Pic: Mak dan Abah tak sabar nak naik LRT kat KL Sentral.
SABTU 28 OGOS 2011
Tinggal 3 hari lagi nak raya barulah Adi berkesempatan membawa mak dan abah pergi shopping raya. Setiap tahun Adi akan belikan persiapan keluarga 2 minggu selepas berpuasa. Tetapi memandangkan tahun ni agak sibuk (survey radio) , maka terpaksa lambatkan sesi membeli belah.
Pic: Mak dan Abah dalam LRT. hehe...
Dulu kalau keluar shopping raya, seisi keluarga akan keluar sekali, tetapi memandangkan adik beradik Adi dah berkahwin dan punya keluarga sendiri, maka kali ini cuma Adi bersama Abah dan mak Adi sahaja keluar jalan jalan + shopping raya.
Sejak dulu lagi kalau kitarang shopping raya, pastinya tempat yang dituju ialah Komplek PKNS Shah Alam, dari zaman Adi kecil sampai la sekarang. Tapi memandangkan tahun ni kami agak lambat membuat persiapan , maka Adi bercadang nak bawak emak dan abah ke lokasi yang Adi sendiri tak pernah pergi seumur hidup Adi ..iaitu bershopping di Jalan masjid India . Member kata kat sini banyak pilihannya.
Maka dengan gigihnya pada Khamis lepas Adi telah riki riki dulu tempat ni...dan hari ni bwak mak dan abah. Kitarang bertolak dari Tg Karang , lepas tu parking kereta kat KL sentral (sampai kena charge parking RM16) hehehe...dari KL Sentral kitarang naik LRT ler...senang!
Ini pengalaman mak dan abah naik LRT !! dan diarang sangat excited sekali...hehehe...terutama mak la...sebab beberapa hari lepas mak ada kata dia teringin nak naik LRT...so tercapailah cita cita dia walaupun naik LRT dari KL Sentral ke Masjid Jamek cuma 5 minit sahaja...:) Jadilah.
Kat Jalan Masjid India memang ramai dengan orang ramai sampai nak berjalan pun agak susah.
Kitarang berada kat Jalan Masjid India selama beberapa jam , carikan baju melayu abah dengan baju baju raya untuk mak sekali . Selain tu belikan juga baju baju raya ntuk anak anak buahku yang empat orang tu...nasib baik pilihan baju untuk abah memang banyak sekali , tetapi pilihan baju untuk mak pulak agak terhad....hmm next time kena bali awal awal jugak la...
Masa kat Jalan Masjid India bertemu plak dengan penyampai radio Sinar FM, Kak Nila Kurnia pun sibuk membuat persiapan akhir utk hari raya ni. hehehe....
Lepas habis beli baju baju kat Jalan Masjid India ni , kitarang bergerak pulan ke MidValley untuk membeli kasut dan juga baju harian yang nak di pakai semasa hari raya nanti.
Kalau nak dibandingkan dengan mak dan abah, abah lagi susah nak cari pakaian yang menepati ciri ciri nya...hahaha...mak Adi pulak paling susah nak cari kasut dia. Katanya
"Kasut kasutnya lawa...tapi tumitnya tinggi tinggi"...
Hahaha...sian mak aku ni, satu jam juga dia berusing pusing semata mata nak cari kasut raya . Alhamdulillah jumpa juga...:)
Pic: Yeaaaa dapaaattt!!!! :D
Alhamdulillah sempat juga membawa mak dan abah ku bershopping raya, tiada yang lebih puas bagi Adi untuk melihat mereka happy dengan pakaian baru dan kelengkapan raya yang diidamkan....Alhamdulillah Adi ada rezeki lebih dapatlah dikongsi sama sama :)
Walaupun kitarang pergi bertiga jer, tapi masa untu bershopping kali ni agak lama, habis bershopping dekat pukul 630ptg dah..alamak dah lambat ni, jadi sebelum balik tu sempat juga singgah membeli ketupat , lemang dan rendang yang di jual kat ruang tengah midvalley ni...agak mahal juga, tapi rendang dagingnya memang terbaiklah!!! Hari ni berbuka dalam kereta la gamaknya!!! Hehehe....
5 comments:
wahhh,bestnyaa. shopping raya. selamat hari raya utk adi sekeluarga :)
terbaekkk
wahh beshnya shopping ngan mak abah! kak nya tahun ni tak sempat bawa mak ayah shopping sbb balik raya pun sampai dah malam raya hhuhuhu
Kak Nya...raya haji nanti boleh bawak..hehehe...memang best bawak shopping mak ngan abah...hehehe...thanks atas kad raya yer kak Nya...:)
Selamat hari raya hnyyCha...
Post a Comment