Friday, August 29, 2008

Tamatnya Jelajah Era bersama Perodua Viva

AHAD 17 Ogos 2008

Hari ni secara rasminya berakhirnya konsert jelajah Era keseluruh negara, dan banyak juga antara kenangan-kenangan yang kami tak dapat lupakan sepanjang siri jelajah ini. hehehe..ada yang manis, ada yang pahit dan macam -macam lagi lah!.Antara peristiwa sebalik tabir yang mungkin anda tak tahu pasal siri jelajah ini ialah.

1- Pak Tam jadi bahan gelak gara-gara naik bot pisang kat PD..dan apabila bot pisang terbalik di tgh laut..kami semua tercampak, dan apabila nak naik semula ke atas bot pisang tu...semuanya berjaya ...kecuali Pak Tam..hehehe...Kiran kata kat abg driver bot tu.."Bang kita seret jer sampai tepi pantai!!! ..hehehehe..

2. Masa naik bot pisang yang sama, Nana telah cedera mulutnya , sampai berdarah kerana terhantuk seseorang..tapi sekor -sekor tak nak mengaku...yang penting bukan Adi yang buat yer..sian Nana, mulut dia terus bengkak .

3. Budak yang paling baik sepanjang jelajah ini ialah....Adi!!! yer...sebab lepas konsert pukul 1130mlm mesti dah terbongkang tido kat hotel...penyampai yg lan ada yg keluar makan, atau lepak..tapi Adi tido!!!..hahaha..penat beb!!

4. Masa nak buat konsert kat K.Selangor..krew Era duduk kat sebuah rumah rehat di sabak Bernam sebab ..baru sampai dari Ipoh....punyer la jauh dari penginapan nak ke lokasi konsert adalah dekat 60km...tak pernah di buat orang! Ini adalah gara-gara hotel /rumah tumpangan di K.Sel dah penuh.!

5. Masa kat Sabak Bernam, semua ahli rombongan terpaksa berpindah dari rumah tumpangan kehotel lain...di sebabkan semua merasakan ada "sesuatu" kat rumah rehat itu....ayoo takutnya...

6. Taiping adalah lokasi yang paling ramai dan happening sepanjang jelajah Era ini.

7. Klang merupakan lokasi paling hebat dengan sambutan pengunjung dan pendengar ERa..memang best giler layan artis-artis yang buat persembahan di tambah dengan penonton yang agak agresif!! Yeah!! Enjoy!

8. Reza adalah penyampai Era yang paling sedikit menyertai jelajah Era ini, disebabkan jadual nya bertindan dengan Gempak Selebriti Astro.

9. Apabila konsert berlangsung! ramai orang memanggil penyampai Era, ingatkan nak salam atau bergambar..tetapi rupanya.....NAK T-SHIRT!!!! hehehehe..

10. Masa kat PD ,kitarang makan durian kat pasar malamnya..masuk minggu kemudiannya beberapa ahli rombongan Jelajah Ea ada yang demam sebab makan durian..hahaha..panas..

11. Kat Nilai, Adi beli durian , dan makan seorang, sebab org lain tak berani makan, nanti demam..khemah belakang pentas bau durian..hehehe...sorry kawan-kawan!!

12. Kat Taiping memang best! sebab kami pergi ke Zoo Safari taiping..tengok tenuk!!Yeahhh!!Sayangnya Badak sumbu dah tido awal...cesss

13. Masa ke Kuala terengganu, kami kena naik bas...mak aiii..lamanya nak sampai, sebab banyak kali berhenti...bertolak pukul 10 pagibertolak, pukul 630 ptg sampai ke K.Terengganu, sampai kat sana terus buat konsert! HUHUHU..penat ooo..

14. Sepanjang jelajah, kami makan sedap-sedap...tapi cuma Ray sahaja yang tak makan..sebab dia diet..kena turunkan 20kg...sian Ray...

15. SERONOKKK!!! dapat jumpa pendengar ERA!!!!! Terima kasih!!!


Hahaha..itulah antara serba sedikit catatan sebalik tabir sepanjang konsert Jelajah Era ini...hahaha....terima kasih kat semua pendengaEra yang turut serta!!

http://adifashla-selamanya.blogspot.com

4 comments:

Shukri said...

amboi..
pura2 baik..

ahahahahhaha...

ADIFASHLA said...

Apalak pura-pura.betul la...coz tak merayau di tgh malam..nanti mak marah..huhuhuhu

Edzlin said...

hahaha...ketawa saya dibuatnya baca coretan abg adi. thanks ya

ADIFASHLA said...

huhuhu...