Monday, August 25, 2008

Aku Nak Hidup Percuma di ERA bersama SHELL

Sabtu 23 Ogos 2008


Pic: Upacara membuka mangga kotak ...berdebar ooo..

Alhamdulillah hari ni terlaksana juga hasrat ERA untuk memberikan RM60 000 kepada pendengar ERA FM yang setia..Majlis mencari pemenang utama untuk AKU NAK HIDUP PERCUMA di ERA telah berlangsung di SACC Mall Shah Alam , Selangor jam 830mlm.


Pic: Penyampai Era tumpang gembira!!

Walaupun ptg ni cuaca kurang baik , malah Selangor sedang menentang Kedah untuk Final Piala Malaysia, dan majlis berlangsung dalam keadaan agak gerimis (event luar) Tetapi ianya tidak menhalang dari 84 peswerta tampil untuk menjadi pemenang hadiah utama kami.


Pic: Bila la nak dapat RM 60 000 sekepuk ni cam Kak Lizah...hmm

Tugas peserta ini amat mudah , dimana, mereka di khendaki ambik atau pilih anak kunci,lepas tu , sapa yg dapat kunci yang betul, akan membuka kotak yang mengandungi duit RM 60 000. Sebelum tu para peserta telah di undi utk dpt nombor giliran masing-masing.

Pic: Kak Nurlizah bersama anak bongsunya!!

Tahniah di ucapkan kepada Kak NurZalizah Bt Abd Karim dari Ampang yang berjaya membuka kotak duit yg bernilai RM 60 000. Dan dia merupakan peserta yg ke 41 dari 84 peserta. Bila akak Liza ni dapat buka kotak, apa lagi menjerit kegembiraan la dia. Kak Lizah ni berjaya menjadi peserta apabila krew Pagi @Era telah mengangkat taliannya..alahai rezeki anak - anak tu kak! Alhamdulillah..Apa apa pun kepada yang nak menang RM 60 000 macam kak Lizah ni..teruskan dengar ERA , sebab kami ada pusingan kedua AKU NAK HIDUP PERCUMA di ERA bersama SHELL..bermula semula muali minggu ini !! Jadi lah pemanggil yg bertuah apabila seruan memanggil di keudarakan bersama penyampai ERA ok!! Selamat Berjaya!!




CARA- CARA NAK MENYERTAI ....

Dengarkanlah ERA untuk isyarat memanggil dan jawablah soalan yang dikemukan untuk memenangi wang tunai berjumlah RM 200 dan peluang memenangi hadiah utama, wang tunai berjumlah RM 60,000! Jika anda pemegang kad kredit Shell Citibank, hadiah harian (RM 200) anda akan digandakan sebanyak 2 kali!

Jika jawapan anda salah, anda masih akan memenangi wang tunai berjumlah RM 100!

HADIAH YANG MENANTI ANDA

Hadiah Utama: Wang tunai berjumlah RM 60,000
Hadiah Harian: Wang tunai berjumlah RM 200 [Pemegang kad kredit Shell Citibank akan menang RM 400]
Hadiah Saguhati: Wang tunai berjumlah RM 100 [Pemegang kad kredit Shell Citibank akan menang RM 200]

Tertakluk kepada Terma & Syarat-syarat berikut:
.Terbuka kepada pendengar berumur 18 tahun ke atas sahaja.
.Setiap pendengar hanya boleh menang sekali sahaja sepanjang promosi ini .Tertakluk kepada Syarat-syarat yang tertera dalam laman web ini.


SELAMAT MENCUBA!!

1 comment:

edzlin007 said...

uiihh...best nya...makcik kayo! hehe