Thursday, September 1, 2011

Selamat Hari Raya 2011




SELASA 30 OGOS 2011

1 Syawal menjelma lagi...Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan ramadhan , semoga dapat bertemu kembali dengan ramadhan. Nasib baik tahun ni dapat juga bercuti pada hari raya pertama. Kalau ikutkan memang penyampai penyampai Era takde cuti langsung, memandangkan servey radio sedang berlangsung sekarang. Actually Adi dan berulang alik dari KL- Tg Karang sejak hari Jumaat lepas...nasib baik ada lebuhraya LATAR yang baru menghubungkan KL dengan K.Selangor..jadi perjalanan untuk pergi kerja takde la jauh sangat, jimat 30 minit. Lagi pun lebuhraya LATAR masih lagi dalam promosi ...sampai 1 Sept tidak dikenakan sebarang bayaran.

Pic: Sarapan pagi raya...:)

Pic: Sayang mak ngan abah selalu..:)


Pic: Foto keluarga :)


Malam tadi balik dari KL, terus pergi masuk kat kampung (Kg Sungai Tengi Kanan)..terletak 5 km jer dari rumah Adi yang terletak kat Pekan Tg Karang. Selalunya malam malam raya adalah member lepak kat simpang , bertemu sejak sekian lama...tapi takde sesiapa malam ni..hmmm mana diarang lepak agaknya?....takde rezeki jumpa kawan kawan lama nampaknya..


Pic: Bersama keluarga pakde Mahbot dan Bokde Dura..

Pagi raya macam biasa, lepas sarapan dengan ketupat rendang , terus ke surau dekat rumah Adi, sembahyang sunat raya, dengar khutbah dan buat tahlil ringkas terus pulang ke rumah. Sejak adik beradik dah ada famili sendiri kenalah cepat bersiap di pagi raya untuk upacara bermaaf mafan, maklumlah , lepas ni mereka nak balik ke rumah ibu mertua masing masing. Semua adik beradik Adi ada di kampung, cuma adik Adi yang ke-3 (Cuna) tak dapat bersama sebab beraya di rumah keluarga mertuanya di Muar , Johor.
Lepas upacara bermaaf maafan , kami sekeluarga pun bergambar ramai ramai...:) Foto keluarga...

Pic: Bersama embah dan keluarga Maman Lan dan Maman Zani..:)

Paling best ialah dapat ke rumah embah Adi (embah=nenek dlm bahasa jawa) kat Bt 23, Sungai Nibong di Sg Besar, Selangor. 24km jer dari Tg Karang. Sampai kat rumah embah dah pukul 1030pg. Sampai kat rumah embah , rupanya keluarga pakde Mahbot dan bokde Dura (pakde=pak long, Bokde = mak long) dah sampai dah..meriahnya....dah lama kitarang terbertemu di pagi raya kat rumah embah..dah bertahun tahun jugak la..seingat Adi ini pertama kali kelurga Adi dan keluarga Pakde Mahbot ni bertemu dalam 10 tahun kebelakangan ini..:) Sempat juga kami mengambil gambar beramai ramai di depan rumah embah..:) . Embah pun join sekali...bestnyerr!!! :)

Pic: Cute lak cerek mini ni ...isinya air zam zam..:)

Lepas tu keluarga Maman Lan dan maman Zani pun sampai ...lagilah meriah..hahaha...lepas Zohor kami pun beraya beramai ramai kerumah sanak saudara terutama sekali ke rumah embah embah saudara yang ada di sekitar kampung ini. Memang Adi akui , cuma pada hari raya sajalah dapat bertemu dengan embah embah saudara Adi ni ...jadi tak boleh nak skip atau ponteng ziarah keluarga ini....rugi rasanya...:)


Pic: Tok Sedara...


Dapatlah juga 5 buah rumah yang keluarga Adi kunjungi petang raya pertama ini, Senang citer rutin Adi di hari raya pertama, sama jer seperti tahun tahun yg lepas...Tahun ni juga Adi kurang makan ketupat atau lemang...entahlah, tak rasa sensasinya seperti tahun tahun yang lain....maybe sebab ketupat yang mak buat tu tak berapa nak umphh sebab tersilap masuk beras....hahaha....


Selamat hari raya Adi ucapkan kepada seluruh keluarga Adi , mak , abah, adik beradik, anak anak buah, embah, pakcik makcik dan sepupu serta saudara dan rakan taulan....Maaf Zahir dan Batin andai Adi pernah menyakiti dan mengguris perasaan sesiapa...aduhai dah umur macam ni Adi lebih menghargai masa bersama keluarga berbanding dulu suka layan diri sendiri jer...:)
Selamat Hari raya juga kepada semua pembaca blog Adi ni....mari kita rayakan hari raya ini selama sebulan....oh yeahhh!!!!


Pic: Abang Pink!! lol...


Pic: Jenang Kerisik...my fav...:)

P/s: Terlebih satu sampul duit raya untuk anak buah ku , khas untuk Allahyarham Haziq...Pak Long takkan lupa....:) Al-Fatihah.


5 comments:

Edzlin said...

Wah...handsome abang Adi di hari raya. Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin

azie said...

wah pink..kan cantik kalu 1 family semua pakai pink..sweet jer..Selamat Hari Raya!!

ADIFASHLA said...

pink pink....alamak kalau semua pink...tak larat mata memandang nanti....memancar mancar!!! hehehe...Kitarang tak suka pakai baju sama warna....dari dulu lagi...hahahah

Edzlin said...

baru dpt tgk video. bloopers kelakar hehe

ADIFASHLA said...

hehehe...sekali sekala....seronok raya raya ni actually...