Wednesday, April 1, 2009

Hari Yang panjang....

ISNIN 30 MAC 2009

Pic: Sebelum interview Obri dan Rini untuk ERA TV

Setelah seminggu bercuti, so hari ni Adi bertugas kembali dan kali ini Adi di tukarkan ke shift lain pulak, dah tak buat 10-1 Era..Tapi sekarang buat Petang ERA bersama rakan baru juga..iaitu BURN! So sekarang secara rasminya Adi ke udaradari jam 4ptg hingga 8malam la..

So pagi pagi lagi Adi dah terpacak kat Astro untuk shot ERA TV bersama dengan pelajar /bintang AF7 yang baru terkeluar iaitu Rini dan juga Obri...macam macam la soalan keluar untuk diarang jawab dan menjelaskan keadaan. Rupanya Rini ni dah jadi tunangan orang la...Suara Rini ni seakan -akan penyanyi Azharina yang husky husky tu..

Obri lak katanya nak sambung balik kerja...dan nyanyian ni hanya sampingan jer katanya..ok tu dik...betul lah tu...!!


Pic: Tengokla sticker ERA besar besar melekat kat kereta suami Kak Jue.

Dalam 2 jam shooting,lebih kurang jam 12tgh hari .. terus Adi bergegas ke Pulau Indah kat Port Klang bersama Ray dan juga Skuad Era untuk menghantar baju Pak Nil yang di lelong masa kat Majlis amal untuk Rumah Kebajikan Nur Salam kat Sogo tak berapa lama dulu...jauh juga la nak pergi sini ..dalam 50km dari Astro

Pic: Kak Ju dan family menerima baju dan hadiah dari ERA!!

Rumah Kak Jue ni memang aman dan tenteram sebabnya terletak betul betul berdekatan dengan jeti Feri Star Cruise. Kak Jue telah membida baju yang di pakai oleh Pak Nil ni dengan harga RM320..dan duit tersebut terus masuk ke tabung untuk rumah anak anak yatim Nursalam yang terletak kat Pudu.

Pic: Koleksi gambar - gambar penyampai ERA!!

Ya ampun..rupanya kak Jue ni memang peminat tegar ERA, sebabnya dalam rumahnya ada satu koleksi gambar keluarga dia bersama - sama dengan penyampai -penyampai Era..yang lama dan yang terkini...Alhamdulillah...senyum dan terharu bila Adi tengok muka Adi pun ada kat dalam koleksi gambar - gambar tu..

Pic: Koleksi foto kesayangan Kak Jue.

Bila tengok gambar gambar tu..rupanya Kak Jue sekeluarga memang sering pergi ke majlis majlis yang di anjurkan oleh ERA ..kat mana sekalipun kat Lembah Klang ni...cayalah..nanti lain kali datang lagi Kak Jue yer...so dulu mungkin tak perasan, mungkin lepas ni kalau jumpa pasti Adi akan perasan kak Jue ni...hahahaha

Pic: Fairuz terus menunjuk kan skill makan laksa tanpa mempelawa tuan rumah...hahaha

Terima kasih jugak kat Kak Jue yang masak kan kitarang Laksa yang sedap giler dengan kuahnya yang kaya dengan ikan -iakan yang pekat giler ahhh..kalau berniaga laksa macam ni memang laku..kata kak Jue ni baru 1st time dia masak laksa...errr..yer ker kak?..kalau 1st time..kira berjaya la kak...sebab sedap giler....hahaha..tanpa rasa malu dan serba salah..Adi pun makan dengan tambah 2 kali juga la.....rezeki jangan di tolak...hahaha...lagi pun Adi ni pun hantu Laksa gak..hehehe..terima kasih kepada Kak Jue...Adi doakan semoga kak Jue sekeluarga sentiasa di murahkan rezeki dan berbahagia selalu ..di sebabkan kemurahan hati kak Jue sekeluarga menderma untuk rumah Nur Salam tempoh hari..dan terima kasih la sebab melayan kami dengan 1st Class lagi!!!Thanks for the Laksa!!


Pic: Interview Obri dan Rini untuk Petang ERA pulak bersama Burn!!

Dalam pukul 3 kami pun berangkat pulang ke Astro, sebab Adi nak on air jam 4 ptg..kalau ikutkan nak lepak lagi ..borak borak sambil makan laksa...tapi dah kerja..hahaha...balik ke studio..Obri dan Rini dah menanti..kami di tugaskan untuk menemuramah Obri dan juga Rini..kalau pagi tadi Adi menemuramah mereka untuk ERA TV..tapi yang ptg ni utk radio lak..huhuhu

Itulah cerita Adi untuk hari pertama di slot Petang ERA...agak memenatkan juga la...tapi seronok bagi Adi..so jangan lupa tau dengar Adi dan Burn selalu mulai jam 4ptg sampai 8 malam Isnin sampai Jumaat ok!!! ..

5 comments:

Yaniez said...

wah... sedapnya mkn laksa...
dah lama juga saya tak ke pulau indah tu... bila la dpt ke sana lagi.. huhu...

edzlin007 said...

fuhh sampai pic terkini pun ada dibingkaikan. hebat la akak ni. abg adi keje ptg time saya ada kelas jg. huhu... curi2 dengar jela.

hensem gak obri ni eh

faRah said...

owhh abg adi da ke ptg ya??tak b'ksmptan nk dgr lg i/allah esok ptg takde kls msti dgr punyer lah..all da best abg adi...

Fizah said...

sedap nya laksa.. :))
Adi ke petang pun x dpt dgr gak, sbb kat opis kan... :((

++ Diamond ++ said...

i think bagusla pilihan obri tu... die pun da ada keje yg bagus...
anywy, meriahnya laksa ;)