Thursday, April 16, 2009

Melawat Adik - Adik kita yang sedang sakit di HUM.

SABTU 11 APRIL 2009

Pic: Bersama Ameer yang dah 3 tahun berulang alik ke HUM.

Selain ada showcase David Archuleta du Sunway Lagoon..Adi juga ada jemputan untuk melawat adik adik kita yang sedang sakit di Hospital Universiti Malaya (HUM). Acara ini adalah untuk mengembirakan adik adik kita yang mungkin sebelum ini teringin nak jumpa selebriti -selebriti yang mungkin mereka dengar di radio atau di TV. Jadi untuk tidak menghampakan adik adik ini maka Adi pun pergi ke HUM jam 230ptg ..dengan hujan lebat yang turun..terus Adi naik ke tingkat 2 untuk bersama Adik adik kita ini..malangnya bila Adi sampai ke ruang legar tingkat dua ni...acara terpaksa di bubarkan di sebabkan hujan terlalu lebat dan tempias hingga ke pentas...

Pic; Ameer yang genius , dapat 5A untuk UPSR lalu!!

Ini adalah kali ke dua Adi datang ke sini untuk bertemu dengan adik adik ini, sebelum ni masa tahun 2007. Yup..Selain Adi ada artis artis lain seperti Sarimah Ibrahim , Mila, Nadia AF6 serta semua bintang AF7 yang dah terkeluar awal.

Menariknya Adi bertemu semula dengan adik Ameer ni yang kerap berulang alik ke wad kanak kanak ini, kerana dia mengalami masalah dalam usus dia...kebanyakkan kanak - kanak dalam wad ni mengidap leukimia dan juga kanser...Sebelum ni masa kunjungan pertama masa 2007, Adi ada jumpa adik Ameer ni..dan sekarang ni diamasih di sana...dan yang paling best walaupun dia ada di wad..dia tetapmendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR!!

Kata mak Ameer cikgu sekolah nya akan datang ke wad ini untuk mengajar subjek yang di ajar sama seperti di dalam kelas...hmmm sungguh murni betul usaha cikgu cikgu Ameer itu...Syabas!!! Moga tuhan saja yang balas usaha cikgu cikgu Ameer itu.


Pic: Bersama Aidid

Lepas itu Adi bertemu dengan Aidid yang berasal dari Alor Setar.Baru dalam darjah 4 Aidid sedang menjalani rawatan chemoterapi di temani ibu dan bapanya yang ramah. Aidid ni kalau tak silap Adi sedang mengidapi sakit leukimia. Orangnya malu malu tapi bila di tanya sentiasa senyum walaupun dalam kesakitan..Hmmm kata mak dia rawatan chemo ni menyebabkan rambut gugur dan juga kulit menjadi agak kasar dan berbintik bintik...

Pic: Sedang menjalani rawatan chemo..

Adi tanya Aidid ni..apa yang dia nak buat lepas dia baik...katanya dia nak makan yang sedap sedap dan dapat balik rumah dan main macam kanak kanak yang lain...

Pic: Peace from Aidid...moga Aidid terus tabah menghadapi sakitnya ini!!

Pic: Tag Aidid!!

Pic: Peace from Jannah!!

Disebabkan semua peasakit lain dah turun , jadi kat wad ni takde la ramai sangat orang atau pesakit..Wad ini terletak kat tingkat 11...ada juga pesakit yang tak dapat turun. Adi bertemu dengan Jannah ni yang mengalami kanser tulang. Kata maknya masa - masa mula sakit , mak dia pelik kenapa kaki Adik Jannah bengkak..sampaikan tak boleh jalan..maka selepas di buat pemeriksaan baru la tau puncanya. Jannah ni pemalu sangat..tapi dia kata ..kalau dia baik nanti ..benda pertama yang dia nak buat ialah untuk naik motorsikal keliling kampung dia...hahaha..so comel...cepat sembut Jannah yer!!!

Pic: Haziq di pangkuan ibunya.

Seterusnya Adi jumpa adik haziq ini yang berusia 4 bulan...geram dan rasa macam nak peluk peluk lak bila tengok Adik haziq ni...comel giler...Adik Haziq la mengidap sakit leukimia..Ya ampun..muda muda pun dah kena penyakit ini..hmmm sedih bila tengok baby comel macam Haziq ni terpaksa menderita. Ibunya menyuruh Adi untuk mendukung adik Haziq ni..tapi memandangkan doktor dah bagi nasihat supaya tidak menyentuh pesakit di sebabkan mungkin kuman yang kita bawa..jadi Adi tak jadi nak dukung..walaupun rasa geram giler nak cubit cubit pipi dia...!!!Hahaha..

Pic: Senyum Haziq!!! Yeah!!!

Kata Ibu Haziq , semua orang dalam keluarganya sangat risau..di sebabkan Haziq ini adalah cucu sulung untuk kedua dua belah keluarga ibu dan bapanya...hmmm..sedih jer bunyinya dari cerita ibu haziq... lama juga Adi duduk borak dengan ibu adik Haziq ni...

Pic: Pose comel dari Adik Haziq!! Bulatnya mata!!!

Siapa sangka adik secomel dan semuda Haziq ini terpaksa menghadapi penyakit yang agak berat. ..actually ramai lagi pesakit yang Adi jumpa malah ada juga yang baru 3 hari mengetahui menghidap leukimia...sedih sangat bila tengok adik adik kita kat sini..wlaau macam mana pun tugas kita adalah untuk menceriakan mereka dan tanamkan sifat positif untuk diarang...Kita ni yang alhamdulillah sihat ni...kekadang terlupa juga...sengaja mendera diri kita sendiri dengan cara hidup yang kurang sihat...hmmm..sama juga lah Adi..yer la kita ni kekadang makan macam tak pernah makan sebelum ni...tak pernah fikir pasal risiko risiko terkena penyakit..makan selagi mampu...sama -sama kita fikirkan lah yer...

Tapi kalu ada sesiapa yang baik hati terutama syarikat syarikat tak kira besar atau kecil....cubalah kunjungi adik adik kita ni dan bawakan lah sedikit mainan ker atau sekadar bertanya khabar..sekurang kurangnya adik adik kita ni takde la kesunyiaan dan beriakn diarang sedikit keceriaan...betul tak?..Semoga adik adik ni akan pulih tak lama lagi..AMIN!!!

Sedar tak sedar rupanya Adi sorang yang tinggal kat wad..artis artis lain dah balik..hahahaha..dan Adi terpaksa batalkan nak tengok David Archuleta sebab dah lewat sangat!!

Pulang ke rumah dalam hujan yang masih renyai renyai...

9 comments:

PINATBATE said...

Abg Adi,
Memandang dengan pandangan belas takkan sama dengan merasai kesakitan itu sendiri..berat mata memandang berat lagi bahu memikul..

Kita doakan anak-anak kecil itu pulih dan berpeluang hidup sihat seperti anak-anak lain..juga semuga ibubapa dan keluarga mereka bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah.

Abang Adi memang caring and loving..!;P

faRah said...

murni n ikhlas hati abg adi tuk kenal ngn dieorg sumer..t'pancar rase happy kt setiap anak yang abg adi jmpe tu wpun dlm hati tuhan je yg taw skt yg dieorg perlu tanggung tu...ape2 pon semoga adik2 tu cepat sembuh dan boleh main mcm knk2 yg lain...SYABAS abg adi..

edzlin007 said...

takpe abg adi. murni sungguh sikap abg adi tu.

bangga dgn adik ameer tu. tahniah pd dia.

saya doakan semoga semua kanak2 ni sembuh. amin

Fizah said...

semoga mereka cepat sehat dan diringan kan bebanan itu...
sedih...

jom makan said...

mulia sungguh hati Adi,saya dulu pernah kehilangan seorang putri kerana Cancer,cuma ketabahan yang boleh kita doakan buat family mereka....cepat sembuh ya anak..

jiha said...

Salam abg adi....kat sini sy pun nk kongsi gak..pengalaman adik sy bertarung nyawa untuk sembuh dari leukimia...sy ada menulis d blog sy...sedih mengenangkan pengalaman itu..namun sumer nya ada hikmah..sekarang adik sy da sht..alhamdulillah....

ADIFASHLA said...

Alhamdulillah Jiha...happy for you!!

nana_jiha said...

tq...tapi,mmg seronok kan melawat adik2 tu..sumer nampak happy jer adi dtg...

nana_jiha said...

adik saya sakit dari darjah 3..skang da tingkatan 4.semangat dia kuat..alhamdulillh...dulu pn wat bonemerrow transplant ngan abg...baru lah sihat....