatian lebih ramai penonton untuk menonton sesebuah karya yang dihasilkan.

Terbaru, filem yang berjaya mencecah rating 8.9 juta penonton saluran Disney di Amerika Syarikat, Camp Rock dialih suara ke bahasa Melayu.

Bakal ditayangkan di saluran Disney (saluran 615, Astro) pada 7 September ini bermula pukul 7.30 malam, watak alih suara dijayakan oleh bintang-bintang popular Akademi Fantasia (AF) iaitu Adifashla (AF1) sebagai Jason Gray dan Farah (AF2) sebagai Tess Tyler.

Tidak ketinggalan, Amylea (AF3) sebagai Mitchie Torres, Shawal (AF5) sebagai Nate Gray dan Riz (AF6) sebagai Shane Gray.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Walt Disney Television International, Laura E. Wendt pada sidang media versi alih suara filem itu baru-baru ini berkata, pemilihan lima bintang AF itu sebagai memenuhi kehendak semasa penonton berdasarkan karakter dan suara.

Sementara itu, Pengarah, Jenama dan Pengiklanan Astro, Mohamed Adam Wee pada majlis yang sama menyatakan bahawa Disney dan Astro sentiasa berusaha untuk menyediakan hiburan yang terbaik untuk para peminat saluran itu di negara ini.

“Selain kerjasama, ia turut memberi pengalaman dan pendedahan kepada bintang-bintang AF yang terpilih untuk mengetengahkan bakat mereka sebagai penghibur.

“Pada masa akan datang, kerjasama seperti ini akan turut diberikan kepada bintang-bintang lain pula,” katanya.

Versi asal filem Camp Rock dibintangi oleh artis rakaman Hollywood Records iaitu Jonas Brothers yang ditunjangi oleh Joe, Kevin dan Nick.

Turut ditampilkan ialah penyanyi, pengubah lagu serta pelakon, Demi Lovato.

Camp Rock memaparkan dua kisah remaja yang berbakat menulis dan mencipta lagu tetapi berasa ragu dengan impak penerimaan masyarakat terhadap karyanya.

Turut dipaparkan ialah kisah penyanyi muda yang hilang semangat untuk meneruskan kerjaya nyanyian lalu diarahkan keluar dari kumpulannya.

Dalam sebuah kem khas, mereka belajar penuh keazaman untuk mempercayai diri dan menilai kebebasan untuk menjadi seperti yang mereka ingini.

Menceritakan pengalaman sebagai bintang alih suara, kata Amylea, pengalaman tersebut ternyata sukar baginya memandangkan itulah kali pertama dia ‘meminjamkan’ suaranya dalam sebuah filem.

“Bagaimanapun, watak saya dalam filem ini sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan diri saya yang sebenar,” katanya.

Riz pula menyifatkan bahawa sumbangan suara untuk watak Shane Gray merupakan suatu pengalaman yang cukup hebat dalam hidupnya.

Seperti Riz dan Amylea, Farah turut merasai pengalaman yang menyukarkan.

“Membuat alih suara nampak mudah tapi sebenarnya tidak. Biarpun saya membuat banyak rujukan tentang watak Tess Tyler tetapi akhirnya perlu juga menjadi diri sendiri dalam alih suara,” kata Farah.

Kata Shawal pula, dia dan Adi berjaya mewujudkan keserasian kerana karakter kelakar dalam diri mereka sama seperti watak dalam filem tersebut.

“Saya berjaya menghabiskan alih suara ini kerana mempunyai nilai sama seperti dalam filem, termasuk percaya dengan diri sendiri dan bekerja keras untuk mencapai impian,” kata Adi pula.

Sunday, August 3, 2008

JUMAAT 25 JULAI 2008

Hari ni kami berada di Penang kat Seberang Perai, untuk Jelajah Era . Kami bawa juga kumpulan Hujan, XPDC, Meet Uncle Hussein dan juga Suki. Yeah..barisan artis yang gempak la.hehe..tapi pengalaman naik van selama 6 jam memang memenatkan


Pic: Kembara ke Penang( Rizal, Ray, Nana, Brian,Adi)

Sampai kat Penang , tersilap hotel la pulak..Ingatkan hotel kat Seberang Perai , rupanya hotel kitarang kat Penang la, dah kena patah balik.Haha. sampai kat hotel dalam pukul 6ptg , terus segarkan diri, dan turun untuk ke lokasi konsert. So kalau kat Penang ni faham-faham la kat, time org balik kerja, mesti jem giler la..takut juga kitarang, takut tak sampai lak kat lokasi tepat pada masanya.



Pic; Kena Kantoi di Penang la!!!



Pic: Ray dan Adi sedang worm up suara!! ding Dong!

Ramai giler penonton pada malam ini, kalau ikutkan masa nak sampai tadi macam sikit jer org..Tapi selepas IsyaK, Alhamdulillah makin ramai dan juga semakin sesak. Wow!!Kitarang pun apa lagi , syok la kan..kalau ikutkan nak nyanyi lagi 13 buah lagu .hahahaha…


Pic: Seronok layan org Penang nyanyi.

Ramai giler penonton pada mala mini, kalau ikutkan masa nak sampai tadi macam sikit jer org..Tapi selepas Isyak, Alhamdulillah makin ramai dan juga semakin sesak. Wow!!Kitarang pun apa lagi , syok la kan..kalau ikutkan nak nyanyi lagi 13 buah lagu .hahahaha…


Pic:Adi turun pentas nyanyi sama pendengar di Penang!


Pic: Happy selepas buat persembahan.

Konsert habis dalam pukul 11 malam. Yup tepat pada masanya. Terus balik ke hotel , ngantuk dan keletihan ..Adi tidur la ..apa lagi….tapi kul 3pg tetiba perut lapar la pulak..terus call bebudak skuad Era..kebetulan diarang pun lapor jugak, so kitarang pergi ke kedai nasi kandar..hahaha..giler..makan nasi kandar pagi pagi buta..dah lapor..nak buat cam mana…


Pic:Kitarang pun tgok artis buat persebahan ..sempoi lepak sesama!!



Pic: Pemandangan dari bilik Adi

SABTU 26 Julai 2008


Hari ni kami sampai ke Taiping , sampai dalm pukul 4ptg. Kami duduk di Taiping Golf Resort. Ini kali pertama Adi sampai kat sini. Menarik gak. Tapi masa sampai kat hotel, teruja sebab tempat ni cam peacefull jer dan ada kolam renang besar..hehhee…kena terjun ni.


Pic:Pemandangan dari bilik Adi

Yes terjun la reramai, heheehe..habis tu apa lagi nak buat kat sini, takkan nak main golf lak..huhuhu..pegang pun tak pandai. yeah! sejam juga Adi berenang lepas tu relaks jap kat hotel, sebelum sebelah malam kami nak pergi ke Night Safari Zoo Taiping., yeah..xcited giler nak pergi ni..hahaha..tapi kami pergi makan dulu la..kami gunakan van jer..kira hijeck van dari driver la..hehehe..kesian driver van ni kena duduk kat hotel jer..

Pic: Yearghh nak pergi zoo!!!dalam van ni pun dah macam zoo!!



Pic: Inilah Fadd, yang telah melarikan van dari pemandu van yg sebenar..cayalah Fadd..huhuhu, tanpa mu kitarang takleh gi zoo.


Pic: Bandar Taiping di waktu malam!


Pic: Makanan pelik -pelik

Sebelum pergi Zoo, kitarang makan dulu..yup.memula nak makan kat sebuah kedai yg terkenal dengan kuew teow dia, tetapi kensel la sebab ramai sangat org lepas tu pekerja nya cuuma 2 org..haiyaa..bila nak dapat makanan kalau cam ni..hahaha..so kitarang makan kat sebuah kedai tom yam..makan jer la apa yg ada..ingat nak makan sedap kat sini..hmmm...hampehh..


Lepas makan , dalam pukul 10 mlm kami sampai ke Zoo Taiping. nampaknya tgh ubahsuai Zoo ni. semua org xcited, Ada yg cadangkan kami semua jalan kaki jer..Tapi Adi tak nak, coz tak tahu keluasan zoo ni, jadi kami naik trem la..huhuhu..kena bayar lagi..RM3...aiyaa..bayar lagi...


Ok jugak la kat Zoo Taiping ni, cuma kena jaga lebih sikit, sampah sarap dan juga semak samun tu kenalah buang.Harap -harap jadi lebih menanrik mcm Zoo Singapura (Sila baca masa kunjungan Adi ke Zoo Singapura - April 2008)


Pic: Bergambar kenangan


Pic: Get ready for Jelajah Era di Taiping



Ahad 27 Julai , Adi dan nana mengendalikan segmen petang masa di JEBPV. yeahh..ramai giler..tengok la gambar gambar ini..yeahh..thanks org Taiping!!