Sunday, August 3, 2008

JUMAAT 25 JULAI 2008

Hari ni kami berada di Penang kat Seberang Perai, untuk Jelajah Era . Kami bawa juga kumpulan Hujan, XPDC, Meet Uncle Hussein dan juga Suki. Yeah..barisan artis yang gempak la.hehe..tapi pengalaman naik van selama 6 jam memang memenatkan


Pic: Kembara ke Penang( Rizal, Ray, Nana, Brian,Adi)

Sampai kat Penang , tersilap hotel la pulak..Ingatkan hotel kat Seberang Perai , rupanya hotel kitarang kat Penang la, dah kena patah balik.Haha. sampai kat hotel dalam pukul 6ptg , terus segarkan diri, dan turun untuk ke lokasi konsert. So kalau kat Penang ni faham-faham la kat, time org balik kerja, mesti jem giler la..takut juga kitarang, takut tak sampai lak kat lokasi tepat pada masanya.



Pic; Kena Kantoi di Penang la!!!



Pic: Ray dan Adi sedang worm up suara!! ding Dong!

Ramai giler penonton pada malam ini, kalau ikutkan masa nak sampai tadi macam sikit jer org..Tapi selepas IsyaK, Alhamdulillah makin ramai dan juga semakin sesak. Wow!!Kitarang pun apa lagi , syok la kan..kalau ikutkan nak nyanyi lagi 13 buah lagu .hahahaha…


Pic: Seronok layan org Penang nyanyi.

Ramai giler penonton pada mala mini, kalau ikutkan masa nak sampai tadi macam sikit jer org..Tapi selepas Isyak, Alhamdulillah makin ramai dan juga semakin sesak. Wow!!Kitarang pun apa lagi , syok la kan..kalau ikutkan nak nyanyi lagi 13 buah lagu .hahahaha…


Pic:Adi turun pentas nyanyi sama pendengar di Penang!


Pic: Happy selepas buat persembahan.

Konsert habis dalam pukul 11 malam. Yup tepat pada masanya. Terus balik ke hotel , ngantuk dan keletihan ..Adi tidur la ..apa lagi….tapi kul 3pg tetiba perut lapar la pulak..terus call bebudak skuad Era..kebetulan diarang pun lapor jugak, so kitarang pergi ke kedai nasi kandar..hahaha..giler..makan nasi kandar pagi pagi buta..dah lapor..nak buat cam mana…


Pic:Kitarang pun tgok artis buat persebahan ..sempoi lepak sesama!!



Pic: Pemandangan dari bilik Adi

SABTU 26 Julai 2008


Hari ni kami sampai ke Taiping , sampai dalm pukul 4ptg. Kami duduk di Taiping Golf Resort. Ini kali pertama Adi sampai kat sini. Menarik gak. Tapi masa sampai kat hotel, teruja sebab tempat ni cam peacefull jer dan ada kolam renang besar..hehhee…kena terjun ni.


Pic:Pemandangan dari bilik Adi

Yes terjun la reramai, heheehe..habis tu apa lagi nak buat kat sini, takkan nak main golf lak..huhuhu..pegang pun tak pandai. yeah! sejam juga Adi berenang lepas tu relaks jap kat hotel, sebelum sebelah malam kami nak pergi ke Night Safari Zoo Taiping., yeah..xcited giler nak pergi ni..hahaha..tapi kami pergi makan dulu la..kami gunakan van jer..kira hijeck van dari driver la..hehehe..kesian driver van ni kena duduk kat hotel jer..

Pic: Yearghh nak pergi zoo!!!dalam van ni pun dah macam zoo!!



Pic: Inilah Fadd, yang telah melarikan van dari pemandu van yg sebenar..cayalah Fadd..huhuhu, tanpa mu kitarang takleh gi zoo.


Pic: Bandar Taiping di waktu malam!


Pic: Makanan pelik -pelik

Sebelum pergi Zoo, kitarang makan dulu..yup.memula nak makan kat sebuah kedai yg terkenal dengan kuew teow dia, tetapi kensel la sebab ramai sangat org lepas tu pekerja nya cuuma 2 org..haiyaa..bila nak dapat makanan kalau cam ni..hahaha..so kitarang makan kat sebuah kedai tom yam..makan jer la apa yg ada..ingat nak makan sedap kat sini..hmmm...hampehh..


Lepas makan , dalam pukul 10 mlm kami sampai ke Zoo Taiping. nampaknya tgh ubahsuai Zoo ni. semua org xcited, Ada yg cadangkan kami semua jalan kaki jer..Tapi Adi tak nak, coz tak tahu keluasan zoo ni, jadi kami naik trem la..huhuhu..kena bayar lagi..RM3...aiyaa..bayar lagi...


Ok jugak la kat Zoo Taiping ni, cuma kena jaga lebih sikit, sampah sarap dan juga semak samun tu kenalah buang.Harap -harap jadi lebih menanrik mcm Zoo Singapura (Sila baca masa kunjungan Adi ke Zoo Singapura - April 2008)


Pic: Bergambar kenangan


Pic: Get ready for Jelajah Era di Taiping



Ahad 27 Julai , Adi dan nana mengendalikan segmen petang masa di JEBPV. yeahh..ramai giler..tengok la gambar gambar ini..yeahh..thanks org Taiping!!


2 comments:

edzlin007 said...

hi abg adi. bestnya tgk jelajah era. saya study, tak dpt la pegi.

zoo taiping kalo mlm boring sket, penah gak jd sukarelawati di sana. sal sampah tu, rakyat malaysia mmg camtu, nak wat camne.heheh. try zoo melaka, lg best dr zoo taiping.

pjoe said...

alo bro...
best r idop... best x glamor???

Ada cadangan kat bro ni supaya join satu blog yang saya baru wat. Tujuan blog nie adalah utk tarik trafik. Kira mcm nk tarik pengunjung ke blog ahli2. Klu ada org glamor best r nk tarik2 pengunjung. Baik utk ahli2 lain gak.

pepehal pown tgk r dlu ape yg nk dirancang kat dlm blog nie ek http://booolan.blogspot.com/2008/07/barisandepan.html.

blog ini atas jemputan... Harap sudilah join...

http://booolan.blogspot.com/
http://mymooddesign.blogspot.com/